Kejayaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Aug 2024 06:33:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kejayaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Didikan tenaga pengajar, doa ibu bapa kunci pelajar raih kejayaan https://sabahmedia.com/2024/08/28/didikan-tenaga-pengajar-doa-ibu-bapa-kunci-pelajar-raih-kejayaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/28/didikan-tenaga-pengajar-doa-ibu-bapa-kunci-pelajar-raih-kejayaan/#respond Wed, 28 Aug 2024 06:33:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59765
Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Usaha tenaga pengajar dalam membimbing kecemerlangan pelajar khususnya yang menduduki peperiksaan berupaya membantu kepada kecemerlangan pendidikan calon terlibat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, doa dan sokongan moral ibu bapa turut menjadi kunci utama kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 melebihi gred purata Negeri dan Kebangsaan mencapai keputusan cemerlang 100 peratus.

“Ini adalah satu keputusan amat memberangsangkan yang pastinya hasil usaha tenaga pengajar kepada murid murid ditambah dengan doa dan sokongan moral daripada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi dan Apresiasi Pra Universiti Tingkatan Enam SMK Gadong Sesi 2023 di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, inisiatif pelajar yang mempunyai insiatif dalam mengulangkaji mata pelajaran sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan turut membantu kepada kejayaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMK Gadong di atas satu pencapaian yang amat baik dan akan kekal menjadi satu lipatan sejarah.

“Buat para pelajar, saya berharap agar terus mengejar cita-cita anda dan teruskan perjuangan anda di dalam mencari ilmu sehingga ke menara gading.

“Pesan saya, jagalah nama baik sekolah di mana tempat anda semua mula menimba ilmu, jaga nama baik keluarga dan tetap menjadi yang terbaik dalam apa juga yang anda ceburi,” katanya.

Seramai 45 pelajar menerima sijil, empat pelajar menerima sijil tokoh pelajar masing masing dan 12 orang guru menerima sijil penghargaan di atas usaha mereka bagi memastikan kecemerlangan para pelajar Pra Universiti. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/28/didikan-tenaga-pengajar-doa-ibu-bapa-kunci-pelajar-raih-kejayaan/feed/ 0 59765
Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/#respond Thu, 28 Oct 2021 07:10:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8005
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Ke-14, Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara negara yang menyertai bagi melonjakkan ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan melakukan tanggungjawabnya bagi memastikan kejayaan rancangan pemulihan antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA.

Katanya, antara perkara yang telah dipersetujui dalam Kenyataan Bersama itu ialah inisiatif Kuarantin Satu Borneo untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Sabah telah mengenalpasti tiga titik sempadan iaitu Bantul, Sebatik dan Serudung di bawah fasa kedua inisiatif itu manakala fasa perintis adalah di sempadan Entikong, Indonesia – Tebedu, Sarawak dan Sungai Tujuh, Brunei – Sungai Tujuh, Miri.

Hajiji adalah pemerhati pada Sidang Kemuncak ke-14 BIMP-EAGA yang diadakan secara maya pada Khamis yang dipengerusikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berucap pada Sidang Kemuncak itu.

Manakala Setiausaha Agung Asean, Dato Lim Jock Hoi dan Presiden Bank Pembangunan Asia Masatsugu Asakawa juga turut berucap pada Sidang Kemuncak itu.

“Kami bersetuju dan menyokong pandangan Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bahawa BIMP-Eaga akan menjadi platform yang berguna dalam kebangkitan ekonomi. Ia juga merupakan petanda baik dengan objektif yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025),” kata Hajiji.

Bersama Ketua Menteri ialah Duta Khas Sabah ke BIMP-EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/feed/ 0 8005