Kejohanan golf – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Nov 2024 08:09:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kejohanan golf – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia ke -120 sasar 144 peserta dari 18 negara https://sabahmedia.com/2024/11/07/kejohanan-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-sasar-144-peserta-dari-18-negara/ https://sabahmedia.com/2024/11/07/kejohanan-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-sasar-144-peserta-dari-18-negara/#respond Thu, 07 Nov 2024 08:09:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63396
Read Time:2 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 144 peserta disasarkan dari 18 buah negara bakal berentap merebut piala Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia (MAO) kali ke-120 tahun pada 12 hingga 15 Disember 2024 di Sabah Golf & Country Club (SGCC) Kota Kinabalu.

Anjuran bersama Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Persatuan Golf Sabah (SGA), acara ini akan menampilkan pemain golf amatur lelaki dan wanita terkemuka dari 18 negara, termasuk Malaysia, bersaing untuk Trofi Cabaran berprestij itu.

Kejohanan tahun ini akan menjadi acara ranking untuk World Golf Ranking (WAGR), mengukuhkan lagi kepentingannya di pentas golf amatur global.

MAO memegang legasi sebagai salah satu kejohanan amatur yang paling dihormati di Asia, menawarkan peluang kepada peserta untuk menguji kemahiran mereka menentang pemain bertaraf dunia sambil memperoleh mata WAGR yang sangat bernilai.

Sebagai acara penting dalam kalendar golf di rantau ini, MAO diadakan secara bergilir-gilir antara Malaysia Timur dan Barat, satu amalan yang bertujuan untuk memupuk keterangkuman dan mengembangkan jejak golf Malaysia di semua wilayah.

Edisi ke-120 bakal menyaksikan saingan sengit dengan wakil dari Australia, China, Chinese Taipei, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Mongolia, Nepal, Filipina, Pakistan, Thailand, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Vietnam, Myanmar, dan negara tuan rumah iaitu Malaysia.

Presiden Persatuan Golf Malaysia, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata kejohanan ini telah lama dinantikan pemain-pemain golf muda yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia, dan beliau berbangga melihat ianya terus berkembang maju.

“Penganjuran acara di SGCC ini mencerminkan komitmen kami terhadap keterangkuman dalam golf Malaysia, sambil kami mempamerkan kemudahan golf yang luar biasa Sabah kepada dunia.

“SGCC terkenal dengan susun atur padang golf yang mencabar ditambah dengan pemandangan alam semulajadi yang indah dan subur menjadikan lokasi ini sangat mencabar untuk pesaing,” katanya pada sidang media di SGCC di sini, hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 1976, SGCC telah mendapat reputasi sebagai salah satu lokasi padang golf terbaik di Malaysia dan dipuji kerana penyelenggaraan yang teliti, kubu yang dramatik dan bahaya yang diletakkan secara strategik.

Sementara itu, Presiden SGA, Nash Hon berkata penganjuran MAO ke-120 adalah satu penghormatan besar bagi SGCC dan Persatuan Golf Sabah.

“Kami sangat teruja untuk membawa pemain amatur terbaik rantau ini ke Sabah dan mempamerkan kelab kami , yang menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mencabar dan tidak dapat dilupakan untuk semua pesaing,” katanya.

Beliau berkata, acara itu sekali gus memberi peluang untuk mempamerkan landskap Sabah yang menakjubkan, kepelbagaian biologi yang unik, dan warisan budaya yang kaya kepada peserta, pegawai dan penonton yang datang melawat.

Disamping itu Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah juga turut menyokong penganjuran acara berprestij itu.

Kementerian itu juga mengalu-alukan peserta, pegawai dan pelawat untuk merasai keindahan alam semulajadi dan layanan mesra di Sabah.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan MGA, Dato’ Zulkifli Ismail melahirkan rasa terujanya sambil menyatakan kepulangan MAO ke Sabah menandakan dedikasi MGA untuk mengembangkan sukan itu di seluruh negara.

Manakala Presiden SGCC, Andrew Yap berkata keterujaaan pihak SGCC tidak sabar untuk membawa pemain amatur terbaik rantau ini ke Sabah dan mempamerkan kelab mereka yang menjanjikan pengalaman yang mencabar dan tidak dapat dilupakan untuk semua pesaing.

MAO ke-120 ini dijangka menarik peminat dan penyokong golf dari seluruh rantau ini dan seterusnya, ketika Malaysia meneruskan misinya untuk memupuk bakat muda dan meningkatkan profil golf amatur di Asia dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/07/kejohanan-golf-amatur-terbuka-malaysia-ke-120-sasar-144-peserta-dari-18-negara/feed/ 0 63396
Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club 2024 berlangsung 28 Sept ini https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/#respond Fri, 30 Aug 2024 12:43:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59946
Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Jemputan Kuala Penyu Golf & Country Club (KPGCC) 2024 yang berlangsung pada 28 September depan bakal menghimpunkan seramai 120 pemain golf tempatan dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yussof J. Imbang berkata, lapangan golf, Sabah Golf & Country Club (SGCC), Bukit Padang di sini menjadi venue pada kejohanan berprestij itu yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal untuk pemenang pukulan ‘hole in one’.

” Kami telah memutuskan, jika tiada pemenang hadiah ‘hole in one’ maka hadiah utama (motosikal) akan menjadi rebutan untuk cabutan tiket bertuah kepada peserta yang mengambil bahagian, ” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa KPGCC 2024 di Kota Kinabalu, kelmarin.

Setakat ini katanya, lebih RM20 ribu hadiah terkumpul bakal menjadi rebutan kepada para pemenang untuk kejohanan itu termasuk 50 cabutan bertuah.

Empat kategori turut dipertandingkan iaitu net dan gross untuk lelaki, wanita dan Senior (60 tahun ke atas).

Yussof berkata, setiap kategori bakal menerima hadiah antara RM3,000 hingga RM2,000 selain hadiah sampingan (goodies) kepada setiap pemain yang mengambil bahagian.

Jelasnya, selepas empat hari pendaftaran dibuka, kejohanan berprestij itu kini telah meraih lebih 80 peserta dan memerlukan lebih 30 peserta lagi untuk mencapai sasaran 120 pemain.

Sistem pertandingan, secara 36 handicap stableford dan tee off akan berjalan secara serentak (gun shoot).

Turut dipertandingkan ialah acara novelty menawarkan hadiah RM1,500 kepada pemain yang berjaya melakukan pukulan bull’s eye, longest drive dan nearest to the centre line.

Penyertaan untuk Kejohanan KPGCC 2024 masih terbuka kepada pemain dan mereka boleh berhubung dengan Simat Juslin (019 588 3303), Patrick J. Angkee (016 829 6412), Walter W. Angang (019 881 0099) dan Dulimin Ajak (019 333 7011).

Senator Datuk Nelson Angang yang mendermakan hadiah utama diberi penghormatan melakukan ‘tee off’ pertama sebagai sembolik perasmian sempena kejohanan itu.

Menurutnya, KPGCC kini dalam proses membangunkan lapangan golf bertaraf 18 lubang di tapak seluas 107 ekar di Bukit Nuri, Kuala Penyu berdekatan Menumbok dan Pulau Labuan.

Yussof berkata, kejohanan tahunan itu merupakan sebagai mempromosikan daerah Kuala Penyu dalam industri pelancongan sukan golf.

Presiden KPGCC, Tan Sri Wences Angang dan aktivis masyarakat, Dato’ Sri Sahran Untai antara 18 ahli KPGCC yang turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa kejohanan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/30/kejohanan-golf-jemputan-kuala-penyu-golf-country-club-2024-berlangsung-28-sept-ini/feed/ 0 59946
80 peserta jayakan Kejohanan Golf PBBS https://sabahmedia.com/2024/03/05/80-peserta-jayakan-kejohanan-golf-pbbs/ https://sabahmedia.com/2024/03/05/80-peserta-jayakan-kejohanan-golf-pbbs/#respond Tue, 05 Mar 2024 01:52:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50542
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Seramai 80 peserta dari beberapa buah daerah di negeri ini menyertai Kejohanan Golf Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) 2024 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Biro Belia dan Sukan PBBS itu telah berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai Golf dan dirasmikan Timbalan Presiden PBBS Abdullah Okin bagi mewakili Presiden PBBS yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Pengerusi Biro Belia dan Sukan PBBS Azman Datuk Seri Lajim berkata, sebanyak empat kategori dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama sehari itu.

Antara kategori dipertandingkan termasuklah kategori senior; medal A; medal B dan medal C selain turut dipertandingkan kategori Novelties.

“Antara objektif kejohanan golf ini adalah bagi mengeratkan lagi talian silaturrahim dan semangat kesukanan dikalangan pemain -pemain dan ahli jawatankuasa PBBS.

“Selain itu, kejohanan ini juga adalah bagi membantu mengumpul dana untuk tabung PBBS, dimana dana ini akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman yang juga Naib Presiden PBBS berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dalam kejohanan itu.

“Terima kasih kepada semua peserta yang turut serta dalam kejohanan ini dan saya bagi pihak penganjur ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan di sepanjang kejohanan golf ini berlangsung dan akan memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut di masa masa yang akan datang.

“Selain itu pihak kita juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang terdiri daripada pejabat Ketua Menteri, syarikat berkaitan kerjaaan (GLC) dan individu-individu perseorangan yang menyumbang dari segi bentuk kewangan, cabutan tiket bertuah selain goodies serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Terdahulu, turut serta dalam kejohanan itu termasuklah  Abdullah Okin, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation, Datuk Adzmir Abdul Rahman,Pengurus besar Perkasa Realty Sdn Bhd, Mat said Minting,  dan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Mazlan Joe Manan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/05/80-peserta-jayakan-kejohanan-golf-pbbs/feed/ 0 50542