Kek hari jadi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Jun 2025 00:43:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kek hari jadi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 15 kek Ulang Tahun Rasmi TYT diagih ke rumah kebajikan, anak yatim https://sabahmedia.com/2025/06/18/15-kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-diagih-ke-rumah-kebajikan-anak-yatim/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/15-kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-diagih-ke-rumah-kebajikan-anak-yatim/#respond Wed, 18 Jun 2025 00:43:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75753
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu:    Sebanyak 15 biji kek bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim.

Dalam ucapan ringkasnya, Tun Musa berkata, agihan itu bagi memastikan sambutan ulang tahun itu dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tun Musa (kanan) melihat kek sumbangan SICC.

Antara kek yang menarik perhatian ialah kek bertemakan kereta Rolls Royce Ghost berwarna Midnight Blue bercampur coklat emas  sumbangan Sutera Harbour Resort yang dihasilkan oleh Chef Pastri, Kee Roesdyen bersama empat pembantunya.

“Kek jenis chocolate moist seberat 30 kilogram (kg) dengan tambahan fondant 20 kg itu  disiapkan dalam tempoh empat hari,” katanya.

Selain itu, Shangri-La Rasa Ria Resort mempersembahkan kek berinspirasikan replika Masjid Beaufort dan corak tradisional Linangkit dari Tuaran berperisa buttercream seberat 50 kg serta disiapkan dalam tempoh lima hari. 

Sementara, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), menampilkan kek bertemakan Masjid Bandaraya sempena bulan Zulhijjah yang mempamerkan keunikan reka bentuknya dan turut dikenali sebagai Masjid Terapung kerana lokasinya di atas air hasil karya Chef De Partie Martha Edward Santani bersama tiga pembantu.

Tidak ketinggalan, Hyatt Regency Kinabalu juga mempersembahkan kek replika ikan todak yang menjadi mercu bulatan berhampiran hotel terkemuka tersebut.

Kek berperisa carrot, walnut dan kurma seberat 20 kg yang disiapkan oleh Pastri Chef, Awang Mohd Yusrinizam dalam tempoh tujuh hari dengan bantuan empat pembantu.

Turut mempersembahkan kek ialah Markas Divisyen Kelima Infantri, Tentera Laut Diraja Malaysia, Hotel Le Meridien, Hotel Horizon, Nexus Resort and Spa Karambunai, Hotel Promenade, Ming Garden, Dreamtel Kota Kinabalu, The Palace Hotel, Sabah Oriental Hotel dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.

Hadir sama, Panglima Divisyen Kelima Infantri Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin, Panglima Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Mohd Norizal Fahrudin dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/15-kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-diagih-ke-rumah-kebajikan-anak-yatim/feed/ 0 75753
Kek ulang tahun rasmi TYT berinspirasikan logo Istana Seri Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/10/09/kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-berinspirasikan-logo-istana-seri-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/10/09/kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-berinspirasikan-logo-istana-seri-kinabalu/#respond Mon, 09 Oct 2023 00:29:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43336
Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Kek berinspirasikan logo Istana Seri Kinabalu dengan Bunga Raya dan Rafflesia menjadi tumpuan tetamu pada Majlis Jamuan Negeri sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Chef Pastri Hyatt Regency Hotel yang dikenali sebagai Yusrinizam berkata, kek yang diilhamkan pasukannya itu adalah seberat 40 kilogram dengan perisa ‘walnut brownies’.

Katanya, pihaknya turut memilih rona dalam Bendera Negeri Sabah dan mengambil masa lebih kurang empat hari untuk disiapkan.

Pada Sabtu, Tun Juhar serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Hajiji dan isteri, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta isteri, Datin Seri Noraini Salleh menyempurnakan upacara pemotongan kek ulang tahun kelahirannya.

Turut mengiringi Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 TYT Sabah dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong di Dewan Bankuasi DUN Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/09/kek-ulang-tahun-rasmi-tyt-berinspirasikan-logo-istana-seri-kinabalu/feed/ 0 43336