Kek raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Mar 2025 21:06:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kek raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 17 kek dipersembahkan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 https://sabahmedia.com/2025/03/27/17-kek-dipersembahkan-sempena-hari-raya-aidilfitri-2025/ https://sabahmedia.com/2025/03/27/17-kek-dipersembahkan-sempena-hari-raya-aidilfitri-2025/#respond Wed, 26 Mar 2025 21:06:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71157
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu:  Sebanyak 17 kek dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah yang tiba pada jam 11.30 pagi di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu, menyaksikan sendiri kesemua persembahan kek disumbangkan oleh hotel-hotel terkemuka di Sabah.

Paling mencuri tumpuan Tun Musa ialah kek coklat moist  berbentuk rumah kampung yang dihasilkan oleh Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dengan konsep nostalgia Aidilfitri rekaan Eksekutif Chef, Rohizan Ramly bersama lima orang pembantunya.

Selain itu, Tun Musa juga tertarik dengan kreativiti chef dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang berkonsepkan Ramadan di SICC serta kek yang diinspirasikan daripada istana timur bertemakan istana syawal oleh Sutera Harbour Resort and Spa.

Dalam majlis tersebut, Tun Musa dan Toh Puan Faridah berkesempatan merakamkan gambar bersama semua wakil yang menyumbang kek.

Antara penyumbang-penyumbang tersebut ialah Horizon Hotel, Hilton Kota Kinabalu, Ming Garden Hotel and Residences, Hyatt Regency Kinabalu, Sutera Harbour Resort, Promenade Hotel, The Palace Hotel, The Klagan Group of Hotel, Dreamtel Kota Kinabalu, Nexus Resort and Spa Karambunai, Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), Ibis Style Kota Kinabalu, ATI College dan North Borneo University College.

Kesemua kek akan disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim, badan-badan kebajikan serta Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Kota Kinabalu

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/27/17-kek-dipersembahkan-sempena-hari-raya-aidilfitri-2025/feed/ 0 71157