Kelompok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 19 Jul 2021 08:21:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kelompok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Vaksinasi bergerak’ mampu bantu capai sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/#respond Mon, 19 Jul 2021 08:21:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3261
Read Time:46 Second

SIPITANG: Pendekatan ‘turun padang’ dengan perkhidmatan vaksinasi bergerak ke kawasan pedalaman dilihat semakin efisien dalam memastikan sasaran komuniti kelompok di daerah ini berjaya dicapai.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Sani Miasin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini bertungkus lumus melaksanakan inisiatif tersebut.

“Kesanggupan petugas KKM yang membuat suntikan rumah ke rumah penduduk kampung terutamanya yang tidak dapat hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) amatlah dihargai.

“Ini disebabkan terdapat isu beberapa penduduk kampung kerana masalah kesihatan, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Usaha sebegini bukan sahaja dapat memastikan sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman berjaya dicapai, ia sekaligus dapat mengatasi penularan pandemik di daerah Sipitang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai rombongan KKM bagi proses vaksinasi di Kampung Meligan, Sipitang, semalam.

Untuk rekod, kawasan perkampungan itu terletak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Sipitang dan mempunyai lebih 1,000 orang penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/feed/ 0 3261
Sasar ATM Capai Imuniti Kelompok Lebih Awal https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/#respond Sat, 26 Jun 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2013
Read Time:58 Second

PAPAR: Kerajaan akan pastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan suntikan vaksin bagi memastikan pasukan itu mencapai imuniti kelompok lebih awal, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bayangkan kalau seluruh kem tentera dijangkiti COVID-19, kita tidak boleh gerakkan anggota kita sekiranya berlaku apa-apa.

“Jadi amat penting kita vaksin semua anggota kita sebagai persediaan dalam mempertahankan negara,” katanya yang juga Menteri Pertahanan selepas tinjauan Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Lok Kawi, hari ini.

Katanya, pemberian suntikan vaksin secara pandu lalu di kem itu bukan hanya meliputi anggota tentera, malah juga ahli keluarga anggota tentera, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, Askar Wataniah dan juga veteran ATM.

Program vaksinasi secara pandu lalu itu berkemungkinan dibuat di kem tentera daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, setakat ini 95 peratus anggota ATM di Sabah sudah menerima suntikan vaksin. Jumlah berkenaan adalah membabitkan anggota ATM yang telah menerima dos pertama dan lengkap dua dos vaksin.

“Lima peratus lagi sedang menunggu vaksin. Jika bekalan vaksin tiba nanti, kita menjangka dapat menyuntik seramai 99 peratus seluruh anggota tentera di Sabah,” katanya. – Berita Harian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/feed/ 0 2013