Keluarga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Apr 2026 08:44:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keluarga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bapa dipenjara penjara 165 tahun : Nilai kekeluargaan perlu diperkasa https://sabahmedia.com/2026/04/09/bapa-dipenjara-penjara-165-tahun-nilai-kekeluargaan-perlu-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2026/04/09/bapa-dipenjara-penjara-165-tahun-nilai-kekeluargaan-perlu-diperkasa/#respond Thu, 09 Apr 2026 08:44:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94578
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Nilai kekeluargaan khususnya dalam kalangan ketua keluarga seperti bapa atau suami perlu terus diperkukuh bagi memastikan keharmonian rumah tangga terus terpelihara  selain cabaran dunia digital masa kini.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majungki berkata, institusi berkaitan turut mempunyai peranan bagi membimbing masyarakat memahami tanggungjawab sosial serta menerapkan nilai-nilai murni dalam keluarga.

“Institusi keagamaan khususnya boleh membantu dengan sangat efektif dalam menanam pengertian nilai yang sepatutnya dipegang oleh ketua keluarga.

Julita Majungki

“Namun masyarakat kini berdepan pelbagai pengaruh baharu yang sukar dielakkan sepenuhnya. Bukan semua perkara boleh dielakkan 100 peratus.

“Kita terdedah kepada perkara baharu, khususnya melalui internet yang terlalu terbuka sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat di Wisma Wanita di sini pada Khamis.

Hadir sama Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Rina Jainal.

Julita berkata demikian bagi mengulas kes tular membabitkan seorang bapa yang dihukum penjara sehingga 165 tahun, yang disifatkannya sebagai amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, kes itu disifatkan tidak sepatutnya berlaku terutama dalam keadaan dunia tanpa sempadan hari ini dimana individu sendiri perlu menentukan batasan yang wajar dalam kehidupan seharian.

“Persoalannya, di mana sempadan kita? Hakikatnya, kitalah yang menentukan sempadan tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan terhadap kes yang berlaku, beliau menegaskan bahawa sebarang kesalahan perlu diserahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Jika kesalahan telah dilakukan, kita serahkan kepada mahkamah. Namun, usaha pencegahan melalui kesedaran masyarakat perlu diperkukuh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menekankan bahawa institusi keagamaan perlu tampil lebih aktif dalam membentuk masyarakat yang berpegang kepada nilai moral dan tanggungjawab kekeluargaan.

Semalam, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun dan dikenakan sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dua anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Lahad Datu.

Tertuduh yang berusia 54 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhaila Selag.

Sebelum itu, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan merogol dua anaknya dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman sebat sebanyak 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Shahril Haja Mohaideen bersama pegawai penyiasat, Inspektor Malati Labpak. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/09/bapa-dipenjara-penjara-165-tahun-nilai-kekeluargaan-perlu-diperkasa/feed/ 0 94578
Semangat kekeluargaan lahirkan masyarakat harmoni, sejahtera https://sabahmedia.com/2024/11/23/semangat-kekeluargaan-lahirkan-masyarakat-harmoni-sejahtera/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/semangat-kekeluargaan-lahirkan-masyarakat-harmoni-sejahtera/#respond Sat, 23 Nov 2024 14:45:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64282
Read Time:2 Minute, 0 Second

Putatan: Kerajaan berusaha menanam semangat kekeluargaan melalui konsep Kasih Madani dan perlaksanaan ‘November Bulan Keluarga Kebangsaan’ untuk melahirkan masyarakat yang stabil, harmoni dan sejahtera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi menyemarakkan sambutan ini, Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan pada 3 November 2023 bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memperluaskan sambutan itu diperingkat semua kementerian dan kerajaan negeri, mulai tahun ini.

Justeru katanya, semua kementerian termasuk semua pihak di negeri ini diharapkan untuk turut sama menjayakan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan.

“Perlaksanaan aktiviti hari keluarga di setiap kementerian dan agensi kerjaan juga perlu dijadikan acara tahunan wajib pada setiap bulan November. Bagi sektor swasta, NGO dan komuniti amatlah digalakkan supaya melaksanakan program kesejahteraan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024 dan Program Jerayawara Santuni Komuniti Madani PEKA@LPPKN kawasan Parlimen Putatan di Dewan Sri Putatan di sini hari ini.

Teks ucapan beliay dibacakan Timbalan Ketua Menteri  Datuk lr. Shahelmey Yahya.

Hajiji berkata, perkembangan pesat teknologi, penggunaan gajet dan media sosial menjadi satu cabaran kepada keluarga sehingga kanak-kanak dan remaja kini terdedah kepada pelbagai pengaruh yang boleh menjejaskan perkembangan mereka.

Katanya, kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan lebih 70 peratus kanak-kanak di Malaysia menggunakan internet sejak usia kecil, yang menuntut ibu bapa untuk lebih bijak dalam mengawal akses anak-anak kepada teknologi itu.

“Justeru, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkenalkan program literasi digital untuk keluarga,”katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kesedaran keselamatan keluarga harus bermula daripada pendidikan dan latihan yang konsisten dan anak-anak perlu dididik dengan nilai keselamatan, sama ada dalam aspek fizikal, emosi, mahupun siber.

Katanya, berdasarkan statistik daripada Cybersecurity Malaysia, kes jenayah siber yang melibatkan remaja meningkat 15 peratus pada tahun lalu, menunjukkan pentingnya langkah-langkah pro-aktif daripada ibu bapa dan pendidik untuk melindungi generasi muda.

“Saya yakin usaha yang dilakukan melalui sambutan ini dan pelbagai program seperti PEKA@LPPKN dapat meningkatkan lagi kesejahteraan institusi keluarga di Sabah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga komited untuk memperkasakan wanita menerusi program-program pembangunan dan latihan yang memberi fokus kepada kesaksamaan gender kerana peranan wanita sebagai ibu, isteri, dan anggota masyarakat, sangat penting dalam sesebuah keluarga.

Beliau berkata, aspek kesihatan mental juga tidak boleh diabaikan dalam menjaga kesejahteraan keluarga kerana ia memberi implikasi yang besar kepada kestabilan emosi dan sosial keluarga. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/semangat-kekeluargaan-lahirkan-masyarakat-harmoni-sejahtera/feed/ 0 64282
Penggunaan internet dalam kalangan remaja meningkat https://sabahmedia.com/2024/11/13/penggunaan-internet-dalam-kalangan-remaja-meningkat/ https://sabahmedia.com/2024/11/13/penggunaan-internet-dalam-kalangan-remaja-meningkat/#respond Wed, 13 Nov 2024 02:43:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63680
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu:  Penggunaan internet khususnya dalam kalangan remaja memberi cabaran besar terhadap pengukuhan institusi kekeluargaan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penggunaan internet dalam kalangan remaja meningkat hampir 94 peratus pada tahun lalu.

“Seiring dengan perubahan sosial dan ekonomi, data semasa menunjukkan bahawa hampir 65 peratus daripada ibu bapa di Malaysia menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak mereka dalam era digital ini.

“Lebih 75 peratus keluarga melaporkan bahawa mereka memerlukan sokongan untuk menangani isu-isu seperti kawalan penggunaan media sosial dan pengurusan tekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Forum Kasih Keluarga Jiwa Madani di sini semalam.

Juliah berkata, ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa dan keluarga untuk memahami peranan teknologi dalam kehidupan anak-anak serta bagaimana ia boleh dimanfaatkan secara positif bukan sahaja sebagai alat pembelajaran tetapi juga sebagai medium untuk mempererat hubungan kekeluargaan.

Beliau turut menggesa semua pihak agar memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan mental setiap ahli keluarga.

“Mengikut data terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesihatan mental dalam kalangan keluarga merupakan aspek yang harus diberi penekanan kerana kesan sampingannya yang meluas. 

“Dengan membina keluarga yang sihat secara fizikal dan emosi, kita bukan sahaja melahirkan individu yang seimbang tetapi juga membina komuniti yang harmoni dan berdaya tahan.

“Kita juga harus sedar bahawa nilai kekeluargaan bukan sahaja penting dalam kehidupan peribadi, tetapi juga menjadi asas kepada kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara. 

“Dengan adanya sistem sokongan yang kuat, ahli keluarga lebih produktif dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan yang mampan,” katanya 

Forum sehari itu disertai ahli akademik, agamawan dan pakar peristilahan serta perkamusan dalam usaha membangkitkan peranan setiap anggota keluarga untuk mewujudkan rumahtangga yang aman, harmoni dan produktif.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/13/penggunaan-internet-dalam-kalangan-remaja-meningkat/feed/ 0 63680
Sabah sebagai destinasi utama pelancongan pendidikan sukan berorientasikan keluarga – STB https://sabahmedia.com/2023/09/28/sabah-sebagai-destinasi-utama-pelancongan-pendidikan-sukan-berorientasikan-keluarga-stb/ https://sabahmedia.com/2023/09/28/sabah-sebagai-destinasi-utama-pelancongan-pendidikan-sukan-berorientasikan-keluarga-stb/#respond Thu, 28 Sep 2023 07:34:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42692
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) komited memupuk industri pelancongan sukan di Sabah untuk menjadikan negeri ini destinasi ideal pelancongan pendidikan sukan berorientasikan keluarga.

Contoh utama komitmen ini ialah Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2023 yang sedang berlangsung, di mana 30 pasukan junior dari Australia, Filipina, Indonesia dan Semenanjung Malaysia telah berganding bahu dengan 20 pasukan Sabah untuk mengambil bahagian.

Sehubungan dengan itu, STB telah menganjurkan majlis makan malam mengalu-alukan peserta kejohanan dan keluarga mereka pada Rabu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai; Pengarah kejohanan Piala Borneo Scott Ollerenshow; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC Marzuki Nasir; dan personaliti bola sepak Australia Andrew Paschalidis dan Alan Davidson.

Joniston dalam ucapannya pada majlis makan malam itu menegaskan bahawa Lembaga Pelancongan Sabah mengiktiraf potensi Piala Bola Sepak Borneo untuk menarik pemain bola sepak yang berpotensi tinggi dan keluarga mereka ke Sabah.

“Piala Borneo telah menjadi tradisi yang dinanti sejak 2008, dan kami sangat teruja untuk melihatnya kembali dalam kalendar tahunan sekarang memandangkan cabaran COVID sudah lama berlalu.

“Mengimbas kembali, kami telah mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah pasukan dari Hong Kong, Thailand, Korea Selatan dan Jepun pada tahun-tahun sebelumnya, dan kami sangat teruja sekali,” katanya.

Selain itu, Joniston turut menyampaikan sokongan tidak berbelah bahagi Lembaga Pelancongan Sabah terhadap pengumuman yang dibuat oleh Ollerenshow berhubung rancangan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Wanita pada masa hadapan.

Beliau berkata perkembangan ini adalah sangat hebat, kerana ia menggariskan dedikasi Sabah untuk menarik penonton lebih luas dalam sukan dan menambah kekayaan portfolio pelancongannya.

“Sabah sangat teruja untuk menerima kejohanan sukan terulung antarabangsa seperti itu. Ia sejajar dengan visi kami untuk mempromosikan pelancongan sukan dan menarik keluarga yang mencari gabungan unik pendidikan sukan dan beriadah.

“Kejohanan ini adalah mercu tanda untuk pemain bola sepak yang berpotensi tinggi, menawarkan platform untuk mengasah kemahiran dan memupuk semangat kesukanan.

“Ia telah menjadi saluran untuk bukan sahaja bakat baru tetapi juga keluarga mereka, yang boleh merasai keindahan budaya dan alam semula jadi yang pelbagai yang ditawarkan Sabah,” kata Joniston.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/28/sabah-sebagai-destinasi-utama-pelancongan-pendidikan-sukan-berorientasikan-keluarga-stb/feed/ 0 42692
Manfaatkan kestabilan politik, tingkatkan tahap sosioekonomi diri & keluarga https://sabahmedia.com/2023/05/13/manfaatkan-kestabilan-politik-tingkatkan-tahap-sosioekonomi-diri-keluarga/ https://sabahmedia.com/2023/05/13/manfaatkan-kestabilan-politik-tingkatkan-tahap-sosioekonomi-diri-keluarga/#respond Sat, 13 May 2023 13:33:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34310
Read Time:2 Minute, 42 Second

RANAU: Rakyat termasuk di daerah ini diseru untuk memanfaatkan sepenuhnya kestabilan politik yang dikecapi di negeri ini khasnya dan negara amnya untuk meningkatkan tahap sosioekonomi diri dan keluarga.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang membuat seruan ini berkata, mereka yang memiliki tanah perlu terus giat mengusahakannya serta mengkomersialkan hasil tanaman dan juga perusahaan produk tempatan.

“Biarpun tanah hanya kecil sahaja, namun jika diusahakan dengan sepenuhnya, ia pasti akan membuahkan hasil tuaian yang baik, demikian juga dengan produk tempatan yang saya lihat di gerai-gerai di sini, terdapat pelbagai produk tempatan yang dipamerkan mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dimajukan lagi,” katanya ketika merasmikan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, hari ini.

Terdahulu, Dr. Joachim yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) berkata, Pesta Kaamatan mencetus satu transformasi ke arah masyarakat berbilang kaum yang penyayang dan saling hormat-menghormati.

Justeru katanya, tema perayaan Pesta Kaamatan iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” adalah tepat pada masanya.
 
Menurut beliau, Kaamatan dapat mempersatukan pelbagai etnik yang terdiri daripada Kadazan Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang merayakan pesta yang berprestij ini, selain mampu mengangkat martabat budaya dan amalan tradisi di mata dunia.

“Dengan erti kata yang lain, pesta ini adalah satu wadah untuk bersatu di negeri ini dan seterusnya menjadikan daerah termasuk Ranau lebih maju dan makmur sentosa,” ujarnya.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu berkata, selain itu Pesta Kaamatan juga terus menjadi daya tarikan kepada pelancong luar dan dalam negara.

Kehadiran pelancong ini secara tidak langsung dapat menyumbangkan ekonomi negeri, kata Dr. Joachim, sambil menambah, pesta ini juga dapat memberikan peluang kepada peniaga kecil tempatan menjana pendapatan yang lebih di musim perayaan seumpama ini dengan menjual pelbagai barangan perhiasan tradisional, kraftangan dan makanan tempatan.
 
“Saya berharap kita semua dapat menghayati erti Kaamatan yang sebenar dan semoga anda semua terhibur dengan pelbagai acara yang diadakan dalam sambutan Kaamatan seperti Sukan tradisi, Pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau dan lain-lain.

“Marilah kita bersama meraikan sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini dengan penuh kesyukuran bersama ahli keluarga, sahabat handai dan dengan segenap lapisan masyarakat di negeri Sabah yang kita cintai ini,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, menasihati semua agar terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 di musim perayaan ini.

“Tahun ini kita amat bersyukur kerana dapat menyambut Kaamatan dalam suasana berakhirnya pandemik Covid-19 seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini. Sungguhpun begitu, kita semua masih perlu berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi saranan serta arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar pandemik ini tidak kembali menimpa kita. Kita juga hendaklah bersyukur kerana Kerajaan kita berjaya menangani situasi pandemik Covid-19 selama ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepaxa ahli-ahli jawatankuasa (AJK) penganjur yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir; Ahli Parlimen P. 179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin; ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yasin; Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran), Hasinin Kinsim; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Marcelus Joannes; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Farihah Mohd Jamian; Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan Daerah Ranau dan Ahli Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan tahun 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/13/manfaatkan-kestabilan-politik-tingkatkan-tahap-sosioekonomi-diri-keluarga/feed/ 0 34310
Keluarga mohon bantuan kesan lelaki warga Brunei hilang di Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/01/10/keluarga-mohon-bantuan-kesan-lelaki-warga-brunei-hilang-di-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/01/10/keluarga-mohon-bantuan-kesan-lelaki-warga-brunei-hilang-di-kota-kinabalu/#respond Tue, 10 Jan 2023 10:03:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27694
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan keberadaan seorang lelaki warganegara Brunei dipercayai hilang di sekitar Kota Kinabalu sejak 20 Disember tahun lalu selepas dilaporkan sehingga kini belum pulang ke rumahnya di Brunei.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pada 25 Disember 2022 jam lebih kurang 9.25 pagi, seorang pengadu telah membuat laporan polis menyatakan bahawa abangnya AK Muhammad Abdullah Pg Ali berusia 29 tahun, warganegara Brunei belum balik ke rumah mereka di Brunei.

“Menurut pengadu, abangnya (orang hilang) bersama tiga orang rakannya telah pergi ke Kota Kinabalu Sabah untuk mengikuti acara Hobbycon di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.

“Siasatan awal pada 24 Disember 2022 jam lebih kurang 10 pagi bertempat di alamat Kg. Parit Jln Mulaut Limau Manis Pengkalan Batu Muara Brunei, pengadu bersama ahli keluarga menunggu kepulangan abangnya kerana abangnya memaklumkan akan balik pada 20 Disember 2022 melalui Jalan Feri Menumbuk-Labuan-Brunei, namun sehingga laporan dibuat abangnya belum dapat dikesan,” kata Kalsom dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Kalsom, ahli keluarga telah menghubungi telefon bimbit dan menghantar pesanan whatsapp namun tidak dapat dihubungi.

Katanya, kali terakhir abangnya dilihat pada 19 Disember 2022 di Kedai Tabletop Arena 5-206, 2nd Floor, 1 Borneo Hypermall Jalan Sulaman, Kota Kinabalu semasa berurusan jual beli kad permainan dengan pemilik kedai.

Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan orang hilang tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu ASP Norul Azlan Mohamad Nawi (Ketua Polis Balai Kota Kinabalu) ditalian 010-9300777 atau menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/10/keluarga-mohon-bantuan-kesan-lelaki-warga-brunei-hilang-di-kota-kinabalu/feed/ 0 27694
Kongsi Ilmu Pengetahuan Daripada Kursus Yang Diperolehi Bersama Keluarga, Masyarakat – Juliah https://sabahmedia.com/2022/02/08/kongsi-ilmu-pengetahuan-daripada-kursus-yang-diperolehi-bersama-keluarga-masyarakat-juliah/ https://sabahmedia.com/2022/02/08/kongsi-ilmu-pengetahuan-daripada-kursus-yang-diperolehi-bersama-keluarga-masyarakat-juliah/#respond Tue, 08 Feb 2022 09:41:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12014
Read Time:34 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag merasmikan penutupan Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN yang disertai lebih 70 peserta daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, di sini pada Selasa.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Sabah itu memberi fokus kepada Pengurusan Kewangan Keluarga dan juga penglibatan pusat keluarga bergerak yang memberikan perkhidmatan seperti pendaftaran mamogram, HPV DNA dan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat di daerah Tuaran.

Sambil menegaskan program ini adalah satu titik permulaan yang baik dan wajar diteruskan agar masyarakat sentiasa mendapat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPPKN.

Juliah berharap semua peserta ini juga akan berkongsi ilmu yang diperoleh bersama keluarga serta penduduk di peringkat akar umbi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/08/kongsi-ilmu-pengetahuan-daripada-kursus-yang-diperolehi-bersama-keluarga-masyarakat-juliah/feed/ 0 12014
KPDNHEP Sabah Lancar Program Jualan Keluarga Malaysia Di Putatan https://sabahmedia.com/2021/12/04/kpdnhep-sabah-lancar-program-jualan-keluarga-malaysia-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/kpdnhep-sabah-lancar-program-jualan-keluarga-malaysia-di-putatan/#respond Sat, 04 Dec 2021 04:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9276
Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Mendengar keluhan rakyat dengan kenaikan harga barang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah mengambil inisiatif mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Perkarangan Majlis Daerah Putatan, dekat sini, pada Sabtu.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sabah, Georgie Abas berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia yang julung kali diadakan di daerah Putatan bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 2 Disember baru-baru ini.

” Inisiatif ini disasarkan kepada 222 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia termasuk 25 kawasan parlimen di Sabah akan diadakan Program Jualan Keluarga Malaysia ini, ia bertujuan untuk orang ramai khususnya penduduk setempat dapat membeli barangan keperluan yang sangat murah berbanding harga di pasaran pada hari ini.

“Barangan yang dijual dengan harga sehingga 20 peratus lebih murah, yang mana kita tahu kos sara hidup yang meningkat sejak kebelakangan ini, jadi kita adakan program ini, membawa pemborong-pemborong secara langsung dari pembekal dan menjual barangan mereka dengan harga lebih murah kepada pengguna.

“Saya berharap dengan adanya program sedemikian dapat mengurangkan sedikit beban kos sara hidup harian masyarakat di sini,” kata Georgie ketika ditemubual media semasa lawatannya bersama Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Khar.

Menurut Georgie lagi, program seumpama ini juga akan diadakan di daerah-daerah lain sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi memudahkan masyarakat setempat membeli barangan keperluan dengan harga murah. Ia juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Negeri.

“PJKM diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah.

“KPDNHEP mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan,” tambahnya.

Antara agensi kerajaan yang turut serta sdalam program tersebut iaitu Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Rakan Strategik dan Pemain Industri seperti BATARAS; Nestle; Imbas Jaya; Sazarice Sdn. Bhd.; Kina Enterprise; dan QL Resources Berhad.

Georgie juga mengalu-alukan kepada agensi lain turut serta dalam program ini.

Antara barang keperluan yang dijual seperti beras, gula, kopi, milo, ikan, sayur, bawang, ayam, telur ayam dan lain-lain.

Dalam pada itu, Haryani turut berterima kasih kepada KPDNHEP Negeri Sabah kerana memilih Daerah Putatan sebagai destinasi pertama program ini diadakan.

“Saya berharap program seumpama ini akan terus diadakan untuk meringankan beban penduduk di sini yang juga terkesan dengan kenaikan harga barang,”katanya.

Suri rumah, Sapiah Yusof, menunjukkan barang keperluan yang dibelinya dengan harga kurang RM5 kesemuanya dari gerai Jualan Keluarga Malaysia di Putatan.

Sementara itu, suri rumah Sapiah Yusof, 68, ketika ditemubual oleh Sabah Media hari ini, turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan program ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan dengan adanya program ini, kami sebagai pengguna yang amat terkesan dengan kenaikan harga barang, kami dapat membeli barang keperluan dengan harga yang berpatutan malah murah dari harga di pasaran. Saya berharap program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/kpdnhep-sabah-lancar-program-jualan-keluarga-malaysia-di-putatan/feed/ 0 9276
Program Bicara Bonda Memberi Teladan Bentuk Keluarga Bahagia https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/ https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/#respond Sun, 17 Oct 2021 05:37:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7593
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Program Bicara Bonda sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M diharap memberi banyak pengetahuan dan teladan untuk membentuk keluarga bahagia.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, berkata ini termasuk dapat melakukan yang terbaik terhadap keluarga daripada segi akhlak, kasih sayang dan tanggungjawab yang terbaik kepada keluarga masing-masing.

“Perlu diingat bahawa daripada keluargalah akan lahir keharmonian dan kesejahteraan dalam berjiran, bermasyarakat dan bernegara.

“Justeru, amat sesuai sekali apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia sebagai tonggak kesejahteraan rakyat di negara kita yg tercinta.

“Pembentukan keluarga bahagia juga adalah amanah yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dan ahli keluarga bagi membentuk generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan Program Bicara Bonda sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Yang turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Naib Yang Dipertua 1 MUTIARA GRS, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Bicara Bonda, Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa serta Setiausaha Kehormat MUTIARA GRS, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi.

Sehubungan itu, Juliah berharap program ini akan diperluaskan lagi agar semua golongan sasar akan mendapat manfaat yang dibawakan oleh kerajaan khususnya dalam program Bicara Bonda ini.

Pada majlis itu, isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan Tokoh Anugerah Saidatina Khadijah kepada anak kelahiran Membakut, Dr Zainab Binti Kassim, 52, kini masih bertugas sebagai Pakar Neonatologi di King College Hospital d London.

Dr Zainab turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM15,000.

Dua lagi anugerah iaitu Anugerah Khas sempena Program Bicara Bonda diberikan kepada Rosnani Abdullah, 61, yang terbabit dalam mengusaha madrasah pondok di Sabah dan menerima wang tunai RM10,000 manakala Persatuan Ibu Tunggal Sabah turut menerima sumbangan wang tunai untuk aktiviti pengurusan persatuan itu sebanyak RM5,000 kepada Pengerusinya, Norhanidah Anol.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/feed/ 0 7593
Rindu Masa Bersama Keluarga – Frontliner https://sabahmedia.com/2021/09/01/rindu-masa-bersama-keluarga-frontliner/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/rindu-masa-bersama-keluarga-frontliner/#respond Wed, 01 Sep 2021 06:54:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5648
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sebagai petugas barisan hadapan khususnya sepanjang tempoh pandemik Covid-19, satu-satunya kesempatan yang dirindukan ialah masa bersama keluarga.

Penolong Pengarah Belia Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kevin Lo, 37, dari Tuaran merupakan antara 10 penerima memento yang dinukilkan khas untuk mengiktiraf dan sekaligus memberi penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira masa.

Majlis penyerahan momento tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Mohd Noor di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021, hari ini.

“Sebagai sukarelawan persatuan ini, cabaran semasa menjalankan tugas sepanjang Covid-19 ialah masa bersama keluarga amat singkat kerana perlu bertugas setiap hari.

“Dalam persatuan, saya bertugas membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bukan sahaja di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV), malah menyediakan bakul makanan dan membantu Tabung Darah Hospital bagi mengisi bekalan darah yang setiap hari berkurangan.

“Saya amat terharu dan berterima kasih atas pengiktirafan daripada kerajaan Negeri Sabah dan berazam untuk memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat,” ujarnya yang juga Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran.

Bagi frontliner wanita, Leftenan Muda Rejimen 507 Askar Wataniah, Sitii Zubaidah Kanisius @ Benyamin, 25, yang berasal dari Beluran pula menjalankan tugas semasa Op Penawar sepanjang pandemik sentiasa sibuk tetapi masih sempat membahagikan masa untuk tugas hakikinya di Koperasi Pekerja Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya teruja sekali kerana diberi penghormatan dan pengiktirafan terutama sekali ketika musim pandemik ini.

“Penat lelah dan usaha sepanjang menjadi frontliner sudah cukup diraikan dengan mengibarkan jalur gemilang pada majlis seperti hari ini dan saya sangat berbangga menjadi warga Malaysia yang bebas, merdeka dan berdaulat,” kata Sitti Zubaidah.

Turut berkongsi pengalaman serta cabaran bertugas semasa pandemik ialah Pegawai Imigresen Bahagian Pengkuatkuasaan, Muhammad Ghulam Ghulam Rasul, 29, yang memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sektor perindutrian.

“Hujung minggu saya habiskan di pejabat untuk tugasan pemantauan SOP ke atas majikan kilang-kilang serta kawasan yang mempunyai pekerja warga asing dan tidak dinafikan, tugasan ini terdedah dengan wabak Covid-19,” jelasnya.

Beliau turut bersyukur dan berterima kasih atas penghormatan diberikan sekaligus dapat mengubati rasa penat dan lelah bertugas sepanjang pandemik.- PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/rindu-masa-bersama-keluarga-frontliner/feed/ 0 5648