Kemahiran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Sep 2023 04:51:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemahiran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usahawan perlu tingkat kemahiran pengurusan perniagaan https://sabahmedia.com/2023/09/22/usahawan-perlu-tingkat-kemahiran-pengurusan-perniagaan/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/usahawan-perlu-tingkat-kemahiran-pengurusan-perniagaan/#respond Fri, 22 Sep 2023 04:51:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42276
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA MARUDU : Golongan usahawan diminta meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan jika berhasrat untuk kekal berdaya saing serta menjamin masa depan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan penuh dengan cabaran, khususnya perubahan dunia yang begitu pantas berkembang.

Katanya, usahawan bukan sahaja perlu berdaya tahan dan berani bersaing, malah bersedia menghadapi pelbagai masalah dan persekitaran ekonomi yang lembab dan tidak stabil.

“Golongan usahawan perlu mempersiapkan jati diri untuk kekal bertahan dalam dunia perniagaan. Mereka perlu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan.

“Ia berkait dengan ilmu pengetahuan dalam perniagaan seperti perhubungan kerjasama, pemasaran, promosi, isu semasa ekonomi dan input tambahan berkaitan produk atau perkhidmatan yang kita usahakan dalam perniagaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutup Program Keusahawanan Wanita dan Belia di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk Surinam Haji Sadikun dan 200 peserta program.

Program anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Ibu Tunggal Kota Marudu dengan kerjasama Perbadanan Pinjaman Sabah atau Sabah Credit Corporation itu dihadiri oleh 200 peserta.

Redonah berkata, para usahawan dalam matlamat tersebut perlu  sentiasa mempertingkat dan menambah baik segala kemahiran yang ada supaya sentiasa dapat mengikut arus perkembangan semasa.

“Kita perlu sentiasa dalam ‘versi’ terkini dan tidak ketinggalan daripada orang lain. Untuk tujuan ini, kita perlu menimba ilmu, belajar, berkawan, tambah pengetahuan dengan membaca, membuat kajian dan penelitian berkaitan perniagaan yang kita usahakan.

“Sebagai usahawan, semua antara kita  mesti bijak dalam memanfaatkan teknologi terkini. Melalui teknologi, kita meluaskan rangkaian perniagaan, kita tambah kekuatan dan rangkaian ekonomi kewangan kita, dan kita perkukuh nilai serta asas keusahawanan, kerana kita perlu ada target masing-masing, yang kita perlu capai,” ujar beliau.

Tambah Redonah, kerajaan melalui Perbadanan Pinjaman Sabah telah banyak mewujudkan dan melaksanakan program, aktiviti-aktiviti yang bertujuan membantu usahawan untuk lebih berjaya dan berdaya saing.

Walaupun begitu, katanya, kerajaan percaya bahawa masih terdapat ruang, dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam meningkatkan pencapaian usahawan.

“Inisiatif mengadakan kursus keusahawan adalah satu sumbangan yang sangat relevan kepada para usahawan tempatan, dalam mendapatkan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan berkongsi pengetahuan.

“Pembangunan usahawan merupakan satu agenda nasional yang perlu dihayati, dan dijayakan oleh rakyat terutamanya di kalangan usahawan itu sendiri. Semuanya bergantung kepada usahawan untuk berubah dan memantapkan ilmu dan kemahiran berniaga,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak sekadar menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberikan perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/usahawan-perlu-tingkat-kemahiran-pengurusan-perniagaan/feed/ 0 42276
Golongan usahawan diminta tingkat pengetahuan, kemahiran – Redonah https://sabahmedia.com/2023/08/13/golongan-usahawan-diminta-tingkat-pengetahuan-kemahiran-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/08/13/golongan-usahawan-diminta-tingkat-pengetahuan-kemahiran-redonah/#respond Sun, 13 Aug 2023 00:54:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39980
Read Time:1 Minute, 41 Second

TAWAU: Golongan usahawan diminta terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan bidang perniagaan yang diceburi mampu bertahan lama.

Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan hari ini amat mencabar serta sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.

Menurut beliau, tanpa pengetahuan dan kemahiran seseorang peniaga sukar menguruskan perniagaan mereka baik dalam aspek produk, perkhidmatan, strategi pemasaran dan halangan-halangan yang ada.

“Ilmu pengetahuan dan kemahiran seseorang keusahawanan itu juga penting bagi memastikan mereka memiliki kekuatan mental bagi mengharungi cabaran dan persaingan dunia keusahawanan sebenar yang semakin kompetitif.

“Pendidikan keusahawanan juga amat signifikan untuk membina modal insan yang mempunyai kemahiran dan pemikiran usahawan serta inovatif bagi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Karnival Usahawan dan Kerjaya Zon Pantai Timur di sini semalam.

Turut hadir, Pembantu Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Pengerusi Biro Usahawan Gagasan Rakyat Sabah, Shazlinah Lai serta jawatankuasa biro.

Redonah berkata, bidang keusahawan sangat penting dalam menjayakan tranformasi  pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat dan negeri.

“Bidang atau sektor keusahawanan ini bermula dengan wujudnya usahawan yang berpotensi, iaitu seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya.

“Pada masa ini, tahap pencapaian kita dalam bidang ini masih lagi rendah jika diukur dengan negara-negara maju, malah di beberapa negara membangun seperti China telah mula menunjukkan betapa rakyat mereka semakin aktif dan agresif untuk menguasasi pasaran,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, usaha bersepadu perlu diambil bagi menerapkan nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan termasuk di Kolej Komuniti.

Tambah beliau, banyak kajian telah membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan mampu untuk meningkatkan kecenderungan dan minat pelajar institusi pengajian tinggi menceburkan diri dalam bidang berkenaan.

“Diharapkan dengan muncul lebih ramai usahawan kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih saing dan berdaya usaha sama ada dari segi pemikiran mahupun tingkah laku,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/13/golongan-usahawan-diminta-tingkat-pengetahuan-kemahiran-redonah/feed/ 0 39980
Ketua Menteri mahu HRD Corp bantu tangani jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja libatkan rakyat tempatan https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/ https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/#respond Fri, 10 Feb 2023 06:15:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29337
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini, agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD
Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah
(SMJ).

HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Hajiji berkata, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk memperkasakan modal insan negeri ini.

Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang
disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.

HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571
majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/feed/ 0 29337
Pemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam – Andi https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/#respond Tue, 14 Dec 2021 02:41:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9852
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam yang melibatkan para pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah, pemimpin/aktivis belia dan badan bukan kerajaan (NGO) serta para penggiat media sosial bertempat di Hotel Palace dekat sini.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember hingga 14 Disember 2021 dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Andi Muhamad Suryady Bandy.

Andi dalam ucapan perasmiannya berkata, para pimpinan belia, NGO, pelajar, mahasiswa dan penggiat media sosial merupakan pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu memiliki dan menguasai kemahiran dan seni pengucapan awam bagi memudahkan mereka menyampaikan setiap dasar dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat bukan sahaja memahami malah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau turut berharap para peserta dapat terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui bengkel tersebut dengan mencari platform seperti forum, wacana, syarahan, dialog dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, dalam ucapannya menyatakan bengkel yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha IKRAR untuk mendekati rakyat khususnya anak muda bagi menyemarakkan lagi kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Roslie Hussien, seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/feed/ 0 9852
DUN Sabah : KSTI Pastikan Program Kemahiran Dapat Sambutan Pelajar & Belia https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-ksti-pastikan-program-kemahiran-dapat-sambutan-pelajar-belia/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-ksti-pastikan-program-kemahiran-dapat-sambutan-pelajar-belia/#respond Wed, 08 Dec 2021 05:41:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9534
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) telah mengenalpasti pelbagai pendekatan dan formula baharu untuk memastikan program kemahiran mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar atau belia dan beliawanis yang masih belajar di negeri ini.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ruddy Awah berkata, ia termasuklah dalam bidang teknologi automatif, digital dan elektronik.

Katanya, antara pendekatan atau formula baharu yang dikenalpasti adalah melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) yang menjalin kerjasama dengan pihak Malaysia Automotive Robotic & IoT Institute (MARii) bagi melaksanakan train and place dalam bidang teknologi automotif.

“Melalui program ini, JPSM akan menghantar belia Sabah mengikuti program dalam bidang automatif dan IOT dan penempatan di kilang-kilang automotif IoT bagi mengatasi isu pengangguran di Sabah bermula tahun 2022.

“JPSM merancang akan memberi peluang kepada belia Sabah yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berkaitan bidang teknikal khasnya teknologi automotif, digital dan elektronik.

“Jabatan ini juga telah menghantar lima orang pelatih JPSM untuk melanjutkan latihan ke peringkat Diploma iaitu dalam bidang Diploma of Engineering Technology Automotive Maintenance dan Diploma of Engineering Technology in Electric dan Electronics di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada tahun 2020. Program ini akan diteruskan dan dimantapkan di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (UMNO-Nabawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ruddy berkata, Kementerian pada masa ini, sedang merangka pewujudan sebuah Universiti Teknikal bersama MARA bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Sabah.

Katanya, dengan inisiatif ini, anak-anak Sabah yang mempunyai sijil kemahiran boleh melanjutkan pelajaran / latihan yang lebih tinggi tanpa perlu ke Semenanjung.

“Kementerian melalui Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menganjurkan program MyReskills IoT khusus kepada syarikat-syarikat di bawah kategori enterprise kecil dan sederhana di dalam sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan untuk kekal berdaya saing dalam pengaplikasian IoT dan IR4.0.

“Selain itu, Kementerian melalui Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), giat menjalankan latihan berkemahiran tinggi seperti teknologi dron, IoT, big data dan sebagainya,” katanya.

Katanya, SCENIC telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Aerodyne dan KKIP Aerospace Training Centre bagi meluaskan potensi teknologi dron di Sabah.

“Melalui MOU ini akan dapat membantu industri perhutanan dan pertanian serta secara tidak langsung dapat memperkasa belia melalui latihan teknologi dron.

“Beberapa siri suai kenal dengan jabatan kerajaan dan korporat di Sabah telah diadakan untuk mengenal pasti jenis inisiatif yang boleh dijalankan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ruddy berkata, dengan inisiatif kerajaan dalam penganjuran program berkaitan digital serta peluang pekerjaan yang ditawarkan, mampu menarik minat belia dan beliawanis ke arah teknologi IR 4.0.

Katanya, Kementerian akan mempergiatkan kerjasama bersama agensi kerajaan negeri dan persekutuan,pihak swasta / industri serta komuniti setempat sebagai satu formula untuk memastikan keperluan semua pemegang taruh di dalam ekosistem dapat dipenuhi.  

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-ksti-pastikan-program-kemahiran-dapat-sambutan-pelajar-belia/feed/ 0 9534
STB Galak Komuniti Pelancongan Luar Bandar Tingkatkan Kemahiran https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/#respond Tue, 16 Nov 2021 10:48:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8531
Read Time:1 Minute, 23 Second

KIULU: Pengusaha pelancongan luar bandar di sini digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pengurusan risiko bagi memastikan persekitaran yang selamat kepada pengunjung mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, berkata ini penting untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pengunjung dan memastikan sifar kemalangan di pusat pelancongan.

“Kita mahu pengunjung datang berulang-ulang. Kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku kepada pengunjung kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap pelancongan kita. Oleh itu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sangat menggalakkan komuniti luar bandar memanfaatkan peluang peningkatan kemahiran.

“Jika pengunjung berpuas hati dengan pengurusan kita, sudah tentu mereka akan kembali. Justeru, adalah penting untuk kita memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan STB mempunyai peruntukan khas untuk menyokong kursus peningkatan kemahiran,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi STB, berkata demikian pada penutupan Program Bina Kapasiti Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) dan pelancaran dewan serbaguna di Monggoluton River View dan Picnic Center di sini, pada Isnin lepas.

Turut hadir ialah presiden KTA, Mejin Maginggow, dan pengurus Monggoluton River View dan Picnic Center, Brolyn Bilid Benjamin.

Joniston turut berkata sasaran STB adalah untuk Kiulu diiktiraf sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf dunia, sama seperti Kadamaian, yang telah menerima Anugerah Standard ASEAN 2019-2020.

Seramai 25 ahli KTA dan pengusaha pelancongan menghadiri kursus bina kapasiti yang diadakan di dewan serbaguna baru itu, yang merupakan sebahagian daripada Sabah New Deal.

Kursus tersebut memfokuskan cara untuk mengendalikan risiko secara profesional dalam situasi kecemasan seperti lemas di sungai, tersesat di dalam hutan, dan cedera, antara lain.

“Kami mahu komuniti Kiulu dan pengusaha pelancong mempunyai bukan sahaja tempat yang menarik untuk dikunjungi, tetapi juga kemahiran yang mereka perlukan untuk maju,” kata Mejin selaku mentor program bina kapasiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/feed/ 0 8531
ASTiF Latih Pelajar Kemahiran Kreatif https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/#respond Mon, 01 Nov 2021 08:38:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8102
Read Time:2 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Mei 2021 tepat pada masanya dalam memastikan graduan UMS bersedia merebut peluang dalam pekerjaan perniagaan atas talian serta melibatkan diri sebagai penyedia kandungan kreatif media baharu.

Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, penubuhan ASTiF sesuai dengan perubahan akibat pandemik Covid-19 yang kini memerlukan kemahiran kreatif dan inovatif seseorang untuk beradaptasi dengan senario baru dalam peluang pasaran kerja semasa.

Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam.

“Pandemik menyebabkan kemahiran-kemahiran kreatif seperti penyuntingan, kemahiran fotografi, grafik dan pembikinan video yang melibatkan penciptaan kandungan kreatif semakin diperlukan dalam usaha mempromosi dan menjual pelbagai produk perniagaan.

“Ia sekali gus mencipta peluang pekerjaan baru kepada pelajar dan graduan universiti. Sehubungan itu, di ASTiF selain kursus-kursus berteraskan kemahiran bakat dalam bidang seni, akademi ini juga menawarkan kursus-kursus berteraskan pengurusan dan keusahawanan kreatif seperti Pengurusan Industri Kreatif, Pengurusan Produksi dan Pemasaran Karya.

“Ia bertujuan memastikan graduan yang dilahirkan mampu menceburi pelbagai bidang perniagaan yang berkait secara langsung dengan industri kreatif ataupun sebaliknya,” katanya.

Zairul berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama pemberita di sini, hari ini.

Menurut Zairul, kursus-kursus yang ditawarkan ASTiF adalah berdasarkan keperluan semasa industri dengan mengambil kira maklum balas pelajar yang menjalani latihan industri di beberapa syarikat yang mencadangkan beberapa kemahiran penting perlu diterapkan.

“Melalui maklum balas yang diterima, syarikat-syarikat menyatakan keperluan terhadap pelajar-pelajar kreatif dan inovatif yang mempunyai kemahiran menghasilkan video, copywriting, reka bentuk grafik serta berkebolehan melakukan penyuntingan video untuk tujuan mempromosikan produk,” katanya.

Lantaran itu Zairul memaklumkan, ASTiF sangat menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran daripada kursus-kursus yang ditawarkan untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan sebagai persiapan menghadapi realiti peluang kerjaya dan pasaran sebenar apabila tamat pengajian kelak.

“Seperti yang kita ketahui, kemahiran kreatif ini tidak terhad kepada industri yang berkait secara langsung seperti industri muzik, tarian, teater, perbukuan, perfileman dan seni halus sahaja, namun ia mencakupi pelbagai bidang lain seperti pembungkusan, grafik dan percetakan.

“Justeru, terdapat graduan ASTiF yang menggunakan kemahiran kreatif dan pengurusan yang dipelajari untuk menceburi bidang perniagaan seperti perniagaan restoran, bakeri dan perniagaan produk lain secara dalam talian,” jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai peluang pekerjaan dalam penyediaan kandungan kreatif melalui media sosial, Zairul memaklumkan ASTiF juga menawarkan kursus-kursus seperti teknik penulisan media baru, pengurusan penerbitan media dan penyuntingan kopi.

“Ia sebagai pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran asas untuk menjadi pencipta atau penyedia kandungan kreatif dalam platform seperti Youtube, Facebook, dan Tik Tok.

“Kita tahu nilai kandungan kreatif yang disiarkan melalui aplikasi media sosial ini mencecah jutaan ringgit dan telah melahirkan ramai usahawan kreatif sekali gus menyediakan peluang pekerjaan baru kepada masyarakat.

“Justeru menyedari peluang ini, pihak ASTiF sedang mempergiatkan lagi inisiatif untuk memastikan pelajar didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan media baru, serta pada masa yang sama memastikan nilai kandungan yang dibangunkan memberi impak positif kepada masyarakat,” tambahnya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar penubuhan ASTiF akan memberi dimensi baru kepada para pelajar dan graduan untuk berfikir lebih kreatif dan inovatif.

“Kita mahu lebih ramai pelajar yang merebut peluang menceburi bidang industri kreatif yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan baru sesuai dengan perubahan semasa,” kata Zairul.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/astif-latih-pelajar-kemahiran-kreatif/feed/ 0 8102
Pelajar Disaran Belajar Bidang Kemahiran Selain Akademik https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/#respond Thu, 14 Oct 2021 08:48:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7515
Read Time:1 Minute, 34 Second

KINABATANGAN: Golongan pelajar diingatkan supaya mempunyai kesedaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran lain tidak hanya bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik cemerlang untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, selain pencapaian cemerlang dalam bidang akademik pelajar juga perlu memberikan tumpuan kepada bidang-bidang kemahiran yang amat diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan seiring dengan perkembangan semasa.

“Pelajar juga jangan ketepikan bidang teknik dan vokasional ini disebabkan bidang ini dapat menjadikan golongan pelajar sebagai modal insan berkemahiran tinggi, berinovasi serta mampu menghadapi cabaran alaf baharu yang relevan dengan keperluan semasa,” katanya ketika berucap merasmikan program Ceria Ke Sekolah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan baru baru ini.

Bagaimana pun menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, kelahiran golongan modal insan seperti ini menuntut kepada peningkatan bilangan pelajar dalam bidang teknik dan vokasional yang dianggap sebagai satu pilihan baharu kepada aliran pembelajaran yang sedia ada.

“ Jika pelajar kurang cemerlang dalam bidang akademik jangan mudah berputus asa bidang kemahiran merupakan pilihan terbaik yang boleh mencorak masa depan untuk mencari bidang pekerjaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung berkata dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RM-12) kerajaan terus memperkasa bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion.

Menurut beliau sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK iaitu peningkatan RM100 juta.

“Ibubapa juga perlu memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk belajar dalam bidang kemahiran selain bidang akademik,” ujarnya.

Mengulas program tersebut Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag berkata kerajaan mengalu-alukan kerjasama agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan modal insan melalui pendidikan di negeri ini.

Beliau berkata sinergi pihak berkaitan menerusi perkongsian idea pintar dan bantuan yang lain mampu memaksimumkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Agenda memberi daya insan adalah suatu usaha berterusan dan ia tidak akan berjaya sekiranya tiada kerjasama pelbagai pihak.” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/pelajar-disaran-belajar-bidang-kemahiran-selain-akademik/feed/ 0 7515