Kemalangan 3 lori 10 tan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Oct 2022 06:10:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemalangan 3 lori 10 tan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemalangan 3 lori 10 tan, 2 lelaki cedera https://sabahmedia.com/2022/10/25/kemalangan-3-lori-10-tan-2-lelaki-cedera/ https://sabahmedia.com/2022/10/25/kemalangan-3-lori-10-tan-2-lelaki-cedera/#respond Tue, 25 Oct 2022 06:10:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=23304
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Dua orang cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori 10 tan membawa muatan tanah dalam satu kejadian di Taman Sri Gayang, Jalan Sulaman, dekat sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.27 pagi pada Selasa (25 Okt) mengenai kemalangan tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran diketuai PBK II Norkijan Durudin tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah lori 10 tan membawa muatan tanah dimana sebuah lori telah terjatuh dari lereng bukit lalu menghempap dua buah lori yang berada di bawah lereng bukit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam kemalangan itu, terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat, seorang mangsa iaitu pemandu lori tersepit telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan jentera.

“Manakala seorang mangsa iaitu pemandu lori yang dihempap berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 11.40 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/25/kemalangan-3-lori-10-tan-2-lelaki-cedera/feed/ 0 23304