kemalangan jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Jul 2023 08:33:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kemalangan jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai polis maut dalam kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/#respond Sat, 22 Jul 2023 08:30:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38741
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang pegawai polis maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taman Indah Jaya 5, Batu 4 dekat sini awal pagi Sabtu (22 Julai).

Mangsa yang maut dikenali sebagai Inspektor Mohamad Ikhlas Rosmi berusia 30 tahun, bertugas di Markas Operasi, Pasukan Polis Marin, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, kejadian kira-kira jam 4.10 pagi tadi, kenderaan jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke rumahnya di Taman Indah Jaya, secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke dalam longkang di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Fuad berkata, kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.

Sementara itu, sepasukan bomba turut berada di lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.57 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/22/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 38741
1,634 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah https://sabahmedia.com/2023/02/02/1634-kes-kemalangan-jalan-raya-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/02/02/1634-kes-kemalangan-jalan-raya-direkodkan-di-sabah/#respond Thu, 02 Feb 2023 05:34:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28913
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Statistik menunjukkan sebanyak 1,634 kes kemalangan jalan raya direkodkan termasuk 20 kes membabitkan kemalangan maut pada bulan Januari 2023.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerajaan memandang serius perkara itu dan mahu kempen keselamatan jalan raya terus dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

“Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dapat meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan berhemah semasa berada di jalan raya sekaligus mengurangkan statistik kemalangan jalan raya di Negeri Sabah.

“Kempen seperti ini amat penting dilakukan untuk kita sentiasa menyedarkan kepada pengguna jalan raya tentang aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Teluk Dumpil dekat sini, hari ini.

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya tersebut merupakan satu kempen yang dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya Sabah melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama beberapa Jabatan dan Agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bomba, Jabatan Kesihatan, LPKP dan Pihak Berkuasa Tempatan setempat.

Shahelmey berkata program seumpama merupakan program yang dilaksanakan setiap tahun terutamanya pada musim-musim perayaan.

“Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya dan mengingatkan mereka untuk sentiasa peka terhadap pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang pertama dilakukan adalah di daerah Putatan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan akan dilakukan di daerah-daerah lain di masa akan datang.

Justeru itu, katanya, pengguna ataupun memandu secara beretika dan memastikan bahawa kenderaan yang digunakan sepanjang berada di jalan raya adalah dalam keadaan yang selamat.

“Selain kempen keselamatan seperti ini, pendekatan lain adalah membuat kempen kesedaran secara berterusan, dan juga pematuhan undang-undang kepada yang terus cuai ataupun memandang ringan terhadap aspek-aspek keselamatan jalan raya, maka kita akan gunakan peruntukan undang-undang bagi memastikan perkara ini dapat diminimakan,”tegasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan berkolaborasi dengan pelbagai jabatan yang berkaitan bagi memastikan tahap keselamatan di jalan raya sentiasa ditingkatkan.

Dalam majlis itu, sebanyak 100 beg yang mengandungi bahan kempen dan risalah-risalah Kempen Keselamatan Jalan Raya telah diagihkan. Ini termasuklah pemberian topi keledar baharu dan baju keselamatan (safety vest) kepada penunggang motosikal.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/02/1634-kes-kemalangan-jalan-raya-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 28913