Kemalangan maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 04:32:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemalangan maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis kesan pemandu Hilux terbabit kemalangan maut di Sepanggar https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/#respond Sat, 23 May 2026 04:32:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97178
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, pada 22 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.25 petang apabila mangsa lelaki berusia 69 tahun dipercayai melintas jalan dari arah kanan ke kiri menuju ke kawasan Indah Permai.

Menurutnya, mangsa kemudian dilanggar sebuah Toyota Hilux yang bergerak di lorong kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 4.56 petang oleh pegawai perubatan Hospital Likas,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pemandu kenderaan terbabit dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/feed/ 0 97178
15 kemalangan maut di kawasan bandaraya dari awal tahun hingga 27 Mac https://sabahmedia.com/2025/03/30/15-kemalangan-maut-di-kawasan-bandaraya-dari-awal-tahun-hingga-27-mac/ https://sabahmedia.com/2025/03/30/15-kemalangan-maut-di-kawasan-bandaraya-dari-awal-tahun-hingga-27-mac/#respond Sun, 30 Mar 2025 11:24:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71330
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kemalangan maut dicatatkan di sekitar bandaraya dari Januari hingga 27 Mac lepas, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda.

“Jumlah kematian ini membimbangkan kerana kes meningkat sebanyak lima kes tahun ini berbanding 10 kes kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu,” katanya ketika melancarkan Op Selamat Hari Raya di Teluk Likas dekat sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa pejalan kaki dan penunggang motosikal adalah penyumbang utama kepada kemalangan maut ini. Kawasan-kawasan dengan jumlah kemalangan maut yang tinggi adalah kawasan mempunyai banyak perumahan seperti di Tuaran Bypass, Lintas, dan Sepanggar.

“Antara faktor utama pejalan kaki sebagai penyumbang kemalangan maut ini adalah kerana mereka tidak menggunakan kemudahan awam yang sedia ada,” katanya.

Berhubung dengan Op Selamat Hari Raya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu mensasarkan tiga dasar keselamatan utama sepanjang tempoh operasi yang bermula 29 Mac hingga 3 April.

“Ops Selamat ini meliputi tiga perkara utama yang kita sasarkan: Pertama, keselamatan rumah yang ditinggalkan; kedua, keselamatan dalam perjalanan; dan ketiga, keselamatan pergi dan balik ke destinasi. Kami lebih menumpukan perhatian di kawasan seperti Jalan Aeropod, jalan ke Papar, Tuaran Bypass, Jalan Lintas dan Jalan Sulaman, Sepanggar,” jelasnya.

Beliau juga berharap sepanjang Ops Selamat Hari Raya tahun ini, tiada kemalangan maut dicatatkan, seperti pada Ops Selamat Hari Raya tahun lalu.
“Dalam operasi ini, lebih 100 anggota dari semua jabatan PDRM serta balai-balai yang berada di kawasan sekitar akan terlibat.

“Nasihat kepada para pengguna jalan raya sepanjang perjalanan balik: pertama, pastikan pintu dan pagar rumah dikunci dengan baik dan jangan lupa juga pastikan tingkap tandas ditutup rapat dan berkunci sebelum meninggalkan rumah.

“Kedua, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan dan berehat sebentar jika perjalanan terlalu lama. Setiap pengguna jalan raya juga perlu mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta had laju yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bermain mercun kerana ia boleh mendatangkan bahaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/30/15-kemalangan-maut-di-kawasan-bandaraya-dari-awal-tahun-hingga-27-mac/feed/ 0 71330