kemalangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Apr 2026 10:22:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kemalangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua maut kemalangan dua kereta di Jalan Kimanis–Keningau https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/#respond Thu, 23 Apr 2026 10:18:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95419
Read Time:1 Minute, 16 Second

PAPAR: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 35, Jalan Kimanis–Keningau, di sini, pagi Khamis (23 April).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Proton Saga dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung secara hadapan dengan sebuah Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Axia berusia 61 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu Proton Saga berusia 34 tahun turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Papar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal turut mendapati terdapat elemen ketidakpatuhan terhadap undang-undang jalan raya, termasuk pemandu yang tidak memiliki lesen memandu sah serta penggunaan kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh.

“Mayat kedua-dua mangsa akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya.

Beliau berkata, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ketika memandu antara faktor utama kemalangan maut, terutama di laluan mencabar seperti Jalan Kimanis–Keningau yang memerlukan kemahiran serta disiplin tinggi.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mematuhi had laju, berwaspada di laluan berisiko seperti selekoh tajam dan kawasan berbukit serta memastikan memiliki lesen memandu sah selain cukai jalan dan insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Polis Daerah Papar atau pegawai penyiasat trafik bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/dua-maut-kemalangan-dua-kereta-di-jalan-kimanis-keningau/feed/ 0 95419
Wanita maut, tiga rakan cedera nahas tiga kenderaan https://sabahmedia.com/2025/10/21/wanita-maut-tiga-rakan-cedera-nahas-tiga-kenderaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/wanita-maut-tiga-rakan-cedera-nahas-tiga-kenderaan/#respond Tue, 21 Oct 2025 08:03:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83819
Read Time:57 Second

KUNAK: Seorang wanita maut manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Kunak–Semporna, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.46 pagi, mangsa berusia 44 tahun yang memandu kereta berkenaan maut di lokasi selepas tersepit di tempat duduk pemandu akibat hentaman kuat.

Tiga penumpang lain yang juga wanita dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam sama sebelum sepasukan lima anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan dua lori tiga tan dan sebuah kereta.

“Seorang wanita didapati tersepit di bahagian pemandu manakala tiga lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan ‘rescue tools’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Wanita berkenaan berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/wanita-maut-tiga-rakan-cedera-nahas-tiga-kenderaan/feed/ 0 83819
Tiga maut, tiga parah kereta terbabas di Jalan Sandau https://sabahmedia.com/2025/10/10/tiga-maut-tiga-parah-kereta-terbabas-di-jalan-sandau/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/tiga-maut-tiga-parah-kereta-terbabas-di-jalan-sandau/#respond Fri, 10 Oct 2025 00:13:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82884
Read Time:1 Minute, 6 Second

LAHAD DATU: Tiga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum terbalik di Batu 18, Jalan Sandau Lahad Datu–Sandakan, di sini, petang Khamis.

Mangsa, Erna Jamalddin, 36; Harlina, 38; dan Rajuddin, 41, disahkan maut di lokasi kejadian. 

Manakala tiga lagi mangsa, Sudirman, 43; Marani Halaking, 46; dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang belum dikenal pasti identitinya dilaporkan parah. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.05 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga BLM terbabas sendiri dan terbalik. 

“Semua enam mangsa didapati telah tersepit di dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas ‘rescue tools RTA’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiga lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumsoa berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.27 petang selepas kawasan kejadian disahkan selamat.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/tiga-maut-tiga-parah-kereta-terbabas-di-jalan-sandau/feed/ 0 82884
2 cedera parah, 6 cedera ringan dalam kemalangan di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2025/04/20/2-cedera-parah-6-cedera-ringan-dalam-kemalangan-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/2-cedera-parah-6-cedera-ringan-dalam-kemalangan-di-kinabatangan/#respond Sun, 20 Apr 2025 01:03:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72304
Read Time:53 Second

Oleh FLORIETA DIET

KINABATANGAN: Dua cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan jalan raya yang berlaku semalam (19 April) di Kampung Jaya Baru, Jalan Bukit Garam, dekat sini.

Ketua Balai Bomba Kinabatangan PPgB Hairi Otoh berkata, kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan, sebuah Toyota Hilux Revo dan Proton Saga FLX telah menyebabkan enam orang menaiki Proton Saga mengalami kecederaan, manakala dua penumpang Toyota Hilux Revo tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Daripada enam mangsa tersebut, dua mangsa cedera parah, iaitu seorang wanita berusia 44 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri, serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang turut cedera parah di bahagian kepala, kaki dan tangan kiri. Empat lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Tambahnya lagi, pasukan bomba Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 petang.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada jam 3:55 petang bertindak membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan bantuan orang awam. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan dua ambulans KKM untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3:39 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/2-cedera-parah-6-cedera-ringan-dalam-kemalangan-di-kinabatangan/feed/ 0 72304
Kemalangan ragut dua nyawa: Pemandu jalani penjara enam tahun https://sabahmedia.com/2025/04/08/kemalangan-ragut-dua-nyawa-pemandu-jalani-penjara-enam-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/04/08/kemalangan-ragut-dua-nyawa-pemandu-jalani-penjara-enam-tahun/#respond Tue, 08 Apr 2025 08:25:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71626
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM20,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini, kerana memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang cucu dan neneknya, dua tahun lepas.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Termizy M Zaini, 35, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.

Mahkamah juga memerintahkan supaya lesen memandu Ahmad diendors dengan butiran sabitan dan tertuduh juga hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama lima tahun.

Difahamkan, tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, menyebabkan beliau menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula dari tarikh ditahan pada 12 Ogos 2024.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kenderaan Proton Saga telah memandu kenderaan tersebut dengan melulu sehingga menyebabkan kematian terhadap penama Herman Abdullah, 20, dan neneknya, Sulmah Mesal pada 30 April 2023 jam lebih kurang 10. 47 pagi, bertempat di Jalan UMS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20, 000 dan tidak lebih daripada RM50, 000, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan bahawa tertuduh telah memandu sebuah kenderaan Proton Saga dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA) menghala ke Tuaran.

Apabila sampai di Jalan UMS berhampiran Sulaman Kingfisher, kenderaan yang dipandu tertuduh telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Proton Wira yang bergerak dari arah Indah Permai menghala ke Pusat Bandar.

Kejadian itu menyebabkan pemandu Proton Wira dan penumpang belakang disahkan maut di tempat kejadian oleh seorang doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Cuaca pada masa kejadian adalah baik.

Punca kematian pemandu Proton Wira ialah disebabkan “neck injury due to road traffic collision” manakala punca kematian penumpang Proton Wira ialah “multiple injuries due to road traffic collision” yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Jabatan Forensik Hospital Queen.

Semasa rayuan tertuduh meminta hukuman paling rendah memandangkan dia ada tanggungan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Tertuduh juga juga menyesal terhadapa kejadian yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar meminta hukuman setimpal dan memohon mahkamah agar tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap.

Tertuduh didakwa di mahkamah pada 12 Ogos 2024 dan mengaku tidak bersalah. Tertuduh ditawarkan ikat jamin namun gagal membayar wang jaminan menyebabkannya ditahan seementara menunggu kes selesai.

Sebelum ini, media telah melaporkan dua maut manakala seorang lagi iaitu tertuduh mengalami kecederaan parah di anggota badan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan Jalan UMS berhampiran Sulaman Kingfisher.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/08/kemalangan-ragut-dua-nyawa-pemandu-jalani-penjara-enam-tahun/feed/ 0 71626
Wanita maut, kenderaan dipandu dirempuh pemandu cuai https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/#respond Wed, 11 Dec 2024 07:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65224
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Maimunah Cybercity, Jalan Lintas dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata pada jam lebih kurang 5.45 pagi tadi pihaknya menerima maklumat berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di lokasi tersebut.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis Toyota Camry dan sebuah kenderaan jenis Produa Myvi.

“Kemalangan melibatkan kes terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, siasatan lanjut mendapati sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 20’an yang datang dari arah Kobusak menuju ke Putatan.

“Apabila sampai berhampiran Speed Car Wash, Cybercity Jalan Lintas, pemandu Produa Myvi yang cuba untuk membuat pusingan-U dengan secara tiba-tiba kenderaan Perodua Myvi tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di hadapannnya dan melambung ke sebelah jalan arah laluan yang bertentangan.

“Di dalam masa yang sama datang sebuah kenderaan Toyota Camry yang dipandu oleh seorang perempuan yang berumur 40’an daripada arah jalan lurus iaitu daripada arah Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghala ke arah Lido dan menyebabkan telah berlaku berlaku perlanggaran.

“Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu kenderaan Toyota Camry telah mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kecuaian adalah disebabkan oleh pemandu kenderaan Perodua Myvi tersebut yang cuai di dalam pemanduannya sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan merempuh pemandu kenderaan Toyota Camry tersebut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kasim turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan patuh kepada peraturan lalulintas.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/wanita-maut-kenderaan-dipandu-terlibat-kemalangan-di-jalan-lintas/feed/ 0 65224
Remaja maut, seorang cedera terlibat kes kemalangan babit dua motosikal https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/#respond Thu, 25 Jul 2024 12:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58029
Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan membabitkan dua buah motosikal yang ditunggang masing-masing di Jalan Papar Lama, Putatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang ada menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 5.10 awal pagi tadi (25 Julai).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua motosikal tersebut datang dari arah Penampang menuju ke Papar melalui Jalan Papar Lama dan berlaku kemalangan ketika melalui lokasi kejadian.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal pertama seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah dijumpai di dalam lubang takungan air pembahagi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala penunggang motosikal kedua seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun mengalami cedera bahagian mata, muka dan tangan. mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/remaja-maut-seorang-cedera-terlibat-kes-kemalangan-babit-dua-motosikal/feed/ 0 58029
Ketua Balai Bomba Kimanis Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/#respond Wed, 29 Dec 2021 13:54:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10450
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan antara yang cedera parah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Paris Satu, dekat sini, pada Rabu.

Ketua BBP Kinabatangan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamaluddin ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian.

Nurul Azlan berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang Rabu (29 Disember 2021), sepasukan anggota bomba diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki Johainin sekeluarga remuk dalam kemalangan itu. -Foto Ihsan BBP Kinabatangan.

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis isuzu Dmax, Sebuah lori dan sebuah Perodua Alza.

“Terdapat lapan orang mangsa dilaporkan terlibat iaitu dua orang cedera parah, empat orang cedera ringan, dua orang tidak mengalami kecederaan dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Kinabatangan menggunakan ambulans setelah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,”katanya.

Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang.

Menurut Nurul Azlan, difahamkan Mohd Johainin, 35, sedang bercuti dan pada hari kejadian beliau bersama enam ahli keluarganya menaiki Perodua Azla sedang menuju ke Tawau, namun kereta mereka bertembung pada arah bertentangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax di lokasi kejadian.

“Ahli keluarga Johainin yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu isteri beliau Pamela Ng @ Norlela Mohd Firdaus, 35, adik Norlela, Nurul Yusra Mohd Firdaus,20, anak-anak mereka Nur Damia Maisarah Mohd Johainin, 7, dan Muhammad Muhyiddin Irfan, 6, hanya mengalami cedera ringan, manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah maklumat tidak diperolehi.

Sementara, pemandu lori dan Isuzu Dmax tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Nurul Azlan berkata, Johainin dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital Kinabatangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/feed/ 0 10450
Pemuda Patah Kaki Terharu Terima Sumbangan https://sabahmedia.com/2021/07/07/pemuda-patah-kaki-terharu-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/pemuda-patah-kaki-terharu-terima-sumbangan/#respond Wed, 07 Jul 2021 07:19:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2695
Read Time:54 Second

TAMPARULI: “Tiada apa yang mampu saya katakan, hanya ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan,” kata seorang pemuda Marklister Jalin,34.

Beliau yang tinggal di Kampung Lapasan Ulu disini mengalami kemalangan beberapa hari lalu mengakibatkan kakinya patah dan sukar untuk bergerak.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku ketika sedang menggunakan mesin pemotong rumput di kebun yang terpelanting terkena pada bahagian kakinya.

“Malang tidak berbau apabila pisau mesin rumput yang saya gunakan ketika bekerja tiba-tiba patah, kemungkinan terkena batu besar menyebabkan terpelanting mengenai kaki kiri saya,” katanya.

Marklister berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli.

Sumbangan berbentuk barangan dapur serta kewangan itu diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli Boe Sindolun bagi meringankan beban harian Marklister.

“Kita doakan agar beliau (Marklister) segera pulih dan seterusnya kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Saya juga ingin menyampaikan salam daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, Rizkam Yabin dan Ahli Jawatankuasa Pemuda, Soimin Lomu dan Hendry Jani.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/pemuda-patah-kaki-terharu-terima-sumbangan/feed/ 0 2695