Kemarau papar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Apr 2024 10:50:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemarau papar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemarau Papar: Kadar kemasinan di LRA EWSS Limbahau turun, rawatan air dijalankan semula https://sabahmedia.com/2024/04/07/kemarau-papar-kadar-kemasinan-di-lra-ewss-limbahau-turun-rawatan-air-dijalankan-semula/ https://sabahmedia.com/2024/04/07/kemarau-papar-kadar-kemasinan-di-lra-ewss-limbahau-turun-rawatan-air-dijalankan-semula/#respond Sun, 07 Apr 2024 10:50:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52339
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

Papar : Pengisian tangki Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Kampung Limbahau di sini sedang dilakukan untuk memulakan proses rawatan air berikutan tahap kemasinan muka sauk telah turun, sebelum air dirawat dapat disalur ke paip awam.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata kadar bacaan air masin atau klorida sumber air mentah di muka sauk LRA EWSS Limbahau telah berada di bawah 120 mg/l pagi ini ekoran hujan lebat yang agak lama di Papar semalam.

“Kita doakan hujan terus turun hari ini supaya kadar klorida akan terus menurun dan LRA akan kembali beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata operasi LRA EWSS Limbahau terpaksa dihentikan pada 17 Feb lepas selepas sumber air mentah yang sampai ke muka sauk LRA itu mempunyai kadar kemasinan amat tinggi.

Beliau berharap ramalan hujan pada bulan ini adalah tepat dan umat Islam akan dapat menyambut Aidilfitri dengan ada bekalan air sempurna.

Sebelum ini dilaporkan pemberhentian operasi LRA EWSS Limbahau dan LRA Jetama menyebabkan gangguan bekalan air terhadap lebih 50,000 penduduk dan antara penyelesaian dikenal pasti ialah membina muka sauk alternatif di Kampung Kabang dengan kos RM20 juta, yang telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada 13 Mac lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar dalam kenyataan mengisytiharkan Papar, terletak kira-kira 38 kilometer dari Kota Kinabalu, sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air berada pada tahap kritikal akibat cuaca panas melanda kawasan berkenaan.-BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/07/kemarau-papar-kadar-kemasinan-di-lra-ewss-limbahau-turun-rawatan-air-dijalankan-semula/feed/ 0 52339
Papar, Sabah diisytihar kawasan bencana kemarau – JPBD https://sabahmedia.com/2024/03/14/papar-sabah-diisytihar-kawasan-bencana-kemarau-jpbd/ https://sabahmedia.com/2024/03/14/papar-sabah-diisytihar-kawasan-bencana-kemarau-jpbd/#respond Wed, 13 Mar 2024 16:25:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51009
Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu :  Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat yang diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut.

Tindakan telah diambil oleh JPBD Papar untuk menangani masalah bekalan air di daerah itu antara lain dengan pengagihan air secara berjadual kepada penduduk menggunakan lori tangki air daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Majlis Daerah Beaufort dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah, Majlis Daerah Papar memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan perumahan manakala pejabat Parlimen Papar membekalkan air di kawasan perkampungan.

Sementara itu Pengerusi JPBD Papar, Mohd Fuad Abdullah yang juga Pegawai Daerah Papar ketika dihubungi meminta semua penduduk supaya bertenang dan memahami pengisytiharan itu adalah untuk bencana kemarau dan bukan pengisytiharan darurat.

Beliau berkata pengisytiharan, yang dilakukan mengikut peraturan sedia ada, itu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil bagi membantu penduduk yang terkesan akibat bencana kemarau itu.

“JPBD Papar akan pastikan bekalan air dihantar menggunakan lori tangki air kepada penduduk dan mereka yang memerlukan,” katanya yang turut meminta mereka yang terjejas untuk menghubungi JPBD Papar untuk bantuan lajut.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/14/papar-sabah-diisytihar-kawasan-bencana-kemarau-jpbd/feed/ 0 51009