kemasukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Feb 2023 10:53:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kemasukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah alu-alukan kemasukan ramai ahli menyertainya – Rosalind https://sabahmedia.com/2023/02/04/persatuan-setiausaha-perkhidmatan-awam-negeri-sabah-alu-alukan-kemasukan-ramai-ahli-menyertainya-rosalind/ https://sabahmedia.com/2023/02/04/persatuan-setiausaha-perkhidmatan-awam-negeri-sabah-alu-alukan-kemasukan-ramai-ahli-menyertainya-rosalind/#respond Sat, 04 Feb 2023 10:53:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29036
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Para setiausaha yang masih berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan di negeri ini dialu-alukan menyertai dan menjadi ahli dalam Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SSS).

Pengerusi SSS, Rosalind @ Roslina Bumpin.

Pengerusi SSS, Rosalind @ Roslina Bumpin berkata, persatuannya mengalu-alukan kemasukan lebih ramai kakitangan awam kerajaan yang bergelar setiausaha untuk menyertai persatuan itu kerana mereka boleh bertukar-tukar informasi dan pengalaman di antara setiausaha-setiausaha Perkhidmatan Awam di negeri ini dan ini menjadikan mereka lebih kreatif dalam melakukan tugasan seharian.

“Setiausaha mencerminkan imej jabatan, kita mahu setiausaha itu bukan sahaja bekerja di pejabat dengan mengambil trengkas, mengangkat telefon dan sebagainya tetapi kita mahu setiausaha ini mempunyai pengalaman yang luas, lebih aktif dan mereka boleh berfikir secara kreatif selain daripada menjalankan tugas-tugas harian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Santai Makan Tengahari Sambutan Hari Krismas, Tahun Baharu 2023 dan Tahun Baru Cina Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Palace Hotel, di sini hari ini.

Menurut Rosalind, program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan bertukar-tukar informasi di antara Setiausaha-setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Katanya, selama ini para setiausaha hanya berkenalan melalui telefon sahaja dan jarang berjumpa maka dengan adanya program sedemikian akan mengeratkan lagi hubungan silatirrahim antara mereka.

“Kami hanya berjumpa kalau ada kursus-kursus seperti kursus anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) Sabah, itu pun kalau ada, yang diadakan setahun sekali barulah di situ kami berjumpa dan berkenalan,” ujarnya.

MERIAH…Hari ulang tahun kelahiran ahli-ahli turut diraikan selain pelbagai acara turut diadakan semasa majlis itu.

Beliau berkata, Persatuan SSS beroperasi sejak tahun 2020 setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menubuhkannya.

“Setakat ini seramai 70 ahli yang berdaftar dan menyertai dalam persatuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rosalind juga turut menyatakan bahawa acara yang diadakan pada hari ini merupakan acara yang pertama sejak penubuhannya dan akan menjadi acara tahunan persatuan itu.

“InshaAllah ia akan menjadi acara tahunan persatuan kami, dan saya telah mengarahkan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kami untuk membuat program iaitu tentatif aktiviti sepanjang tahun bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

“Antara aktiviti-aktiviti termasuklah mengadakan kursus yang membina untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang kesetiausahaan dengan kerjasama persatuan kami sendiri.

“Persatuan ini juga telah merancang untuk program Ramadan iaitu membuat bubur lambuk dan akan diagihkan kepada yang memerlukan.

“Kami juga merancang akan mengadakan majlis Hari Raya Aidfitri dan Pesta Kaamatan secara serentak seperti majlis hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/04/persatuan-setiausaha-perkhidmatan-awam-negeri-sabah-alu-alukan-kemasukan-ramai-ahli-menyertainya-rosalind/feed/ 0 29036
Mesyuarat kabinet esok akan tentukan SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/03/mesyuarat-kabinet-esok-akan-tentukan-sop-baharu-kemasukan-pelancong-warga-china-ke-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/03/mesyuarat-kabinet-esok-akan-tentukan-sop-baharu-kemasukan-pelancong-warga-china-ke-sabah-hajiji/#respond Tue, 03 Jan 2023 05:54:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27325
Read Time:49 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dijangka akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkenaan kemasukan pelancong dari negara China ke negeri ini susulan peningkatan penularan varian COVID-19 utama di negara itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, esok (Rabu) jemaah menteri Sabah akan mengadakan mesyuarat kabinet untuk menentukan SOP baharu kemasukan pelancong warga China ke Sabah.

“Mengenai kemasukan warga China ke Sabah, esok kita akan mengadakan mesyuarat kabinet untuk membuat keputusan ataupun SOP untuk kita menerima pelancong daripada negara China, jadi sehingga kita mengadakan mesyuarat esok baru saya buat komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam di Kg Tanjung Aru Baru di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua varian COVID-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

Katanya, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/03/mesyuarat-kabinet-esok-akan-tentukan-sop-baharu-kemasukan-pelancong-warga-china-ke-sabah-hajiji/feed/ 0 27325
Semakan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Mulai Rabu Ini https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/#respond Mon, 07 Mar 2022 11:27:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12784
Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Calon-calon bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022 boleh membuat semakan tawaran bermula Rabu, 9 Mac 2022.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata, MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan juga kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

“Calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya.

Mahdzir turut menjelaskan, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan.

Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

“Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara online di pautan yang sama bermula 9 Mac 2022 sehingga 16 Mac 2022 dan tidak perlu hadir secara fizikal.

“Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk rekod, MARA tahun ini menerima 74,500 permohonan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM.

Berbanding kapasiti kemasukan pelajar ke tingkatan 1 seramai 7,949 orang dan tingkatan 4 seramai 1,930 orang pelajar.

MRSM menawarkan 6 program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/semakan-tawaran-kemasukan-ke-mrsm-mulai-rabu-ini/feed/ 0 12784
Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan cari penyelesaian berhubung isu kelemahan kemasukan Labuan-Menumbok – Maximus https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/#respond Fri, 14 Jan 2022 12:59:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11115
Read Time:1 Minute, 35 Second

LABUAN: Isu kelemahan yang membenarkan kemasukan individu memasuki Sabah melalui Labuan tanpa sebarang pemeriksaan, akan diselesaikan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata demikian selepas pertemuan bersama pegawai kanan Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia adalah hasil usaha Jabatan Imigresen di kedua-dua buah kawasan iaitu Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan telah memberi jaminan bahawa mereka bersedia mengambil tindakan yang perlu bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk melindungi hak Imigresen Sabah, sekiranya Kerajaan Negeri menuntut hak dan kuasa penuhnya seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami melihat terdapat kelemahan imigresen antara Labuan dan pintu masuk ke Sabah melalui Terminal Feri Menumbok dan Jesselton Point, di mana tidak ada pegawai imigresen ditempatkan di lokasi tersebut.

“Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah membangkitkan isu ini kerana khuatir terdapat individu yang menyalahgunakan kelemahan ini untuk masuk dan keluar Sabah tanpa pemeriksaan, rekod dan dokumentasi yang sah,” tegas Maximus.

Beliau berkata hak imigresen Sabah telah dikurangkan selepas penubuhan persekutuan Labuan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1984, dan peraturan Imigresen membenarkan kemasukan individu antara Semenanjung dan Sabah, melalui Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat itu, Jabatan Imigresen berkata mereka bersedia untuk mengkaji dan bertindak atas keputusan Kerajaan Sabah berhubung perkara itu,” katanya.

Maximus berkata Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantu dalam membuat keputusan, sekiranya Kerajaan Sabah membawa perkara itu pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Dalam kes hak Imigresen Sarawak, ia adalah satu daripada empat hak MA63 yang diisytiharkan sebagai tidak boleh dirunding dan Negeri mempunyai kuasa dan kawalan yang penuh.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Sh. Sitti Saleha Habib Yussof, pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Norlela Jumat, dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Philip Yaditing.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/feed/ 0 11115