kembar seiras ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Dec 2023 16:16:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kembar seiras ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Detik manis kembar seiras kongsi pentas terima ijazah https://sabahmedia.com/2023/12/12/detik-manis-kembar-seiras-kongsi-pentas-terima-ijazah/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/detik-manis-kembar-seiras-kongsi-pentas-terima-ijazah/#respond Mon, 11 Dec 2023 16:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46407
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Menerima ijazah bersama-sama dalam bidang yang sama menjadi detik manis kepada sepasang kembar seiras pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 di sini semalam.

Pasangan kembar, Nur Hikhmah Isavani @ Sulbani (Kakak) dan Nur Hatimah (Adik) itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Industri dengan Kepujian.

Ketika berkongsi kisah, Nur Hikhmah mengakui sukar untuk berpisah dengan adik kembarnya sejak berada di sekolah rendah.

“Sebenarnya saya memang meminati fizik dan adik saya juga memilih bidang yang sama kerana kami dua tidak mahu berpisah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Ketika tahun pertama kami di UMS iaitu pada 2019, kami ditempatkan di satu bilik sama dan tahun berikutnya kami terpaksa belajar dari rumah berikutan negara pada ketika itu dilanda COVID-19.

“Kalau belajar, kami sama-sama juga tapi dari segi penilaian itu kami ‘terpisah’ kerana dinilai berdasarkan kumpulan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu adiknya, Nur Hatimah berkata, bidang fizik yang diambil bersama kakak kembarnya itu adalah disebabkan minatnya yang mendalam terhadap sains.

“Memandangkan dalam sistem UPU itu terpilih untuk bidang fizik maka kami mengambil keputusan untuk mengikuti pengajian bersama.

“Andai satu hari nanti kami berjauhan, memang rasa sedih itu ada tapi lama-lama kami akan cuba untuk hadapi situasi ini,” katanya.

Pasangan kembar itu berkata, mereka merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi mendalami lagi bidang berkaitan sains. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/detik-manis-kembar-seiras-kongsi-pentas-terima-ijazah/feed/ 0 46407