Kembar siam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Jul 2026 13:26:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kembar siam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembedahan bayi kembar siam bukti kepakaran doktor Sabah bertaraf tinggi https://sabahmedia.com/2026/07/18/pembedahan-bayi-kembar-siam-bukti-kepakaran-doktor-sabah-bertaraf-tinggi/ https://sabahmedia.com/2026/07/18/pembedahan-bayi-kembar-siam-bukti-kepakaran-doktor-sabah-bertaraf-tinggi/#respond Sat, 18 Jul 2026 13:26:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100099
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kejayaan pasukan perubatan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) melaksanakan pembedahan pemisahan bayi kembar siam awal bulan ini disifatkan sebagai bukti jelas bahawa Sabah memiliki kepakaran perubatan bertaraf tinggi yang mampu mengendalikan prosedur kompleks dan berisiko tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kejayaan bersejarah itu membuktikan rakyat di negeri ini mempunyai bakat dan kemampuan untuk melaksanakan pembedahan yang sebelum ini dianggap amat sukar.

Beliau berkata, pelbagai komen positif dan penghargaan daripada seluruh negara diterima susulan kejayaan pasukan perubatan yang diketuai Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik HWKKS Dr Hazlina Mohd Khalid melaksanakan pembedahan berkenaan.

“Saya membaca komen daripada seluruh negara, termasuk di akhbar dan media sosial. Begitu banyak pujian diberikan terhadap apa yang telah dilakukan oleh pasukan ini.

“Terima kasih kepada Dr. Hazlina dan seluruh pasukan kerana berjaya melaksanakan satu pembedahan yang bukan sahaja amat sukar, malah sangat berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan dan makan malam atas kejayaan pembedahan pemisahan kembar siam oleh pasukan perubatan HWKKS di sini pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan lebih awal walaupun kedua-dua bayi masih belum cukup matang kerana salah seorang bayi mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan segera.

“Lazimnya pembedahan seperti ini dilakukan apabila bayi berusia antara empat hingga enam bulan. Namun, dalam kes ini ia perlu dipercepatkan kerana keadaan kesihatan salah seorang bayi.

“Saya bukan doktor, tetapi saya percaya keadaan yang begitu rumit hanya mampu dikendalikan oleh doktor yang benar-benar berkemahiran tinggi,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, kejayaan yang dicapai pada 2 Julai itu diharap menjadi titik tolak dalam usaha memperkukuh kepakaran serta meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan doktor, jururawat dan kakitangan HWKKS yang terlibat dalam menjayakan pembedahan bersejarah tersebut.

“Rakyat Sabah akan sentiasa berterima kasih atas apa yang telah anda lakukan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kita mempunyai bakat dan kepakaran di negeri sendiri.

“Ia juga membuktikan bahawa apabila diberikan peluang, anak-anak Sabah mampu melaksanakan pembedahan yang sebelum ini dianggap amat sukar,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berbangga dengan pencapaian berkenaan dan berharap kejayaan itu akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan kepakaran perubatan di Sabah demi manfaat rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/18/pembedahan-bayi-kembar-siam-bukti-kepakaran-doktor-sabah-bertaraf-tinggi/feed/ 0 100099