kembara kenali borneo sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Sep 2023 06:08:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kembara kenali borneo sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kembara Kenali Borneo : Agong zahir dukacita tidak dapat singgah di beberapa lokasi https://sabahmedia.com/2023/09/16/kembara-kenali-borneo-agong-zahir-dukacita-tidak-dapat-singgah-di-beberapa-lokasi/ https://sabahmedia.com/2023/09/16/kembara-kenali-borneo-agong-zahir-dukacita-tidak-dapat-singgah-di-beberapa-lokasi/#respond Sat, 16 Sep 2023 06:08:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41927
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi di negeri Sabah dan Sarawak seperti yang telah dirancangkan dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin berkata, bagi negeri Sabah, rombongan Kembara Kenali Borneo tidak dapat singgah di Menara Kayangan, Lahad Datu yang telah dijadualkan pada 4 September dan Tagal, Sungai Moroli, Ranau pada 5 September lalu.

Manakala di negeri Sarawak katanya, rombongan pula tidak dapat mengunjungi Tokong Yu Lung Sian En Si, Sibu yang telah dijadualkan pada 11 September.

Tambahnya, rombongan juga tidak dapat mengunjungi Masjid Bandar Sri Aman dan kemudiannya, Fort Alice di Sri Aman pada 12 September.

“Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berdua serta rombongan tidak berkesempatan singgah di lokasi- lokasi tersebut atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukanlah disengajakan.

“Seri Paduka Baginda berdua, dalam menyantuni ribuan rakyat yang menunggu sepanjang jalan, juga mengejar masa untuk berangkat tiba di majlis-majlis santapan malam bersama rakyat yang melibatkan kehadiran ratusan atau ribuan hadirin pada waktu yang telah ditetapkan di hari-hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zahari berkata, Seri Paduka Baginda berdua amat prihatin terhadap keterujaan dan semangat kasih rakyat yang setia menunggu ketibaan rombongan untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan Baginda berdua di lokasi-lokasi tersebut.

“Seri Paduka Baginda bertitah, sekiranya keadaan mengizinkan, Baginda berhasrat berangkat menyantuni rakyat di lokasi-lokasi tersebut di masa hadapan. Selanjutnya, sekiranya keadaan tidak mengizinkan, bermungkinan paduka-paduka anakanda akan mewakili Baginda berdua,” katanya lagi. – SABAH MEDIA / FOTO ISTANA NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/16/kembara-kenali-borneo-agong-zahir-dukacita-tidak-dapat-singgah-di-beberapa-lokasi/feed/ 0 41927
Agong dan Permaisuri berangkat pulang ke Ibu Negara https://sabahmedia.com/2023/09/13/agong-dan-permaisuri-berangkat-pulang-ke-ibu-negara/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/agong-dan-permaisuri-berangkat-pulang-ke-ibu-negara/#respond Wed, 13 Sep 2023 10:38:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41781
Read Time:1 Minute, 9 Second

BERNAMA

Kuching : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke ibu negara menggunakan pesawat khas pada 4.22 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Berangkat sama anakanda Seri Paduka berdua Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pulang ke ibu negara menggunakan pesawat khas petang tadi – FOTO (TVS)

Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai kenamaan tempatan hadir di lapangan terbang itu bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Al-Sultan Abdullah dan keluarga Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sebelum itu mengakhiri Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, kira-kira 137 kilometer (km) dari sini, hari ini, setelah memulakan penjelajahan bagi mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak itu di Tawau, Sabah sejak 3 Sept lepas.

Program julung kali diadakan itu, yang mendapat sambutan luar biasa rakyat kedua-dua negeri itu, melibatkan perjalanan sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/agong-dan-permaisuri-berangkat-pulang-ke-ibu-negara/feed/ 0 41781
Kembara Kenali Borneo : Bantu proses pembangunan Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/09/08/kembara-kenali-borneo-bantu-proses-pembangunan-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/09/08/kembara-kenali-borneo-bantu-proses-pembangunan-sabah-hajiji/#respond Fri, 08 Sep 2023 11:51:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41475
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah yang berakhir semalam diyakini dapat membantu mempercepat pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kembara yang bermula di Tawau pada 3 September lalu itu juga turut disifatkan sebagai satu lawatan yang berharga dan bermakna buat rakyat di Sabah.

“Kita cukup teruja dan gembira dengan lawatan Seri Paduka Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Sabah.  Beliau nyatakan begitu tersentih hati dapat melalui kembara daripada Tawau sehinggalah selesai di Sipitang semalam.

“Yang di-Pertuan Agong juga begitu senang hati kerana dapat bertemu rakyat selain beberapa perkara telah dikemukakan kepada beliau dan akan dibawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini petang tadi.

Hajiji berkata, beliau juga gembira kerana buat pertama kalinya seorang Raja membuat satu kembara yang dpaat menawan hari rakyat di negeri ini.

Terdahulu, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo untuk mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, melibatkan pengembaraan jarak sejauh 2,154 kilometer dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/08/kembara-kenali-borneo-bantu-proses-pembangunan-sabah-hajiji/feed/ 0 41475
Kembara Kenali Borneo : Agong terhibur dengan pelbagai panggilan nama https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-terhibur-dengan-pelbagai-panggilan-nama/ https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-terhibur-dengan-pelbagai-panggilan-nama/#respond Wed, 06 Sep 2023 23:04:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41374
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terharu apabila ada yang memanggil baginda dengan pelbagai nama sepanjang Kembara Kenali Borneo di negeri ini.

Baginda bertitah, antara nama panggilan yang didengari sepanjang kembara itu ialah ‘pakcik agong’ dan ‘abang agong’ selain Raja Permaisuri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut dipanggil ‘datin permaisuri’.

“Saya terharu apabila anak muda panggil saya pakcik agong, ada juga yang panggil saya abang agong, ada juga panggil gong,gong, gong.  Sekurang-kurangnya menghiburkan saya.

“Dan juga Raja Permaisuri Agong (dipanggil) datin permaisuri, ada pujian-pujian pada isteri saya ooo cantik sekali, Alhamdulillah,” titah baginda pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Hadir sama menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda amat gembira dan begitu terharu atas layanan mesra rakyat Sabah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo di negeri ini.

“Keramahan rakyat yang saya temui disepanjang perjalanan terdiri daripada pelbagai etnik dan sukuk aum, Kadazandusun, Bajau, Rungus, Tagahas, Kagayan, Murut, Orang Sungai, Iranun, Kadayan, Bisaya, Cocos, saya begitu terharu.

“Saya nak sebut setiap kaum ini kerana setiap kali mereka menghulur tangan, saya mesti salam kerana saya tak tahu dia golongan mana. Pada saya mereka ini semua sama, bagi saya rakyat Malaysia, rakyat Sabah.

“Ini mustahak kerana niat saya adalah merapatkan dan menyantuni setiap kaum, setiap rakyat. Selagi saya mampu menghulur tangan, saya tetap hulur,” titah baginda.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan akan mengakhiri perjalanan Kembara Kenali Borneo di Sabah dengan persinggahan terakhir di Sindumin, Sipitang, sebelum ke Lawas, Sarawak dan Brunei Darussalam pada petang nanti.

Pagi ini, baginda berdua dijadual berangkat tiba ke Santapan Pagi Bersama Rakyat dan melawat rumah tradisi pelbagai etnik di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang. – SABAH MEDIA / FOTO FB TPM II

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/07/kembara-kenali-borneo-agong-terhibur-dengan-pelbagai-panggilan-nama/feed/ 0 41374