Kembara kenali borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jan 2024 04:13:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kembara kenali borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo https://sabahmedia.com/2024/01/24/agong-masih-terkenang-kenang-kembara-kenali-borneo/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/agong-masih-terkenang-kenang-kembara-kenali-borneo/#respond Wed, 24 Jan 2024 04:13:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48429
Read Time:2 Minute, 25 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sudah lebih empat bulan Kembara Kenali Borneo melabuhkan tirainya, namun lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dua lagu yang terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak dan Sabah itu sering dimainkan dalam kembara di negeri berkenaan pada September tahun lepas.

“Sampai hari ini, Tuanku masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo, Tuanku akan tengok video yang dirakamkan, malah sehingga kini lagu yang didengar Seri Paduka ialah lagu-lagu kembara,” kata Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Lagu Iban bertajuk Bekikis Bulu Betis yang dicipta dan dinyanyikan Andrewson Ngalai dan Hanya di Sabah oleh penyanyi Dabra Sia, merupakan antara “lagu wajib” yang sering dimainkan sepanjang majlis keramaian di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu.

Seri Paduka, yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta paduka anakanda berkenan mengetuai konvoi dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer.

Merentasi Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, program kembara berkenaan diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak mendekati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda.

Menerusi Kembara Kenali Borneo, Nazim berkata, sifat Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang baik hati dan merendah diri amat terserlah apabila tanpa segan dan kekok, baginda berdua beramah mesra dengan rakyat jelata serta makan dan berhibur bersama-sama.

Sebagai tanda kasih dan rindunya kepada rakyat Sabah, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah menitahkan sendiri Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah membuat persembahan pada Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 pada Oktober tahun lepas.

Sehingga kini, Seri Paduka juga menurut Nazim, masih menyimpan rasa teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak, walaupun pada awalnya tujuan utama baginda berdua hanyalah untuk bercuti di kedua-dua negeri itu.

“Kita jangka orang akan tunggu Seri Paduka, tapi tidak sangka seramai itu, sambutan begitu luar biasa, terlalu ramai yang datang sehingga ada yang duduk di atas jalan (sambil menunggu),” katanya.

Nazim turut menunjukkan fail mengandungi ratusan surat yang diterima Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sepanjang program kembara berkenaan yang bermula dari 3 hingga 13 Sept 2023, dan menurut beliau, kesemuanya telah dibaca satu per satu oleh Seri Paduka.

Surat-surat berkenaan tercatat pelbagai permintaan, antaranya melibatkan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan bekalan elektrik dan air serta liputan Internet.

Ada juga surat yang menyatakan luahan isi hati meminta Raja Permaisuri Agong mendoakan agar penulis surat berkenaan dikurniakan zuriat.

“Balik daripada kembara itu kita bermesyuarat, kumpul dan kita asingkan surat berkenaan mengikut kategori, kemudian dibawa kepada Perdana Menteri, perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan, diambil tindakan dan kita dapat maklum balas dengan segera.

“Kesemua (surat) telah diambil tindakan, 100 peratus,” katanya. – FOTO : BERNAMA / POLIS SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/agong-masih-terkenang-kenang-kembara-kenali-borneo/feed/ 0 48429
Kembara Kenali Borneo : Agong, Permaisuri zahir rasa sukacita dapat dekati rakyat Sabah dan Sarawak https://sabahmedia.com/2023/09/15/kembara-kenali-borneo-agong-permaisuri-zahir-rasa-sukacita-dapat-dekati-rakyat-sabah-dan-sarawak/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/kembara-kenali-borneo-agong-permaisuri-zahir-rasa-sukacita-dapat-dekati-rakyat-sabah-dan-sarawak/#respond Fri, 15 Sep 2023 01:45:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41836
Read Time:1 Minute, 54 Second

Kuala Lumpur : Yang di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana telah dapat menyempurnakan impian untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menerusi Kembara Kenali Borneo yang berakhir di Telok Melano Sarawak Rabu lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Sabah dan Sarawak atas segala bantuan dalam menjayakan program tersebut yang bermula di Tawau, Sabah pada 3 September lalu.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan Sarawak atas sambutan sangat hebat yang telah diberikan kepada Baginda berdua dan sekeluarga sepanjang pengembaraan menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo.

“Seri Paduka Baginda berdua amat terharu dan tersentuh dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan tanpa mengira penat lelah, ketika lewat malam serta keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.

“Sesungguhnya, segala pengalaman menyaksikan manifestasi kasih rakyat, semangat perpaduan, kepelbagaian budaya serta etnik dan keindahan lanskap semula jadi di kedua-dua negeri terpahat di hati Seri Paduka Baginda berdua dan sekeluarga sebagai kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zahari berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita kerana program Kembara Kenali Bomeo itu juga telah memberi peluang untuk Baginda berdua mengeratkan lagi silaturahim antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan juga merealisasi semangat ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga rakyat Sabah dan Sarawak dilindungi serta dipelihara oleh Allah S.W.T dan agar negeri Sabah dan Sarawak kekal makmur, maju jaya dengan rakyatnya juga kekal hidup dengan semangat perpaduan, aman dan sentosa.

“Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September 2023 kelak. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mengambil kesempatan ini menyeru seluruh rakyat menghayati dan menjiwai prinsip Rukun Negara yang merupakan asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti Bangsa Malaysia.

“Seri Paduka Baginda bertitah, ini adalah kerana setiap lima teras prinsip Rukun Negara adalah formula bagaimana rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian serta hidup secara rukun dan damai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/15/kembara-kenali-borneo-agong-permaisuri-zahir-rasa-sukacita-dapat-dekati-rakyat-sabah-dan-sarawak/feed/ 0 41836
Konvoi Kembara Kenali Borneo menuju Kota Kinabalu pada hari keempat https://sabahmedia.com/2023/09/06/konvoi-kembara-kenali-borneo-menuju-kota-kinabalu-pada-hari-keempat/ https://sabahmedia.com/2023/09/06/konvoi-kembara-kenali-borneo-menuju-kota-kinabalu-pada-hari-keempat/#respond Wed, 06 Sep 2023 00:35:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41339
Read Time:41 Second

BERNAMA

Kundasang: Kembara Kenali Borneo pada hari keempat dijadual meneruskan perjalanan dari Kundasang dalam daerah Ranau menuju ke Kota Kinabalu, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual singgah di Pekan Nabalu di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Di ibu negeri Sabah itu, Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, sementara Tunku Azizah dijadual melawat Jabatan Penjara.

Seri Paduka berdua kemudian dijadual menghadiri Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu sebelum mengakhiri hari keempat jelajah berkenaan.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/06/konvoi-kembara-kenali-borneo-menuju-kota-kinabalu-pada-hari-keempat/feed/ 0 41339
Konvoi Kembara Kenali Borneo Hari Ketiga Jelajah Empat Daerah https://sabahmedia.com/2023/09/05/konvoi-kembara-kenali-borneo-hari-ketiga-jelajah-empat-daerah/ https://sabahmedia.com/2023/09/05/konvoi-kembara-kenali-borneo-hari-ketiga-jelajah-empat-daerah/#respond Tue, 05 Sep 2023 04:07:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41283
Read Time:36 Second

BERNAMA

Sandakan : Kembara Kenali Borneo hari ini dijadual akan meneruskan perjalanan menelusuri empat daerah iaitu Sandakan, Beluran, Telupid dan Ranau.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama peserta konvoi itu dijangka berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.

Antara tempat persinggahan lain konvoi adalah Institut Perhutanan Sabah di daerah Telupid, Tagal Sungai Moroli di daerah Ranau dan Majlis Santapan Bersama Rakyat pada malam ini di Pentas Budaya, Kundasang.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/05/konvoi-kembara-kenali-borneo-hari-ketiga-jelajah-empat-daerah/feed/ 0 41283