Kembara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Aug 2024 16:49:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kembara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 150 motorsikal berkuasa tinggi sertai program kembara ke Sipitang https://sabahmedia.com/2024/08/25/lebih-150-motorsikal-berkuasa-tinggi-sertai-program-kembara-ke-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/08/25/lebih-150-motorsikal-berkuasa-tinggi-sertai-program-kembara-ke-sipitang/#respond Sat, 24 Aug 2024 16:49:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59625
Read Time:40 Second

Sipitang:    Lebih 150 buah motorsikal berkuasa tinggi menyertai Program Kembara 2024 yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Program anjuran Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar mengetuai konvoi Kembara 2024 sebaik selesai acara pelepasan di IPK Sabah.

Bermula dengan acara pelepasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, pada Sabtu, konvoi bergerak menuju ke sempadan Sindumin – Merapok dan bermalam di Sipitang.

Mengiringi Tun Juhar ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Hazani Ghazali.

Hari ini, konvoi yang diketuai Tun Juhar itu turut dijadualkan bergerak dari Sipitang dan singgah di Balai Polis Bongawan sebelum kembali ke ibu negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/25/lebih-150-motorsikal-berkuasa-tinggi-sertai-program-kembara-ke-sipitang/feed/ 0 59625
67 pokok durian ditanam di Sekolah Henry Gurney Keningau https://sabahmedia.com/2024/08/16/67-pokok-durian-ditanam-di-sekolah-henry-gurney-keningau/ https://sabahmedia.com/2024/08/16/67-pokok-durian-ditanam-di-sekolah-henry-gurney-keningau/#respond Fri, 16 Aug 2024 07:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59148
Read Time:1 Minute, 31 Second

Keningau: Sebanyak 67 pokok durian Musang King dan Black Thorn telah ditanam di Sekolah Henry Gurney (SHG) di sini oleh peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024.

Pengarah SHG Keningau, Penolong Komisioner Penjara Sirajuddin Abdul Majid berkata pemilihan jumlah pokok tersebut adalah bersempena dengan 67 tahun ulang tahun kemerdekaan negara.

“Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan ia memberikan satu tanda kenangan kepada semua peserta konvoi kerana dapat mencurahkan keringat dalam aktiviti pertanian.

“Selain tanaman durian, ladang yang berkeluasan kira-kira 43 ekar ini juga menempatkan pelbagai tanaman termasuk jagung, betik, bunga matahari dan sayur-sayuran hasil usaha prospek (penghuni SHG) melalui seliaan pegawai-pegawai penjara yang terlatih.

“Di sekolah ini kami memberi latihan pertanian kepada prospek-prospek agar bila keluar nanti mereka mempunyai ilmu untuk berdikari,” katanya ketika ditemui media di Ladang Agro Penjara seliaan SHG Keningau.

Aktiviti penanaman pokok tersebut dilaksanakan bersempena dengan lawatan KMJG 2024 yang buat pertama kalinya singgah ke SHG Keningau bagi memberi pengetahuan serta pengalaman kepada para peserta mengetahui teknik sebenar menanam pokok durian yang berkualiti tinggi.

Sirajuddin berkata, program KMJG kendalian Jabatan Penerangan (JaPen) yang membawa aspirasi kenegaraan amat baik dan harus diteruskan.

“Usaha memupuk semangat cintakan tanah air ini melangkaui batasan dan tidak terkecuali kepada penghuni-penghuni di SHG.

“Kehadiran rombongan KMJG ini secara tidak langsung menunjukkan bukti bahawa pihak kami tidak keseorangan dalam melaksanakan program-program kenegaraan ke atas prospek.

“Ini adalah bukti bahawa sokongan dan keprihatinan berterusan daripada agensi kerajaan dan masyarakat luar sana terhadap sahsiah prospek amat menggalakkan.

“Pada kesempatan ini saya mengambil peluang untuk menyeru kepada seluruh masyarakat untuk terus menyokong program-program pemulihan jabatan kami yang melibatkan prospek,” katanya.

Hadir sama Pengarah JaPen Sabah yang juga Ketua KMJG 2024, Jainisah Mohd Noor, Penolong Pengarah JaPen Edi Rizam Kassin dan Pegawai Penerangan Daerah Keningau Awang Mamun Awang Saman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/16/67-pokok-durian-ditanam-di-sekolah-henry-gurney-keningau/feed/ 0 59148