kembaran kenali borneo sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 Sep 2023 23:00:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kembaran kenali borneo sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kembara Kenali Borneo: Agong terharu dengan sambutan rakyat di Tawau https://sabahmedia.com/2023/09/04/kembara-kenali-borneo-agong-terharu-dengan-sambutan-rakyat-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/kembara-kenali-borneo-agong-terharu-dengan-sambutan-rakyat-di-tawau/#respond Sun, 03 Sep 2023 23:00:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41223
Read Time:1 Minute, 50 Second

BERNAMA

Tawau: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi menzahirkan rasa terharu dan teruja baginda dengan sambutan yang cukup hebat penduduk di sini sebaik berangkat tiba di Tawau pada petang Ahad.

Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda cukup terharu kerana dapat sampai di Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

“Saya sampai di Tawau tetap ada wow, wow sambutan selepas mendarat, dari Kuala Lumpur hanya dua jam 30 minit tetapi dari Lapangan Terbang (Tawau) ke sini lima jam 30 minit.

“Saya dan isteri (Tunku Azizah) begitu semangat dengan apa yang ditunjukkan orang Tawau dan Sabah. Saya terharu sambutan hari pertama sebegini, esok dan lusa mesti lagi hebat. Saya cukup teruja, isteri dan anak-anak menghitung hari ke sini,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam Bersama Rakyat Tawau di Dewan Masyarakat Tawau di sini semalam.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah melancarkan Kembara Kenali Borneo iaitu program pengembaraan sejauh lebih 2,149 kilometer selama 11 hari dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Seri Paduka turut bertitah agar seluruh penduduk Sabah dan Sarawak bersemangat menyambut Hari Malaysia.

“Selepas sambutan kemerdekaan dengan semangat ditunjukkan di Semenanjung begitu hebat, saya nak tengok orang Sabah dan Sarawak bersemangat sambut Hari Malaysia,” titah baginda.

Selain itu, baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang bersusah payah merealisasikan Kembara Kenali Borneo.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menyanyikan lagu bertajuk Butakah Cinta yang dipopularkan oleh Ameng daripada Kumpulan Spring.

Terdahulu, pada 1.50 tengah hari Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini dari Kuala Lumpur, sebelum Al-Sultan Abdullah memandu sendiri kenderaan untuk bertemu dengan rakyat yang menyambut pasangan diraja itu.

Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak pada program yang bermula hari ini hingga 13 Sept.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual melakukan pelepasan kembara itu pada pagi Isnin di 0 KM Padang Majlis Bandaran Tawau.- BERNAMA–FOTO JAPEN SABAH

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/04/kembara-kenali-borneo-agong-terharu-dengan-sambutan-rakyat-di-tawau/feed/ 0 41223 Kembara Kenali Borneo realisasikan impian Agong dekati rakyat Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2023/09/02/kembara-kenali-borneo-realisasikan-impian-agong-dekati-rakyat-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2023/09/02/kembara-kenali-borneo-realisasikan-impian-agong-dekati-rakyat-sabah-sarawak/#respond Fri, 01 Sep 2023 22:56:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41155
Read Time:3 Minute, 27 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, bakal merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk menelusuri Lebuhraya Pan Borneo dalam program pengembaraan yang pertama kali diadakan oleh seorang ketua negara, pastinya membuka peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat pasangan diraja dan delegasi.

Kembara Kenali Borneo, bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak mulai 3 hingga 13 September, akan mencatat sejarah tersendiri dan pengalaman unik kerana pelbagai program serta aktiviti bersama rakyat dirancang seperti dihasratkan Seri Paduka untuk mengenali lebih dekat penduduk kedua-dua negeri yang kaya dengan adat resam, budaya dan seni kraf suku kaum.

Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya, yang juga Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo, berkata beberapa program diatur untuk Seri Paduka berdua mendekati rakyat dan santap bersama dengan komuniti setempat, melawat tempat menarik dengan keunikan alam semula jadi dan tamu atau pasar harian yang sinonim dengan masyarakat setempat.

“Program-program ini tidak diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Tuanku (Seri Paduka berdua) sendiri yang menyatakan hasrat untuk melawat lokasi yang dipilih…dan mengambil peluang untuk melihat kawasan-kawasan lain (di Sabah dan Sarawak).

“Malah Tuanku turut menyatakan hasrat untuk sumbang kurnia kepada pihak yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di Istana Negara, baru-baru ini.

Mohamed Zahari berkata Seri Paduka berdua turut berhasrat menikmati makanan tempatan Sabah dan Sarawak, selain ingin merasai pengalaman memandu sendiri kereta menelusuri Lebuhraya Pan Borneo seperti dizahirkan  Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada pembukaan sidang Parlimen, Februari lepas.

Beliau berkata Kembara Kenali Borneo membawa makna tersendiri kerana Yang di-Pertuan Agong ibarat simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, apatah lagi ia diadakan tatkala rakyat masih dalam suasana Bulan Kebangsaan, meraikan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

“Kami berpendapat dengan kembara ini, Tuanku akan dapat merapatkan perhubungan antara rakyat dan perpaduan di Malaysia khususnya dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Jelajah Kembara Kenali Borneo akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Selain Tawau, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual singgah di lapan daerah iaitu  Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Lawas, Sarawak pada tempoh 3 hingga 7 September sebelum memasuki Brunei.

Bagi laluan selanjutnya, Seri Paduka berdua dan rombongan dijadual memulakan perjalanan dari Miri pada 9 September dan menyertai aktiviti bermukun (bergendang), sukan dan kenduri rakyat di Pantai Bungai Bekenu, sebelum bergerak ke Bintulu, Tatau, Sibu, Sri Aman, Kuching dan akhirnya ke Telok Melano.

“Raja Permaisuri Agong turut bertitah bahawa baginda ingin melihat kraftangan rakyat tempatan,” katanya, merujuk antara pusat kraftangan yang akan dilawati Seri Paduka berdua iaitu di Penampang, Sabah dan Miri, Sarawak.

Selain itu, Mohamed Zahari berkata Tunku Azizah akan menyertai aktiviti memasak bersama komuniti setempat dalam Kembara Kenali Borneo seperti dihasratkan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong.

“Berdasarkan perancangan setakat ini, ada dua tempat (aktiviti memasak diadakan) iaitu di Lahad Datu, Sabah dan Rumah Panjang Raymond Plen, Bintulu, Sarawak. Insya-Allah (penduduk setempat) akan dapat merasai masakan daripada air tangan Tuanku (Raja Permaisuri Agong),” katanya.

Mohamed Zahari berkata pihak Istana Negara mendapat kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak bagi memastikan kelancaran dan aspek berkenaan berada pada tahap yang baik.

“Saya bagi pihak Istana Negara ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, terutamanyaTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama baik yang diberikan bagi merealisasi dan menjayakan impian Tuanku berdua,” katanya.

Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 6 September dan Kerajaan Negeri Sarawak, Kuching pada 12 September. – BERNAMA/ FOTO PARLIMEN MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/02/kembara-kenali-borneo-realisasikan-impian-agong-dekati-rakyat-sabah-sarawak/feed/ 0 41155
Lapan daerah di Sabah akan disinggahi Agong sepanjang Kembara Kenali Borneo https://sabahmedia.com/2023/08/30/lapan-daerah-di-sabah-akan-disinggahi-agong-sepanjang-kembara-kenali-borneo/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/lapan-daerah-di-sabah-akan-disinggahi-agong-sepanjang-kembara-kenali-borneo/#respond Wed, 30 Aug 2023 09:05:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41022
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Lapan daerah di negeri ini akan menjadi tempat persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Program Kembara Kenali Borneo bermula 3 hingga 7 September ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kembara baginda berdua akan bermula di Tawau sebelum singgah di Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.

“Sepanjang baginda berdua berada di Sabah, beberapa program telah di susun atur di setiap daerah yang akan di lawati dengan mengetengahkan budaya kita melalui masakan tradisi.

“Kita juga akan mengetengahkan hasil kraftangan serta produk tempatan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang kian maju,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Shahelmey yang juga menteri pengiring, kembara itu juga akan turut berkongsi dengan baginda berdua serta rombongan dengan melawat ke tempat yang kaya dengan keunikan alam semulajadi dan tamu mingguan yang begitu sinonim dengan Masyarakat di Sabah.

“Kita juga ingin berkongsi dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan untuk melawat ke tempat yang kaya dengan keunikan alam semulajadi dan tamu mingguan yang begitu sinonim dengan masyarakat di negeri ini.

“Pengisian program kembara ini amat dinanti-nantikan dan seluruh rakyat jelata di Sabah mengalu-alukan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan rombongan ke negeri ini,” katanya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata program kembara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diatur pihak Istana Negara dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Sabah membabitkan laluan sepanjang kira-kira 900 kilometer bermula di Tawau hingga ke Sindumin di sempadan Sabah – Sarawak, sebelum kembara diteruskan di negeri jiran itu. – SABAH MEDIA / FOTO ISTANA NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/lapan-daerah-di-sabah-akan-disinggahi-agong-sepanjang-kembara-kenali-borneo/feed/ 0 41022