kementerian luar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Sep 2024 03:49:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kementerian luar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wisma Putra ambil maklum laporan kapal tentera asing di perairan https://sabahmedia.com/2024/09/10/wisma-putra-ambil-maklum-laporan-kapal-tentera-asing-di-perairan/ https://sabahmedia.com/2024/09/10/wisma-putra-ambil-maklum-laporan-kapal-tentera-asing-di-perairan/#respond Tue, 10 Sep 2024 03:49:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60422
Read Time:45 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA:Kementerian Luar mengambil maklum laporan baru-baru ini mengenai kehadiran sebuah kapal tentera laut asing berhampiran pelantar minyak luar pesisir di Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian itu dalam kenyataan berkata, ia tidak dapat mengulas ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tentera itu kerana ia di bawah pihak berkuasa operasi keselamatan dan pertahanan.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.

Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979. Kedudukan ini selaras undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.

Sejajar komitmennya mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Kementerian Luar berkata, Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.

Kami kekal komited menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/10/wisma-putra-ambil-maklum-laporan-kapal-tentera-asing-di-perairan/feed/ 0 60422
Malaysia hantar nota bantahan kepada China berkaitan isu Peta Standard China 2023 https://sabahmedia.com/2023/08/31/malaysia-hantar-nota-bantahan-kepada-china-berkaitan-isu-peta-standard-china-2023/ https://sabahmedia.com/2023/08/31/malaysia-hantar-nota-bantahan-kepada-china-berkaitan-isu-peta-standard-china-2023/#respond Thu, 31 Aug 2023 10:18:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41084
Read Time:1 Minute, 25 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada China susulan tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023′, yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata nota bantahan itu adalah tindakan lanjut yang akan dibuat selain menegaskan perkara itu menjadi amalan Malaysia dalam sebarang pertikaian.

“Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan (semalam) dan amalan kita, kita akan buat nota bantahan itu kerana itu sudah menjadi amalan kita.

“Jadi, berdasarkan kenyataan yang sudah kita buat, kita akan ambil tindakan seterusnya termasuk menghantar nota bantahan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Wisma Putra menerusi kenyataan semalam memaklumkan, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Jelasnya, Peta Standard China Edisi 2023 itu yang menunjukkan tuntutan maritim sepihak China dan melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak, sama sekali tidak mengikat Malaysia.

Malaysia kekal dengan pendiriannya dalam isu tuntutan dan persempadanan maritim di Laut China Selatan, yang secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

Ditanya bila Malaysia akan menghantar nota bantahan itu, Zambry sekadar berkata, Malaysia akan berbuat demikian.

Semalam, media melaporkan Kementerian Sumber Asli China menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak.

Peta itu antara lain menggabungkan kawasan yang menjadi pertikaian khususnya membabitkan kawasan Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Ia turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/31/malaysia-hantar-nota-bantahan-kepada-china-berkaitan-isu-peta-standard-china-2023/feed/ 0 41084