kempen derma darah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Jul 2024 06:17:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kempen derma darah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hospital di Sabah alami defisit bekalan darah https://sabahmedia.com/2024/07/08/hospital-di-sabah-alami-defisit-bekalan-darah/ https://sabahmedia.com/2024/07/08/hospital-di-sabah-alami-defisit-bekalan-darah/#respond Mon, 08 Jul 2024 06:17:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57234
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Hospital di Sabah terpaksa meminta ihsan dari negeri lain bagi mendapatkan bekalan darah tambahan berikutan ketidakcukupan darah yang didermakan di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 14,000 beg darah telah dibawa masuk dari negeri lain bagi menampung permintaan.

Katanya, penggunaan yang tinggi adalah disebabkan faktor Sabah mempunyai pesakit talasemia major tertinggi di Malaysia dengan jumlah 1,800 pesakit.

“Secara purata, 2,000 hingga 2,200 beg darah diperlukan di seluruh Malaysia untuk kegunaan 1,000 orang pesakit setiap hari.

“Manakala, untuk negeri Sabah pada tahun lalu, 110,000 unit darah telah diberikan kepada pesakit berbanding 76,000 unit yang telah dikumpulkan.

“Perkhidmatan transfusi negeri terpaksa meminta ehsan dari negeri lain untuk mengisi defisit sebanyak 14,000 bag darah ini. Penggunaan yang tinggi disebabkan faktor Sabah mempunyai pesakit talasemia major tertinggi di Malaysia dengan jumlah 1800 pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar Ahsim Jamat.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pendermaan secara berterusan adalah perlu untuk memastikan simpanan stok darah semasa mencukupi dan selamat.

Katanya, ini kerana jangka hayat darah yang pendek iaitu 42 hari untuk darah merah dan lima hari untuk platelet.

“Pihak hospital memerlukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi sepanjang masa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/08/hospital-di-sabah-alami-defisit-bekalan-darah/feed/ 0 57234
KPJ anjur kempen derma darah sempena Bulan Kemerdekaan https://sabahmedia.com/2023/07/20/kpj-anjur-kempen-derma-darah-sempena-bulan-kemerdekaan/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/kpj-anjur-kempen-derma-darah-sempena-bulan-kemerdekaan/#respond Thu, 20 Jul 2023 11:50:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38650
Read Time:38 Second

Kota Kinabalu : Hospital Pakar KPJ akan mengadakan kempen derma darah sempena bulan kemerdekaan yang akan diadakan pada 29 Ogos depan bertempat di hospital berkenaan.

Pengurus Besar Hospital Pakar PKJ, Mohamad Faizal Mohamed berkata, program tersebut diadakan adalah bagi membantu unit tabung darah Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) mengumpul bekalan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Hospital Pakar KPJ menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Yayasan Nur Jauhar bagi membantu golongan asnaf di Sabah. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Kejururawatan, Muneeswari Velautham, Pengurus Operasi, Alice Rina Kandadi dan Pegawai Perhubungan Awam, Elfayra Rosa Guis.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/kpj-anjur-kempen-derma-darah-sempena-bulan-kemerdekaan/feed/ 0 38650
Kempen Derma Darah Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae UMS Dapat Sambutan Menggalakkan https://sabahmedia.com/2021/12/15/kempen-derma-darah-kolej-kediaman-tun-pengiran-ahmad-rafae-ums-dapat-sambutan-menggalakkan/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/kempen-derma-darah-kolej-kediaman-tun-pengiran-ahmad-rafae-ums-dapat-sambutan-menggalakkan/#respond Wed, 15 Dec 2021 12:40:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9917
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kempen derma darah anjuran Sekretariat Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan (3K) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Setiausahanya, Nur Daniyah Ab Kal berkata, kempen tersebut diadakan selama dua hari dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

“Ia antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan seluruh penderma tentang bagaimana tindakan menderma darah boleh menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Selain itu ia juga bagi mendidik sifat prihatin dalam kalangan mereka sekali gus membantu mengisi tabung darah QEH,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Daniyah, kempen derma darah itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Pada hari pertama, kita menyasarkan seramai 20 penderma. Namun yang hadir adalah seramai 65 penderma tetapi hanya 32 yang berjaya melalui saringan kesihatan.

“Pada hari kedua, kita menerima 93 orang penderma daripada sasaran awal seramai 30 orang. Daripada jumlah tersebut hanya 46 orang yang diterima selepas melalui saringan kesihatan.

“Ini menjadikan seramai 78 penderma keseluruhan iaitu melebihi sasaran sebanyak 50 penderma bagi sepanjang dua hari kempen ini berlangsung,” katanya.

Daniyah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kempen derma darah itu diadakan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan QEH, pengurusan Kolej kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae UMS, dan kepada semua penderma darah yang hadir,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/kempen-derma-darah-kolej-kediaman-tun-pengiran-ahmad-rafae-ums-dapat-sambutan-menggalakkan/feed/ 0 9917
Penggunaan Darah di Hospital Meningkat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/#respond Mon, 29 Nov 2021 00:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9018
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN : Penggunaan darah di hospital kian meningkat saban hari terutama dalam pandemik dan endemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan belia diseru agar segera tampil menderma darah bagi meningkatkan bekalan darah di Unit Tabung Darah di negeri ini.

“Golongan belia merupakan golongan yang aktif dari segi fizikal dan peluang untuk menderma darah adalah lebih tinggi berbanding golongan dewasa.

“Oleh itu, kita seru kepada orang ramai terutama golongan muda untuk tampil menderma darah kerana bukan saja baik untuk kesihatan serta dapat membantu kepada pihak yang memerlukan.

“Melalui pemerhatian jelas kempen-kempen derma darah ini menujukkan peningkatan terutama ketika Sabah telah memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila ramai golongan belia mula tampil menderma darah berbanding ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Derma Darah Peringkat Daerah Putatan 2021 anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Putatan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Union dan  KRT Taman Teluk Villa, disini semalam.

Pada program sehari itu, PBSM Daerah Putatan berjaya mengumpul sebanyak 45 pain darah untuk kegunaan Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Dalam program yang sama, Pengerusi KRT Taman Teluk Vila, Ahmad Mahmood berkata program yang dilaksanakan secara bersama dengan PBSM Daerah Putatan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah kepada masyarakat umum terutama bagi kes rawatan kecemasan serta pesakit Talasemia yang amat memerlukan bekalan darah untuk kelangsungan kehidupan.

“Darah ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicari, ini memerlukan kesedaran dan keikhlasan individu yang sihat untuk menyumbangkan satu pain darah bagi kegunaan individu lain yang amat memerlukan,” jelas beliau.

Hadir sama, Ketua Daerah Putatan Datuk Mohd Dahali Matsin serta Pengerusi PBSM Daerah Putatan, Nanih Abah./Penerangan- 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/feed/ 0 9018
SEDCO Sumbang RM8,000 Untuk Agih Bantuan Bakul Makanan https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/#respond Wed, 01 Sep 2021 06:24:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5643
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyalurkan sumbangan berupa kewangan sebanyak RM8,000 kepada Tabung Makanan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar daerah ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr. Arsit Sedi berkata, sumbangan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat melalui gabungan NGO Kota Kinabalu bagi mengurus selia agihan bakul makanan tersebut. 

“Rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, dialu-alukan mendaftarkan nama kepada sekretariat NGO berdekatan bagi memudahkan pihak kita memberikan bantuan makanan.

“Ini merupakan tanggungjawab kita dan saya menyeru kepada masyarakat di luar sana yang terkesan pandemik untuk segera mendaftar agar kita tahu kesusahan yang mereka alami dan kita bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Kempen Derma Darah Kumpulan SEDCO dan Sumbangan Bakul Makanan di Anjung Selera Tanjung Lipat disini semalam.

Turut diadakan, kempen derma darah  bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama dua hari bermula semalam yang menyasarkan 100 pain darah.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir berkata, walaupun dalam kekangan pandemik namun sambutan masyarakat yang hadir menderma darah sangat menggalakkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Hadir sama menjayakan program berkenaan ialah Pengerusi Gabungan NGO Kota Kinabalu, Syed Hussin Habib Omar serta wakil-wakil NGO yang memberi sumbangan./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/01/sedco-sumbang-rm8000-untuk-agih-bantuan-bakul-makanan/feed/ 0 5643