Kempen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Jan 2022 06:49:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kempen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pusat Produk IKS Bantu Jayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/#respond Thu, 27 Jan 2022 06:49:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11606
Read Time:2 Minute, 59 Second

RANAU: Kerajaan akan membuka empat lagi Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Pusat Produk IKS pada tahun ini, bagi membantu mempromosi serta menjual produk keluaran tempatan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata empat Pusat Produk IKS itu akan dibuka di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran manakala satu lagi pusat yang sama di Papar kini sedang dibangunkan dan dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat ini.

Pemilik Gerai Kimlin Besiau, memberikan Cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat gerai jualan sempena perasmian kempen Belilah Barangan Buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis.
Pemilik Gerai Kimlin Besiau, memberikan Cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat gerai jualan sempena perasmian kempen Belilah Barangan Buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis. – Foto ihsan JKM.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong memerhati barangan yang dipamerkan di Kedai IKS Mart sempena perasmian Kempen Belilah Barangan buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis.
– Foto ihsan JKM.

“Pembukaan empat Pusat Produk IKS ini adalah antara dua inisiatif yang diambil kerajaan bagi membantu usahawan IKS mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka.

“Dalam Belanjawan 2022, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) diperuntukkan sebanyak RM5.76 juta di bawah perbelanjaan perbekalan bagi menubuhkan empat lagi Pusat Produk IKS pada tahun ini.

“Saya berharap pembukaan lebih banyak Pusat Produk IKS ini akan membantu menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah sekali gus memberi impak yang besar kepada sektor peruncitan tempatan,” katanya ketika merasmikan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah di Kiaburi Plaza, di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.

Buat masa ini, tiga Pusat Produk IKS sudah beroperasi iaitu di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu dan di Beaufort serta terbaharu di daerah ini.

Mengulas lanjut Hajiji berkata, satu lagi inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Pemasaran Produk IKS Sabah di pasaraya tempatan di negeri ini, yang mana DIDR bekerjasama dengan Pasaraya Bataras memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangan pasar raya berkenaan.

“Selain di Bataras, produk IKS juga dipasarkan di seluruh Kedai Mesra di Sabah dan Labuan dengan berkolaborasi bersama PETRONAS Dagangan Bhd, khususnya produk makanan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu usahawan IKS yang terjejas akibat pandemik COVID- 19,” katanya.

Beliau berkata, Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini adalah salah satu inisiatif yang disenaraikan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya bagi tahun 2021.

“Syabas saya ucapkan kepada MID dan agensi di bawahnya kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya pada tahun 2021 dengan jayanya,” katanya.

Hajiji berkata, penganjuran Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini tepat pada masanya bagi membantu merancakkan semula ekonomi domestik dan membantu usahawan IKS mempromosikan barangan buatan tempatan Sabah.

“Saya berharap kempen ini menjadi satu titik permulaan kepada usaha bersama di antara kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan kita memulihkan ekonomi dapat diteruskan dengan kejayaan merancakkan semula ekonomi negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap usahawan dan peniaga di Sabah tidak hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sahaja, sebaliknya menggunakan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebanyakan komuniti perniagaan beralih kepada penggunaan teknologi digital secara meluas.Saya yakin barangan buatan Sabah mempunyai potensi dan kualiti untuk bersaing dengan produk dari luar negara,” katanya sambil berharap 12 syarikat dari Sabah yang menyertai World Dubai Expo 2020 pada Disember lalu, dapat menyebarluaskan lagi perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/feed/ 0 11606
Kempen Kesedaran Kanser Payudara Kinabalu Pink Ribbon Bermula di Tuaran https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/#respond Sat, 15 Jan 2022 06:51:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11135
Read Time:1 Minute, 38 Second

TUARAN: Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang akan dilaksanakan di 10 daerah di Sabah, memilih daerah ini sebagai lokasi pertama, hari ini (Sabtu).

Program sehari itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, sebagai tetamu kehormat sempena kempen berkenaan.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada wanita khususnya mengenai kepentingan pendidikan kesihatan payudara dengan membuat pengesanan awal dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di kawasan Tuaran.

Program ini kerjasama antara Persatuan Kesedaran Kanser Payudara Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) bersama Sabah Breast Cancer Society-Pink Ribbon Centre, Jabatan Pembedahan Kanser Payudara dan Endokrine, Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu; Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, Tuaran; Persatuan Kadazandusun Murut, Tuaran; dan Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (LPPKN) Sabah.

Turut hadir ialah Pengerusi Kinabalu Pink Ribbon, Laura Bazan dan Ketua Pakar Pembedahan dan Perunding, Jabatan Pembedahan Payudara dan Endokrine, Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Dr Siti Zubaidah Sharif serta Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran, Datin Jamaliah Antalip.

Terdahulu, Laura berkata Kinabalu Pink Ribbon merakamkan terima kasih kepada isteri Ketua Menteri yang sentiasa memberi sokongan untuk menjayakan kempen ini.

Katanya, kempen ini dirancang diadakan di 10 daerah dengan Tuaran menjadi lokasi pertama program berkenaan.

“Kempen ini akan diteruskan ke daerah lain iaitu Sipitang, Pitas, Kota Belud, Ranau, Keningau, Papar, Kudat, Beaufort dan Kota Kinabalu, secara berperingkat.

“Menerusi projek luar jangkauan (outreach) yang pertama bagi tahun 2022, kita akan mendekati golongan wanita bagi memberi pendidikan dan pemeriksaan payudara selain ceramah kesihatan.

“Dalam kempen ini kita menggunakan mesin iaitu Advanced Portable Ultrasound untuk mengesan sebarang ketulan yang mencurigakan. Pengesanan awal ini membolehkan sasaran biopsi dapat dilakukan dengan segera,” katanya sempena Program Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Dewan Datuk Patrick Jilan, Kampung Selupoh, di sini pada Sabtu.

Laura berkata dengan kerjasama daripada komuniti setempat, Kinabalu Pink Ribbon berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran khususnya mengenai kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang dihadiri kira-kira 150 komuniti daerah itu, Juliah turut melawat pameran yang disediakan berkaitan kempen berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/feed/ 0 11135
Program Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Perlu Diteruskan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/#respond Wed, 27 Oct 2021 11:06:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7993
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang hak-hak pengguna bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik mereka sebagai pengguna.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata program-program tentang kesedaran pengguna perlu terus dilakukan.

“Isu-isu kepenggunaan dan juga aktiviti kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna perlu terus dilakukan bagi mendidik masyarakat tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.

“Ini juga agar peniaga sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap pengguna selain ia antara usaha bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan terutamanya semasa tempoh pandemik ini.

“Kita sedaya upaya membantu kerajaan dan orang ramai mendepani isu-isu pengguna agar bebanan kesan daripada pandemik tidak terlalu mendalam terutama kepada ekonomi negara dan secara khususnya kepada orang awam.

“Ia juga untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dalam penetapan harga barang jualan yang tidak munasabah semasa tempoh pandemik” tegasnya.

Shahelmey yang juga Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sabah dan Ahli Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) itu berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan selalu membuat pemantauan dan penguatkuasaan kepada peniaga yang ingkar .

“Masih terdapat segelintir peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkara ini,” kata Shahelmey ketika mempengerusikan Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Sabah yang Pertama bagi Tahun 2021 semalam, di Kota Kinabalu.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah Merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Sabah; Georgie Abas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/feed/ 0 7993
Lancar Kempen Pelekat Kereta Tanda Sokong Longgar SOP https://sabahmedia.com/2021/07/05/lancar-kempen-pelekat-kereta-tanda-sokong-longgar-sop/ https://sabahmedia.com/2021/07/05/lancar-kempen-pelekat-kereta-tanda-sokong-longgar-sop/#respond Mon, 05 Jul 2021 09:53:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2567
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan melancarkan kempen pelekat kereta pada Ahad lalu, menandakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan gesaan Sabah untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Joe Ang secara peribadi menaja 1,000 pelekat kereta yang akan dihasilkan mempunyai gambar Hajiji dengan slogan “Rumah Kita, Kita Jaga”.

Beliau menyerahkan pelekat kereta tersebut kepada Thompson Teo dari Tom’s Auto Solutions dan rakan-rakan lain yang berkongsi pandangan yang sama.

Menurut Ang, beliau menyokong Hajiji membuat keputusan baru-baru ini dengan mengumumkan SOP baharu bagi mengurus penularan Covid-19 di Sabah dengan mewujudkan keseimbangan antara keperluan untuk melindungi kesihatan rakyat dan hak mereka untuk mencari nafkah.

“Kami percaya bahawa Ketua Menteri telah mempertimbangkan sepenuhnya keadaan yang berlaku akibat wabak itu sebelum membuat keputusan.

“Kami berpegang teguh pada keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri kerana sebagai rakyat, kami mengakui bahawa beliau merasakan denyut nadi kami dengan tepat,” katanya.

Katanya, mereka mengakui bahawa Kerajaan Persekutuan melakukan yang terbaik untuk membendung wabak itu, mereka percaya bahawa Sabah mempunyai keunikannya sendiri jesteru, tidak boleh diperlakukan seperti negara lain dalam menguruskan wabak itu hanya demi keseragaman dan kemudahan pentadbiran.

“Kenyataan ini diberikan bahawa Sabah (dan Sarawak) adalah entiti di dalam negara dengan kuasa autonomi dan keturunan mereka sendiri, tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

“Oleh itu, harus diakui bahawa Sabah harus diberi hak istimewa untuk memutuskan apa yang terbaik untuk Negara dan rakyatnya dalam setiap keadaan dan tidak terkecuali dengan pengurusan Covid-19.

“Kami meminta sokongan penuh dari Kerajaan Persekutuan dalam menyokong inisiatif dan keputusan yang dibuat oleh Negara dalam usaha kami memerangi wabak tersebut, katanya, sambil menambah ini bukan masa untuk kontroversi kerana kehidupan dan penghidupan rakyat dipertaruhkan.

SOP baharu untuk Sabah dibuat berikutan keputusan Kerajaan Negeri untuk membenarkan kegiatan ekonomi dan sosial tertentu untuk beroperasi semula, termasuk premis restoran yang membenarkan pelanggan makan di dalam restoran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/05/lancar-kempen-pelekat-kereta-tanda-sokong-longgar-sop/feed/ 0 2567