Kemudahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Jul 2023 10:47:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemudahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM10 juta kemudahan pinjaman mikro YUM untuk wanita https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/ https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/#respond Sat, 22 Jul 2023 10:47:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38758
Read Time:2 Minute, 9 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukkan sebanyak RM10 juta kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) tahun ini untuk kemudahan pinjaman mikro kepada golongan wanita, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan amat prihatin dan akan memastikan usahawan khususnya wanita mendapat peluang dan kemudahan pinjaman yang sama rata.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan negeri lain yang menawarkan bantuan dana turut menyediakan kursus dan latihan perniagaan, disamping bantuan promosi dan pemasaran produk ke pasaran dalam dan luar negeri.

“Kerajaan negeri turut memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan peniaga kecil dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM6.17 juta kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan pada tahun ini, bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa”.

“Bagi memperkasakan dan memantapkan lagi Program Bantuan IKS, Program Persijilan MESTI dan Halal telah bermula tahun ini bagi melayakkan produk IKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi menyokong program ini”, katanya ketika merasmikan penutupan Hari Keluarga Terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tuaran 2023 di Dewan
Seri Sulaman pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, AIM sebagai penyedia kewangan mikro di negara ini banyak membantu usahawan kecil dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini, termasuk golongan wanita dan B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan di negeri ini.

Menurutnya, terdapat kalangan Usahawan kecil yang berjaya memperolehi pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan, hasil bantuan AIM.

“Ini membuktikan AIM telah berjaya membantu mengangkat martabat para peniaga dan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di seluruh negara.

“Di Tuaran sahaja, seramai 3,102 ahli AIM mendapat pembiayaan pinjaman daripada AIM bagi menjalankan perniagaan”, tegasnya.

Beliau berharap AIM terus membantu menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada sahabat usahawan di Sabah secara keseluruhannya agar dapat menjana pendapatan mereka dan seterusnya meningkat kekuatan ekonomi negara.

Hajiji percaya dengan peruntukan RM10 juta untuk AIM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia telah dapat membantu melancarkan pelaksanaan program yang dirangka agensi itu dalam membantu Sahabat Usahawan di negara ini.

“Justeru, saya meminta peniaga untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan kerajaan untuk membangunkan perniagaan mereka”.

“Saya menyeru lebih ramai usahawan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan supaya dapat mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber. Ini selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membangunkan modal insan dan memupuk pembangunan keusahawanan.

“Saya juga ingin melihat supaya usahawan kita berdaya saing, inovatif, dinamik dan proaktif serta menerokai peluang untuk mengatasi semua halangan dan seterusnya menuju ke peringkat global”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/22/rm10-juta-kemudahan-pinjaman-mikro-yum-untuk-wanita/feed/ 0 38758
PETRONAS akan membina kemudahan LNG pertama Sabah di SOGIP https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/#respond Tue, 26 Oct 2021 05:52:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7914
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kabinet negeri telah mengesahkan pembinaan gas asli cecair (LNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah oleh PETRONAS di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Mengumumkan perkara ini di sini hari ini, susulan kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek LNG, tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID) pada tahun 2022 adalah langkah ke arah yang betul yang mana kerajaan terus mengusahakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan hasil tambahan melalui penyertaan ekuiti untuk Sabah.

“Projek LNG pesisir pantai adalah hasil kajian bersama antara kerajaan negeri dan PETRONAS untuk mengenal pasti pilihan penerokaan gas yang optimum dalam usaha memaksimumkan jangka panjang ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melihat lebih banyak pilihan untuk memastikan rakyat Sabah meraih faedah daripada sektor minyak dan gas negeri ini.

Loji baharu LNG itu dijangka meningkatkan jumlah pengeluaran LNG daripada 2.7 kepada 4.7 juta tan metrik setahun (MTPA), menambah 2 juta MTPA lagi kapasiti pengeluaran LNG.

Apabila beroperasi, loji LNG akan mengukuhkan lagi ekosistem bakat tempatan dan syarikat yang mempunyai kemahiran khusus untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan sokongan.

Loji LNG pesisir pantai akan dibangunkan di SOGIP di mana gas akan dibekalkan dari lapangan gas Sabah melalui Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang sedia ada.

Loji tersebut akan di sambungkan berhampiran sambungan jeti baharu Petronas Chemicals Fertilizer Sabah dan disokong oleh utiliti dan kemudahan yang terpilih dari daratan.

Dengan keupayaannya yang boleh dipindahkan, loji LNG pesisir pantai mampu menyediakan penggunaan aset secara berterusan dan mengoptimumkan pelaburan.

Aktiviti Front End Engineering Design (FEED) untuk projek ini akan bermula pada akhir Oktober 2021 dan tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID), loji LNG pesisir pantai dirancang akan siap untuk bermula (Ready for Start-Up) pada akhir tahun 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/feed/ 0 7914
Penduduk Kg Balat Kini Menikmati Kemudahan Bekalan Elektrik 24 Jam https://sabahmedia.com/2021/10/08/penduduk-kg-balat-kini-menikmati-kemudahan-bekalan-elektrik-24-jam/ https://sabahmedia.com/2021/10/08/penduduk-kg-balat-kini-menikmati-kemudahan-bekalan-elektrik-24-jam/#respond Fri, 08 Oct 2021 09:53:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7307
Read Time:1 Minute, 42 Second

KINABATANGAN: Penantian 400 penduduk Kampung Balat menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam kini direalisasikan dan telah beroperasi sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Stesen Janakuasa Balat yang mula beroperasi pada 1 Ogos 2021 yang lalu telah memberikan kegembiraan kepada lebih 400 orang penduduk di kampung itu apabila menerima kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

“Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menamatkan penantian penduduk kampung berkenaan yang terpaksa bergantung kepada penggunaan enjin janakuasa elektrik atau pelita sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Ceria Ke Sekolah TNB/SESB Peringkat Kinabatangan Parlimen P.187 Kinabatangan , Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB Dan Perasmian Stesen Janakuasa Balat di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan pada Jumaat.

Bung menegaskan usaha SESB untuk sama-sama membantu dan memberikan bekalan elektrik ke kampung ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berharap lebih banyak perkampungan di luar bandar yang masih belum menikmati bekalan elektrik dapat diberikan bekalan mengikut kepada peraturan-peraturan sedia ada.

“Sementara itu, saya juga berharap agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat melaksanakan projek-projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah dirancang. Difahamkan sebanyak RM120.5 juta peruntukan telah diberikan bagi melaksanakan projek BELB sambungan talian grid bagi tiga zon di Sabah, ” kata Bung.

Beliau juga percaya inisiatif ini akan membantu meningkat taraf kehidupan rakyat di luar bandar di mana kawasan-kawasan kampung yang dahulunya gelap akan bercahaya dan penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti seharian tanpa perlu menggunakan genset.

“Usaha ini juga akan menyaksikan pembangunan sosio-ekonomi di kampung-kampung terlibat terus berkembang dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga memberitahu bekalan elektrik ini akan disalurkan ke beberapa buah kampung lain berdasarkan kapasiti yang tinggi iaitu 700 megawatt.

Beliau berkata penduduk di Kampung Pinangah juga telah menikmati bekalan elektrik 24 jam bulan lepas dan beberapa buah kampung berhampiran akan dipastikan menikmati kemudahan yang sama dalam sedikit masa lagi

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/08/penduduk-kg-balat-kini-menikmati-kemudahan-bekalan-elektrik-24-jam/feed/ 0 7307
SMK Labuan sedia kemudahan peranti dan data internet bantu pelajar kurang mampu ikuti PdPR https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/#respond Fri, 30 Jul 2021 06:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3789
Read Time:1 Minute, 55 Second

LABUAN: Menyedari peranti dan data internet penting untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, di sini mengambil inisiatif membantu pelajar tidak berkemampuan mendapatkan kedua-dua kemudahan itu.

Inisiatif dikenali Program Pinjaman Peranti dan Bantuan Top Up (Proper Top) SMK Labuan itu dijayakan dengan kerjasama guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata, program itu adalah antara usaha pihak sekolah untuk memastikan pelajar yang berdepan masalah peranti dan membeli data internet dibantu supaya dapat mengikuti aktiviti PdPR secara dalam talian atau maya.

“Sasaran program ini adalah untuk membantu pelajar yang sangat memerlukan kemudahan peranti dan data internet untuk membolehkan mereka mengikuti aktiviti PdPR memandangkan kaedah itu diteruskan hingga 30 Ogos depan,” katanya.

Namun, pemilihan pelajar untuk menerima kemudahan berkenaan adalah berdasarkan penelitian guru kelas, Unit Kebajikan Murid dan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan keutamaan kepada pelajar yang tercicir aktiviti PdPR berikutan ketiadaan peranti dan data internet.

Bagaimanapun, kemudahan peranti yang disediakan hanya sebagai pinjaman berdasarkan tempoh pelaksanaan PdPR atau sehingga keluarga pelajar dapat membeli peranti sendiri dan perlu dikembalikan kepada Unit Kebajikan Murid setelah selesai tempoh pinjaman.

“Top up data internet pula diberi kepada pelajar yang sangat memerlukan untuk membolehkan mereka mengikuti PdPR. Nilai top up adalah berdasarkan keperluan untuk mengikuti PdPR sahaja.

“Bantuan top up ini juga hanya akan diteruskan kepada murid yang mengikuti PdPR secara konsisten dan rajin. Ia akan diberikan berdasarkan senarai yang disediakan guru kelas dengan bilangan pelajar yang menerimanya mungkin bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada maklumat guru kelas,” jelasnya.

Ismail berkata, peranti yang disediakan untuk program itu adalah telefon pintar Samsung Galaxy A02 (3GB RAM + 32GB Memory) atau jenama dengan spesifikasi yang setaraf sumbangan ikhlas guru dan kakitangan serta PIBG SMK Labuan.

Setakat ini seramai dua pelajar tingkatan dua menerima kemudahan peranti, manakala 46 orang daripada 1,776 pelajar tingkatan satu hingga enam sekolah berkenaan menerima bantuan top up data internet.

Satu majlis ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk penyerahan peranti dan bantuan top up diadakan pada 25 Julai lalu dengan disaksikan Ismail; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Jamaliah Razali dan beberapa guru SMK Labuan.

“Program itu juga selaras dengan slogan SMK Labuan iaitu ‘Setiap Murid Bernilai’ dan slogan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, ‘Guru Sayang Muridnya,” kata Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/smk-labuan-sedia-kemudahan-peranti-dan-data-internet-bantu-pelajar-kurang-mampu-ikuti-pdpr/feed/ 0 3789