Kemuka tuntutan palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Sep 2023 10:11:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kemuka tuntutan palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM Sabah tahan penjawat awam kemuka tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/#respond Tue, 19 Sep 2023 10:11:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42105
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan pertukangan bernilai kira-kira RM17,200 sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 10.40 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai membuat tuntutan palsu untuk membekalkan peralatan pertukangan kepada pelajar sebuah pusat latihan di Sabah pada tahun 2017,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek telah dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM5,000 tanpa deposit dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar tidak membuat tuntutan palsu kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dituduh di mahkamah jika mempunyai bukti yang kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/feed/ 0 42105
SPRM Sabah tahan bekas pengurus kanan GLC kemuka tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/#respond Tue, 12 Sep 2023 06:02:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41701
Read Time:39 Second

TAWAU: Seorang bekas Pengurus Kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM26,000 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Menurut sumber, dalam tuntutan itu, suspek yang berusia 40-an itu dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

“Suspek dipercayai telah ditahan di pejabat SPRM Cawangan Tawau kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dituduh esok (13 September 2023) di Mahkamah Khas Rasuah Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/feed/ 0 41701
Kemuka tuntutan palsu, lima penjawat awam ditahan https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/#respond Mon, 17 Jul 2023 10:19:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38449
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima pegawai termasuk seorang wanita di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan yang melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000.

Menurut sumber, kelima-lima suspek berusia antara 30an hingga 50an dipercayai ditahan antara jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat.

“Kelima-lima suspek juga akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada siasatan kes ini, S Karunanithy berkata, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

“Kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/kemuka-tuntutan-palsu-lima-penjawat-awam-ditahan/feed/ 0 38449