kenaikan SST – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Mar 2024 12:12:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kenaikan SST – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDN lancar OPS KESAN bermula 1 Mac 2024 pantau kesan pelaksanaan kenaikan SST https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/#respond Sat, 02 Mar 2024 11:26:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50410
Read Time:1 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan OPS KESAN 2024 bermula 1 Mac 2024 bertujuan untuk memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata OPS KESAN akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

“Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman. Tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, OPS KESAN telah dikuat kuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bil. 8/2024 yang telah dikeluarkan pada 29 Februari 2024 dan dipanjangkan kepada semua KPDN Negeri.

“Pada masa yang sama, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.

“KPDN akan membuat siasatan serta-merta di premis-premis terlibat,” tegasnya.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan
sebagaimana berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/kpdn-lancar-ops-kesan-bermula-1-mac-2024-pantau-kesan-pelaksanaan-kenaikan-sst/feed/ 0 50410
Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga susulan kenaikan SST https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/#respond Sat, 02 Mar 2024 00:15:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50364
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Peniaga di Sabah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak Covid-19, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan dua peratus SST.

Sementara itu, beliau berkata tinjauan rambang di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman seperti Chinese teh kosong sehingga RM1.50 bermula semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/feed/ 0 50364