Kenderaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Mar 2024 14:25:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kenderaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas maut kenderaan dipandu langgar pagar rumah jiran https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/#respond Sun, 31 Mar 2024 14:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51961
Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar pagar rumah jiran dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Taman Gabungan, di sini petang tadi. (31 Mac)

Dalam kejadian jam lebih kurang 1.30 petang itu mangsa seorang wanita berusia 70 tahun dipercayai memandu sebuah kenderaan jenis Perodua Viva hilang kawalan lalu terbabas dab melanggar pagar rumah jiran.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian pemandu kenderaan tersebut yang gagal mengawal dan merempuh pintu pagar sebuah rumah

“Turut dilanggar sebuah kenderaan yang sedang parkir di kawasan perumahan taman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohan berkata, sampel darah pemandu telah diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa oleh sepasukan polis ke Hospital Lahad Datu untuk tujuan bedah siasat esok (1 April) untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 akta pengangkutan jalan 1987,” katanya.

Tambah Rohan, mana-mana individu yang melihat kejadian itu, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada para pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalanraya sedia ada serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu serta mementingkan keselamatan diri dan para pengguna yang lain.

“Manakala, di kalangan pemandu warga emas dinasihatkan agar sentiasa mementingkan keupayaan dan tahap kesihatan masing-masing ketika memandu,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/warga-emas-maut-kenderaan-dipandu-langgar-pagar-rumah-jiran/feed/ 0 51961
Pesara tentera maut, kenderaan dipandu terbabas https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/#respond Tue, 02 Jan 2024 07:30:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47392
Read Time:1 Minute, 3 Second

PENAMPANG: Seorang pesara tentera maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dalam kejadian yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu berhampiran stesen minyak Putatan, Penampang pada jam 7.53 malam tadi (1 Jan).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian, dipercayai kemalangan berpunca daripada kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan menghala ke kota kinabalu.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu, seorang lelaki berumur 56 tahun yang juga merupakan pesara tentera disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Manakala seorang penumpang di tempat duduk hadapan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan kes tersebut, beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar di lokasi kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/02/pesara-tentera-maut-kenderaan-dipandu-terbabas/feed/ 0 47392
Pemandu Perodua Kancil parah, kenderaan dilanggar bas ekspress https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/ https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/#respond Sat, 04 Nov 2023 13:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44726
Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dilanggar oleh sebuah bas express dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 12 Jalan Ranau -Telupid pada Jumaat (3 Nov).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kejadian kemalangan berlaku lebih kurang jam 11.15 pagi pada Jumaat, hasil siasatan awal mendapati bas express tersebut dalam perjalanan daripada Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, manakala Perodua Kancil dipandu dari arah Kampung Nabutan menuju ke Kampung Nalapak.

“Pemandu bas express seorang lelaki tempatan berumur awal 60-an dipercayai memandu bas secara cuai dengan memotong di kawasan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah Perodua Kancil yang masuk ke Simpang Kg.Nalapak sebelah kanan jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil iaitu seorang perempuan tempatan berumur awal 30-an telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Simiun, mangsa yang parah itu seterusnya dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Sementara pemandu bas express bersama 26 orang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ssehubungan dengan itu, Simiun turut menasihatkan pengusaha dan pemandu bas express supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas ketika berada diatas jalanraya.

“Pastikan memandu dalam keadaan berhati-hati dan perlahankan kenderaan terutama di kawasan sekolah, klinik dan juga kawasan perkampungan.

“Elakkan daripada memandu secara melulu dan bahaya serta tingkatkan
keselamatan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, penumpang serta orang awam yang berada berdekatan dengan jalan raya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/feed/ 0 44726