Kenderaan polis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Jul 2025 06:17:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kenderaan polis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua lelaki ditahan rempuh kenderaan polis, orang awam https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/#respond Tue, 15 Jul 2025 06:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77352
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Dua lelaki ditahan polis selepas bertindak nekad merempuh kenderaan pasukan keselamatan serta beberapa kenderaan awam dalam insiden di persimpangan lampu isyarat Batu 3, Jalan Apas, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 petang itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Tawau sedang menjalankan serbuan Op Tapis ke atas sebuah Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, suspek bertindak agresif apabila mereka bertindak merempuh kenderaan polis dan melanggar beberapa kenderaan milik orang awam dalam usaha meloloskan diri.

“Suspek terus memandu secara melulu menuju ke arah lampu isyarat Jalan Apas dan melanggar lebih banyak kenderaan awam sepanjang laluan sebelum berjaya ditahan selepas polis mengepung kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rakaman insiden tersebut yang dimuat naik ke media sosial tular dalam tempoh singkat dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berisiko tinggi suspek.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut menemui dua paket dadah disyaki syabu seberat 5.13 gram dalam sebuah beg kain dalam kenderaan terbabit, selain kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan seorang warga asing berusia 18 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Champin menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bersikap agresif dan membahayakan keselamatan orang awam.

Beliau turut menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau dadah kepada polis menerusi talian hotline IPD Tawau 089-772121 atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/dua-lelaki-ditahan-rempuh-kenderaan-polis-orang-awam/feed/ 0 77352
Kenderaan polis dihempap pokok, seorang anggota maut https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/#respond Fri, 21 Jun 2024 15:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56343
Read Time:1 Minute, 18 Second

LAHAD DATU: Seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Felda Sahabat 16, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah KOMTEK Sahabat 16 PGA menuju ke arah Pantai Sahabat 16.

“Tiba di lokasi kejadian iaitu di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, sebatang pokok yang berada di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan jenis Window van yang dipandu oleh mangsa.

“Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal yang menunggang motorsikal scrambler Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki datang dari arah bertentangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa lelaki berusia 44 tahun, seorang anggota polis berpangkat koperal disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi.

“Walaubagaimanapun, sampel darah mangsa telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu bagi ujian alkohol dan dadah.

“Kes telah disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dzulbaharin berkata, mana-mana individu yang melihat kejadian ini boleh terus menghubungi Inspektor Humaidi Harun, Pegawai Penyiasat Trafik di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Dzulbaharin turut meluahkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa anggota polis terbabit.

Beliau juga menegaskan agar siasatan dalam kes ini dilakukan dengan kadar segera agar urusan keluarga mangsa dapat dipermudahkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati, berhemah semasa memandu kenderaan agar tidak membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/kenderaan-polis-dihempap-pokok-seorang-anggota-maut/feed/ 0 56343