Kenderaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 04:18:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kenderaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah, kenderaan musnah dijilat api di Kg Rancangan Batu 22 Balung https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/#respond Sun, 14 Sep 2025 04:18:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81213
Read Time:48 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sebuah rumah tidak kekal dan kenderaan musnah dalam kebakaran kejadian di Kampung Rancangan Batu 22, Balung, malam tadi.

Ketua Balai BBP Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, ekoran daripada insiden tersebut, kedua-dua buah rumah dan kereta jenis Proton Wira Aeroback musnah 100 peratus.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 8.05 malam, pihak bomba mengerahkan Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi PBK II Zougarana Konin bergegas ke lokasi sejauh 32 kilometer dan tiba kira-kira 8.48 malam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada jentera bomba. Api berjaya dikawal jam 8.50 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.34 malam.

Seramai 19 anggota bersama tiga jentera termasuk FRT, EMRS dan water tanker terlibat dalam operasi berkenaan.

Jemishin mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/rumah-kenderaan-musnah-dijilat-api-di-kg-rancangan-batu-22-balung/feed/ 0 81213
Warga emas lelaki cedera ringan, kenderaan rempuh klinik https://sabahmedia.com/2024/07/02/warga-emas-lelaki-cedera-ringan-kenderaan-rempuh-klinik/ https://sabahmedia.com/2024/07/02/warga-emas-lelaki-cedera-ringan-kenderaan-rempuh-klinik/#respond Tue, 02 Jul 2024 11:34:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56912
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lalu merempuh sebuah klinik di Lorong KK Taipan 2, Inanam petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.26 petang tadi ( 2 Jul) mengenai kejadian kemalangan itu.

“Komander Operasi PBK II Mohd Faizal Alias dari Balai Bomba Lintas melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton X50 telah terbabas sendiri dan melanggar sebuah klinik di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa terlibat dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang mangsa yang juga penumpang mengalami cedera ringan manakala seorang lagi pemandu kenderaan tersebut dilaporkan selamat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mangsa yang cedera seorang warga emas lelaki berusia 84 tahun itu diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba di tempat kejadian dan seterusnya dihantar ke hospital oleh keluarga mangsa sendiri.

“Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan di kawasan kemalangan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 4.00 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/02/warga-emas-lelaki-cedera-ringan-kenderaan-rempuh-klinik/feed/ 0 56912
Netizen puji dua anggota polis trafik bantu tukar tayar pancit kenderaan, lancar aliran trafik https://sabahmedia.com/2023/04/22/netizen-puji-dua-anggota-polis-trafik-bantu-tukar-tayar-pancit-kenderaan-lancar-aliran-trafik/ https://sabahmedia.com/2023/04/22/netizen-puji-dua-anggota-polis-trafik-bantu-tukar-tayar-pancit-kenderaan-lancar-aliran-trafik/#respond Sat, 22 Apr 2023 10:18:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33215
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUDAT: Kemeriahan seluruh umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini, ada juga insan-insan yang tidak dapat bercuti demi menggalas tanggungjawab memastikan keselamatan negara dijaga.

Selain bertugas sebagai mengawal keselamatan dan melancarkan aliran trafik jalan raya, dua anggota polis trafik daerah Kudat mendapat pujian netizen kerana membantu menggantikan tayar pancit pada sebuah kenderaan pengguna jalan raya di lokasi kilometer 4.5 jalan Kudat – Kota Kinabalu.

Dua anggota tersebut iaitu Koperal Jaironey Jebit dan Koperal Pendin Ak Guyu tidak berdalih dengan pantas membantu sekeluarga yang menaiki sebuah kenderaan jenis Honda City telah tersadai di bahu jalan kerana mengalami tayar pancit semasa dalam perjalanan kunjung mengunjung sempena sambutan Hari Raya.

Tindakan mulia kedua-dua anggota polis trafik berkenaan telah mendapat reaksi positif dari pengguna jalan raya lain yang sempat merakamkan gambar kejadian itu dan telah memuat naik di laman facebook mereka.

Ramai netizen yang memuji tindakan mulia kedua-dua anggota tersebut kerana selain melancarkan keadaan aliran trafik musim perayaan, mereka juga bertindak membantu masalah seperti menggantikan tayar pancit khususnya bagi pengguna yang melalui jalan kawasan Op Selamat 20 yang baru dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 dilaksanakan serentak di seluruh negara selama lapan hari bermula 20 hingga 27 April 2023.

Fokus utama Op Selamat 20 ini adalah untuk memastikan aliran lancar untuk pengguna-pengguna jalan raya, mengurangkan kes kemalangan dan kes kemalangan maut pada musim perayaan selain memastikan keselamatan harta benda, permis, kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/22/netizen-puji-dua-anggota-polis-trafik-bantu-tukar-tayar-pancit-kenderaan-lancar-aliran-trafik/feed/ 0 33215
Seorang lelaki parah dihimpit kenderaan bergerak sendiri https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/#respond Wed, 04 Aug 2021 11:11:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4062
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas sebuah kenderaan bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpitnya dalam satu kejadian di jalan Kg Pulutan, Menggatal dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 Ogos 2021, jam 12.24 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Laupen Nuar dari Balai Lintas telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer dari balai.

Setiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bawah sebuah kenderan jenis Toyota Vigo.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa pada mulanya cuba membaiki kenderaan tersebut yang rosak di bahu jalan tiba-tiba kenderaan tersebut telah bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpit mangsa tersebut.

Mangsa berusia 53 tahun mengalami kecederaan parah dan dikeluarkan oleh pasukan bomba seterusnya dibawa menggunakan kenderaan awam ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/feed/ 0 4062
LPKP Seru Semua Pemandu Kenderaan Awam Daftar dan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/#respond Thu, 24 Jun 2021 07:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1855
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sedang mengumpul data maklumat semua pemandu teksi, kereta sewa, bas termasuk bas persiaran serta e-hailing di Sabah bagi membantu mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehubungan itu, Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mahu agar semua kumpulan pemandu yang terlibat ini mengambil peluang dengan mengisi borang di Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah sebelum atau pada 10 Julai 2021.

“Senarai nama yang diperolehi ini akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dimajukan kepada kementerian berkaitan bagi tujuan penyelarasan pendaftaran dan seterusnya mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kerajaan mengiktiraf mereka ini sebagai kumpulan barisan hadapan yang turut memainkan peranan penting terutama dalam sektor pengangkutan.

Oleh itu, dengan melengkapkan dua dos suntikan maka adalah lebih mudah bagi mereka untuk beroperasi sepenuhnya semasa negara menghadapi pandemik COVID-19.

“Sebagai contohnya, apabila kerajaan Brunei Darussalam mewajibkan semua pemandu pengangkutan yang melalui sempadan negara itu untuk pergi atau balik ke Sarawak, banyak pemandu yang terjejas kerana kebanyakan mereka ini masih belum mendapat suntikan COVID-19,” kata Chin.

Selain itu, Chin berkata pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan kumpulan pemandu ini diharap dapat membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah suntikan kepada rakyat Malaysia menerusi Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) dan Pelan Pemulihan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang November tahun ini bagi mencapai fasa keempat Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya melaksanakan imuniti kelompok.

“Oleh itu, adalah menjadi peranan kita semua, termasuk kumpulan barisan hadapan pemandu ini untuk sama-sama menjayakan Pelan Pemulihan Negara bagi membebaskan negara ini dari COVID-19 dan akhirnya kita semua dapat menjalankan aktiviti ekonomi yang sangat terjejas akibat pandemik ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/feed/ 0 1855