Kenduri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Aug 2025 07:20:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kenduri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beranak maut disyaki keracunan makanan selepas hadiri kenduri kahwin https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-beranak-maut-disyaki-keracunan-makanan-selepas-hadiri-kenduri-kahwin/ https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-beranak-maut-disyaki-keracunan-makanan-selepas-hadiri-kenduri-kahwin/#respond Thu, 14 Aug 2025 07:20:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79220
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Tragedi menimpa sebuah keluarga apabila seorang wanita bersama anak lelakinya meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini.

Mangsa, wanita berusia 36 tahun dan anak sulungnya berusia sembilan tahun, dilaporkan mengalami cirit-birit dan muntah sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, laporan dibuat seorang wanita berusia 24 tahun yang memaklumkan bahawa ibu saudaranya dan anak lelaki mangsa meninggal dunia dipercayai selepas memakan hidangan dari majlis kenduri tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa hadir ke majlis kenduri pada Sabtu lalu dan membawa pulang makanan yang dibungkus untuk suaminya. Suami mangsa turut mengalami cirit-birit dan muntah sejak pagi Ahad hingga petang Isnin,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut beliau, maklumat awal mendapati beberapa tetamu lain yang hadir ke majlis berkenaan turut mengalami simptom sama, namun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut membantu siasatan polis.

Beliau berkata, pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah turun ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan masih diteruskan termasuk mengambil keterangan saksi lain yang hadir pada majlis tersebut bagi mengenal pasti sekiranya mereka juga mengalami simptom sama,” jelas Champin.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat yang selesai dijalankan kira-kira jam 6.30 petang Selasa, dengan hasil awal mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/14/dua-beranak-maut-disyaki-keracunan-makanan-selepas-hadiri-kenduri-kahwin/feed/ 0 79220
Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022 https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13781
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/feed/ 0 13781
COVID-19: Majlis Kenduri punca Kluster Kg Pukak di Tuaran, 6 lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Tue, 20 Jul 2021 13:44:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3360
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kg Pukak di Tuaran disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 3 Julai 2021 yang dihadiri oleh keluarga terdekat di kampung tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 7 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag 100% pada 9 Julai 2021.

Katanya, daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Saringan melibatkan kontak rapat dari Kg Pukak, Kg Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1.

Dalam perkembangan lain, enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 22 Julai 2021 hingga 4 Ogos 2021 iaitu empat lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kilang Papan Lusera, Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan University Utama Condominum Fasa 2, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang dan Kampung Air dan Kampung Bokara, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 3360