Keningau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Mar 2026 11:52:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keningau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rujuk info kesihatan dari sumber tepat – JKNS https://sabahmedia.com/2026/03/09/rujuk-info-kesihatan-dari-sumber-tepat-jkns/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/rujuk-info-kesihatan-dari-sumber-tepat-jkns/#respond Mon, 09 Mar 2026 11:52:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92925
Read Time:1 Minute, 3 Second

KENINGAU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan kononnya terdapat amaran peningkatan kes Tuberkulosis (TB) yang membimbangkan di daerah Sook dan Keningau menerusi satu infografik yang tular di media sosial.

JKNS menerusi satu kenyataan memaklumkan, infografik berkenaan turut menyatakan nasihat agar orang awam memakai pelitup separa muka apabila berada di kawasan tumpuan awam. 

“JKNS menerusi Hospital Keningau dengan ini menafikan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh Hospital Keningau. Maklumat yang sedang tersebar itu adalah bukan kenyataan rasmi daripada pihak hospital mahupun warga kerja hospital.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat kesihatan yang tidak tepat,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. 

Justeru itu, orang awam disarankan untuk sentiasa merujuk kepada sumber maklumat yang sahih dan rasmi seperti informasi kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JKNS, atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Hospital Keningau dari semasa ke semasa. 

“Hospital Keningau komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat serta memastikan maklumat kesihatan yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat, berkuasa dan boleh dipercayai.

” Kerjasama semua pihak dalam memastikan penyebaran maklumat yang bertanggungjawab amatlah dihargai,” tambah kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/rujuk-info-kesihatan-dari-sumber-tepat-jkns/feed/ 0 92925
Bekalan barang mencukupi sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan di Keningau https://sabahmedia.com/2026/02/17/bekalan-barang-mencukupi-sempena-tahun-baharu-cina-ramadan-di-keningau/ https://sabahmedia.com/2026/02/17/bekalan-barang-mencukupi-sempena-tahun-baharu-cina-ramadan-di-keningau/#respond Tue, 17 Feb 2026 07:18:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91823
Read Time:1 Minute, 36 Second

KENINGAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Keningau memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal di pasaran tempatan.

Ketua Cawangannya, Fadzly Daupin berkata pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina melibatkan 15 jenis barangan kawalan yang menjadi keperluan utama sepanjang musim perayaan.

“Tempoh pelaksanaan skim ini bermula 13 Februari hingga 21 Februari 2026 selama sembilan hari bagi memastikan pengguna mendapat barangan pada harga yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadzly (tiga kanan) bersama anggotanya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di salah sebuah pasar raya di Keningau semalam.

Menurut beliau, pemantauan dan pemeriksaan dilaksanakan secara berterusan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Keningau bagi memastikan pematuhan terhadap penetapan harga maksimum serta mengelakkan sebarang bentuk manipulasi harga dan bekalan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan persediaan menghadapi bulan Ramadan turut diberi perhatian melalui pemeriksaan ke atas pemborong dan peruncit barangan keperluan asas.

“Hasil pemantauan mendapati bekalan barangan adalah stabil dan mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan,” katanya.

Bagi tempoh satu Januari hingga 30 Januari 2026, sebanyak 2,468 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan premis perniagaan di kawasan bandar dan luar bandar. Pemeriksaan itu merangkumi operasi khas seperti Ops Tiris, Ops Kesan 5.0 serta pemeriksaan harian berkaitan bekalan dan harga barangan kawalan bersubsidi dan keperluan asas lain.

Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 16 kes diambil tindakan di bawah akta yang dikuatkuasakan KPDN Cawangan Keningau. Nilai rampasan direkodkan sebanyak RM168.40, manakala jumlah kompaun dikeluarkan adalah RM4,100. Sebanyak tujuh aduan turut diterima dan semuanya telah diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, KPDN meminta orang ramai menyalurkan sebarang aduan lengkap melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eaduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800, e-mel [email protected], aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 atau 03-8882 6245, atau secara bertulis ke pejabat KPDN berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/17/bekalan-barang-mencukupi-sempena-tahun-baharu-cina-ramadan-di-keningau/feed/ 0 91823
Gempa Bumi Lemah dilaporkan Di Keningau, Tiada Ancaman Tsunami – Met Malaysia https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/#respond Wed, 15 Oct 2025 05:28:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83327
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di kawasan Keningau, Sabah pada jam 8.32 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi berkenaan berukuran magnitud 2.0 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu terletak di koordinat 5.9 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.

METMalaysia turut memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut dan turut memohon orang ramai yang  merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut :

https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/gempa-bumi-lemah-dilaporkan-di-keningau-tiada-ancaman-tsunami-met-malaysia/feed/ 0 83327
Keningau Dipilih Pelancaran Pesta Kaamatan 2022 https://sabahmedia.com/2022/02/24/keningau-dipilih-pelancaran-pesta-kaamatan-2022/ https://sabahmedia.com/2022/02/24/keningau-dipilih-pelancaran-pesta-kaamatan-2022/#respond Thu, 24 Feb 2022 06:22:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12484
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Daerah Keningau dipilih sebagai lokasi pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah pada 1 Mei 2022 depan.

Pemilihan lokasi itu diputuskan pada Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 disini semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Jeffrey berkata, tema bagi perayaan Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi.

Katanya, perayaan Pesta Kaamatan adalah platfom terbaik untuk mengekalkan budaya dan adat istiadat kaum Kadazan Dusun Murut terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Di samping itu, Pesta Kaamatan berupaya untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini melalui pelbagai program yang melibatkan kebudayaan serta tempat-tempat yang menarik,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/24/keningau-dipilih-pelancaran-pesta-kaamatan-2022/feed/ 0 12484
Guru Besar Main Peranan Lonjak Sistem Pendidikan Negara https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/#respond Sun, 20 Feb 2022 03:31:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12390
Read Time:2 Minute, 22 Second

KENINGAU : Guru Besar memainkan peranan amat penting dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melonjakkan sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah mengamalkan prinsip kepimpinan terbuka, proaktif dan responsif terhadap tuntutan-tuntutan baharu dan mengutamakan pelanggan.

“Peranan yang dimainkan para Guru Besar bukan sahaja memberi impak besar terhadap pembinaan minda generasi muda, malah amat penting bagi mencorakkan gaya hidup yang positif dalam kalangan mereka.

“Justeru saya menyeru agar pesara Guru Besar dapat terus menyumbang kepada komuniti, membantu menyalurkan pendapat dan melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan badan-badan amal yang mempunyai kaitan dengan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sesi Libat Urus Bersama Guru- Guru Besar Zon Pedalaman anjuran Majlis Guru Besar Daerah Keningau.

Pada sesi itu, seramai 17 orang mantan Guru Besar di daerah ini yang telah bersara wajib dan juga bersara pilihan pada tahun 2020 dan 2021 turut diraikan.

Sementara itu, Arthur yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, infrastruktur pendidikan merangkumi memperluaskan capaian internet, memastikan ketersambungan jalan raya di kawasan pedalaman dan menaik taraf sekolah daif sedang giat dilaksanakan.

Katanya, pembinaan 46 menara telekomunikasi yang baharu serta menaik taraf 44 menara sedia ada kepada rangkaian 4G sedang giat dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Pelajar-pelajar di kampung yang jauh seperti Babalitan, Salitan, Saliliran, Pohon Batu dan Nangkawan akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih baik serta akses kepada capaian internet yang lebih pantas seterusnya memudahkan akses kepada pembelajaran dalam talian.

“Manakala kemajuan kerja fizikal sebanyak enam peratus telah dicapai bagi projek menaik taraf jalan Sapulut ke Pekan Pagalungan seterusnya ke Pekan Pensiangan sepanjang 56 kilometer yang telah bermula sejak Julai 2021.

“Apabila siap dibina, para guru-guru dan anak murid akan menikmati masa perjalanan yang lebih pendek daripada 3 jam kepada 1 jam serta keadaan jalan yang lebih selesa serta selamat,” katanya.

Katanya, sebanyak tiga buah sekolah daif juga telah siap dinaik taraf iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Panagatan, SJKC Cheng Ming dan SK Inandung.

“Manakala beberapa buah sekolah seperti SK Pekan Nabawan, SK Simbuan, SK Sapulut, Sekolah K9 Pekan Pensiangan dan SK Ponontomon sedang dalam pelaksanaan.

“Selain itu, pembinaan Bangunan Baharu sebagai pusat tingkatan enam yang mengandungi 12 bilik darjah, makmal komputer, bilik guru dan lain- lain kemudahan di SMK Nabawan juga telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),” katanya.

Menurutnya, pendidikan yang inklusif merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan sejak dahulu lagi.

Beliau percaya melalui pendidikan yang inklusif dan mampan, generasi muda yang berpengetahuan tinggi dapat dilahirkan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Terdahulu, pada majlis itu, sejumlah RM50,000 akandisumbangkan kepada Majlis Guru Besar Daerah Keningau bagi membantu persatuan tersebut memperkukuhkan jaringannya disamping membantu dalam pelaksanaan program-program pemerkasaan pendidikan di kawasan Pedalaman Sabah meliputi Sook, Tulid, Nabawan, Pagalungan dan Pensiangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/20/guru-besar-main-peranan-lonjak-sistem-pendidikan-negara/feed/ 0 12390
KPM Mahu Jadikan IPG Keningau Sebagai Hab Latihan Guru Di Pedalaman https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/#respond Wed, 26 Jan 2022 05:21:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11574
Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau sebagai hab latihan kepada para guru bagi kawasan pedalaman khususnya di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohd Alamin berkata, ia bersesuaian dengan suasana persekitaran yang dipenuhi dengan kepelbagaian budaya etnik di negeri ini.

“Pada hari ini (semalam) saya mengadakan lawatan kerja di IPG Kampus Keningau dimana kita telah menerima beberapa saranan dan pandangan daripada IPG bagaimana untuk menaiktaraf kampus ini dan sudah tentu diperingkat kementerian kita akan pertimbangkan.

“Kita juga mahu menjadikan IPG Kampus Keningau ini sebagai hab latihan para guru untuk kawasan pedalaman dan saya amat gembira dimana kampus ini dapat mengadaptasi konsep latihan mereka dengan suasana persekitaran yang dipenuhi kepelbagaian budaya etnik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Vokasional Keningau disini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, KPM turut komited untuk membela dan menitikberat pembangunan dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas (MBK) di seluruh negara.

Katanya, menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga akan turut membolehkan MBK mengikuti pembelajaran mereka termasuk menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“KPM juga turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memberi peluang dan ruang yang lebih banyak untuk mereka agar tidak ketinggalan dibelakang.

“Sudah tentu KPM akan terus membela nasib mereka khususnya dalam pembelajaran selain komited terhadap keperluan MBK di Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/kpm-mahu-jadikan-ipg-keningau-sebagai-hab-latihan-guru-di-pedalaman/feed/ 0 11574
RMC Bakal Buka 2 Cawangan Di Keningau & Lahad Datu https://sabahmedia.com/2021/12/15/rmc-bakal-buka-2-cawangan-di-keningau-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/rmc-bakal-buka-2-cawangan-di-keningau-lahad-datu/#respond Wed, 15 Dec 2021 08:02:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9906
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Rafflesia Medical Center (RMC) bakal membuka dua lagi cawangannya di Keningau dan Lahad Datu bagi meluaskan lagi khidmat rawatan pakar di pedalaman Sabah.

Pengarah Urusan RMC Simon Chew berkata, pembinaan kedua-dua hospital itu dianggarkan menelan kos sebanyak RM60 juta dengan menawarkan pelbagai rawatan pakar termasuk pakar sakit puan, kanak-kanak, pembedahan, radiologi, kardiologi, mata dan sebagainya.

“Oleh kerana aspek penjagaan kesihatan yang kurang dan semua hospital swasta berkumpul di Kota Kinabalu, RMC bercadang untuk membuka hospital di kawasan pedalaman Sabah.

“Dalam jangkaan masa dua tahun, RMC akan mewujudkan RMC 2 di Keningau untuk para pesakit di Tenom, Nabawan serta Tambunan.

“Lokasi yang kita cadangkan ialah berdekatan dengan Hospital Daerah Keningau dengan jarak lebih kurang 5 km dengan anggaran kos RM20 juta,” katanya ketika ditemui di Istana Seri Kinabalu disini semalam.

Mengulas lanjut mengenai cawangannya di Lahad Datu atau RMC 3, Simon menjelaskan, pembukaan cawangan berkenaan adalah berdasarkan jemputan serta tajaan sebuah syarikat dari ibu negara.

“Bagi RMC 3 di Lahad Datu, kita akan membuka sebuah hospital berkapasiti 50 katil dengan anggaran kos sehingga RM40 juta.

“Ini kerana kebanyakan pesakit terpaksa pergi ke Tawau dengan perjalanan lebih kurang tiga jam untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut beliau, kunjungan terbabit bertujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Toh Puan Norlidah sebagai Penaung RMC, di samping membincangkan mengenai pembukaan dua cawangannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/rmc-bakal-buka-2-cawangan-di-keningau-lahad-datu/feed/ 0 9906
Jambatan Kekal Dibina Di Laluan KM117.1 Jalan Kota Kinabalu – Keningau https://sabahmedia.com/2021/12/13/jambatan-kekal-dibina-di-laluan-km117-1-jalan-kota-kinabalu-keningau/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/jambatan-kekal-dibina-di-laluan-km117-1-jalan-kota-kinabalu-keningau/#respond Mon, 13 Dec 2021 01:53:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9796
Read Time:1 Minute, 27 Second

KENINGAU: Sebuah jambatan kekal akan dibina di Kilometer (KM) 117.1, Jalan Kota Kinabalu- Keningau dekat Kampung Liau disini berikutan laluan runtuh akibat arus deras ketika hujan lebat mengakibatkan jalan raya terputus awal November lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan jambatan kekal itu dijangka akan dimulakan bermula dalam masa tiga bulan selepas kos dan rekabentuk jambatan dimuktamadkan.

Katanya, ia berdasarkan kaedah yang paling cepat dengan kos yang munasabah bagi keselesaan pengguna.

“Kementerian Kerja Raya di peringkat Persekutuan dengan melalui kerjasama JKR Sabah telah melaksanakan kajian serta penilaian teknikal dan mempertimbangkan kaedah penyelesaian terbaik yang perlu dilaksanakan untuk jangka masa panjang.

“Sehubungan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk membina jambatan kekal merentasi sungai tersebut yang dijangka bermula dalam masa tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas meninjau laluan berkenaan disini petang semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Uzir Wan Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Ir Ali Ahmad Hamid.

Arthur berkata, pembinaan jambatan kekal itu dianggarkan mengambil masa selama 18 bulan bagi membolehkan aliran trafik menjadi lebih lancar.

“Selain itu, jambatan kekal ini juga akan membolehkan kenderaan yang mempunyai had berat muatan tinggi sehingga 60 tan juga akan dapat melalui jambatan ini,”katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, ketika ini sebuah jambatan Bailey dibina sementara bagi menghubungkan jalan yang putus seterusnya membolehkan kenderaan kecuali kenderaan berat melebihi lapan tan melalui laluan berkenaan.

Jambatan Bailey itu disiapkan JKR Sabah dan Syarikat Konsensi Lintasan Resources Sdn Bhd bagi menghubungkan semula laluan berstatus Jalan Persekutuan itu.

Pembinaan Jambatan Bailey ini berfungsi untuk jangka masa pendek dan sederhana agar kapasiti aliran air dapat mengalir dengan lebih baik dan mengurangkan risiko runtuhan berulang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/jambatan-kekal-dibina-di-laluan-km117-1-jalan-kota-kinabalu-keningau/feed/ 0 9796
COVID-19 : Tiga Kluster Melibatkan Jangkitan Dalam Komuniti & Tempat Kerja Direkodkan Di Keningau https://sabahmedia.com/2021/07/28/covid-19-tiga-kluster-melibatkan-jangkitan-dalam-komuniti-tempat-kerja-direkodkan-di-keningau/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/covid-19-tiga-kluster-melibatkan-jangkitan-dalam-komuniti-tempat-kerja-direkodkan-di-keningau/#respond Wed, 28 Jul 2021 11:41:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3714
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan tiga kluster baharu melibatkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti dan tempat kerja di daerah Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, antara kluster terlibat ialah Kluster Bayangan; Kluster Bariawa Laut dan Kluster Menawo Baitah.

“Kluster Bayangan melibatkan penularan dalam komuniti di Mukim Bingkor dan Luagan yang disyaki berpunca daripada perkumpulan keluarga dari luar daerah.

“Kes indeks merupakan lelaki berusia 38 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan ujian RTK-Ag positif grading 20% pada 25 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, saringan kontak rapat bagi tempoh 25 hingga 27 Julai lalu menunjukkan pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks.

Katanya, sehingga kini kluster ini merekodkan jumlah kumulatif 21 kes positif termasuk tujuh kes baharu.

“Bagi Kluster Bariawa Laut pula mula dikesan apabila kes indeks, wanita berusia 36 tahun disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag grading 100%) melalui saringan bergejala pada 25 Julai.

“Saringan kontak mengesan 13 kes termasuk lima kes baharu melibatkan kontak rapat dan kontak sosial daripada Mukim Patikang dan Kali di Daerah Keningau. Punca yang disyaki bagi penularan Kluster Bariawa Laut adalah perkumpulan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Menawo Baitah pula dikategorikan sebagai kluster komuniti dan tempat kerja yang menular di Mukim Seberang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau serta Daerah Tambunan.

Katanya, ia disyaki berpunca daripada pergaulan sesama keluarga yang akhirnya tersebar kepada rakan-rakan.

“Kes indeks merupakan lelaki berusia 27 tahun dikesan positif COVID-19 (RTK-Ag grading 100%) hasil saringan tempat kerja di sebuah klinik swasta di Keningau pada 26 Julai lalu.

“Saringan kontak mendapati pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat di tempat kerja. Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif kluster ini ialah sebanyak 16 kes termasuk 15 kes baharu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/covid-19-tiga-kluster-melibatkan-jangkitan-dalam-komuniti-tempat-kerja-direkodkan-di-keningau/feed/ 0 3714
SEDIA serahkan Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) kepada Desa Cattle Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/#respond Mon, 28 Jun 2021 08:49:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2131
Read Time:3 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Desa Cattle Sdn Bhd akan mengambil alih Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), mulai 1 Julai ini.

Desa Cattle juga akan menjadi pelabur utama untuk pengembangan tahap dua KILC dalam menerajui pembangunan industri tenusu dan lembu di Sabah.

“Kerajaan Negeri menaruh penuh kepercayaan kepada Desa Cattle sebagai syarikat utama untuk memimpin pengembangan KILC sepenuhnya sekali gus mewakili negeri ini dalam menerajui industri ruminan di Sabah,” kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian antara Desa Cattle diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emiliana Chin dan SEDIA diwakili oleh Presiden/CEO Datuk Hashim Paijan di Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Menurut Hajiji dalam kenyataan medianya, KILC adalah program pembangunan strategik jangka panjang yang dirancang untuk menghasilkan lembu tenusu berkualiti tinggi berdasarkan sistem tiga peringkat, iaitu ladang Nukleus, Berganda dan Komersial yang bertujuan
menyokong pembangunan industri tenusu dan daging lembu Sabah secara lestari.

Sebagai ladang Nukleus pertama di Malaysia, KILC dirancang untuk mengatasi kekurangan bekalan baka lembu tenusu dan lembu tempatan yang berkualiti tinggi, yang telah menghalang perkembangan industri itu di Sabah dan Malaysia keseluruhannya.

Pendekatan ini memastikan ladang Nukleus terus meningkatkan prestasi baka melalui peningkatan genetik menerusi teknologi pembiakan yang moden.

Kemudiannya, baka berkualiti yang telah ditambah baik ini akan dilipatgandakan
di ladang Berganda dan diedarkan kepada penternak tempatan di peringkat ladang Komersial, memastikan pengeluaran susu yang tinggi hingga meningkatkan pendapatan dan keuntungan penternak.

Pada masa yang sama, KILC juga bertindak sebagai pemangkin untuk menarik pelaburan swasta dalam mendirikan penggalak lembu tenusu dan ladang penternak untuk meningkatkan populasi penternak serta industri hiliran nilai tambah yang berkaitan.

Di bawah SEDIA, KILC sedang menjalani program peningkatan dan pada masa yang sama kajian pelan induk tambahan juga telah dilakukan untuk meningkatkan kelangsungan jangka panjangnya dan untuk menangani sepenuhnya jurang dan cabaran yang sedang dihadapi oleh industri lembu tenusu di Sabah.

Program peningkatan juga akan memastikan kerjasama dan hasil yang positif bersama pelabur pada masa hadapan, dalam pengembangan industri ruminan di Sabah.

KILC memiliki kemampuan untuk menempatkan 2,000 lembu tenusu dengan menyasarkan pengeluaran susu tahunan adalah sebanyak 10 juta liter dan 810 ekor ‘feeder cattle’ yang bersamaan dengan 1,500 tan metrik daging lembu setahun.

Jumlah pelaburan modal yang diperlukan untuk pembangunan dianggarkan berjumlah RM118 juta dan dibahagikan kepada dua fasa.

“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan dana RM57.3 juta untuk pembangunan Fasa Satu iaitu membina infrastruktur dengan kapasiti 500 ekor, yang telah siap pada 19 Ogos 2013 melalui SEDIA.

“Untuk Fasa Dua ia membabitkan pengembangan dan pembangunan infrastruktur
untuk menampung 2,000 ekor lembu, yang memerlukan RM60.7 juta, yang akan dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan sektor swasta,” katanya.

Sejak beroperasi pada 2013, KILC telah melipatgandakan pengeluaran susu
tahunan daripada 0.5 juta liter pada 2014 menjadi 2.5 juta liter pada tahun 2020.

Purata hasil bagi seekor lembu juga telah meningkat daripada 6.5 liter / sehari pada tahun 2014 menjadi 17.3 liter /sehari pada tahun 2019, sementara hasil purata nasional bagi Sabah kekal sekitar 12 liter / sehari.

Selain menyelesaikan infrastruktur asas, semua keperluan teknikal dan pentadbiran yang diperlukan untuk operasi ladang telah ditetapkan untuk menstabilkan operasi KILC.

Dalam pada itu, kira-kira 40 kakitangan tempatan serta tiga pakar antarabangsa juga terlibat untuk latihan dan kawal sedia, pemindahan pengetahuan dan latihan kemahiran pekerja tempatan untuk mencapai standard antarabangsa dan praktik penternakan dan pembiakan haiwan bertaraf dunia.

Manakala, kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga telah diadakan dan
setakat ini,10 graduan UMS telah menamatkan latihan industri selama lapan bulan, tiga daripada graduan itu kini bekerja sepenuhnya di KILC.

Sasaran jangka panjang KILC adalah untuk mengeluarkan lembu tenusu pembiakan yang berkualiti tinggi dengan produktiviti melebihi 7,000 liter setahun atau lebih 23 liter sehari dan mencapai misinya sebagai pusat pembiakan utama di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/sedia-serahkan-pusat-ternakan-bersepadu-keningau-kilc-kepada-desa-cattle-sdn-bhd/feed/ 0 2131