kepada keluarga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Aug 2021 05:03:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kepada keluarga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Ucap Takziah Kepada Keluarga Tun Sakaran Dandai https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/#respond Mon, 30 Aug 2021 05:03:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5517
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia di sini, pada Isnin.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun, bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah atas pemergian suami beliau.

“Jasa Tun kepada Sabah amat besar. Moga roh dicucuri rahmat.

“Tun Sakaran adalah seorang tokoh yang sangat berjasa khususnya bagi Negeri Sabah. Jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Sakaran sama ada dalam politik, pentadbiran dan agama amat besar nilai dan maknanya untuk negeri dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Tun Sakaran pernah memegang jawatan bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau juga adalah Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama dan pernah dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan.

Hajiji turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Tun Sakaran adalah pemimpin politik yang berpengaruh di negeri ini. Semoga seluruh keluarga besarnya sabar menghadapi dugaan ini.

“Mari bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama hamba yang dikasihi Allah SWT,” katanya.

Tun Sakaran pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/hajiji-ucap-takziah-kepada-keluarga-tun-sakaran-dandai/feed/ 0 5517
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5482
Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Mantan Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Ahad menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Negeri Sabah, kepada masyarakat dan negara.

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Allahyarham juga pernah dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin, “demikian menurut hantaran itu.- Sumber Facebook Istana Negara

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/agong-permaisuri-ucap-takziah-kepada-keluarga-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5482