kepada penduduk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Sep 2023 10:18:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kepada penduduk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji serah 421 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk Tongod https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-serah-421-geran-tanah-anak-negeri-kepada-penduduk-tongod/ https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-serah-421-geran-tanah-anak-negeri-kepada-penduduk-tongod/#respond Sat, 23 Sep 2023 08:38:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42347
Read Time:1 Minute, 17 Second

TONGOD: Kerajaan Negeri menyerahkan sejumlah 421 geran tanah anak negeri kepada penduduk daripada 15 buah kampung dalam daerah Tongod melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar (1953.15 ekar).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu semasa lawatan kerjanya ke Tongod pada Sabtu.

Katanya, antara kampung-kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94 geran tanah), Kampung Kironggu (55 geran tanah), Kampung Kotodon (43 geran tanah) dan Kampung Alitang (37 geran tanah).

Menurutnya, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan bakinya 78 geran dari proses permohonan tanah biasa.

Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada empat buah kampung, melibatkan Kampung Tampasuk seluas 77.587 hektar (191.214 ekar), Kampung Imbak seluas 7.25 hektar (17.915 ekar), Kampung Linayukan (15.831 hektar (39.119 ekar)) dan Kampung Namukon (4.047 hektar (10.00 ekar).

Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Bernard Liew, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk dan pemimpin masyarakat setempat.

Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek itu.

Beliau diberi taklimat projek pembinaan bangunan MKN itu oleh Nelson.

Projek bernilai RM5,101,390.00 itu dimulakan pembinaan pada Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2024.

Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod kepada Ketua Daerah Tongod, OKK Jusison Saidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/23/hajiji-serah-421-geran-tanah-anak-negeri-kepada-penduduk-tongod/feed/ 0 42347
Hajiji serah 344 geran tanah kepada penduduk dari 34 kampung https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/ https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/#respond Sat, 08 Jul 2023 07:11:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37919
Read Time:1 Minute, 1 Second

SUKAU: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk tempatan dari 34 kampung di kawasan Sukau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu melibatkan jumlah keluasan sebanyak 722.5 hektar (1,785.4 ekar) pada Majlis Himpunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan pada Sabtu.

Antara kampung-kampung terlibat ialah Kampung Sukau sebanyak 26 geran tanah, Kg. Sg Teneggang- (49 geran tanah), Kg. Bukit Garam (24 geran tanah), Kg. Sg Takala (22 geran tanah), Kg. Usaha Jaya (51 geran tanah) dan Kg. Sinar Jaya (30 geran tanah).

Daripada 344 geran tanah itu, sebanyak 141 adalah geran tanah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan 203 geran dari proses permohonan tanah biasa.

Sementara itu, Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Litang, Sukau seluas 82.3 hektar (203.4 ekar) daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Pegawain Daerah Kinabatangan, Abdul Manap Abd.Ruhim.

Bercakap kepada pemberita, Hajiji berkata kira-kira 8000 geran tanah telah tersedia dan penyerahannya kepada rakyat akan dilakukan oleh beliau semasa lawatan ke daerah-daerah dan oleh Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/08/hajiji-serah-344-geran-tanah-kepada-penduduk-dari-34-kampung/feed/ 0 37919