Kepala air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 May 2024 10:54:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kepala air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tragedi kepala air: Ketiga-tiga mayat mangsa berjaya dikeluarkan https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/#respond Mon, 06 May 2024 10:54:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54037
Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Ketiga-tiga mayat mangsa insiden kepala air di Lembah Mak Sina River Trekking di sini, telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada jam 12.00 tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bombw dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat ketiga-tiga seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.00 petang tadi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu ,Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi.

Menurut Sumsoa, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam tadi (5 Mei).

“Kejadian melibatkan seramai 15 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala tiga orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/feed/ 0 54037
3 lemas, 3 lagi hilang dihanyut kepala air ketika hiking di Lembah Mak Sina https://sabahmedia.com/2024/05/06/3-lemas-3-lagi-hilang-dihanyut-kepala-air-ketika-hiking-di-lembah-mak-sina/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/3-lemas-3-lagi-hilang-dihanyut-kepala-air-ketika-hiking-di-lembah-mak-sina/#respond Mon, 06 May 2024 02:22:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53996
Read Time:1 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Tiga daripada enam mangsa yang dikhuatiri lemas terperangkap dalam kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking, Pantai Makuau di sini pada Ahad, telah dijumpai pada jam 1.37 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Lahad Datu ,Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi iaitu seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa manakala seorang tidak dikenalpasti.

“Operasi mengeluarkan jasad mangsa kini giat dijalankan. Manakala 3 lagi mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Sumsoa, semalam (5 Mei) pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam.

“Kejadian melibatkan seramai 17 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala enam orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/3-lemas-3-lagi-hilang-dihanyut-kepala-air-ketika-hiking-di-lembah-mak-sina/feed/ 0 53996