Kepentingan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Feb 2023 10:53:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kepentingan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah meterai HoA dengan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd, potensi pemerolehan 50 peratus kepentingan penyertaan dalam Samarang PSC https://sabahmedia.com/2023/02/22/sabah-meterai-hoa-dengan-petronas-carigali-sdn-bhd-potensi-pemerolehan-50-peratus-kepentingan-penyertaan-dalam-samarang-psc/ https://sabahmedia.com/2023/02/22/sabah-meterai-hoa-dengan-petronas-carigali-sdn-bhd-potensi-pemerolehan-50-peratus-kepentingan-penyertaan-dalam-samarang-psc/#respond Wed, 22 Feb 2023 10:53:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29902
Read Time:1 Minute, 54 Second

KUALA LUMPUR: Sabah sedang membuka jalan untuk potensi pemerolehan sebanyak 50 peratus kepentingan penyertaan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Samarang (Samarang PSC) berikutan pemeteraian Heads of Agreement (HoA) antara SMJ Sdn. Bhd. (SMJSB) dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).

Menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di Kelab Petroleum Malaysia, Menara Kembar PETRONAS di sini, hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak dan mengatakan ini satu lagi perkembangan penting untuk Sabah.

Penandatanganan HoA Samarang PSC hari ini dibuat selepas Majlis Surat Persefahaman (LoU) pada Rabu lepas mengenai Back-In Option untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Blok SB409 yang memberi entiti milik Negeri Sabah sehingga 20 peratus penyertaan setelah selesai komitmen kerja atau penemuan komersial, yang mana lebih awal.

SMJSB juga telah menandatangani HoA dengan PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCGB) untuk pemerolehan 25 peratus kepentingan penyertaan dalam Sabah Ammonia Urea (SAMUR) loji petrokimia pada 9 Januari, 2023.

Menandatangani bagi pihak SMJSB ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Dionysia Aloysius Kibat manakala PCSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, PCSB, Hazliza Othman.

Turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian itu ialah Presiden dan Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif, Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik, Naib Presiden Kanan Malaysia Pengurusan Petroleum (MPM), Petronas, Mohamed Firouz Asnan, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

PCSB ialah pengendali dan kini memegang 100 peratus penyertaan di bawah Samarang PSC sejak 1995 dan telah menandatangani perjanjian tambahan PSC dengan PETRONAS pada 2018 untuk melanjutkan operasi PSC sehingga 31 Disember , 2035.

Kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian farm-out di mana SMJSB akan mengambil alih peranan bukan operasi dalam perkongsian Samarang PSC.

Samarang PSC mempunyai tujuh medan pengeluaran minyak dan gas sedia ada iaitu Samarang, Samarang Kechil, Sumandak, Zuhal, Alab, Erb West dan Kinarut serta dua terminal penerima gas di Kota Kinabalu dan Pulau Labuan.

SMJSB akan menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas lebih kurang 36 ribu tong bersamaan minyak sehari (kboe/d) dan akan menjadi 50 peratus penjual bersama gas asli kepada pelanggan gas sedia ada di Kota Kinabalu dan Labuan.

Penandatanganan HoA dan potensi pemerolehan 50 peratus kepentingan peserta dalam Samarang PSC akan menjadi perkembangan kedua penting selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah pada 7 Disember 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/22/sabah-meterai-hoa-dengan-petronas-carigali-sdn-bhd-potensi-pemerolehan-50-peratus-kepentingan-penyertaan-dalam-samarang-psc/feed/ 0 29902
Kerajaan Peruntuk Lebih RM2 juta Iktiraf Kepentingan Dan Sumbangan Wanita Di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-peruntuk-lebih-rm2-juta-iktiraf-kepentingan-dan-sumbangan-wanita-di-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-peruntuk-lebih-rm2-juta-iktiraf-kepentingan-dan-sumbangan-wanita-di-sabah-hajiji/#respond Sun, 05 Dec 2021 03:37:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9330
Read Time:3 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.83 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) dan RM700,000 kepada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dalam Belanjawan 2021, bagi melaksanakan pelbagai projek serta program untuk pembangunan wanita di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, peruntukan itu sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan Anugerah Usahawan Wanita Harapan kepada Pengasas Chanteek Borneo, Anne Antah pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Beliau berkata, golongan wanita seperti juga lelaki turut menggalas tanggungjawab yang sama penting sebagai pemangkin pembangunan dan rakan kongsi strategik kerajaan dalam mencapai hala tuju pembangunan negeri, khususnya berkaitan wanita di negeri ini.

“Justeru, kerajaan negeri akan terus memberi peruntukan bagi pembangunan dan menghargai kepentingan wanita dalam pembangunan di negeri ini. Sambutan Hari Wanita yang diadakan pada setiap tahun adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan dan sumbangan wanita di negeri ini, terutama ketika pandemik COVID-19.

“Kerajaan akan terus berusaha memastikan golongan wanita di Sabah sama ada di bandar atau luar bandar, berdaya saing dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi, agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam mendokong aspirasi kerajaan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Hajiji mahu Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah (JHEWA) berganding bahu untuk pembangunan wanita di Sabah terutama dalam tempoh pandemik COVID-19 Ini.

“Ini kerana wanita adalah tonggak pembangunan negara yang paling penting, bukan sahaja dari segi aspek sosial, politik dan ekonomi malah merangkumi segala aspek pembangunan negara. Saya berharap peruntukan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya untuk mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada golongan wanita di negeri ini,” katanya.

Hajiji berkata kerajaan turut merakamkan tahniah kepada MPWS yang telah mewujudkan dua inisiatif yang memberi manfaat besar kepada wanita negeri ini iaitu Program Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs (CreaM@YWE) dan Akademi Kepimpinan Wanita Sabah (AKWan).

“Saya dimaklumkan menerusi program CreaM@YWE, seramai 50 lagi usahawan wanita muda akan menyertai program ini pada tahun depan, susulan kejayaan program yang pertama pada tahun 2018. Saya berharap lebih ramai usahawan yang berdaya maju dan komited dapat dilahirkan sekali gus menyahut seruan menjadi majikan atau “Job Creator”.

“Begitu juga menerusi projek AKWan yang julung kali di Sabah, ia akan menjadi platform untuk memperkasa wanita di negeri ini menerusi pelbagai program serta modul kepimpinan. Projek ini akan membabitkan pemimpin politik, korporat, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti bandar dan luar bandar serta pemimpin muda,” katanya sambil menambah seramai 228 wanita akan terbabit dalam projek ini.

Ketua Menteri percaya dengan adanya projek ini, pembangunan negeri Sabah khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) akan lebih maju dengan penglibatan wanita dalam kepimpinan dan membuat keputusan.

“Walaupun pada tahun ini, negara masih berdepan pandemik, tetapi syabas kepada MPWS kerana telah mengadakan sebanyak 12 webinar dalam pelbagai topik, terutama yang berkaitan cabaran dan cara menghadapi pandemik COVID-19 sepanjang tahun ini,” katanya
.
Turut hadir isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman merangkap Pengerusi Induk Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri dan Pengarah JHEWA, Rusnah Kuyung.

Ketua Menteri turut menyampaikan anugerah kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Masnah Matsalleh, yang menerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena majlis itu.

Lima lagi penerima anugerah lain iaitu Anugerah Kepimpinan Wanita Luar Bandar diberikan kepada Maina Hailin @ Ambau, Anugerah Khas Individu Lelaki, Datuk Jalidar Abd Rahim; Anugerah Usahawan Wanita Harapan, Anne Antah; Anugerah Persatuan Wanita Harapan, Pertubuhan Wanita Sinar Sabah dan Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang, Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-peruntuk-lebih-rm2-juta-iktiraf-kepentingan-dan-sumbangan-wanita-di-sabah-hajiji/feed/ 0 9330
Sabah Sepakat Letakkan Kepentingan Rakyat dan Negeri Sebagai Keutamaan https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/#respond Thu, 16 Sep 2021 14:35:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6441
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersepakat untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negeri sebagai keutamaan selain menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilancarkan 29 Mac lalu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mandat rakyat perlu ditunaikan sehabis baik khususnya di kala menghadapi kemelut kesihatan awam luar biasa yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan pimpinan GRS juga amat menghargai komitmen meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara teras utama dalam kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman di peringkat persekutuan.

“Atas semangat yang sama, Sabah berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat meneruskan dan menyambung semula pada kadar segera siri rundingan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak melalui platform Majlis Khas MA63 yang telah dirintis di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini malam ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Turut hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Hasan.

Hajiji berkata, kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mentadbir negara diyakini akan dapat membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.

Katanya, berteraskan semangat ‘Keluarga Malaysia’ merentasi wilayah, kerajaan Sabah akan berusaha memenuhi kontrak sosial antara wilayah yang telah disepakati para pelopor awal tanah air di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Suka saya mengulangi komitmen bahawa selaku Ketua Kerajaan kepada rakyat dan negeri Sabah, saya ingin mengemukakan jaminan bahawa, yakin dan percayalah, suara rakyat Sabah yang mengutarakan hak-hak negeri, sebenarnya bukan hanya berkisar tentang kepentingan negeri semata-mata.

“Keprihatinan itu lahir atas rasa kecintaan dan kesetiaan kami kepada Persekutuan Malaysia, negara yang telah kita bentuk bersama-sama. Dan setelah 58 tahun, sesungguhnya hasrat kami adalah untuk melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktirafan yang lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara yang jauh lebih makmur, aman, maju dan sentosa,” katanya.

Justeru Hajiji turut mengajak seluruh rakyat di Sabah untuk terus bersatu atas semangat ‘Keluarga Malaysia’.

“Saya penuh yakin bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Sabah akan menikmati lebih banyak pembangunan untuk rakyat di semua peringkat,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/sabah-sepakat-letakkan-kepentingan-rakyat-dan-negeri-sebagai-keutamaan/feed/ 0 6441