Keperluan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Mar 2023 05:54:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keperluan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semua pihak sentiasa peka keperluan warga emas – Redonah https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/#respond Mon, 27 Mar 2023 05:54:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31608
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda menyeru semua pihak untuk sentiasa peka dengan keperluan dan kebajikan golongan warga emas dalam komuniti masyarakat.

Katanya, warga emas adalah generasi yang berjasa kepada usaha membangunkan negara dan negeri Sabah pada masa lalu.

“Tanpa usaha dan keringat warga emas dalam komuniti kita masa kini, mana mungkin kita berjaya hidup dengan harmoni ini di masa kini.

“Mereka berjasa dalam pelbagai sudut termasuk pembangunan, memperjuangkan kemerdekaan, mendidik anak bangsa dan paling besar sekali adalah sebagai orang tua yang melahirkan kita ke dunia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Jelajah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjong Batu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau baru-baru ini.

Redonah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu juga berkata, generasi muda masa kini perlu memberi perhatian dan meluangkan masa untuk bersama warga emas di kampung halaman, khususnya pada bulan Ramadan ini.

“Andai ada kelapangan masa, dapat bercuti beberapa hari, pulanglah ke kampung halaman, melawat ibu bapa atau atuk nenek.

“Pastinya saat indah dalam Ramadan bulan yang penuh berkah ini akan memberi seribu makna kepada mereka, apabila anak cucu berada di sisi mereka,” katanya.

Menurut Redonah lagi, semua masyarakat juga perlu sentiasa mengambil sikap saling menghormati dan prihatin dengan keadaan warga emas yang berada di sekeliling, terutamanya ahli keluarga dan jiran tetangga.

“Peka terhadap keadaan kesihatan mereka, andai kita ada masa bermesra dengan mereka, boleh tanya khabar, keadaan kesihatan mereka dan lebih baik andai kita memberi sedikit sumbangan semampunya untuk memberi kegembiraan kepada mereka.

“Sesungguhnya golongan warga emas adalah insan yang banyak berjasa dalam hidup kita dan keberkatan hidup kita turut datang dari doa mereka,” ujarnya.

Dalam program itu, Redonah turut menyerahkan sumbangang bakul makanan kepada golongan warga emas di Balai Raya Kampung Tanjong Batu dan Kampung Koromoko.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/feed/ 0 31608
Tiada keperluan tambah pasukan SAR di Turkiye – Armizan https://sabahmedia.com/2023/02/10/tiada-keperluan-tambah-pasukan-sar-di-turkiye-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/02/10/tiada-keperluan-tambah-pasukan-sar-di-turkiye-armizan/#respond Fri, 10 Feb 2023 13:07:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29356
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri memaklumkan setakat ini tiada keperluan untuk menambah pasukan petugas misi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye termasuk di Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ni tiada keperluan dari segi tambahan sumber manusia, cukup dengan dua pasukan SAR ini kerana selain daripada Malaysia antara negara terawal menghantar bantuan petugas SAR, kini makin ramai negara-negara yang telah mula masuk dengan pasukan petugas SAR mereka.

“Malaysia menjadi antara pasukan negara asing yang pertama tiba di Turkiye bagi membantu kerajaan negara itu dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi gempa bumi termasuk di Syria,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Loji Rawatan Air Kogopon di Papar hari ini.

Dalam pada itu, menurut Armizan, berkaitan penghantaran pasukan SAR itu adalah di bawah tanggungjawab NADMA untuk diselaraskan.

“Manakala penyelarasan secara keseluruhan adalah di bawah bidang tugas Kementerian Luar dan begitu juga penghantaran terbaru iaitu Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) termasuk hospital medan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua seramai 140 pasukan petugas SAR telahpun tiba dan berada di lokasi bencana di Turkiye.

“Misi SAR telah menghantar dua pasukan, iaitu 70 yang pertama pada 6 Feb dan pasukan yang kedua, telah bertolak dua hari lepas.

“Kesemua pasukan kita seramai 140 orang ini telah berada di ground zero (lokasi bencana), walaupun sebenarnya sasaran kita adalah untuk sampai ke bumi Turkiye dalam tempoh 24 jam, namun ada sedikit masalah untuk sampai ke ground zero yang mana ia melibatkan jarak yang cukup jauh dari Istanbul terpaksa terbang ke Adana dan terpaksa pula melalui jalan darat lebih 200 kilometer ke Gaziantep.

“Kedua-dua pasukan kita telah berada di Gaziantep dan telah mulakan proses SAR disana dan antara cabaran dihadapi adalah berkenaan cuaca yang extreme sebab di kawasan itu suhunya hingga di bawah paras beku.

“Inilah antara cabaran besar yang sedang dihadapi oleh para petugas kita namun, alhamdulillah kita mendapat laporan harian, para petugas kita dalam semangat yang tinggi dan mereka juga bekerjasama rapat dengan agensi yang bertanggungjawab di peringkat Turkiye sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai dan sumbangan itu akan diselaraskan oleh Kementerian Luar melalui tabung khas yang telah diwujudkan.

“Sesiapa juga ingin beri sumbangan boleh sumbang melalui tabung khas dan segala sumbangan diselaraskan melalui Kementerian Luar, kalau sumbangan dalam bentuk barangan kita melalui NADMA akan semak dengan kedutaan Turkiye sama ada barang-barang yang disumbangkan itu bersesuaian.

“Antara keperluan sekarang adalah baju sejuk selimut dan sebagainya, sebab mangsa-mangsa yang tiada tempat tinggal ini ditempatkan di satu tempat dengan cuaca cukup sejuk dan bantuan kepada para petugas juga diperlukan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/10/tiada-keperluan-tambah-pasukan-sar-di-turkiye-armizan/feed/ 0 29356
Tiada keperluan usul undi percaya terhadap Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2023/01/05/tiada-keperluan-usul-undi-percaya-terhadap-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2023/01/05/tiada-keperluan-usul-undi-percaya-terhadap-ketua-menteri/#respond Thu, 05 Jan 2023 08:36:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27414
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiada keperluan untuk mengadakan usul undi percaya terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Katanya, PBS menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBS masih menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

“110 peratus PBS masih sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian turut mengakui ada pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan kerajaan Sabah pada ketika ini.

“Sudah tentu ada pihak yang cuba untuk menggugat kestabilan kerajaan, tetapi setakat ini apa yang kita fikirkan, kita hanya bekerja dahulu. Jika ia benar-benar berlaku barulah kita akan melihat apa yang kita perlu lakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua Sabah Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2023 Anjuran Kerajaan Negeri Sabah, di Magellan Sutera Resort di sini, hari ini.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Timbalan Presiden parti STAR Datuk Ellron Angin ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini semua ADUN STAR masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Mengulas mengenai khabar angin “membeli ADUN”, Ellron menegaskan yang beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Saya tidak tahu, apa yang kamu dengar, kamipun dengar begitu, tetapi setakat ini semua ADUN STAR masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

“Belum ada cubaan membeli, mungkin tidak berani kerana kami pasukan dengan Hajiji. Jangan cuba-cuba, setialah dengannya (Hajiji),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/05/tiada-keperluan-usul-undi-percaya-terhadap-ketua-menteri/feed/ 0 27414
DUN Sabah: Kementerian Pelancongan Sabah Akan Bincang Keperluan VTL Dengan Negara Belum Buka Pintu Sempadan https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/#respond Mon, 21 Mar 2022 07:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13282
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan membincangkan keperluan mewujudkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke Sabah dengan negara serantau yang masih belum membuka sempadan mereka.

Pembantu Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata, VTL adalah rangsangan yang diperlukan untuk menyumbang kepada ekonomi negeri sambil menekankan bahawa pihak kementerian dan pemain industri sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa.

“Pihak Kementerian sentiasa mengadakan libat urus dalam perkara ini dan pihak Kementerian telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah untuk melaksanakan VTL antara Kota Kindabalu dan Singapura.

“Berdasarkan sesi libat urus bersama pemain industri, kita tahu mereka sudah bersedia. Walau bagaimanapun, kita harus mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa negeri, yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, dan jabatan dan agensi kerajaan lain yang berkaitan, supaya mereka boleh menilai risiko pelaksanaan VTL.

“Kita sudah lakukan demikian tetapi setakat ini belum ada keputusan untuk memulakan VTL untuk Sabah,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN Sabah, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee (SAPP), Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang), dan Justin Wong (Sri Tanjong).

Menurut Joniston, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, dan Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab terhadap proses pelaksanaan VTL, dengan rakan sejawat di negara lain.

Beliau turut berkata apabila sempadan negara dibuka semula pada 1 April, tidak akan ada keperluan untuk VTL, kecuali negara yang masih menutup pintu sempadan.

“Bagi negara yang belum membuka sempadan, pihak Kementerian akan mengambil langkah untuk berbincang dengan negara terbabit untuk pelaksanaan VTL,” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa Kementeriannya sentiasa mengadakan sesi penglibatan berterusan dengan syarikat penerbangan.

Tambahnya, Malaysia Airlines (MAS), Cebu Pacific Air, Scoot, Jeju Air, dan Air Seoul adalah antara syarikat penerbangan yang telah mengambil keputusan tegas untuk memulakan penerbangan terus ke Sabah.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) mengenai keperluan meningkatkan laluan penerbangan domestik dalam negeri, Joniston berkata beliau yakin syarikat penerbangan akan menambah kekerapan penerbangan ke destinasi domestik sekiranya ada permintaan.

Kesalinghubungan antara bandar-bandar dalam Sabah dan juga dengan negeri-negeri lain adalah penting untuk meningkatkan pelancongan domestik, ujar beliau.

Dalam pada itu, Sabah kini sudah mempunyai penerbangan langsung yang menghubungkan Pulau Pinang-Kota Kinabalu, Kuala Terengganu-Kota Kinabalu, Johor Bahru-Kota Kinabalu, dan Kota Bharu-Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kementerian-pelancongan-sabah-akan-bincang-keperluan-vtl-dengan-negara-belum-buka-pintu-sempadan/feed/ 0 13282
Bung Sambut Baik Bajet 2022 Namun Perlu Ditambah Bagi Tingkat Keperluan infrastuktur Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/30/bung-sambut-baik-bajet-2022-namun-perlu-ditambah-bagi-tingkat-keperluan-infrastuktur-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/30/bung-sambut-baik-bajet-2022-namun-perlu-ditambah-bagi-tingkat-keperluan-infrastuktur-di-sabah/#respond Sat, 30 Oct 2021 07:43:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8065
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Bung turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM5.6 bilion kepada negeri Sabah bagi melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri ini.

Katanya, bajet yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang diperuntukkan kepada Sabah membabitkan kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik serta pembangunan penjagaan kesihatan untuk negeri dilihat masih belum mencukupi.

“Bagi saya, jumlah peruntukkan sebanyak RM5.6 bilion kepada Sabah itu masih belum mencukupi dengan keluasan dan faktor geografi negeri ini yang luas khususnya yang membabitkan jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.

“Justeru bagi saya, peruntukkan ini perlu ditambah dan dinaikkan kepada 10 hingga 15 peratus lagi bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastuktur di Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, rakyat di negeri ini juga telah lama menanti pembangunan infrastuktur yang baik dan sempurna berbanding sebelum ini.

Katanya, bajet dalam aspek pembangunan ini perlu ditingkatkan bagi memastikan negeri-negeri miskin dapat mengejar pembangunan sama rata dengan negeri lain di negara ini.

“Jika ia tidak diberikan secara sama rata sudah pasti kita akan terus menjadi negeri miskin relatif sampai bila-bila.

“Ini juga termasuklah isu kemiskinan rakyat secara mutlak, dan sekiranya bajet pembangunan (akses kepada bekalan air bersih, pendidikan, internet dan pusat kesihatan awam) tidak diberikan secukupnya, Sabah akan tercatat sebagai negeri termiskin dengan daerah-daerah termiskin sampai bila-bila untuk kedua-dua kategori iaitu miskin mutlak dan miskin relative,” katanya.

Katanya, cadangan peruntukkan RM746 juta yang sebahagian besarnya adalah untuk 112 projek menaiktaraf sekolah usang di Sabah juga perlu terus dipercepatkan dan dilaksanakan segera bagi memastikan keselesaan anak-anak negeri ini mendapat pendidikan terbaik.

Dalam pada itu, Bung turut menyambut baik projek infrastuktur bernilai RM3.5 biliom termasuk Lebuhraya Pan Borneo diteruskan tahun depan.

“Pan Borneo ini perlu dilihat secara menyeluruh mengikut Fasa Pertama hingga Ketiga kerana ini merupakan janji Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah.

“Justeru saya berharap Projek Pan Borneo ini dapat dilaksanakan dengan seberapa segera dan bukan dilaksanakan secara pakej, jika mengikut pakej sehingga 40 tahun pun belum tentu akan siap sepenuhnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/30/bung-sambut-baik-bajet-2022-namun-perlu-ditambah-bagi-tingkat-keperluan-infrastuktur-di-sabah/feed/ 0 8065