kepkas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Jul 2026 01:54:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kepkas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan KePKAS ke-10 satukan warga kementerian, agensi https://sabahmedia.com/2026/07/02/sukan-kepkas-ke-10-satukan-warga-kementerian-agensi/ https://sabahmedia.com/2026/07/02/sukan-kepkas-ke-10-satukan-warga-kementerian-agensi/#respond Thu, 02 Jul 2026 01:54:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99223
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Penganjuran Sukan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Kali Ke-10 Tahun 2026 berupaya menyatukan warga kementerian serta agensi di bawahnya melalui semangat kesukanan, kerjasama dan kebersamaan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kejohanan itu bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya menjadi wadah untuk merapatkan hubungan, membina persefahaman dan menyemai semangat kekitaan dalam kalangan seluruh warga KePKAS.

Beliau berkata, penganjuran edisi ke-10 itu mempunyai makna yang cukup istimewa kerana melambangkan kematangan sebuah tradisi yang telah menyatukan warga kementerian dan agensi di bawah KePKAS sejak sekian lama.

“Sepuluh siri penganjuran bukan sekadar satu pencapaian angka, tetapi melambangkan kematangan sebuah tradisi yang telah menyatukan warga kementerian dan agensi di bawah KePKAS selama hampir dua dekad.

“Sepanjang tempoh tersebut, kejohanan ini telah menjadi lebih daripada sekadar medan pertandingan. Ia menjadi wadah yang merapatkan hubungan, membina persefahaman dan menyemai semangat kekitaan dalam kalangan warga kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Sukan Peringkat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Kali Ke-10 Tahun 2026 di Stadium Pusat Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Rabu.

Jafry berkata, ramai dalam kalangan warga kementerian yang pada awalnya bermula sebagai rakan sekerja akhirnya menjadi sahabat melalui hubungan yang dibina sepanjang penganjuran sukan berkenaan.

Katanya, hubungan yang terjalin di gelanggang inilah yang kemudiannya memperkukuhkan kerjasama di tempat kerja dan membantu membentuk sebuah organisasi yang lebih mantap serta harmoni.

“Inilah nilai sebenar sukan. Ia menyatukan manusia tanpa mengira jawatan, pangkat mahupun latar belakang. Apabila wisel dibunyikan, kita semua berdiri sebagai satu pasukan yang berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan sesebuah kementerian tidak hanya bergantung kepada kehebatan individu, sebaliknya dibina melalui kekuatan pasukan yang saling melengkapi dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Menurutnya, apabila wujud kepercayaan, komunikasi yang baik dan semangat kebersamaan, segala cabaran dapat dihadapi dengan lebih yakin dan setiap matlamat organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berharap temasya sukan berkenaan akan terus menjadi medan membina sinergi, memperluaskan jaringan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara jabatan serta agensi di bawah KePKAS.

“Saya berharap agar setiap kontinjen menjadikan temasya ini sebagai peluang untuk membina sinergi, persahabatan baharu, memperluaskan jaringan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara jabatan serta agensi di bawah KePKAS,” katanya.

Jafry turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah selaku penganjur serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan temasya sukan itu.

Katanya, kejayaan penganjuran tersebut membuktikan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan seluruh warga KePKAS dan diharap dapat terus diterjemahkan dalam setiap program, dasar serta perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/02/sukan-kepkas-ke-10-satukan-warga-kementerian-agensi/feed/ 0 99223
KePKAS sokong penganjuran Sepilok Jazz Edisi Ke-4 di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/08/12/kepkas-sokong-penganjuran-sepilok-jazz-edisi-ke-4-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/08/12/kepkas-sokong-penganjuran-sepilok-jazz-edisi-ke-4-di-sandakan/#respond Tue, 12 Aug 2025 00:36:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79061
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyatakan sokongan terhadap penganjuran Sepilok Jazz edisi keempat yang dijadual berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sandakan 6 September depan.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew berkata, KePKAS melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turut menyokong program, ‘Friends Of Sea Turtles Education & Research’ (FOSTER) Walai Penyu, sebuah projek pemuliharaan penyu laut di Libaran.

“Dengan menggabungkan muzik, pelancongan, budaya dan pemuliharaan marin melalui acara seperti Sepilok Jazz dan Bakat Sepilok Jazz, FOSTER menunjukkan bahawa pemuliharaan penyu laut boleh diraikan dengan cara yang kreatif dan inklusif.

“Acara-acara ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya tetapi juga meletakkan Sandakan sebagai destinasi eko-pelancongan utama di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima jemputan untuk merasmikan Sepilok Jazz edisi keempat semasa kunjungan hormat oleh Presiden FOSTER, Alexander Yee, dan Pengarah Muzik Cheong Kok Ann di sini pada Isnin.

Mengenai penganjuran edisi sebelum ini yang baru sahaja berakhir dan telah menarik peserta antarabangsa, Christina berkata, pertandingan ini semakin menjadi platform penting untuk pemuzik baharu mendapat pengiktirafan global.

Alexander mengucapkan terima kasih kepada Christina atas kerjasama strategik dan sokongan kementerian terhadap penganjuran Edisi Ke-4 Sepilok Jazz dan Edisi Ke-2 Bakat Sepilok Jazz.

“Terdapat minat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap Sepilok Jazz, jadi kami menyasarkan 3,000 pengunjung kali ini.

“Saya berharap edisi-edisi akan datang akan menarik penyertaan yang lebih meluas,” katanya.

Menurut Yee, edisi ke-4 kali ini akan menampilkan persembahan bertaraf antarabangsa dari Singapura, Jerman, Thailand dan Korea.

FOSTER ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Sabah, ditubuhkan pada tahun 2013, yang berdedikasi kepada pemuliharaan penyu laut, khususnya di sekitar Pulau Libaran di Sandakan.

Inisiatif terasnya termasuk pemantauan penyu, pengurusan pusat penetasan, pendidikan komuniti dan usaha kesedaran awam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/12/kepkas-sokong-penganjuran-sepilok-jazz-edisi-ke-4-di-sandakan/feed/ 0 79061
KePKAS sokong penuh penerbitan filem AABS, pacu pelancongan hidupan liar Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/23/kepkas-sokong-penuh-penerbitan-filem-aabs-pacu-pelancongan-hidupan-liar-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/kepkas-sokong-penuh-penerbitan-filem-aabs-pacu-pelancongan-hidupan-liar-sabah/#respond Mon, 23 Jun 2025 01:25:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75994
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan memberi sokongan penuh terhadap penerbitan filem ‘Agatis: A Borneo Story’ (AABS) yang dijadual memulakan penggambaran diantara Ogos dan September tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, KePKAS mempunyai sebab kukuh untuk memberikan sokongan, memandangkan potensi filem ini sebagai pemangkin pelancongan hidupan liar.

“Kami akan memberikan bantuan yang diperlukan menerusi agensi kami, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL). Pertama, ini merupakan filem bertujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran tentang Gajah Pygmy Borneo yang terancam. 

“Kedua, ini akan menjadi filem pertama di Malaysia yang menjalani penggambaran dalam jarak dekat dengan haiwan itu dibawah pengawasan,” katanya selepas pembentangan projek filem oleh Pengarah Mondo Ab Films Sdn Bhd (MABF), Jeanette Chong Tze Ling, baru-baru ini.

MABF ialah syarikat produksi berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah. Turut hadir ialah Pengarah JHL, Mohd Soffian Abu Bakar.

Jeanette, seorang penulis skrip, pengarah dan penerbit filem berasal dari Sabah, bersetuju bahawa sokongan KePKAS adalah kunci kejayaan AABS.

Ia adalah sebuah filem yang mempunyai tempoh 90 minit yang menampilkan Agatis, seekor Gajah Pygmy betina berusia empat tahun dan Aki, seekor Gajah Pygmy jantan berusia dua tahun dari Pusat Perlindungan Gajah Borneo (BES) di dalam Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan Hiliran.

“Saya berterima kasih kepada Menteri atas bantuannya secara peribadi. Sokongan daripada kementerian dan JHL Sabah akan meningkatkan keyakinan pihak penaja untuk tampil memberikan sumbanganmengikut kemampuan masing-masing.

“Filem ini, yang merupakan skrip keempat saya, bukan sahaja akan ditayangkan di pawagam, tetapi juga akan membuat penampilan di beberapa festival filem.

“Usaha itu juga akan menarik lebih ramai penerbit filem tempatan dan antarabangsa untuk menghasilkan filem di Sabah,” katanya.

Menurutnya, setelah memperolehi dana secukupnya untuk memulakan projek itu, penggambaran dijangka bermula pada pertengahan Ogos atau September depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/kepkas-sokong-penuh-penerbitan-filem-aabs-pacu-pelancongan-hidupan-liar-sabah/feed/ 0 75994
KePKAS bantu kelancaran program Jiangsu TV https://sabahmedia.com/2025/04/04/kepkas-bantu-kelancaran-program-jiangsu-tv/ https://sabahmedia.com/2025/04/04/kepkas-bantu-kelancaran-program-jiangsu-tv/#respond Fri, 04 Apr 2025 01:12:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71450
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu :  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan menyelia penganjuran program ‘Jiangsu TV Music & Travel Show:Bring Me To You’ di sini.

Usaha itu bagi memastikan program dapat dilangsungkan dengan lancar. Pertemuan diantara Menteri KePKAS, Datuk Seri Christina Liew bersama wakil Romantic Holiday Travel & Tours telah diadakan di sini baru-baru ini.

Program berkenaan juga akan menjemput tujuh selebriti terkenal dari China.

Dalam taklimat itu, Pengarah Urusan Romantic Holiday Travel & Tours, Lisa Wang berkata, Jiangsu TV akan membawa seramai 150 krew perfileman dan tujuh selebriti dari China yang dijadualkan membuat persembahan di Lintasan Deasoka pada minggu hadapan.

Christina dalam pada itu, mengalu-alukan para krew perfileman itu bersama selebriti memandangkan kehadiran mereka akan memperkasakan lagi sektor pelancongan di Sabah.

“Oleh itu, kita akan memudahkan kehadiran mereka dan memastikan perjalanan untuk membuat rakaman filem dari satu destinasi ke destinasi lain di sini berjalan lancar,” katanya.

Christina juga memohon pihak berkuasa tempatan Semporna agar memberikan bantuan sewajarnya kepada para krew Jiangsu TV dan juga selebriti berkenaan agar kunjungan mereka di daerah berkenaan berjalan lancar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/04/kepkas-bantu-kelancaran-program-jiangsu-tv/feed/ 0 71450
KePKAS pertimbang tetapkan had umur bagi pendaki Gunung Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/03/04/kepkas-pertimbang-tetapkan-had-umur-bagi-pendaki-gunung-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/03/04/kepkas-pertimbang-tetapkan-had-umur-bagi-pendaki-gunung-kinabalu/#respond Tue, 04 Mar 2025 09:22:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69803
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan mempertimbangkan untuk menetapkan had umur bagi pendaki dalam usaha meningkatkan keselamatan di Gunung Kinabalu.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew berkata ini adalah susulan kematian dua pendaki warga emas dalam awal tahun ini ketika berada di Gunung Kinabalu.

“Ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu lihat berlaku. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, dan kami telah meminta Taman-Taman Sabah untuk mengikuti perkembangan kes ini.

“Saya faham beliau agak berumur, tetapi saya tidak mempunyai butiran lanjut. Saya akan berjumpa dengan pihak Taman-Taman Sabah dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi ‘iftar’ di Sutera Harbour di sini pada Isnin.

Turut Hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmy Yahya dan isteri Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Gerry D’Cruz.

Ketika ditanya adakah pendaki diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki, Christina menjelaskan bahawa pada tahun lalu, beliau telah melancarkan Pusat Latihan Ketinggian Gunung Kinabalu.
Taman-Taman Sabah adalah pihak bertanggungjawab mengendalikan pusat latihan itu termasuk penyediaan modul latihan, prosedur operasi standard (SOP).

“Dalam modul itu mewajibkan semua pendaki melakukan latihan dan melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki,” katanya.

Pada 25 Februari, seorang lelaki British berusia 70 an meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri semasa menuruni Gunung Kinabalu.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak responsif pada jarak 8.2km, selepas Sayat-Sayat Checkpoint, beberapa meter dari puncak.

Manakala pada 9 Februari, seorang lelaki Malaysia berusia 65 tahun, yang sedang mendaki gunung bersama isterinya, meninggal dunia. Beliau dilaporkan telah pengsan di km 5.5 gunung tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/04/kepkas-pertimbang-tetapkan-had-umur-bagi-pendaki-gunung-kinabalu/feed/ 0 69803
KePKAS sasar 3.5 juta pelancong pada tahun ini https://sabahmedia.com/2025/02/27/kepkas-sasar-3-5-juta-pelancong-pada-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/kepkas-sasar-3-5-juta-pelancong-pada-tahun-ini/#respond Thu, 27 Feb 2025 09:31:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69497
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mensasarkan ketibaan pelancong seramai 3.5 juta ke Sabah pada tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew berkata, ketibaan pelancong di Sabah pada tahun lalu mencapai 3.2 juta iaitu melebihi sasaran awal KePKAS iaitu 3 juta.

“Bagi mencapai sasaran kita pada tahun ini, kita akan melaksanakan banyak program. Antaranya ialah menghadiri ekspo dan berjumpa dengan pengusaha-pengusaha pelancongan di luar negara.

Dalam masa yang sama, kita akan mempromosikan Sabah melalui teknologi maklumat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Menteri KePKAS dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 KepKAS.

Christina juga memberitahu bahawa, pada menyuarat Kabinet pagi Rabu, beliau telah membentangkan jadual lawatan kerja kepada kerajaan negeri dan telah diluluskan.

“Dalam jadual kerja itu, kami akan mengadakan sebanyak 11 lawatan kerja di luar negara.
Enam daripada lawatan itu, saya akan hadir sendiri, sementara lawatan kerja yang lain akan diketuai oleh pengerusi dan ketua eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah.

“Perjalanan pertama kami ke luar negara pada tahun ini ialah ke Shanghai kemudian dari Shanghai ke Moscow. Pada masa yang sama, kami juga akan mempromosikan Sabah di Rusia, Australia, India dan beberapa negara lain lagi,’” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Chrsitina menjelaskan industri pelancongan di Sabah mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 20.4% pada tahun lalu berbanding 2023. Anggaran “tourism receipt” pada 2024 ialah RM7.28 bilion, iaitu RM1.52 bilion lebih tinggi berbanding 2023 (RM5.76 bilion).

Katanya, pemulihan pada 2024 mencapai 75 peratus daripada tahap pra-pandemik, didorong oleh pasaran domestik dan negara serantau seperti China dan Brunei.

Jumlah ketibaan antarabangsa secara keseluruhan pula telah pulih sebanyak 86% daripada tahap pra-pandemik.

Pasaran sasaran seperti China, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, India, dan Eropah juga mencatatkan pertumbuhan positif.

Beliau juga menyeru kepada semua jabatan dan agensi di bawah KePKAS agar terus memainkan peranan penting dalam memperkasa sektor pelancongan, kebudayaan, dan pemuliharaan alam sekitar di Sabah.

“Setiap perancangan yang dirangka untuk pelaksanaan pada 2025 perlu diterjemahkan kepada Key Performance Index (KPI) yang jelas dan berimpak tinggi, dan perlu dirancang agar pelaksanaannya dapat dicapai mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Saya yakin, dengan komitmen dan kesungguhan kita bersama, sektor pelancongan, warisan dan kebudayaan serta konservasi dan alam sekitar di negeri ini akan terus berkembang pesat dan menjadi pemangkin utama ekonomi negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/kepkas-sasar-3-5-juta-pelancong-pada-tahun-ini/feed/ 0 69497
KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang https://sabahmedia.com/2024/12/11/kepkas-lulus-peruntukan-rm90000-baik-pulih-dewan-tadika-chung-hwa-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/kepkas-lulus-peruntukan-rm90000-baik-pulih-dewan-tadika-chung-hwa-penampang/#respond Wed, 11 Dec 2024 08:04:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65228
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90,000 untuk membaik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew mengumumkan demikian semasa kunjungan hormat delegasi tadika yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengelola Fong Tet Yee pada Selasa.

“Kami telah meluluskan permohonan untuk mendapatkan dana membaik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semasa memberi taklimat kepada Christina mengenai keadaan dewan tadika, Fong berkata kemudahan dan peralatan di dalam dewan itu juga sudah rosak dan lusuh.

“Institusi prasekolah ini telah beroperasi sejak 24 tahun lepas di bawah naungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu. Kami berharap kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan murid-murid,” katanya.

Fong turut merakamkan penghargaan Lembaga Gabenor kepada Christina atas pertimbangan dan kelulusan daripada kementerian berkenaan.

Sementara itu, Fong menyampaikan jemputan kepada Christina untuk menyerikan sambutan Tahun Baru Cina Tadika Chung Hwa Penampang 2025 pada 11 Januari (Sabtu) di Dewan Hakka Sabah pada jam 10 pagi.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Josie Lai, Pengetua Lee Chee Len, Penyelia Tadika Wong Shou Yung, dan Pengerusi Pengelola Bazar Tadika Christopher Yong.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/kepkas-lulus-peruntukan-rm90000-baik-pulih-dewan-tadika-chung-hwa-penampang/feed/ 0 65228
KePKAS sokong usaha KYC mempromosi pelancongan sukan pelayaran di Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/03/kepkas-sokong-usaha-kyc-mempromosi-pelancongan-sukan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/03/kepkas-sokong-usaha-kyc-mempromosi-pelancongan-sukan-di-sabah/#respond Mon, 03 Jun 2024 11:33:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55444
Read Time:1 Minute, 42 Second

TANJUNG ARU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan menyokong usaha Kinabalu Yacht Club (KYC) bagi membolehkan kelab itu mempromosikan pelancongan sukan di Sabah.

Menterinya Datuk Christina Liew memberi jaminan itu ketika menyempurnakan majlis penutupan 36th KYC Harvest Festival & Sabah Fest Open Day Regatta 2024 di premis kelab itu pada Ahad.

Christina berkata, KYC memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelancongan sukan. Pelayaran adalah sukan yang sihat sekali gus menjadi sumber pelancongan sukan di Sabah.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada kelab dalam usaha mereka untuk mempromosikan sukan pelayaran sebagai tawaran pelancongan. Anda telah melengkapkan usaha kerajaan untuk merangsang pelancongan melalui aktiviti sukan,” katanya.

Christina turut memuji KYC, Persatuan Pelayaran Sabah dan guru-guru yang prihatin atas kerjasama mereka dalam menjayakan regatta itu.

Kira-kira 80 orang menyertai acara anjuran bersama KYC dan Persatuan Pelayaran Sabah.

Christina dan penganjur merakamkan gambar bersama peserta semasa majlis penutupan 36th KYC Harvest Festival & Sabah Fest Open Day Regatta 2024 di sini pada Ahad (3 Jun). – Foto ihsan KePKAS

10 pasukan menyertai acara itu termasuklah KYC, Persatuan Pelayaran Sabah, Kelab Kapal Layar Tawau, Kelab Kapal Layar Sandakan, KPV Labuan, Persatuan Kapal Layar Brunei Darussalam (BDYA), Sekolah Antarabangsa Kinabalu, Jesselton International School, Waterfly Borneo dan Borneo Paddle Monkeys.

Christina menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan Marathon tempat pertama (Int. 420) Nur Awatif Safri dan Nur Hafizahanani, kedua (Int. 420) Mohammad Shahieran dan Muhammad Aiman ​​Adam, manakala tempat ketiga (Int. 470) Chia Ching Byn dan Kelly Yin.

Sementara itu, Naib Komodor KYC Alan Koay Kah Seng turut merakamkan penghargaan penganjur kepada Menteri Pelancongan, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Pasukan Medik Tentera Laut Malaysia dan Pasukan Penyelamatnya, Polis Marin, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Kelab Kapal Layar Tentera Laut, Kota Kinabalu atas sumbangan mereka, dan kepada Borneo Paddle Monkeys, Waterfly Borneo dan Milo atas tajaan mereka.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Pelayaran Sabah Zainal Madi, Leonard Chin dari Juri Antarabangsa Malaysia, Pengetua Jesselton International School Nicholas Haes, Ketua Pegawai Perlumbaan Amran Wahap dan Penolong Ketua Pegawai Perlumbaan Omar Baki Aliakbar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/03/kepkas-sokong-usaha-kyc-mempromosi-pelancongan-sukan-di-sabah/feed/ 0 55444
KePKAS sasar lebih ramai pelancong berkunjung ke Sabah tahun ini https://sabahmedia.com/2023/07/16/kepkas-sasar-lebih-ramai-pelancong-berkunjung-ke-sabah-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/kepkas-sasar-lebih-ramai-pelancong-berkunjung-ke-sabah-tahun-ini/#respond Sun, 16 Jul 2023 03:21:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38351
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar pada tahun ini komited untuk mensasarkan lebih ramai kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

Christina (tengah) melancarkan Craft Exotica 2023 sempena Hari Muzium Negeri Sabah ke-58. Turut mengiringi Pengarah Jabatan Muzium Arif Abdul Hamid dan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion (kanan). – Foto ihsan KePKAS Sabah

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, keunikan dan kepelbagaian budaya di negeri ini berpotensi untuk menjadi produk tarikan pelancongan.

“Hasil seni kreatif kraftangan dan seni budaya pelbagai etnik di Sabah mampu menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke negeri ini,” katanya semasa merasmikan “Program Craft Exotica 2023” bersempena dengan Sambutan Hari Muzium Negeri Sabah Tahun 2023 di Muzium Negeri pada Sabtu.

Christina berkata, program Craft Exotica dengan tema “Kraft Kita Budaya Kita” ini merupakan salah satu program yang mempromosikan pemahaman dan menyebarkan kesedaran tentang warisan budaya tempatan khususnya seni kraftangan tradisional dan permainan tradisional yang dihasilkan oleh pelbagai kumpulan etnik.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini yang berlangsung bermula semalam (15 Julai) sehingga 23 Julai termasuklah bengkel pembuatan kraftangan, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional budaya Sabah.

“Program ini, saya percaya dan yakin mampu menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang ke muzium negeri sabah dan sekaligus memperkasa dan merancakkan industri pelancongan dalam negeri,” katanya.

Menurutnya, selain daripada memperkasa industri pelancongan, program ini juga dapat memberi ruang untuk kolaborasi dengan pengusaha kraftangan bagi tujuan memperkenalkan produk dan bakat mereka.

“Program ini seterusnya diharap mampu memberi peluang untuk menjana ekonomi pendapatan terutama kepada pengusaha kecil kraftangan dan mengangkat industri kraftangan negeri sabah di peringkat antarabangsa,” tambah beliau.

Christina (tiga kiri) bersama Unduk Ngadau Negeri 2023 Carol Abbey Gail Grimaldi (dua kanan), selepas menyampaikan Sijil Pelantikan sebagai Duta Muzium Sabah kepada Carol. Sambil diperhati dari kiri ialah Pengarah Jabatan Muzium Arif Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Wanita KDCA Joanna Datuk Kitingan dan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Alesia Sion. -Foto ihsan KePKAS Sabah

Sementara itu, Christina sempat bertemu dan mengalu-alukan kehadiran seorang pelancong Helen Wright dari England yang kali pertama mengunjungi pameran Craft Exotica 2023 yang diadakan itu.

Christina (kiri) berbual dengan Wright semasa pameran Craft Exotic 2023 di Muzium Negeri semalam.

Wright berkata, beliau sangat teruja melihat keunikan dan keaslian produk kraf tangan yang sangat cantik dihasilkan oleh masyarakat tempatan Sabah.

“Saya sangat kagum, mereka menghasilkan kraf manik, menenun bakul dan kain sangat halus dan teliti pembuatanya, ia memerlukan masa untuk menyiapkannya,” katanya ketika berbual dengan Christina.

Christina turut menjelaskan kepada Wright pameran kraf asli itu menampilkan 50 pembuat kraf daripada pelbagai kaum di 16 daerah di seluruh Sabah.

“”Mereka dibawa khas ke kompleks muzium untuk menunjukkan kemahiran mereka kepada pelancong domestik dan antarabangsa. Antaranya ialah pembuat alat muzik tradisional, kain tempatan, pakaian tradisional, tikar pandan dan sarung pisau,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/kepkas-sasar-lebih-ramai-pelancong-berkunjung-ke-sabah-tahun-ini/feed/ 0 38351
KePKAS alu-alu penganjuran pertandingan Miss World Malaysia 2023 di Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/14/kepkas-alu-alu-penganjuran-pertandingan-miss-world-malaysia-2023-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/14/kepkas-alu-alu-penganjuran-pertandingan-miss-world-malaysia-2023-di-sabah/#respond Fri, 14 Apr 2023 10:11:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32754
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengalu-alukan penganjuran pertandingan Miss World Malaysia 2023 di Sabah, secara tentatif yang akan diadakan pada 25 Ogos tahun ini.

Menterinya Datuk Christina Liew memberi jaminan kepada penganjur sokongan dalam kapasiti kementerian.

“Saya ingin melihat acara berprestij ini berlaku di Sabah kerana kami menganggap peserta sebagai duta pelancongan. Kami mengharapkan mereka membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan dengan berkongsi pengalaman mereka di sini.

“Pada masa yang sama, saya gembira sekiranya pertandingan ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia, dan bukan hanya rakyat Malaysia dari seluruh negara,” katanya selepas kunjungan hormat penganjur acara dari HyperLive (Singapura) dan Fantastic yang berpangkalan di Sabah Golden Sdn Bhd (Penganjur Utama Hyperlive Festival Malaysia) pada Khamis.

Menurut penganjur, Miss World Malaysia 2023, sebagai sebahagian daripada HyperLive Festival Malaysia, akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Lebih 1000 tetamu dijangka menghadiri persembahan itu.

Dianggarkan terdapat 25 hingga 30 finalis terpilih untuk datang ke Sabah bagi acara tersebut.

Dalam taklimatnya, Ketua Pegawai Eksekutif Hyperlive Entertainment dan Pengarah Kebangsaan Miss World Malaysia, Dr Sean Wong berkata penganjur secara khusus memilih Sabah sebagai destinasi Miss World Malaysia 2023, tahun kedua berturut-turut.

“Kami sangat menumpukan kepada pelancongan. Kami semua suka tempat ini. Kami menggunakan acara kebangsaan berskala besar ini untuk mempromosikan pelancongan Sabah.

“Setiap finalis Malaysia mesti datang ke Sabah untuk bertanding. Pemenang boleh dari mana-mana negeri. Miss World Malaysia tahun ini akan mewakili Malaysia di Miss World Final untuk 2024.

“Oleh itu, dia menjadi Duta untuk pelancongan. Dia boleh mempromosikan Malaysia, dan mungkin mendapat pengikut global berjuta-juta di platform media sosial,” jelasnya.

Pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2022 tahun lepas ialah Wenanita Anggang, rakyat Sabah. Beliau akan mewakili Malaysia dalam Miss World 2023 Grand Final yang akan diadakan di UAE tahun ini.

Sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang dibangkitkan oleh Christina, Dr Wong memberi jaminan bahawa tidak akan ada segmen pakaian renang untuk Miss World Malaysia.

“Melalui pakaian tradisional peserta, pertandingan ini adalah gambaran budaya, selain daripada keperluan untuk mempamerkan bakat mereka. Malah, mereka akan mengambil bahagian dalam perdebatan untuk mendapatkan mata untuk ke Pusingan Akhir Ratu Dunia 2024, ” katanya sambil menambah bahawa Miss World berusia 72 tahun itu adalah unik sebagai platform pemerkasaan yang berkuasa untuk wanita.

“Kami sedang mencari 130 duta dari 130 negara untuk bersaing merebut penghormatan pada final tahun depan. Pemenang akan pergi ke seluruh dunia untuk melakukan kerja amal,” katanya.

Turut hadir Pengarah Fantastic Golden Sdn Bhd, Eric Goh dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bernard Chow.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/14/kepkas-alu-alu-penganjuran-pertandingan-miss-world-malaysia-2023-di-sabah/feed/ 0 32754