Keputusan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 11 Feb 2022 08:46:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keputusan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Belum Ada Keputusan Berkaitan Kad Warga Asing – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/02/11/belum-ada-keputusan-berkaitan-kad-warga-asing-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/02/11/belum-ada-keputusan-berkaitan-kad-warga-asing-hajiji/#respond Fri, 11 Feb 2022 08:46:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12120
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kad Warga Asing (Foreigner Card) hanyalah cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dibincangkan lebih lanjut lagi oleh Kerajaan Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS-Induk) ditubuhkan berikutan saranan RCI untuk platform bersama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menguruskan isu ini,” katanya.

Hajiji menegaskan bahawa cadangan itu tidak melibatkan pemberian kadpengenalan mahupun dokumen kepada warga asing untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan dan ia perlu melalui penelitian rapi dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua termasuk parti politik, aktivis serta
rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berazam untuk menyelesaikan isu pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri GRS akan sentiasa berpandukan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan.

“Kerajaan Negeri GRS mengambil maklum semua pandangan dan input daripada semua pihak berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri. “Adalah lebih baik kepada semua jangan membuat andaian terburu-buru,” katanya.

Hajiji berkata Kad Warga Asing (Foreigner Card) dan Kad Pekerja Warga Asing (Foreign Worker Card) telah dicadangkan untuk menjadi dokumen standard bagi semua pemegang IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung yang dikeluarkan sebelum ini kepada pendatang Filipina dan semua pekerja asing yang sah.

“Cadangan kad Pekerja Asing (Foreign Worker Card) antara lainnya akan dikeluarkan kepada semua pekerja asing dalam sektor perladangan, pertanian dan perikanan, pembuatan, pembinaan dan pembantu rumah antara lain.

“Kita perlu mewujudkan pangkalan data pekerja asing supaya ada rekod sistematik mengenai kehadiran mereka di negeri ini,” tegasnya.

“Kami mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak berkaitan yang berkongsi kebimbangan mengenai isu legasi ini. Di peringkat negeri, saya akan mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKNS) manakala Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengetuai jawatankuasa kerja,” jelasnya.

JKKNS terdiri daripada ESSCOM, Angkatan Tentera, polis, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri dan Majlis Keselamatan Negara sebagai sekretariat bersama.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Negeri GRS berpegang teguh pada prinsip ketelusan dalam mencari penyelesaian kepada isu pendatang tanpa izin dan memastikan semua mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu.

“Pendirian kami semua PATI mesti dihantar pulang dan hanya mereka yang bekerja secara sah di negeri ini akan diberikan kad pekerja asing,” katanya.

“Pemeriksaan latar belakang akan dilakukan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” tegas Hajiji.

Katanya, ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah dan antara kriteria utama ialah ketersediaan tenaga kerja yang mencukupi.

Hajiji juga mengalu-alukan usaha Kerajaan Persekutuan untuk bersama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan isu itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/11/belum-ada-keputusan-berkaitan-kad-warga-asing-hajiji/feed/ 0 12120
Sambut Baik Keputusan Kebenaran Guru Berpolitik Tapi Jangan Abaikan Pendidikan Anak-Anak – Joachim https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/#respond Tue, 01 Feb 2022 13:07:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11821
Read Time:52 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik keputusan Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini mengenai kebenaran penglibatan guru dalam politik, tetapi berharap pendidikan anak-anak terus diutamakan.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pengetua dan guru besar sebagai ketua sekolah memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan setiap guru-guru di sekolah.

“Saranan saya, sungguhpun Kerajaan memberikan kebenaran untuk guru-guru melibatkan diri dengan politik, jangan abaikan pendidikan anak-anak,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Kalau guru-guru ingin berpolitik, guru besar kena pastikan bahawa tugas utama sebagai pendidik tidak terabai.

“Masa depan anak-anak dan kampung juga yang tergadai. Ini adalah satu kerugian kepada negara dan kepada Sabah khususnya,” tambahnya.

Dr. Joachim berkata demikian semasa berucap di Program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim Melinsau di sini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru besar sekolah yang memberi kerjasama dalam memberikan kebenaran bangunan sekolah digunakan untuk tujuan perbincangan pembangunan kampung.

Dalam kawasan DUN Kundasang terdapat sebanyak empat sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 24 sekolah kebangsaan (SK).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/sambut-baik-keputusan-kebenaran-guru-berpolitik-tapi-jangan-abaikan-pendidikan-anak-anak-joachim/feed/ 0 11821
PPK Pitas Sokong Keputusan Hajiji Longgar SOP untuk Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/#respond Fri, 02 Jul 2021 01:29:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2374
Read Time:1 Minute, 4 Second

PITAS: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas menyokong penuh keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berhubung isu melonggarkan SOP untuk Sabah.

Pengerusinya Datuk Ng Loi Tect berkata, Sabah perlu dikecualikan daripada SOP yang dilaksanakan di Semenanjung dan negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Katanya, adalah tidak adil penggunaan SOP yang sama diantara negeri yang merekodkan jumlah kes COVID-19 yang sangat tinggi dengan negeri-negeri yang mencatat jumlah kes yang rendah.

“Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan penggunaan SOP yang lebih longgar di Sabah dan negeri-negeri yang rendah kes COVID-19 serta membenarkan aktiviti sosioekonomi beroperasi.

“Ini kerana pelaksanaan PKP bagi memerangi pandemik COVID-19 menyebabkan ramai rakyat menderita, kehidupan harian yang sukar walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bantuan.

“Bantuan yang diberikan tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan harian rakyat jika aktiviti sosio-ekonomi tidak dibuka.

“Cadangan Hajiji dan Kerajaan Negeri yang melonggarkan SOP untuk Sabah amat wajar dan harus disokong oleh rakyat”, kata Ng dalam kenyataan, hari ini.

Beliau sependapat dengan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Mohd.Nazri Abdullah bahawa tindakan Hajiji adalah demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Jesteru itu Ng yakin, Hajiji dan Kerajaan Negeri tidak akan menuntut pelonggaran SOP khusus untuk Sabah sekiranya jumlah harian kes COVID-19 di Sabah berada pada tahap yang membimbangkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/ppk-pitas-sokong-keputusan-hajiji-longgar-sop-untuk-sabah/feed/ 0 2374
PBS Sokong Keputusan Kerajaan Sabah Longgarkan SOP https://sabahmedia.com/2021/06/30/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-sabah-longgarkan-sop/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-sabah-longgarkan-sop/#respond Wed, 30 Jun 2021 06:07:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2285
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyokong keputusan Kerajaan Sabah melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 seperti diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, mengambil kira situasi kes COVID-19 di negeri ini  yang berada pada tahap terkawal dan antara terendah di negara.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata dalam satu kenyataan media, PBS yakin Kerajaan Persekutuan memahami apa yang baik dan perlu untuk Sabah kerana keputusan yang dibuat sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah yang turut dianggotai agensi Kerajaan Persekutuan seperti Polis, Jabatan Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya, PBS percaya sebelum keputusan itu dibuat, Kerajaan Negeri sudah membuat penelitian terutama sekali dalam aspek keperluan keseimbangan diantara menjaga keselamatan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi dan yakin Kerajaan Persekutuan memahami kehendak kerajaan dan rakyat Sabah.

“Keyakinan ini berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan kepimpinan Kerajaan Persekutuan termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memahami keperluan dan kehendak rakyat Sabah.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa bekerjasama dan sepakat melandaikan lekuk COVID-19 yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi di negara ini,”katanya.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Ketua Menteri Sabah membenarkan beberapa aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula seperti ‘dine-in’ dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula Selasa lalu.

Turut diberi kebenaran ialah pembukaan kedai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan, serta kedai gunting rambut dan aktiviti sukan tidak bersentuhan seperti golf, memancing dan berbasikal. 

Dalam pada itu, PBS berharap agar penguatkuasaan berkesan dijalankan untuk memastikan pematuhan masyarakat dan premis perniagaan terhadap SOP yang ditetapkan.

“PBS juga berharap program vaksinasi Covid-19 diperhebatkan sebagai langkah berkesan mengekang penularan virus itu,”tambah Joniston.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-sabah-longgarkan-sop/feed/ 0 2285
Keputusan cemerlang SPM kakak bakar semangat 3 beradik daki bukit ikuti kelas dalam Talian https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/#respond Sun, 20 Jun 2021 04:28:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1600
Read Time:1 Minute, 34 Second

Bernama

PAPAR: Keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kakak mereka membakar semangat tiga beradik untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga sanggup mendaki bukit hampir setiap hari bagi mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dona Fiona David, 17, Richie Declare, 11 dan Falesia Brisha, 7, akan memulakan perjalanan kaki seawal 7 pagi ke kawasan bukit yang terletak kira-kira 2km dari kampung mereka di Kopozon Gana, semata-mata untuk mendapatkan isyarat perkhidmatan Internet.

Mereka kebiasaannya memulakan PdPR seawal 8 pagi, dan mereka nekad untuk melakukan terbaik bagi mengikut jejak langkah kakak mereka Debra Penny David, 18, yang memperoleh keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Dona Fiona berkata, mereka tiga beradik kebiasaannya akan ditemani bapa mereka, David Lamaris, 57, dan ibu Rosalia Onlon, 46, dan akan menghabiskan masa sehingga lewat petang sekiranya cuaca baik untuk menghantar kerja sekolah.

“Rasa putus asa memang ada, rasa macam saya malas sudah mahu ikut PdPR tapi lepas saya nampak keputusan kakak, saya pun rasa mahu macam dia

“Kalau setiap kali PdPR kami mesti naik di sini, untuk hantar tugasan paling kurang satu minggu tiga kali,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Rosalia berkata, anak-anaknya terpaksa ke bukit berkenaan kerana hanya kawasan itu mempunyai isyarat Internet yang baik.

“Memang di sini saja yang ada isyarat Internet, mula-mula kami penoreh getah di sini…jadi kami suka-suka tengok macam mencari-cari ‘line’…tiba-tiba di sini ada isyarat penuh.

“Jadi (mereka) fikir mahu belajar di sini, sebab itulah kami buka pondok, dahulu kami menoreh getah tiada pondok,” katanya.

Kata David pula, disebabkan hanya bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik, mereka telah membersihkan kawasan berkenaan, malah lebih ramai pelajar lain dari kampung itu yang datang ke sini untuk mengikuti PdPR.

“Budak-budak ramai datang ke bukit berkenaan sejak PKP pertama kerana bukit berkenaan mempunyai isyarat Internet yang baik dan ia berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/keputusan-cemerlang-spm-kakak-bakar-semangat-3-beradik-daki-bukit-ikuti-kelas-dalam-talian/feed/ 0 1600
PBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/#respond Wed, 16 Jun 2021 00:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1340
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan dan menyokong keputusan Kerajaan Negeri merombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada Ahad.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, usaha untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini merupakan inisiatif terbaharu yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperkasa amalan tadbir urus yang baik dalam BBN dan GLC Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih 60 BBN dan lebih 30 GLC tidak termasuk subsidiari.

“Kita berharap melalui rombakan ini Kerajaan Negeri akan dapat mengekang ketirisan dalam pengurusan dana, memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan integriti di kalangan penjawat atau pengurusan tertinggi serta mengoptimakan prestasi BBN dan GLC di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu katanya, rombakan jawatankuasa tersebut akan membantu Kerajaan untuk mewujudkan BBN dan GLC yang mempunyai pengurusan korporat yang kukuh, operasi yang berkesan, prestasi kewangan yang mampan serta pengarah-pengarah ya ng berkaliber.

“Ini penting untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dan khususnya juga mencapai matlamat kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat selaras dengan visi Sabah Maju Jaya,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Semasa mengumumkan rombakan tersebut pada Ahad, Hajiji berkata polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa akan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/feed/ 0 1340