keracunan makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Sep 2024 01:22:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png keracunan makanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 55 pelajar SMK Membakut II alami keracunan makanan https://sabahmedia.com/2024/09/28/55-pelajar-smk-membakut-ii-alami-keracunan-makanan/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/55-pelajar-smk-membakut-ii-alami-keracunan-makanan/#respond Sat, 28 Sep 2024 01:22:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61339
Read Time:1 Minute, 9 Second

Membakut: Seramai 55 pelajar tingkatan lima dan tiga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut II di sini dilaporkan mengalami keracunan makanan Rabu lalu selepas dipercayai mengambil makanan pek dalam satu program diadakan di sekolah berkenaan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Awang Hazim Awang Basir berkata, pelajar terlibat mengadu mengalami simptom cirit-birit, muntah dan sesak nafas selepas lebih 12 jam mengambil makanan pek berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiga guru yang terlibat dilaporkan hanya mengalami simptom ringan.

“Sehari sebelum kejadian iaitu Selasa para pelajar ini telah menghadiri satu program bengkel teknik menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Membakut II.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Awang Hazim Awang Basir

“Mereka ini telah mendapatkan perkhidmatan katering untuk menyediakan makanan pek kepada pelajar dan guru. Sebaik menerima aduan pada Khamis, mangsa terlibat telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Membakut untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini.

Awang Hazim berkata, tiga anaknya turut mengalami keracunan makanan namun telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di klinik berkenaan.

“Dua anak saya berusia 15 dan 13 tahun juga terlibat selepas mengambil makanan pek yang diberikan oleh anak saya yang menyertai bengkel berkenaan mengakibatkan mereka juga mengalami keracunan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Hazim berkata, berikutan kejadian itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah datang ke sekolah berkenaan untuk menyiasat selain mengambil sampel makanan berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/55-pelajar-smk-membakut-ii-alami-keracunan-makanan/feed/ 0 61339
Murid maut keracunan makanan dari rumah bukan dari kantin sekolah – Raisin https://sabahmedia.com/2024/07/26/murid-maut-keracunan-makanan-dari-rumah-bukan-dari-kantin-sekolah-raisin/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/murid-maut-keracunan-makanan-dari-rumah-bukan-dari-kantin-sekolah-raisin/#respond Fri, 26 Jul 2024 04:23:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58051
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia disyaki akibat keracunan makanan di Sandakan, semalam (25 Jul).

Mangsa dikenali Muhammad Mifzal Anaqi Muhammad Rizal merupakan murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rimba Sandakan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin ketika dihubungi media hari ini berkata, mangsa mendapat keracunan makanan tersebut daripada rumah dan bukan makanan dari kantin sekolah.

Katanya, menurut maklumat kronologi kes yang diterima pada 23 Julai 2024, guru kelas dimaklumkan bahawa murid tersebut (mangsa) tidak dapat hadir ke sekolah kerana keracunan makanan melalui ‘whatsapp’. Murid telah ke klinik dan diberi cuti sakit selama dua hari 23 hingga 24 Julai 2024.

“Guru kelas dimaklumkan oleh keluarga murid bahawa anak mereka tiba-tiba pengsan pada malam hari Rabu dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah dibawa ke Hospital.

“Namun pada 25 Julai 2024, jam 7.00 pagi guru kelas telah dimaklumkan oleh waris murid bahawa anak mereka telah meninggal dunia.

“Seterusnya pada jam 12.00 tengahari semalam , guru besar bersama beberapa orang guru telah melawat jenazah murid di rumah nenek murid di Kg Tinusa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raisin berkata, kes tersebut kini dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan.

“Menurut dapatan sekolah mengenai kes tersebut mangsa keracunan makanan di rumah bersama ibu. Mangsa dan ibu bersama-sama dimasukkan ke wad.

“Keracunan makanan bukan sebab makanan di kantin sekolah memandangkan ia melibatkan seorang murid sahaja dan murid bersama ibu mengalami keracunan makanan pada hari yang sama di rumah,” jelas Raisin.

Sementara itu, Raisin berkata, bagaimanapun murid-murid lain tidak mengalami sebarang sintom keracunan makanan pada hari yang sama sehingga ke hari ini 26 Julai 2024 (Jumaat)

Katanya, JPN Sabah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan akan membantu keluarga mangsa untuk tuntutan insurans takaful.

“JPN Sabah akan membuat laporan lengkap kes apabila semua siasatan telah selesai oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/murid-maut-keracunan-makanan-dari-rumah-bukan-dari-kantin-sekolah-raisin/feed/ 0 58051
JPNS sahkan berlaku keracunan makanan di SK Pulau Gaya https://sabahmedia.com/2024/07/23/jpns-sahkan-berlaku-keracunan-makanan-di-sk-pulau-gaya/ https://sabahmedia.com/2024/07/23/jpns-sahkan-berlaku-keracunan-makanan-di-sk-pulau-gaya/#respond Tue, 23 Jul 2024 01:00:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57878
Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya melibatkan seramai kira-kira 90 orang.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, insiden itu dikesan selepas terdapat murid mengadu mengalami muntah-muntah dan beberapa symptom lain sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, maklumat awal yang diterima mendapati terdapat lebih daripada 20 orang murid terlibat dalam kes keracunan makanan.

“Berikutan itu, pihak sekolah telah mengumpul maklumat murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan ini dan segera membawa beberapa murid yang terlibat ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

“Terdapat juga murid yang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 dan Klinik Kesihatan Luyang.  Pihak sekolah turut memberhentikan pembekalan Rancangan Makanana Tambahan (RMT) serta merta bagi sesi petang/

“Selain itu, kita turut menasihatkan ibu bapa atau  penjaga terlibat agar membawa anak jagaan masing-masing untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raisin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati seramai 55 orang murid telah menerima rawatan lanjut di HWKKS; 25 orang di HQE1; Klinik Kesihatan Luyang (8 orang) ); Klinik UTC Kota Kinabalu (1 orang) dan Jeti SAFMA Kota Kinabalu seramai dua orang murid.

Katanya, status kesihatan murid berada pada tahap dua dan dalam pemantauan pihak hospital.

“Laporan yang diterima, saya difahamkan tidak ada kes tahap kritikal selain 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan 10 peratus lagi dibenarkan balik ke rumah.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu telah  membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini.

“Pada 22 Julai iaitu semalam, pihak PPD Kota Kinabalu telah mengarahkan supaya perkhidmatan kantin dan RMT diberhentikan serta merta demi keselamatan murid buat sementara waktu.

“Buat masa ini, punca sebenar insiden masih dalam siasatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam pada itu, Raisin berkata, JPNS memohon  agar semua ibu bapa atau penjaga melaporkan segera jika ada anak jagaan masing-masing mengalami simptom keracunan makanan.

“JPNS sentiasa memantau perkembangan kes dari masa ke masa,” katanya.

Semalam, tular di media sosial sebahagian murid di SK Pulau Gaya disyaki keracunan makanan hingga terpaksa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/23/jpns-sahkan-berlaku-keracunan-makanan-di-sk-pulau-gaya/feed/ 0 57878