kerajaan grs ph plus sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Sep 2024 05:48:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kerajaan grs ph plus sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan bersikap adil kepada semua rakyat, termasuk pembangkang https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-bersikap-adil-kepada-semua-rakyat-termasuk-pembangkang/ https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-bersikap-adil-kepada-semua-rakyat-termasuk-pembangkang/#respond Sun, 08 Sep 2024 05:48:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60339
Read Time:1 Minute, 33 Second

Tuaran : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus bersikap adil terhadap semua pihak di negeri ini, termasuk pembangkang meskipun tidak sehaluan dalam politik.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya dan kerajaan pimpinannya, soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

Katanya, atas prinsip itu, beliau berusaha sebaik mungkin memberikan layanan yang adil kepada semua rakyat negeri ini tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.

Malah, katanya beliau sendiri meluluskan permohonan pemimpin pembangkang yang memohon biasiswa daripada kerajaan negeri untuk anak mereka atas dasar keprihatinan beliau terhadap anak-anak Sabah.

“Azis Jaman (Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd Azis Jaman) punya permohonan biasiswa untuk anaknya pun saya luluskan, apa lagi yang kita tidak buat. Saya adil apabila dia dan isteri datang jumpa di pejabat.

“Kerana keprihatinan saya, anak-anak itu mesti ditolong dan kita luluskan biasiswa untuk dia. Saya tidak pernah fikir hanya untuk ahli parti saya saja, tapi untuk semua.

“Ada juga anak pemimpin pembangkang lain yang mendapat kemudahan, kita bagi. Saya tidak sanggup (mengabaikannya). Kita tiada balas dendam, kita tidak tekan sesiapa walaupun kita adalah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian 2024 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, di sini, hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, atas prinsip keadilan itu juga beliau mahu pemimpin di peringkat akar umbi seperti ketua cawangan, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga bertindak dengan adil.

“Mana-mana rakyat kita yang perlu bantuan di kampung, jangan pilih kasih, bagi maklumat yang betul kepada kerajaan atau kepada wakil rakyat.

“Ini prinsip saya pegang selama 35 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, tanyalah kawan-kawan di sini. Sebagai manusia, ramai juga yang tidak suka saya, tapi itu tidak mengapa, saya tidak simpan dalam hati,”katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/08/kerajaan-bersikap-adil-kepada-semua-rakyat-termasuk-pembangkang/feed/ 0 60339
Kerajaan GRS-PH Plus tunjuk petanda positif dalam semua aspek perjuangan https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-grs-ph-plus-tunjuk-petanda-positif-dalam-semua-aspek-perjuangan/ https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-grs-ph-plus-tunjuk-petanda-positif-dalam-semua-aspek-perjuangan/#respond Sun, 17 Mar 2024 11:24:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51201
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menunjukkan petanda yang positif dalam semua aspek perjuangan.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia termasuklah dari segi peningkatan ekonomi negeri, perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain langkah penyelesaian isu legasi kemudahan asas yang berdekad.

“Kita juga berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar  kerana sentiasa memahami keperluan Sabah dan bersama dengan  perjuangan kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

“Untuk menoktahkan punca kegagalan menaiktaraf atau menyelesaikan kemudahan asas negeri, maka kerajaan Sabah hari ini menuntut untuk mengambil alih kawal selia tenaga, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai Jabatan Teknikal.

“Selain itu, pelaksanaan projek-projek persekutuan di bawah RM50juta selain menubuhkan tabung amanah bagi peruntukan pembangunan daripada kerajaan persekutuan agar keadaan lalu tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, Kerajaan GRS-PH Plus juga bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah.

Katanya, perjuangan untuk memajukan rakyat dan membangunkan negeri Sabah menjadi keutamaan dan wajib dilaksanakan.

“Kerajaan Sabah hari ini berada di landasan yang tepat untuk terus membawa pembangunan demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/17/kerajaan-grs-ph-plus-tunjuk-petanda-positif-dalam-semua-aspek-perjuangan/feed/ 0 51201