Kerajaan GRS-PH Plus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Mar 2024 03:24:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerajaan GRS-PH Plus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Memang tugas pembangkang ‘menidakkan’ usaha baik Kerajaan GRS-PH Plus – Nizam https://sabahmedia.com/2024/03/25/memang-tugas-pembangkang-menidakkan-usaha-baik-kerajaan-grs-ph-plus-nizam/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/memang-tugas-pembangkang-menidakkan-usaha-baik-kerajaan-grs-ph-plus-nizam/#respond Mon, 25 Mar 2024 03:22:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51568
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan percaya kejayaan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus meningkatkan pembangunan dan ekonomi negeri Sabah dicemburui khususnya oleh pihak pembangkang di negeri ini.

Ini adalah kerana beliau melihat tindakan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan pada hari ini dilihat sebagai menidakkan usaha baik atau kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan GRS-PH Plus sepanjang mentadbir negeri ini.

“Mungkin itu adalah tugas mereka untuk terus menjadi pembangkang kerana di dalam fikiran mereka hanya untuk menidakkan sebarang usaha baik yang dilakukan oleh Kerajaan GRS-PH Plus yang telah terbukti telah mengubah kedudukan ekonomi negeri Sabah.

“Ini kerana bila kita menjadi kerajaan pada tahun 2020 dan sekarang pada tahun 2024 kita lihat peningkatan ekonomi negeri Sabah semakin menunjukkan hala tuju yang positif.

“Dan sekarang jelas kerajaan hari ini di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor jelas menuju ke arah pembelaan rakyat dan membangunkan negeri ini dengan lebih holistik lagi termasuk penekanan tiga sektor utama iaitu perindustrian, pelancongan dan kelestarian kehijauan dalam kita meneroka contohnya dalam sektor tenaga yang diperbaharui.

“Selain kita cuba untuk membasmi kemiskinan dengan mengadakan program-program menggalakkan supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat – syarikat pelabur untuk mengambil anak-anak Sabah sebagai pekerja di syarikat tersebut.

“Begitu juga memberikan Rumah Mesra SMJ kepada mereka yang layak, jadi ini adalah semua perkara-perkara yang menunjukkan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang benar-benar serius dan tidak terlalu berpolitik seperti pihak pembangkang yang mana kita lihat hari-hari menyerang kerana mereka sudah tidak ada isu untuk menyerang kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” tegas Nizam semasa Program Berbuka Puasa di sini, pada Ahad.

Ditanya mengenai kerjasama Umno/Barisan Nasional (BN) Sabah bersama Warisan, Nizam enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu sebaliknya fokus terhadap usaha membangunkan rakyat dan negeri Sabah.

“Memang sekarang kita bersiap sedia apa juga sebarang kemungkinan dan berkaitan tentang parti Umno dan Warisan itu saya tidak mahu komen kerana itu adalah urusan parti mereka, kepada siapa mereka mahu bergabung terserah mereka.

“Fokus kita sekarang untuk membangunkan negeri kerana kita masih ada setahun setengah untuk melaksanakan apa juga program-program yang telah kita rancang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah,” tegas beliau lagi.

Mengulas ringkas mengenai kenyataan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tidak akan bekerjasama dengan GRS pada Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang, Nizam berkata, GRS juga tidak mahu bekerjasama dengan Warisan.

“Kita pun tidak mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/memang-tugas-pembangkang-menidakkan-usaha-baik-kerajaan-grs-ph-plus-nizam/feed/ 0 51568
Tempoh penggal pentadbiran Kerajaan GRS-PH Plus hingga September 2025 https://sabahmedia.com/2024/03/04/tempoh-penggal-pentadbiran-kerajaan-grs-ph-plus-hingga-september-2025/ https://sabahmedia.com/2024/03/04/tempoh-penggal-pentadbiran-kerajaan-grs-ph-plus-hingga-september-2025/#respond Mon, 04 Mar 2024 06:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50508
Read Time:2 Minute, 43 Second


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran GRS-PH Plus mempunyai tempoh sehingga bulan September 2025, untuk menghabiskan penggal pentadbirannya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh diadakan sehingga tamat tempoh penggal, atau boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Itu pun bergantung kepada Ketua Menteri, kalau-kalau diberi petunjuk atau ilham, untuk mengadakan PRN lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya”, katanya pada
Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Hajiji berkata, tidak kira, cepat atau lambat PRN diadakan, yang paling mustahak ialah
penjawat awam sama ada negeri atau persekutuan yang menyokong penuh kepada
kerajaan hari ini.

Katanya, secara peribadi beliau amat berterima kasih kepada para penjawat awam, kerana memberikan kerjasama yang padu, sokongan dan dokongan kepada dasar- dasar Kerajaan Negeri pimpinannya selama tiga tahun mengepalai pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Perkhidmatan awam adalah sebahagian daripada jentera kerajaan, di sinilah letaknya
nadi atau jentera yang menggerakkan Sistem Penyampaian Kerajaan. Cepat atau
lambat, efektif atau kurang efektif, efisien atau pun tidak sistem penyampaian kerajaan, semuanya terletak di atas bahu penjawat awam.

“Bukan kecil peranan dan tanggungjawab para penjawat awam, dari yang serendah-
rendah jawatan hinggalah ke peringkat pengurusan – semuanya mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang telah ditetapkan”, tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan penekanan kepada aspek pengukuhan nilai-nilai Integriti dengan mewujudkan Polisi Integriti dan
Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri.

Beliau berkata, perkara itu sangat wajar dititikberatkan dan diambil perhatian yang
serius, kerana daripada beberapa kes kejadian masa lalu, isu integriti, ketirisan dan
salah guna kuasa kerap berlaku yang kadang kala turut melibatkan penjawat awam.

“Ini sudah tentu menjejaskan imej perkhidmatan awam yang sepatutnya mengamalkan budaya kerja yang bersih, cekap dan amanah. Justeru budaya kerja yang tidak berintegriti dan mengamalkan salahguna kuasa, akan menghancurkan sistem penyampaian kerajaan, merugikan negeri dan negara, juga memusnahkan masa
depan penjawat awam itu sendiri”, tegasnya.

Selaras dengan usaha melahirkan penjawat awam yang kompeten, profesional dan
berketrampilan katanya, perkhidmatan awam negeri sentiasa merangka latihan dan
kursus berimpak tinggi di dalam dan luar negara khususnya kepada pegawai-pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

“Saya difahamkan pihak JPAN kini dalam perancangan untuk mewujudkan satu pusat
latihan serba lengkap dengan peralatan moden dan terkini disamping menaik taraf
Pusat Latihan INSAN di Keningau. Selain itu, program pendigitalan turut diberi keutamaan dengan penekanan khusus dalam pembudayaan dan pembangunan pendigitalan di peringkat perkhidmatan awam negeri”, katanya.

Hajiji berkata, sebagai galakan kepada para penjawat awam untuk meningkatkan
motivasi dan kompetensi, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa polisi seperti
pemberian Insentif Percutian kepada Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang layak sebagai galakan dan penghargaan kepada pegawai yang telah berkhidmat genap atau lebih 20 tahun dalam perkhidmatan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian khas sebanyak
RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri dengan RM1,000 telah dibayar bulan
Januari lalu, dan bakinya RM1,000 akan diberikan menjelang Hari Raya akan datang.

“Pada tahun 2023, para penjawat awam negeri diberi bonus setengah bulan gaji. Insya
Allah, pada tahun depan, berkat kerja keras semua pihak, kita akan mempertimbangkan pemberian yang lebih wajar kepada para penjawat awam, dengan syarat, kerja lebih kuat, kerja lebih berstrategi, kerja bersungguh-sungguh ibarat sedang bekerja untuk memajukan syarikat milik kita sendiri. Dengan keuntungan yang besar dan revenue negeri yang bertambah – maka akan besar dan bertambah jugalah insentif kepada anggota perkhidmatan awam negeri”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/04/tempoh-penggal-pentadbiran-kerajaan-grs-ph-plus-hingga-september-2025/feed/ 0 50508