Kerajaan GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 28 Aug 2025 09:38:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerajaan GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji yakin GRS akan mendapat mandat baharu daripada rakyat  https://sabahmedia.com/2025/08/28/hajiji-yakin-grs-akan-mendapat-mandat-baharu-daripada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/hajiji-yakin-grs-akan-mendapat-mandat-baharu-daripada-rakyat/#respond Thu, 28 Aug 2025 09:38:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80241
Read Time:2 Minute, 3 Second

Tambunan: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan diberikan mandat baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, berikutan sentimen yang kuat untuk parti tempatan menerajui Kerajaan Negeri. 

Beliau yang juga  Pengerusi GRS berkata, Kerajaan pimpinan GRS pada masa ini terdiri daripada lapan parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanahairku (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Gagasan Rakyat, Sabah Progressive Party (SAPP), Parti Harapan Sabah, United Sabah National Organisation (Usno), Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS). 

“Lapan parti tempatan ini adalah harapan kita dalam PRN akan datang. Kita tidak boleh sia-siakan peluang keemasan ini kerana sentimen rakyat sangat kuat untuk parti tempatan memimpin politik Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 di Dataran Pisompuruan, di sini pada Khamis.

Hajiji mahu rakyat bersatu dan inilah masa terbaik untuk memastikan GRS menang dengan cemerlang dalam PRN.

“Pemimpin GRS di Tambunan mesti menang, dan kita ada pemimpin yang baik di sini, iaitu Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan,” katanya. 

Sementara itu, Hajiji berkata, sepanjang lima tahun yang lalu, Kerajaan Negeri GRS di bawah kepimpinannya telah membuktikan rekod pencapaian membawa pembangunan kepada negeri dan rakyat. 

“Kita telah mencapai banyak kejayaan dan berjaya membangunkan semula ekonomi negeri berasaskan tiga teras ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan. 

“Dalam sektor pertanian, kita telah menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah dengan matlamat untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan negeri kepada 60 peratus menjelang 2030,” katanya. 

Dalam sektor perindustrian pula, katanya, dasar mesra pelabur kerajaan negeri telah berjaya menarik ramai pelabur berimpak tinggi, termasuk pelabur dari Singapura yang membawa masuk pelaburan bernilai RM31 bilion melalui tiga fasa. 

“Ini bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri, malah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan,” katanya. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan banyak inisiatif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat, termasuk bantuan bulanan RM300 kepada kira-kira 100,000 golongan miskin dan miskin tegar di Sabah selama setahun. 

“Dari segi bantuan kebajikan, kita telah membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion untuk membantu 70,000 penerima, manakala dalam pendidikan, kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.33 bilion bagi pembangunan modal insan.

“Saya ingin bertanya kepada Shafie Apdal, apa yang beliau telah lakukan sepanjang dua setengah tahun menjadi Ketua Menteri dan juga ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar selama hampir tujuh tahun?” soalnya. 

Oleh sebab itu, Hajiji berkata rakyat tidak boleh membuat pilihan yang salah dalam PRN akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/hajiji-yakin-grs-akan-mendapat-mandat-baharu-daripada-rakyat/feed/ 0 80241
UMNO pusat kekal hubungan baik dengan Kerajaan GRS https://sabahmedia.com/2023/04/08/umno-pusat-kekal-hubungan-baik-dengan-kerajaan-grs/ https://sabahmedia.com/2023/04/08/umno-pusat-kekal-hubungan-baik-dengan-kerajaan-grs/#respond Sat, 08 Apr 2023 14:34:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32389
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: UMNO pusat akan terus mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden UMNO Malaysia Merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semasa menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadhan yang berlangsung di Masjid Jamek As Salam Kampung Benoni, di sini hari ini.

Zahid berkata, Kerajaan Perpaduan yang wujud diperingkat pusat dan peringkat negeri Sabah menjalin hubungan yang erat bukan hanya dari segi menterjemahkan peruntukan-peruntukan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan tetapi lebih penting ialah hubungan di antara parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan terutamanya diperingkat negeri Sabah.

“Dulunya kita berada di fasa tenang atau di tahap ketenangan kita terus mewujudkan situasi yang tenang itu antara pelbagai parti di negeri Sabah ini, saya telah memberitahu kepada rakan-rakan saya di UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah supaya tidak melakukan sesuatu yang menggugat perasaan atau mengguris hati parti mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Menurut Zahid, terdapat beberapa langkah penyelesaian yang sedang dilakukan untuk mengekalkan kerajaan Sabah yang ada sekarang hingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Terdapat beberapa langkah dan kita mencari kaedah-kaedah yang terbaik supaya kerajaan yang ada di Sabah ini terus dikekalkan sehingga PRN akan datang.

“Itulah azam kami, itulah apa yang telah ditandatangi diantara kami dengan mereka (GRS) dan ini harus dikekalkan,” tegasnya.

Namun pada waktu yang sama, Zahid juga mahu jawatan-jawatan atau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sama ada dalam kerajaan tempatan atau ketua kampung hendaklah dikekalkan seperti yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Ini adalah kerana kita tidak mahu adanya pertukaran disebabkan ada perkara-perkara yang menjadi titik rumit di antara Semenanjung dan Sabah ini,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat telah diraikan dalam majlis iftar yang diadakan di Masjid Kampung Benoni itu.

Majlis yang disempurnakan Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjadi lokasi ke-12 daripada 14 negeri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang telah bermula pada 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak
Selangor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/08/umno-pusat-kekal-hubungan-baik-dengan-kerajaan-grs/feed/ 0 32389
Kerajaan GRS Beri Penekanan Kepada Pembangunan Modal Insan https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/#respond Thu, 03 Mar 2022 09:44:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12687
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan selain memberi tumpuan kepada sektor utama Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk merangsang pertumbuhan dan pemulihan ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penekanan terhadap Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat merupakan teras kedua Pelan Hala Tuju SMJ.

“Saya telah menyatakan perkara ini dalam Bajet 2022 Negeri kita, di mana terdapat dana yang besar diperuntukkan kepada agensi dan kementerian berkaitan untuk pembangunan modal insan,” katanya pada Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Sabah 2021 di Hilton Kota Kinabalu di sini Khamis.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin mewakili dan menyampaikan ucapan Ketua Menteri pada majlis tersebut.

Hajiji berkata, sejumlah RM24 juta diperuntukkan kepada Pembangunan Sumber Manusia Jabatan untuk menjalankan kursus dan latihan kemahiran dalam teknologi, teknikal dan perdagangan bagi memperkukuh pembangunan modal insan serta melahirkan insan yang berwibawa dan generasi berdaya tahan.

Ini termasuk Program Pembangunan Bakat dan Keusahawanan Sabah untuk membantu belia yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Platform terkini yang ditubuhkan ialah Pusat Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau serta kerjasama dengan rangkaian pasar raya.

“Ini akan meningkatkan sektor runcit tempatan bagi mereka yang berhasrat untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sebanyak RM5.76 juta juga diperuntukkan untuk menubuhkan empat lagi Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada 2022 di peringkat daerah untuk memasarkan produk IKS.

Begitu juga dengan Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah membantu seramai 3,269 usahawan di negeri ini akan dipergiatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji Shell kerana memperkenalkan program pembangunan keusahawanan di Sabah tujuh tahun lalu yang memberi manfaat kepada golongan muda di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta untuk melengkapkan usaha pembangunannya seperti yang digariskan dalam tempoh lima tahun rancangan pembangunan negeri, Hala Tuju SMJ.

“Saya gembira mengetahui bahawa program Shell LiveWIRE telah menyokong usahawan tempatan untuk mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber serta mengubah idea perniagaan menjadi perusahaan yang berjaya,” katanya.

Hajiji menggalakkan usahawan baru untuk mencari dan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan serta memanfaatkan peluang seperti program Shell LiveWIRE ini.

Beliau juga turut menggesa usahawan di negeri ini supaya berfikir di luar kotak dan menerima pakai pendekatan baharu untuk berjaya dalam dunia yang kompetitif dan cepat berubah.

“Anda perlu menonjol, dinamik dan proaktif serta bercita-cita untuk melihat melangkaui pasaran tempatan dan sempadan. Terokai peluang untuk melepasi halangan ini dan menuju secara global; memanfaatkan peluang contohnya dalam e-Dagang atau bersedia untuk bekerjasama dengan usahawan lain dalam dan luar Sabah,” katanya.

Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada lima penerima muda Anugerah Shell LiveWire 2021 yang berjaya melontarkan idea perniagaan mereka untuk memenangi wang tunai RM10,000 setiap seorang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 12687
Bersatu Pertahankan Kerajaan GRS Bagi Memenuhi Aspirasi Rakyat – Bung https://sabahmedia.com/2022/02/05/bersatu-pertahankan-kerajaan-grs-bagi-memenuhi-aspirasi-rakyat-bung/ https://sabahmedia.com/2022/02/05/bersatu-pertahankan-kerajaan-grs-bagi-memenuhi-aspirasi-rakyat-bung/#respond Sat, 05 Feb 2022 08:46:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11901
Read Time:2 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua parti gabungan dan wakil rakyatnya dapat berkerja dalam satu pasukan dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan sekarang dibentuk dari sembilan buah parti gabungan dan dianggap rapuh, namun jika ada kesepakatan yang padu dikalangan anggota serta wakil rakyatnya tidak ada sebab gabungan ini tidak mampu bertahan.

“Rakyat telah meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada kerajaan yang ada hari ini, justeru kita perlu menghargai kepercayaan tersebut dengan kesungguhan berkerja untuk memajukan Sabah melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajkan rakyat” katanya ketika berucap merasmikan program “Retreat Backbenchers” di Kudat Glof and Marina Resort malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Kelab Backbenchers Kerajaan GRS Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak ,penceramah jemputan Datuk Md Alwi Che Ahmad serta ahli-ahli dewan negeri GRS.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya bagi mewujudkan kerajaan yang stabil ianya menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis negara.

“Kebersamaan serta kerja sama ini amat penting untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta situasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung menambah dalam memenuhi aspirasi rakyat kepada kerajaan pendekatan baharu perlu dilakukan dengan meninggalkan amalan lama, umum tapi tidak komited untuk melaksanakannya.

“Rakyat ketika ini begitu matang berfikir dan menilai tindakan kerajaan dan wakil rakyat, mereka tidak tidak lagi terbuai dengan pengumuman berapa banyak peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan tapi apa yang mereka harapkan umum dan tindakan segera pelaksanaannya,” katanya.

Bung mengakui Sabah terlalu jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan insfrastruktur, kesihatan pendidikan dan lain lain, disebabkan itu beliau lantang menyuarakan isu isu serta hak- hak rakyat Sabah terutamanya dalam aspek pembangunan di dewan rakyat untuk diambil perhatian dan tindakan segera kerajaan pusat.

“Dalam sesi perbahasan di dewan rakyat saya memang lantang membawa isu-isu pembangunan di Sabah namun saya terkilan setiap isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat di Sabah amat jarang ADUN-ADUN Sabah tampil membuat kenyataan menyokong apa yang saya suarakan seolah-olah memberikan gambaran kita tidak bersatu dalam memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat di negeri ini,” jelas Bung.

Dalam pada itu Bung yang juga ADUN Lamag mahu setiap anggota ADUN GRS turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semasa sidang DUN Sabah.

Katanya mereka (ADUN) bukan sahaja berbahas membawa isu-isu di kawasan tapi perlu membawa isu-isu yang lebih relevan dengan kepentingan rakyat dan negeri .

“Kita perlu menjadi (ADUN) yang berilmu pengetahuan berasaskan fakta bagi menangkis provokasi dan propaganda yang dibawa oleh parti lawan kepada kerajaan semasa sidang DUN jika kita biarkan ianya memberikan persepsi yang negatif kepada kerajaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu menurut beliau melalui Program Retreat Backbenchers ADUN GRS itu diharapkan akan dapat memberikan sedikit panduan kepada ADUN-ADUN tentang ilmu perbahasan disamping menjadi flatform untuk bertukar-tukar pandangan idea bukan sahaja untuk pembangunan di kawasan masing-masing tapi Sabah secara keseluruhannya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/05/bersatu-pertahankan-kerajaan-grs-bagi-memenuhi-aspirasi-rakyat-bung/feed/ 0 11901
Kerajaan GRS Bekerja Keras Bawa Kemajuan Pada Tahun 2022 https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/#respond Thu, 23 Dec 2021 09:43:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10236
Read Time:2 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih komited dan bekerja keras membawa kemajuan kepada Sabah serta rakyatnya walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pandemik ini telah membawa banyak cabaran tetapi kita telah melakukan yang terbaik untuk menanganinya termasuk krisis ekonomi dan kesihatan selama hampir dua tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis.

“Kerajaan negeri tidak pernah goyah dalam usaha melaksanakan pelan pembangunan walaupun ketika krisis dan kita akan meneruskannya dengan bersungguh-sungguh pada tahun 2022 untuk memastikan agenda pembangunan seperti yang kita gariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Belanjawan 2022 negeri berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut Hajiji, pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju SMJ di bawah kerajaan negeri GRS yang dilancarkan dengan jayanya pada bulan Mac lalu, telah menyaksikan pemeteraian tiga pelaburan berskala besar bernilai RM10 bilion iaitu Lok Kawi Resort City, pembinaan kilang pengeluaran kerajang tembaga dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

“Semua ini amat penting dan akan membawa impak yang besar kepada rakyat Sabah serta ekonomi negeri,” katanya dalam perutusannya sempena sambutan Krismas 2021 dan Tahun Baharu 2022.

“Kerajaan negeri tidak pernah berhenti mencari lebih banyak lagi pelaburan berimpak tinggi dan beberapa lagi perbincangan masih dijalankan antara pelabur bersama kerajaan negeri untuk membawa pelaburan ke Sabah, sambil menambah bahawa negeri ini berada di landasan yang betul untuk menjadi pusat pangkalan data pelabur kepada ASEAN seiring kerangka pembangunan kerajaan GRS menerusi platform Hala Tuju SMJ.

“Apabila cadangan pelaburan ini dimuktamadkan, ia akan membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi negeri kita untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Hajiji turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada kerajaan negeri GRS untuk memimpin serta membangunkan negeri ini, dan meminta mereka agar terus menjaga keamanan serta kestabilan bagi memastikan Sabah dapat menarik lebih ramai pelabur berpotensi ke negeri ini.

Katanya, kelulusan sebulat suara Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen baru-baru ini, adalah satu peristiwa penting yang akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, Hajiji menyatakan beberapa tuntutan lain dari Sabah telah berjaya diselesaikan
melalui Majlis Khas mengenai MA63, sambil menambah bahawa penurunan kuasa kepada Sabah untuk pengeluaran lesen penangkatan ikan laut dalam adalah salah satu bukti bahawa hak dan keistimewaan Sabah, seperti yang diperuntukkan di bawah MA63, telah diiktiraf.

Sebagai penutup tirai bagi tahun yang produktif ini, kata Hajiji, kejayaan lain ialah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara kerajaan negeri dan PETRONAS yang menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Hasilnya juga adalah penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd, iaitu syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, sambil menambah bahawa kerajaan negeri juga dalam proses memuktamadkan Pelan Induk Gas Sabah dengan PETRONAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berharap sambutan Krismas akan mengukuhkan perpaduan, toleransi beragama dan saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama di negeri.

Hajiji turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022 kepada semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/feed/ 0 10236
Kerajaan GRS Komited Beri Bantuan Khas Pendidikan Untuk Golongan Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/#respond Thu, 16 Dec 2021 04:49:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9960
Read Time:3 Minute, 1 Second

TUARAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang komited terhadap agenda pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat akan meneruskan beberapa bantuan khas pendidikan kepada golongan yang memerlukannya di Sabah tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan GRS itu bertujuan untuk memastikan setiap anak Sabah mempunyai akses dan tidak dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata,dalam Belanjawan Sabah Tahun 2022, Program Bantuan Sosial Sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis akan diteruskan tahun hadapan yang melibatkan 289,204 murid dengan peruntukan sejumlah RM13.9 juta.

“Kerajaan Negeri GRS juga akan meneruskan dua lagi bentuk bantuan khas pendidikan yang diperkenalkan tahun lalu iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang melibatkan peruntukan masing-masing sebanyak RM10 juta dan RM7.5 juta.

“Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula tahun 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri”, katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Berhad (TNB)/Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Sulaman, Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB, Sumbangan Kepada Asnaf, lima Buah Masjid dan empat Buah Pusat Maahad Tahfiz Daerah Tuaran.

Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau SAMA Sabah, Kampung Lok Batik, dekat sini, hari ini.

Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah, Kerajaan GRS telah perkenalkan pelbagai Bantuan Khas Pendidikan tahun lalu iaitu BUDI dan BAKTI, bagi meringankan beban rakyat di negeri ini.

Selain itu katanya, pemberian komputer riba membabitkan peruntukan RM15 juta turut diberi khusus untuk pelajar menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini. Menurutnya, pengagihan 10,000 komputer riba ini adalah menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang bermula pada Julai hingga Oktober lalu.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)”, tambahnya.

Mengulas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh TNB/SESB untuk DUN Sulaman dan daerah Tuaran, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh penglibatan syarikat swasta, individu berkepentingan dan badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri ini.

Katanya, komitmen itu diperlukan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan di seluruh negeri.

“Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi syarikat swasta, NGO dan orang persendirian akan turut melaksanakan program CSR di negeri ini”, katanya.

Beliau yakin usaha murni TNB dan SESB ‘memberi semula kepada masyarakat’ akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri dalam pembelajaran di sekolah.

Menurutnya, tanggungjawab sosial korporat ini tidak sepatutnya satu konsep bermusim kerana masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, terutama selepas pandemik COVID-19 melanda negara lebih setahun
lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/feed/ 0 9960
Kerajaan GRS Salur RM42.9 Juta Bantu Sekolah & Badan Keagamaan Bukan Islam https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/#respond Tue, 14 Dec 2021 13:19:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9883
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyalurkan kira-kira RM42.9 juta untuk bantuan sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak RM17.9 juta bantuan kepada sekolah, antaranya Sekolah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, tadika dan sekolah swasta.

Manakala bantuan kepada badan keagamaan iaitu gereja, kuil dan tokong membabitkan sejumlah RM24.9 juta.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kita akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

“Bantuan itu juga sebagai tanda dan bukti bahawa kerajaan negeri GRS serius serta ikhlas dalam membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik perasmian KK Christmas Celebration 2021 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik perasmian KK Christmas Celebration 2021 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2021 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah di Padang Merdeka, hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini akan terus berkekalan.

Katanya, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, perlulah dihindari bagi membolehkan kita merealisasikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan berkesan untuk meningkatkan lagi ekonomi sekali gus memacu pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganjuran apa juga festival, karnival dan program-program yang menjurus ke arah pemantapan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Penganjuran festival Krismas dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Sememangnya semangat seumpama ini sudah lama diamalkan di Sabah dan ia juga sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”, tambahnya Hajiji turut menyeru rakyat agar terus bersama-sama memastikan kemakmuran sosial dapat dipelihara dan dipertingkatkan bagi kesejahteraan dan manfaat bersama.

Katanya, kerjasama dan sokongan rakyat akan menyumbang kejayaan kepada segala dasar dan program yang sedang kerajaan laksanakan di bawah pelan pembangunan Hala Tuju SMJ.

Menyentuh perayaan Krismas yang akan disambut oleh penganut Kristian tidak lama lagi, beliau berkata ia adalah acara penting dan suci yang meraikan kelahiran Nabi Isa.

“Krismas juga adalah masa untuk diri kita muhasabah diri dan bersyukur. Ia juga adalah masa untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, yang menghadapi masa sukar akibat pandemik ini. Marilah kita bersama-sama mengingati mereka dalam doa dan bersama membantu setakat yang mampu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/kerajaan-grs-salur-rm42-9-juta-bantu-sekolah-badan-keagamaan-bukan-islam/feed/ 0 9883