Kerajaan Komited – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Feb 2023 09:18:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerajaan Komited – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan komited merangka pelbagai tindakan untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini – Jeffrey https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/#respond Tue, 07 Feb 2023 09:16:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29189
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) komited dalam merangka
tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan makanan di negeri ini.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab memastikan kelestarian makanan, kementerian telah mengambil inisiatif mencadangkan kepada Kabinet Negeri untuk menubuhkan dua jawatankuasa jaminan makanan Negeri Sabah yang telahpun diluluskan pada tahun 2022.

“Jawatankuasa tersebut iaitu Jawatankuasa Kabinet Jaminan Makanan (Food Security)
Negeri Sabah; dan Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) Negeri Sabah.

“Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) Jaminan Makanan (Food Security) ini adalah diurus setiakan oleh Kementerian ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Amanat Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Tahun 2023 di Wisma Pertanian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemasukan pelancong terutamanya dari negara China yang gemar memakan makanan laut, Jeffrey berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan stok makanan laut sentiasa mencukupi.

“Kita bernasib baik kerana produk makanan laut kita adalah kekuatan kita dan pada masa ini kita mampu mengeluarkan hasil produk 100 peratus dan ia boleh menjadi lebih baik dari itu.

“Jadi, kita tunggu pelancong masuk, dan juga dengan keadaan ekonomi kita sekarang yang aktif, saya percaya kita boleh memenuhi keperluan makanan pelancong kita terutamanya makanan laut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, antara langkah untuk menggalakkan pengusaha industri makanan laut ini lebih banyak menghasilkan produk iaitu dengan menangguhkan untuk mengena cukai terhadap mereka.

“Untuk menggalakkan industri tersebut berkembang, kami telah berbincang dengan pengusaha industri untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan laut dan mereka sebenarnya telah meminta kerajaan untuk tidak mengenakan cukai lagi kerana ia salah satu isu.

“Jadi, ia adalah satu perkara yang positif dan saya fikir kita harus menangguhkannya sehingga mereka bersedia sepenuhnya. Mungkin dalam masa 6 ke 12 bulan,” jelasnya.

Terdahulu dalam amanatnya, Jeffrey berkata, pada 29 Mac 2023 yang akan datang ini, akan genaplah tempoh dua tahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sebanyak 137 inisiatif telah digariskan untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian. Tahun 2021 mencatatkan purata pencapaian 92% bagi prestasi keseluruhan Kementerian Pertanian dan Perikanan,” katanya.

Beliau berharap kementeriannya akan terus berada dalam kapasiti yang lebih baik untuk bergerak ke hadapan.

“Bukan sahaja kerana kita kini dapat bergerak lebih aktif daripada sebelumnya kerana pandemik COVID-19 tetapi juga kerana kita mempunyai lebih ramai pelabur yang masuk, malah semua agensi kami dapat beroperasi dengan baik selepas wabak,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/kerajaan-komited-merangka-pelbagai-tindakan-untuk-menstabilkan-bekalan-makanan-di-negeri-ini-jeffrey/feed/ 0 29189
Kerajaan Komited Ke Arah Mempertingkatkan Agenda Pembangunan Negeri https://sabahmedia.com/2022/04/04/kerajaan-komited-ke-arah-mempertingkatkan-agenda-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/kerajaan-komited-ke-arah-mempertingkatkan-agenda-pembangunan-negeri/#respond Mon, 04 Apr 2022 09:46:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13898
Read Time:2 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus komited ke arah mempertingkatkan agenda pembangunan negeri melalui program dan inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) 2030.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, SEDIA akan melaksanakan 30 inisiatif di bawah Pelan Tindakan SDC 2030 sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi seimbang di seluruh koridor di negeri ini yang mampu memperkukuh strategi pembangunan pada masa hadapan.

“Inisiatif di bawah pelan itu, yang juga untuk menangani kesan pandemik, merangkumi lima teras strategik iaitu ekosistem perniagaan, ekonomi, modal insan, pembangunan sosial dan kemampanan alam sekitar.

“Pelan Tindakan SDC 2030 diselaraskan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kempen Keluarga Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah SEDIA di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

“Peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Peralihan Endemik mulai bulan ini akan memberikan kesan signifikan kepada pelbagai sektor terutamanya industri pelancongan di Sabah melalui pembukaan semula sempadan negara. Sabah juga amat mengalu-alukan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini.

“Kerajaan negeri akan terus menyediakan langkah pemulihan negeri ini melalui beberapa pelan tindakan pembangunan sosio-ekonomi negeri. Kerajaan Negeri juga telah mengariskan sebanyak 584 inisiatif meliputi 304 inisiatif teras dan 280 inisiatif pemboleh daya yang mana akan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Sabah di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Hajiji berkata di bawah RMK-12, sejumlah RM187.5 juta telah diperuntukkan kepada SEDIA untuk tujuh projek dan sehingga Februari 2022, SEDIA telah menerima sebanyak RM74.25 juta.

Antara projek mega di bawah RMK-12 ialah Cadangan SDC untuk Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, yang juga merupakan projek pertama di Sabah melaksanakan Program Kolaborasi Industri (ICP).

“ICP ialah program inisiatif kerajaan untuk aktiviti perolehan yang melibatkan bekalan, perkhidmatan dan kerja untuk memastikan pulangan daripada pelaburan yang dibuat kerajaan bagi projek mega dengan kos melebihi RM100 juta yang akan memberi manfaat dan impak kepada pembangunan industri tempatan.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa nilai kredit ICP bagi cadangan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar setakat ini telah mencecah RM493 juta atau 54.8 peratus merangkumi sembilan projek,” kata Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri.

Beliau berkata inisiatif pembangunan modal insan – SDC-Skills and Talent Enhancement Programme (SSTEP) juga telah dilancarkan pada 2021 untuk mengimbangi pandemik COVID-19 melalui pemadanan pekerjaan dengan penyediaan latihan kemahiran dan kemahiran semula (reskilling) kepada pencari kerja.

Sehingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 87 program yang ditawarkan oleh majikan dan penyedia latihan yang berdaftar di bawah SSTEP berjaya menarik 633 peserta. Sebanyak 60 buah program telah pun disiapkan.

Menurut Hajiji lagi, sejumlah RM58.8 juta telah diagihkan kepada 41 negeri dan 11 kawasan parlimen di Sabah untuk menaik taraf infrastruktur awam dan pembasmian kemiskinan di kawasan SEDIA di bawah projek kecil, berimpak tinggi dan berjiwa rakyat.

“Sebagai salah satu Pihak Berkuasa Koridor Wilayah, SEDIA memainkan peranan penting dalam memudahkan kerjasama yang lebih kukuh antara negeri dan Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan seimbang di Malaysia,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/kerajaan-komited-ke-arah-mempertingkatkan-agenda-pembangunan-negeri/feed/ 0 13898