Kerajaan Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 03 Feb 2026 11:08:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerajaan Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri jalin kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/ https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/#respond Tue, 03 Feb 2026 11:08:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90931
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah tahun ini.

Perkara itu dibincangkan ketika delegasi jabatan itu, diketuai Pengarahnya Mohd Yusni Mohamed Ali, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kerjasama strategik itu merangkumi temu bual naratif khas bersama Ketua Menteri yang menggariskan hala tuju dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk negeri dan rakyat.

Mohd Yusni turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program TV dan radio untuk mempromosikan Sabah seperti Sabah Berselawat, Bintang Sandakan, dan Sabah Vfm Songs Award, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) Artika Matbee, Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Effa Dian Ali, Penolong Pengarah (Berita Ehwal Semasa) Sugiman Rafai serta Penolong Pengarah (Cawangan Khidmat Pengurusan) Sarinah Abdul Hamid.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/feed/ 0 90931
Kerajaan negeri, persekutuan cari penyelesaian isu runtuhan LLC Kaiduan https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerajaan-negeri-persekutuan-cari-penyelesaian-isu-runtuhan-llc-kaiduan/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerajaan-negeri-persekutuan-cari-penyelesaian-isu-runtuhan-llc-kaiduan/#respond Tue, 16 Sep 2025 06:18:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81393
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan akan mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu runtuhan laluan aras rendah (LLC) Kaiduan yang berlaku sejak 13 September lalu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, struktur itu runtuh akibat arus deras dan sumbatan sisa seperti kayu serta batu yang menutup pembetung (culvert) sekali gus menyebabkan hakisan pada asas jambatan.

“LLC ini memang sejak dahulu tidak dapat menampung cabaran arus ekstrem. Selepas hujan lebat berterusan baru-baru ini, struktur asas di kedua-dua pangkal akhirnya runtuh,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat perkembangan bencana di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Papar di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat jambatan gantung sebagai alternatif, akses jalan darat kekal penting kerana kawasan tersebut melibatkan beberapa kampung selain menjadi laluan utama aktiviti ekonomi dan pelancongan.

“Petang ini saya bersama Datuk Juil Nuatim (ADUN Limbahau) akan turun ke tapak LLC Kaiduan bersama agensi teknikal untuk meneliti solusi terbaik agar pembinaan baharu nanti dibina dengan spesifikasi kukuh, mampu menampung cabaran arus besar dan risiko banjir ekstrem,” katanya.

Armizan menegaskan, kerajaan negeri dan persekutuan telah memberi komitmen untuk menyegerakan projek penyelesaian tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

Hadir sama pada sidang media itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/kerajaan-negeri-persekutuan-cari-penyelesaian-isu-runtuhan-llc-kaiduan/feed/ 0 81393
Kerajaan negeri komited memartabat warisan budaya, kesenian rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/#respond Fri, 31 May 2024 04:22:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55312
Read Time:2 Minute, 28 Second

PENAMPANG: Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan melaksanakan beberapa program kebudayaan yang penting pada tahun ini, bagi memastikan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan dapat dipertahankan dari generasi ke generasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara program itu ialah “Pembangunan Komuniti” melalui modul Protokol Budaya Komuniti yang akan memberi manfaat kepada komuniti pelancongan luar bandar dan badan kebudayaan dalam meningkatkan pengurusan dan layanan pelancongan budaya yang bertaraf dunia.

Selain itu katanya, projek meningkatkan produk pelancongan di Pusat Kebudayaan Murut Tenom juga akan dilaksanakan pada tahun ini, selain memperkasa Cultural PitStop (CPS) yang terletak di Tawau, Kota Belud, Sandakan, Tenom termasuk tiga lagi lokasi lain iaitu Dataran Wisma Budaya, Ranau dan Keningau.

“Program-program itu bertujuan memastikan khazanah yang diwarisi ini dapat dipertahankan dari generasi ke generasi”, katanya pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim menyempurnakan penutupan pesta itu. Ini merupakan kali kedua Anwar hadir ke Pesta Kaamatan Peringkat Negeri.

Hajiji berkata, sambutan Pesta Kaamatan amat signifikan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan.

“Kita juga menyedari bahawa kekayaan tradisi budaya dalam kepelbagaian etnik merupakan aset penting dalam sektor pelancongan yang akan terus dipelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

“Sebab itu, Kerajaan Negeri amat menyokong usaha mengembangkan dan mempertahankan budaya serta kesenian setiap etnik menerusi persatuan masingmasing agar warisan budaya berharga ini berkekalan”, katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) terus komited dengan usaha meningkatkan tahap sara diri hasil pertanian terutamanya padi bagi memperkukuh keterjaminan makanan, khususnya komoditi beras.

Justeru katanya, pada April lalu Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran serta keselamatan makanan di negeri ini, selain melaksanakan beberapa inisiatif lain bagi meningkatkan taraf sara diri atau (SSL).

Menurutnya, usaha ini termasuklah memberi penekanan kepada pembangunan padi tanah kering (penanaman padi bukit) pada tahun ini, mamandangkan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) mempunyai sebanyak 404 koleksi aksesi (jenis padi tanah kering) dalam gen bank janaplasma padi.

Hajiji berkata, mengikut statistik JPS pada tahun 2021, dianggarkan seluas 13,733 hektar kawasan ditanam padi tanah kering merangkumi 17 buah daerah di seluruh Sabah antaranya di daerah Ranau, Tongod, Kota Marudu, Penampang, Tuaran, Nabawan dan Pitas.

Katanya, perayaan Pesta Kaamatan selain merupakan medan untuk mengetengahkan budaya dan seni masyarakat KDMR di negeri ini, juga mampu menyatukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya di negeri ini.

“Sebab itu, perpaduan dalam kepelbagaian suku kaum, budaya serta kepercayaan agama di Sabah adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat negeri ini. Ini kerana keharmonian dan warna-warni kepelbagaian yang menjadikan Sabah unik serta istimewa selain memiliki keindahan kebudayaan dan kesenian yang tersendiri.

“Kita perlu sematkan dalam diri masing-masing bahawa hanya dengan kestabilan dan perpaduan sahajalah yang mampu membawa sesebuah negara dan rakyatnya maju ke hadapan sekali gus dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/feed/ 0 55312
Kerajaan Negeri umum lima inisiatif majukan KTYS https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/#respond Tue, 10 Oct 2023 05:54:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43414
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan lima inisiatif penting untuk memastikan kejayaan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dalam persada pendidikan tinggi dan melahirkan belia yang terjamin masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata inisiatif pertama ialah Kerajaan Negeri melalui Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) akan memberikan bantuan bulanan sebanyak RM500,000 bersamaan RM 6 juta pada tahun 2024, seperti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

Katanya, inisiatif kedua ialah Kerajaan Negeri melalui ICSB bersetuju memberikan Geran Khas sebanyak RM10 juta untuk kos operasi dan utiliti KTYS bagi tahun 2024.

Menurutnya, inisiatif ketiga ialah Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) akan memberi peruntukan khas sebanyak RM3 juta setahun kepada KTYS untuk menjalankan kursus-kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan kerajaan negeri.

“Sebagai permulaan kursus tersebut ialah scuba diving, bekam dan refleksologi, teknologi dron, bahasa Korea dan Mandarin yang akan dilaksanakan pada tahun 2024”, katanya pada Istiadat Konvokesyen KTYS Ke-26 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, inisiatif keempat ialah Kerajaan Negeri melalui ICSB bersetuju memberi bonus tahunan kepada kakitangan KTYS sebanyak RM600 seorang dan pemberian ini akan dibayar bersama gaji pada bulan Disember 2023.

Menurutnya, inisiatif lain ialah Kerajaan Negeri akan membina sebuah dewan
serbaguna di Kampus Induk KTYS, Sembulan dengan kos sebanyak RM450,000.

“Semoga dengan inisiatif-inisiatif ini, KTYS mampu melahirkan graduan yang memenuhi permintaan pasaran industri masa kini. Pendekatan digital dan teknologi perlu diterapkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kefahaman, kemahiran serta pengaplikasian ilmu dalam kehidupan sebenar.

“Pemerkasaan sahsiah dan ilmu juga perlu diterapkan kepada generasi terkini agar seimbang keduanya. Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan belia”, tegasnya.

Hajiji berkata, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang kini menerima pelaburan asing berimpak tinggi memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang mempunyai kemahiran teknikal termasuk dari KTYS untuk bekerja dalam sektor pembuatan dan perindustrian.

Malah katanya, usaha Kerajaan Negeri untuk menambah dua lagi taman perindustrian di Sabah amat memerlukan modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan terus melabur dalam infrastruktur pendidikan, menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak, serta memupuk perkongsian antara institusi pendidikan dan industri.

“Semua inisiatif kerajaan ini untuk memastikan rakyat Sabah berpeluang meneruskan persekolahan hingga ke tahap lebih tinggi, selain membantu mengurangkan beban ibu bapa dan keluarga pelajar daripada golongan B40. Kita tidak mahu ada yang terpinggir daripada menerima pendidikan di negeri ini”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan “Human Capital Development Blue Print for Sabah” (2021- 2035) bagi memastikan sukatan pelajaran, ilmu kemahiran dan kepakaran belia serta modal insan, sentiasa relevan, selain menjadi garis panduan bagi program pembangunan modal insan secara holistik di negeri ini.

Hajiji percaya dengan bantuan dan peruntukan yang diberikan akan memudahkan laluan dan perjalanan para graduan dalam mendapatkan pendidikan formal dan kemahiran serta akan melahirkan tenaga-tenaga mahir yang boleh menyumbang semula kepada negeri Sabah dan akan mengurangkan kebergantungan negeri kepada tenaga kerja luar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/kerajaan-negeri-umum-5-inisiatif-majukan-ktys/feed/ 0 43414
Kerajaan Negeri serah 45 bot untuk kegunaan bencana https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/#respond Wed, 04 Oct 2023 07:41:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43049
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan
45 bot untuk diagihkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dan 12 jawatankuasa pengurusan bencana daerah di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Turut hadir Menteri-menteri Kabinet Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan
Sahari.

Pada majlis itu, 15 bot diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, tiga masing-masing ke Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort dan Paitan.

Manakala Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran, Sipitang dan Tongod diperuntukkan dua bot masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/kerajaan-negeri-serah-45-bot-untuk-kegunaan-bencana/feed/ 0 43049
Kerajaan Negeri hargai sokongan berterusan masyarakat Cina https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/ https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/#respond Sun, 17 Sep 2023 13:37:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42009
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Cina yang terus berdiri bersama-sama kerajaan sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, dengan sokongan padu itu Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul dalam membawa pembangunan di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kejayaan kita terbukti dengan kutipan hasil yang besar dan Kerajaan Negeri tidak akan berpuas hati, tetapi akan terus membawa lebih banyak pelaburan ke negeri ini yang boleh mewujudkan lebih banyak spin-off ekonomi.

“Kerajaan negeri juga sentiasa menekankan dasar keadilan dan prihatin dalam semua aspek bagi membantu masyarakat di Sabah, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Justeru pada tahun ini kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah-sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah. komitmen ini jelas menunjukkan kerajaan peka akan keperluan masyarakat dan komited
membantu tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama”, katanya pada Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Pusat ke-24 dan Bahagian Wanita Ke-6 Gabungan Persatuan-Persatuan Hokkian Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Putera Ballroom Taman Tun Fuad Bukit Padang pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Phoong Jin Zhe.

Hajiji mahu masyarakat Tionghua di negeri ini terus bersama-sama Kerajaan memajukan negeri ini kerana ramai dikalangan mereka termasuk Hokkien Clan terbukti pandai dan pintar dalam urusan perniagaan.

Katanya, Hokkien Clan adalah clan kedua besar di negeri ini selain daripada Hakka, dan Hokkien Clan juga adalah yang terbesar di negara ini.

Ketua Menteri berkata, usaha akan giat dipertingkatkan termasuk mempertingkatkan peluang pelaburan yang boleh memanfaatkan pelbagai sektor pembangunan di Sabah.

“Di sinilah peranan daripada masyarakat Tionghua termasuk Hokkien Clan untuk turut sama mengambil peluang dalam sektor pembangunan di negeri ini”, ujarnya.

Hajiji juga berharap masyarakat Hokkien di Sabah dibawah pimpinan Tan Sri TC Goh turut bersama memberikan sumbangan dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah.

“Kita berusaha keras untuk memajukan Sabah dari segi pembangunan dan kongsi kekayaan kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/17/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-berterusan-masyarakat-cina/feed/ 0 42009
Kerajaan Negeri hargai sokongan masyarakat Cina https://sabahmedia.com/2023/07/08/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-masyarakat-cina/ https://sabahmedia.com/2023/07/08/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-masyarakat-cina/#respond Sat, 08 Jul 2023 05:20:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37912
Read Time:1 Minute, 38 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai sokongan yang berterusan oleh masyarakat Cina berdiri bersama Kerajaan Negeri sebagai rakan kongsi dalam mengembangkan setiap bidang pembangunan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kepentingan semua masyarakat,
termasuk masyarakat Cina di negeri ini.

“Kami telah menyokong banyak aktiviti yang diterajui atau program dianjurkan oleh persatuan Cina, terutamanya dalam sektor kebudayaan, perdagangan, kebajikan dan pendidikan melalui perkongsian dan sokongan kewangan,” katanya.

Hajiji berkata dengan sokongan rakyat, Kerajaan Negeri berada di landasan yang betul dalam mengembangkan pembangunan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kami.
Hasil kutipan RM7 bilion adalah bukti kejayaan kami.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua kejayaan dan perancangan ini hanya akan berjaya sekiranya persekitaran adalah kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan.

“Untuk ini berlaku, adalah penting kita mempunyai kestabilan politik. Kita mesti membuang mana-mana
bentuk perpecahan yang hanya akan memisahkan kita semua.

“Marilah kita berganding bahu merealisasikan empat tonggak pertumbuhan bagi menyokong pembangunan agenda negeri Sabah Diutamakan, Sabah Maju, Sabah Sejahtera dan Sabah Bersatu (Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper and Sabah United). Kita boleh!” katanya.

“Kerajaan Negeri tidak akan berpuas hati tetapi akan terus membawa lebih banyak lagi pelaburan kepada negeri yang boleh mewujudkan lebih banyak spin-off ekonomi,” katanya di
pelancaran rasmi Larian Obor Tuaran sempena Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 di Kuil Ling San di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Datuk Joniston Bangkuai, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu.

Hajiji berkata acara Larian Obor itu adalah penting kerana ia mengumpulkan masyarakat Cina untuk mempromosikan budaya mereka dan kekayaan warisan kepada rakyat.

“Api obor sudah tentu boleh menyemarakkan perasaan yang baik juga yang boleh menyatukan
orang dari semua kaum dan latar belakang untuk tujuan yang baik, menyebarkan kesedaran budaya.

“Rakyat Sabah tidak kira bangsa, agama, budaya dan kepercayaan telah lama hidup secara harmoni, menghormati perbezaan sambil mengekalkan identiti budaya mereka. Ini benar-benar intipati perpaduan dalam kepelbagaian yang kita semua amat berbangga dan bertuah untuk dinikmati,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/08/kerajaan-negeri-hargai-sokongan-masyarakat-cina/feed/ 0 37912
Pemerkasaan wanita adalah tinggi dalam agenda Kerajaan Negeri https://sabahmedia.com/2023/06/12/pemerkasaan-wanita-adalah-tinggi-dalam-agenda-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/pemerkasaan-wanita-adalah-tinggi-dalam-agenda-kerajaan-negeri/#respond Mon, 12 Jun 2023 08:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36208
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pemerkasaan wanita adalah tinggi dalam agenda Kerajaan Negeri, oleh itu peruntukan RM5.83 juta di bawah Belanjawan Negeri telah disalurkan untuk melaksanakan pembangunan wanita melalui program Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) pada tahun ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pertubuhan yang sehaluan seperti Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) menjurus kepada melengkapkan usahanya untuk memperkasakan wanita.

“Kami berusaha untuk memastikan wanita mendapat peluang dan faedah yang sama,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-30 SWEPA dan makan malam amal di Magellan Sutera di sini, malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Mengucapkan tahniah kepada SWEPA kerana mencapai ulang tahun penting, Ketua Menteri gembira mengetahui bahawa teras misi SWEPA adalah dedikasinya untuk memperkasakan
wanita melalui pembangunan kemahiran dan pengetahuan.

“Anda secara konsisten telah membuktikan komitmen anda untuk memupuk dan meningkatkan bakat wanita melalui pelbagai program latihan, bengkel, dan inisiatif bimbingan.

Justeru itu, ramai wanita telah dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan untuk memecahkan halangan dan cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya.

Hajiji menggesa SWEPA untuk meneruskan perjalanannya yang terpuji, melebarkan sayapnya selebar-lebarnya, menyentuh lebih banyak mengenai kehidupan dan berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Pada majlis itu, Christina turut menyaksikan penyampaian cek replika berjumlah RM10,000 sebagai sumbangan SWEPA oleh Presiden Swepa Sitti B. Damsal kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Sabah Ng Kah Ghor.

Christina (kanan) menyampaikan cek replika bernilai RM5,000 sebagai sumbangan Kementerian kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Sabah Ng Kah Ghor (kiri) sambil diperhatikan oleh Presiden Swepa Sitti B. Damsal. -Foto ihsan KePKAS

Manakala pada majlis sama Christina turut menyampaikan cek replika bernilai RM5,000 sebagai sumbangan Kementerian kepada Presiden Persatuan Orang Pekak Sabah Ng Kah Ghor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/pemerkasaan-wanita-adalah-tinggi-dalam-agenda-kerajaan-negeri/feed/ 0 36208
Kerajaan Negeri bantu tampung kos urus bawa pulang jenazah Ag Askandar https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/ https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/#respond Mon, 22 May 2023 09:03:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34944
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halamannya di Kg Benoni, Papar sebagaimana hasrat ahli keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebentar tadi beliau telah mengadakan sidang video bersama Dato’ Mohammad Ali Selamat, Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara dan Mohd Fazle Abu Hasan, Counsellor/Charge d’Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Perbincangan berkisar tentang perkembangan terkini pengurusan membawa balik jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest. Mangsa adalah Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah yang berasal dari Kampung Benoni, Papar.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah dari Camp 4 ke Base Camp pada jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah Lt. Kol (PA) Ag Askandar dijangka akan dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengenai perkara itu.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada APM dan Ahli Parlimen Papar, saya telah berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

“Ketua Menteri Sabah memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan,” katanya.

Pada masa yang sama, Armizan turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Keprihatinan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah amatlah dihargai,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/feed/ 0 34944
Kerajaan Negeri akan bentang undang-undang Anti-Lompat parti pada sidang DUN ini https://sabahmedia.com/2023/05/21/kerajaan-negeri-akan-bentang-undang-undang-anti-lompat-pada-sidang-dun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/05/21/kerajaan-negeri-akan-bentang-undang-undang-anti-lompat-pada-sidang-dun-ini/#respond Sun, 21 May 2023 06:40:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34868
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah akan membentangkan undang-undang Anti-Lompat Parti dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang berlangsung selama empat hari bermula esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau menyatakan demikian bahawa berbeza dengan dakwaan pihak pembangkang, Kerajaan Negeri tidak sengaja menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang untuk menyekat wakil rakyat negeri daripada bertukar haluan.

“Namun undang-undang Anti-Lompat Parti melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri dan ini memerlukan kelulusan dari Yang di-Pertua Negeri dan Agong sebelum dapat dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.

“Jadi, tidak benar seperti yang dikatakan oleh pihak pembangkang bahawa kami dengan sengaja melambatkan perkara itu. Kami perlu mematuhi prosedur,” katanya dalam ucapan pembukaan semasa pra-mesyuarat pada Ahad.

Hajiji berkata Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri agar dapat diluluskan.

“Saya yakin bahawa Rang Undang-Undang ini akan mendapat sokongan penuh daripada ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan.

“Saya juga menggesa wakil-wakil pembangkang untuk menyokong Rang Undang-Undang ini, kerana mereka juga telah memperjuangkan agar undang-undang Anti-Lompat Parti diluluskan di Sabah,” katanya.

Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri itu adalah antara empat Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri dari 22 Mei hingga 25 Mei.

Selepas pra-mesyuarat, Hajiji menghadiri sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka dan Parti Solidariti Sabah (Star) di Hotel Raia.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/21/kerajaan-negeri-akan-bentang-undang-undang-anti-lompat-pada-sidang-dun-ini/feed/ 0 34868