KERAJAAN PERPADUAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Apr 2024 06:08:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KERAJAAN PERPADUAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Foto lambaian terakhir 503 Skuadron jadi tumpuan rakyat titipkan ucapan takziah https://sabahmedia.com/2024/04/23/foto-lambaian-terakhir-503-skuadron-jadi-tumpuan-rakyat-titipkan-ucapan-takziah/ https://sabahmedia.com/2024/04/23/foto-lambaian-terakhir-503-skuadron-jadi-tumpuan-rakyat-titipkan-ucapan-takziah/#respond Tue, 23 Apr 2024 06:08:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52987
Read Time:1 Minute, 28 Second

CYBERJAYA — “ Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min ( admin) masih mampu bersangka baik “

Itu antara petikan kata-kata dari pentadbir laman facebook 503 Skuadron di dalam salah satu gambar lambaian terakhir skuadron itu  yang berlepas dari Kota Kinabalu untuk menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024  19 april lalu.

Lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak pada 19 April lalu, menjadi kenangan terakhir apabila sebuah daripada pesawat itu terhempas hari ini.

Pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.

Meninjau di ruangan komen pula, ramai rakyat Malaysia turut berdukacita dan menitipkan ucapan takziah di atas insiden yang berlaku hari ini.

Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu, namun setakat ini TLDM belum mengeluarkan senarai nama mangsa yang terkorban secara rasmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/23/foto-lambaian-terakhir-503-skuadron-jadi-tumpuan-rakyat-titipkan-ucapan-takziah/feed/ 0 52987
Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar https://sabahmedia.com/2024/04/20/kemelut-mpn-sabah-akan-diputuskan-dalam-jangka-masa-terdekat-anwar/ https://sabahmedia.com/2024/04/20/kemelut-mpn-sabah-akan-diputuskan-dalam-jangka-masa-terdekat-anwar/#respond Sat, 20 Apr 2024 04:03:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52802
Read Time:1 Minute, 14 Second


KOTA KINABALU: Keputusan bagi menyelesaikan kemelut Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.

“Mereka berikan pelbagai pandangan tentang (perkara ini), saya akan beri keputusan dalam masa yang singkat setelah berunding dengan ketua-ketua cabang.

“Kita akan rujuk kepada pimpinan Pusat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan khas MPN Sabah hari ini. 

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, lazimnya seperti proses seperti di negeri lain presiden akan bawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat.

“Kita akan umumkan nanti tetapi prosesnya seperti kita lihat di negeri-negeri lain di Kedah, Pulau Pinang, Perlis sebelum ini.

“Mungkin kalau semua berjalan lancar, kita mungkin ada pengumuman esok,” katanya.

Bagaimapun, beliau tidak dapat memastikan MPN Sabah akan mempunyai pengerusi baharu atau jawatan itu dikekalkan kepada Datuk Sangkar Rasam.

“Tak tentu (pengerusi baharu), itu terpulang kepada presiden. Tiada nama spesifik yang dibincangkan dalam mesyuarat tapi prosesnya ialah presiden perlu berbincang mengadakan konsultasi dengan semua ketua-ketua cabang jadi proses itu telah berjalan,” katanya

Sebelum ini, PKR Sabah didakwa bergolak apabila 15 ketua cabang PKR menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan sebulat suara menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Sangkar Rasam.

Antara Ketua Cabang dilaporkan menandatangani SD tersebut adalah Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Papar, Kimanis, Kalabakan, Batu Sapi dan Semporna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/20/kemelut-mpn-sabah-akan-diputuskan-dalam-jangka-masa-terdekat-anwar/feed/ 0 52802
Sabah Digesa Gubal Dasar Pekerja Asing Yang Baru https://sabahmedia.com/2024/04/20/sabah-digesa-gubal-dasar-pekerja-asing-yang-baru/ https://sabahmedia.com/2024/04/20/sabah-digesa-gubal-dasar-pekerja-asing-yang-baru/#respond Sat, 20 Apr 2024 01:42:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52796
Read Time:8 Minute, 18 Second

1.        Pada awal tahun 2024, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, di laporkan telah mencadangkan agar Kerajaan Sabah memperluas negara sumber untuk pekerja asing di dalam sektor perladangan di Sabah. Menurut beliau, ketika ini, Sabah hanya menerima pekerja asing dari Indonesia dan Filipina.

2.        Malah, terlebih dahulu pada Ogos 2022, cadangan sama telah di suarakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC). Beliau menggesa Kerajaan Sabah agar membenarkan pengambilan pekerja dari pelbagai negara sumber supaya sektor ekonomi utama Sabah, seperti perladangan, pembinaan dan perkhidmatan, dapat menangani isu kekurangan pekerja yang serius.

3.        Di samping itu, pada awal tahun 2024, seorang bekas Ketua Menteri Sabah telah mencadangkan agar Kerajaan Sabah mempertimbang dasar yang membenarkan permit pekerja asing di lanjutkan sehingga 15 tahun, dan bukannya pembaharuan permit setiap tahun sekarang. Dasar berkenaan di perlukan memandangkan Sabah di jangka menyaksikan pengaliran keluar ramai pekerja asing Indonesia dari Sabah, susulan pembinaan bandar Nusantara di Kalimantan, iaitu ibu negara baru Indonesia.

4.        Sebagaimana yang di hadapi oleh Malaysia, Sabah bergantung tinggi kepada tenaga kerja asing untuk menjana pembangunan ekonomi. Tenaga kerja asing di ambil bekerja di dalam pelbagai sektor ekonomi utama Sabah, walaupun majikan terpaksa membayar kos pengambilan pekerja yang tinggi. Kos berkenaan boleh mencecah ribuan Ringgit Malaysia untuk setiap pekerja asing, merangkumi pembayaran yuran agensi pekerja asing, levi permit kerja dan pemeriksaan kesihatan. 

                                                             Sumber: Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

5.        Isu kebergantungan tinggi kepada pekerja asing ini adalah dilema yang agak membingungkan kerana Sabah memiliki kadar pengangguran tertinggi di Malaysia. Untuk sekian lama, kadar pengganguran di Sabah menunjukkan trend peningkatan sebelum mula turun pada tahun 2022: 5% (2015), 5.4% (2016), 5.6% (2017), 5.8% (2018), 5.8% (2019), 8.0% (2020), 8.2% (2021), 7.7% (2022).

Pada Ogos 2023, Sabah di laporkan memiliki sejumlah 169,800 penganggur, meliputi 29% daripada jumlah penganggur di Malaysia.

6.        Pada masa yang sama, Ketua Menteri Sabah ada menyatakan hampir 200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna rakyat Sabah sanggup berhijrah ke tempat lain demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan gaji bermaruah.

7.        Oleh yang demikian, rumusan mudah ialah ramai rakyat Sabah tidak berminat untuk melaksanakan pekerjaan yang di buat oleh pekerja asing. Antara lain, ini mungkin di sebabkan oleh pekerjaan berkenaan di anggap sebagai pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous, Difficult)/ (Kotor, Bahaya, Sukar), terutamanya melibatkan pekerjaan di dalam sektor pertanian dan pembinaan.

8.        Pada Julai 2023, Setiausaha Persekutuan Sabah di laporkan berkata terdapat sejumlah 69,791 majikan di Sabah yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah. Secara keseluruhan, majikan berkenaan mempunyai seramai 819,111 pekerja.

9.        Daripada jumlah 819,111 pekerja tersebut, pekerja tempatan adalah 55.2% (452,149 orang), manakala pekerja asing adalah 44.8% (366,962 orang). Tambahan lagi, daripada jumlah pekerja asing tersebut, 80.4% (295,037 orang) memiliki dokumen pekerjaan sah, dan lebih 70,000 adalah pekerja asing tanpa dokumen pekerjaan sah.

10.      Menurut beliau lagi, lebih 80% pekerja asing di Sabah tertumpu kepada sektor-sektor seperti pertanian dan pembinaan. Secara tidak langsung, data ini mengesahkan bahawa rakyat Sabah tidak berminat untuk terlibat di dalam pekerjaan 3D.

11.      Situasi ini berlaku mungkin di sebabkan pekerjaan 3D tidak menyediakan gaji yang lumayan, faedah pekerjaan yang menarik serta potensi karier yang cerah. Tambahan lagi, ianya juga mungkin di sebabkan oleh stigma pekerjaan 3D di pandang rendah oleh masyarakat.

12.      Peratusan jumlah pekerja asing (44.8%) di Sabah itu menunjukkan peningkatan, berbanding dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2017. Ketika itu, peratusan pekerja asing di Sabah adalah 39.8%, di mana pekerja Indonesia (22.4%) dan pekerja Filipina (16.6%).

13.      Data berkenaan turut menunjukkan hampir kesemua sektor ekonomi Sabah mempunyai majoriti pekerja asing:

  • Pertanian: 62.6%: Indonesia (47.4%), Filipina (15.2%)
  • Perlombongan: 54.3%: Indonesia (45.3%), Filipina (9.0%)
  • Pembuatan: 52.2%: Indonesia (35.7%), Filipina (16.5%)
  • Pembinaan: 52.9%: Indonesia (14.4%), Filipina (38.5%)
  • Perkhidmatan: 22.8%: Indonesia (10.9%), Filipina (11.9%)

     Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

14.      Selain memiliki peratusan pekerja asing yang tinggi, Sabah turut memiliki peratusan populasi penduduk bukan warganegara yang begitu tinggi. Menteri Dalam Negeri Malaysia pernah di laporkan berkata terdapat lebih satu juta penduduk tanpa dokumen/ undocumented people di Sabah.

15.      Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022, penduduk bukan warganegara merangkumi 22% (0.736 juta orang) daripada jumlah penduduk Sabah (3.39 juta orang), manakala warganegara pula adalah 78% (2.654 juta orang).

16.      Rata-rata, penduduk bukan warganegara berkenaan hidup di dalam kemiskinan. Tanpa dokumen yang sah, mereka sukar untuk mendapat pekerjaan tetap dan pendapatan yang mencukupi. Ini menyumbang kepada kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah. Malah, daerah-daerah yang merekodkan peratusan tinggi penduduk bukan warganegara, seperti Tongod (35%), Beluran (47%), Lahad Datu (33%), Kinabatangan (78%), juga merekodkan peratusan kemiskinan yang tinggi.

17.      Pada awal Februari 2024, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah di laporkan berkata salah satu cara untuk mengurangkan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing ialah dengan menguruskan populasi bukan warganegara berkenaan sebagai sumber tenaga kerja.

18.      Ini susulan cadangan daripada Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/ United Nation Resident Coordinator untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, agar Sabah memanfaatkan potensi penduduk bukan warganegara untuk agenda pembangunan Sabah, sebagai satu usaha untuk menangani isu penduduk bukan warganegara tanpa dokumen.

19.      Berdepan dengan isu-isu pekerja asing dan penduduk bukan warganegara, pada Januari 2022, Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata bahawa Kerajaan Sabah akan melaksanakan Program Khas Pendataan Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah, serta membangunkan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah.

20.      Ianya bertujuan untuk mengumpul data pekerja asing dan bukan pemastautin yang tepat, menyeluruh serta terkini. Program pendataan ini di jangka akan dapat membantu Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia untuk mengadakan dasar yang sesuai untuk pengurusan serta pemantauan pekerja asing dan bukan pemastautin di Sabah.  

21.      Pada Jun 2023, Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, berkata program rintis pendaftaran pekerja asing di Sabah telah di laksanakan di ladang kelapa sawit milik Sawit Kinabalu, iaitu sebuah syarikat milik Kerajaan Sabah. Ianya telah berjaya mendaftarkan seramai 14,855 orang pekerja asing, di mana separuh daripada jumlah tersebut adalah pekerja asing haram yang tidak memiliki dokumen lengkap.

22.      Hasil pendaftaran ini membuktikan situasi kekurangan pekerja yang kritikal di dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sabah, sehinggakan anak syarikat Kerajaan Sabah sendiri terpaksa mengguna-pakai pekerja asing haram untuk menjalankan operasi ladang. Sudah pasti ramai majikan lain di Sabah turut mengguna-pakai pekerja asing haram agar operasi perniagaan dapat di teruskan.

23.      Justeru itu, dengan data yang di kumpul nanti, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Malaysia mestilah mengubal serta melaksanakan dasar yang efektif untuk menangani segera isu-isu serangkai yang di hadapi oleh Sabah, iaitu:

  • kekurangan pekerja yang merencatkan agenda pembangunan Sabah
  • pengaliran keluar ramai pekerja asing dari Sabah, terutamanya pekerja asing Indonesia
  • jumlah penduduk bukan warganegara tanpa dokumen sah yang ramai di Sabah

24.      Untuk mengubal dasar berkenaan, Kerajaan Sabah wajar mempertimbangkan beberapa perkara utama, antaranya:

  • menerima pekerja asing dari negara-negara sumber yang baru, selain Indonesia dan Filipina
  • memanjangkan tempoh permit kerja agar pekerja asing dapat bekerja lebih lama di Sabah
  • membenarkan penduduk tanpa dokumen di Sabah bekerja secara sah agar mereka memperolehi pekerjaan dan pendapatan tetap

25.      Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963/ Malaysia Agreement 1963 (MA63), Sabah memiliki kuasa untuk menentukan dasar imigresen yang sesuai dan terbaik untuk Sabah. Ini termasuklah kuasa untuk membenarkan seseorang keluar-masuk, bekerja serta menetap di Sabah.

26.      Sebagai contoh: Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, permohonan pekerja asing untuk bekerja di Sabah adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Sabah.

                                      Sumber: Portal Jabatan Imigresen Malaysia

27.      Maka, berdasarkan kuasa berkenaan, Sabah sewajarnya berhak menerima sebahagian daripada hasil kutipan levi pekerja asing yang bekerja di Sabah. Perkongsian hasil kutipan levi berkenaan akan membolehkan kuasa dan hak Sabah di penuhi, sebagaimana di impikan oleh pemimpin yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.   

28.      Mengguna-pakai data Jabatan Tenaga Kerja Sabah yang merekodkan seramai 295,037 pekerja asing sah di Sabah pada tahun 2023, jumlah levi pekerja asing yang di kutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia boleh mencecah sekurang-kurangnya RM 300 juta setahun.

29.      Jika Sabah menerima 40% (RM 120 juta) daripada jumlah levi berkenaan, ianya boleh di guna-pakai untuk membangunkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah secara efektif. Ini sudah pasti akan dapat menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.

30.      Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/20/sabah-digesa-gubal-dasar-pekerja-asing-yang-baru/feed/ 0 52796
MAS kembali batalkan penerbangan antara KL-Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/19/mas-kembali-batalkan-penerbangan-antara-kl-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/19/mas-kembali-batalkan-penerbangan-antara-kl-sabah/#respond Fri, 19 Apr 2024 04:01:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52761
Read Time:1 Minute, 18 Second

CYBERJAYA : Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata walaupun sudah berusaha memulihkan operasi secepat mungkin, beberapa penerbangan yang dijadualkan hari ini dibatalkan selepas mengambil kira cuaca dan keselamatan operasi.

Sebelum ini MAS mengumumkan ia telah memulakan pengembalian semula secara beransur-ansur penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak petang semalam.

Senarai penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan penerbangan MH2610 (KUL-BKI), MH2611 (BKI-KUL), MH2612 (KUL-BKI), MH2621 (BKI-KUL), MH2646 (KUL-BKI), MH2641 (BKI-KUL).

Turut terjejas penerbangan ke dan dari Tawau MH2660 (KUL-TWU), MH2661 (TWU-KUL) dan Sandakan MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL).

“Semua penerbangan lain hari ini kekal mengikut jadual. Kemas kini akan diberikan di laman web MAS secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas sekiranya terdapat sebarang perubahan pada penerbangan mereka,” katanya.

Penumpang MAS dinasihatkan untuk mengemas kini butiran di laman web MAS untuk menerima kemas kini tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

Untuk meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan yang tidak dijangka, MAS menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka.

“Pelanggan yang terjejas yang ingin menukar penerbangan mereka atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui ‘Tempahan Saya’ di laman web kami.

“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi sokongan Sembang Langsung kami yang tersedia di tapak web atau menghubungi Pusat Hubungan Global kami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/19/mas-kembali-batalkan-penerbangan-antara-kl-sabah/feed/ 0 52761
Amaran cuaca buruk sehingga Ahad ini – MetMalaysia https://sabahmedia.com/2024/04/19/amaran-cuaca-buruk-sehingga-ahad-ini-metmalaysia/ https://sabahmedia.com/2024/04/19/amaran-cuaca-buruk-sehingga-ahad-ini-metmalaysia/#respond Fri, 19 Apr 2024 03:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52759
Read Time:37 Second

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk selama tiga hari berturut-turut melibatkan semua negeri di Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk seperti hujan lebat, angin kencang dan ribut petir itu dijangka berlaku pada sebelah petang sehingga ke awal malam.

Katanya, selain itu, sepanjang tempoh tiga hari tersebut, hujan lebat dan ribut petir dijangka lebih tertumpu di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan taburan hujan berterusan pada sebelah pagi hingga petang dan petang hingga ke tengah malam.

Dalam pada itu, cuaca lembap dan hujan juga berpotensi melanda dikebanyakan tempat di negeri Sarawak terutamanya Kapit dan Limbang serta kawasan pedalaman dan Pantai Barat di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/19/amaran-cuaca-buruk-sehingga-ahad-ini-metmalaysia/feed/ 0 52759
Sekreteriat Kerajaan Perpaduan dijangka bincang dana peruntukan kepada pembangkang petang ini https://sabahmedia.com/2024/04/17/sekreteriat-kerajaan-perpaduan-dijangka-bincang-dana-peruntukan-kepada-pembangkang-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/sekreteriat-kerajaan-perpaduan-dijangka-bincang-dana-peruntukan-kepada-pembangkang-petang-ini/#respond Wed, 17 Apr 2024 03:13:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52654
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Pimpinan tertinggi sekretariat kerajaan perpaduan dijangka bersidang petang ini bagi membincangkan peruntukan dana kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang.

Difahamkan, pertemuan itu akan berlangsung pada jam 5.30 petang hari ini di Kompleks Seri Perdana di sini.

Semua pemimpin tertinggi parti yang membentuk kerajaan perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini berkata sekretariat itu akan bermesyuarat bagi membincangkan isu peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Beliau berkata demikian berikutan pertemuan dengan pemimpin Perikatan Nasional termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada 19 Mac lalu.

Pada 22 Mac lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

“Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.

“Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/sekreteriat-kerajaan-perpaduan-dijangka-bincang-dana-peruntukan-kepada-pembangkang-petang-ini/feed/ 0 52654
6,034 Orang Guru Cos Baharu Ditempatkan Di  Sekolah Kpm Seluruh Negara https://sabahmedia.com/2024/04/17/6034-orang-guru-cos-baharu-ditempatkan-di-sekolah-kpm-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/6034-orang-guru-cos-baharu-ditempatkan-di-sekolah-kpm-seluruh-negara/#respond Wed, 17 Apr 2024 03:00:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52652
Read Time:40 Second

KUALA LUMPUR – Seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bermula 15 April lalu.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen bagi mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara,” demikian menurut kenyataan itu.

KPM berkata, pihaknya dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Tambahnya, pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/6034-orang-guru-cos-baharu-ditempatkan-di-sekolah-kpm-seluruh-negara/feed/ 0 52652
Malaysia: We Are Our Worst Enemy https://sabahmedia.com/2024/04/15/malaysia-we-are-our-worst-enemy/ https://sabahmedia.com/2024/04/15/malaysia-we-are-our-worst-enemy/#respond Mon, 15 Apr 2024 02:40:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52564
Read Time:8 Minute, 22 Second

1.        Tidak lama dahulu, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Malaysia telah berjaya menarik serta meluluskan pelaburan berjumlah RM 329.5 billion untuk tahun 2023. Ini merupakan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

2.        Jumlah pelaburan tersebut terbahagi kepada: pelaburan asing (RM 188.5 billion: 57.2%), dan pelaburan domestik (RM 141 billion: 42.8%). Secara keseluruhan, ianya melibatkan 5,101 projek, yang di jangka akan menyediakan 127,000 peluang pekerjaan.

3.        Kejayaan ini bertetapan memandangkan pelaburan asing/ Foreign Direct Investment (FDI)ke Malaysia telah menunjukkan trend menurun untuk satu tempoh yang agak lama, dari tahun 2016 hingga 2020: RM 47 billion (2016), RM 40.4 billion (2017), RM 30.7 billion (2018), RM 31.7 billion (2019), RM 13.3 billion (2020), RM 50.4 billion (2021), RM 74.6 billion (2022).

4.        Secara kumulatif, antara tahun 2010 hingga 2023, Malaysia telah menerima pelaburan asing (FDI) berjumlah RM 1,067.6 billion. Ini bermakna, jumlah pelaburan asing untuk tahun 2023 (RM 188.5 billion) telah mencecah hampir 18% daripada jumlah kumulatif tersebut. Amat menakjubkan!

                                                                                         Sumber: The Star, 16 Jun 2023

5.        Namun begitu, tidak lama selepas berita pelaburan tersebut di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia Goodyear telah mengumumkan penutupan kilangnya bermula Jun 2024, setelah beroperasi sejak 1972. Penutupan kilang syarikat multinasional itu akan menyebabkan kehilangan kira-kira 550 pekerjaan. Keputusan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan transformasi untuk memastikan syarikat terus kekal sebagai peneraju industri.

6.        Berita tersebut telah mengejutkan banyak pihak memandangkan syarikat Goodyear telah beroperasi di negara ini sejak 1929. Malah, berita tersebut telah mendapat perhatian bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz. Antara lain, beliau menggesa Kerajaan Malaysia untuk meneliti fakta penuh mengenai jumlah, punca serta lokasi baru syarikat yang telah menutup operasi di Malaysia.

Namun begitu, sehingga kini tiada data terkini di maklumkan oleh Kerajaan Malaysia.

7.        Fakta menarik: Tan Sri Rafidah Aziz merupakan Menteri MITI yang paling lama berkhidmat dalam sejarah negara, iaitu dari tahun 1987 hingga 2008 (21 tahun). Beliau yang di kenali sebagai ‘Iron Lady’ merupakan Menteri Perdagangan yang di segani di seluruh dunia sebagai pakar perdagangan dan industri.

8.        Penutupan operasi syarikat bukanlah sesuatu yang baru, dan sering berlaku dari masa ke semasa. Keputusan menutup operasi boleh di sebabkan oleh pelbagai faktor dalaman/ internal syarikat, dan juga faktor luaran/ external syarikat. Ini termasuklah: peningkatan kos operasi, pengstrukturan syarikat, kemerosotan ekonomi global dan persaingan pasaran.

9.        Pada Mac 2023, semasa Persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri MITI Malaysia di laporkan berkata bahawa di antara tahun 2018 dan Julai 2022, sebanyak 93 syarikat pembuatan telah menamatkan operasi di Malaysia, dan menyebabkan kehilangan 17,648 pekerjaan.

10.      Sebagai contoh. Dalam tempoh 5 tahun, tiga pengilang rokok global telah menutup operasi kilang di Malaysia: Phillip Morris International (2012), British American Tobacco Malaysia (2016), JT International (2017). Ini bukan sahaja telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, malah negara telah kehilangan pelaburan dan kemerosotan ekosistem sokongan industri tersebut.

11.      Sebab utama penutupan kilang berkenaan adalah kerana saingan pasaran rokok haram yang berleluasa di Malaysia. Menurut laporan Kajian Rokok Seludup (ICS) yang di terbitkan pada Mei 2023 oleh Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), rokok haram menguasai 55.3% daripada pasaran rokok Malaysia. Pada masa yang sama, CMTM menganggarkan Kerajaan Malaysia kehilangan hasil cukai kira-kira RM 5 billion setahun.

12.      Sejak beberapa tahun kebelakangan, Malaysia seolah-olah telah kehilangan sinar dan daya-saing sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik. Di era kepesatan industrialisasi negara pada tahun 80an dan 90an, Malaysia merupakan destinasi pelaburan pilihan unggul di rantau ASEAN. Antara daya tarikan utama negara adalah: kestabilan politik, kos pelaburan yang rendah serta dasar mesra pelabur.

13.      Laporan United Nations Conference on Trade & Development (UNCTAD) menunjukkan bahawa, pada tahun 2019, Malaysia mendapat 5% sahaja daripada jumlah pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) yang di terima oleh rantau ASEAN. Majoriti pelaburan FDI berkenaan (lebih 80%) di monopoli oleh tiga negara, iaitu – Singapura, Indonesia dan Vietnam.

14.      Di samping itu, ASEAN Investment Report 2022 turut menunjukkan bahawa berbanding dengan jumlah keseluruhan pelaburan FDI yang di terima oleh ASEAN (2021: US$ 174 billion) dan (2020: US$ 127.3 billion), jumlah yang di terima oleh Malaysia kekal rendah:

  • 2021: US$ 11.6 billion: 6.7%
  • 2020: US$ 3.2 billion: 2.5%

Singapura, Indonesia dan Vietnam terus menduduki 3 tangga teratas, dengan memperolehi majoriti pelaburan FDI tersebut.

15.      Situasi berkenaan agak menghairankan kerana laporan World Competitiveness Ranking 2023, yang di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD), telah meletakkan Malaysia di tempat kedua di kalangan negara ASEAN: Singapura (4), Malaysia (27) Thailand (30), Indonesia (34) dan Filipina (52).

16.      Hakikatnya, Malaysia bukan lagi destinasi yang menawarkan kos pelaburan yang rendah. Malaysia sudah tidak dapat dan tidak sepatutnya bersaing dengan negara-negara ASEAN seperti Indonesia dan Vietnam, yang masih menawarkan kos pelaburan yang rendah. Di samping itu juga, Malaysia juga tidak wajar lagi bergantung kepada pelaburan nilai rendah/ low-value investment.

17.      Selaras dengan agenda Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia sewajarnya menumpukan usaha bersaing dengan Singapura untuk mendapatkan pelaburan nilai tinggi/ high-value investment. Ini termasuklah pelaburan di dalam industri berteknologi tinggi, seperti – artificial intelligence (AI), robotics, Internet of Things (IOT).

18.      Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia perlu meneliti dasar pelaburan yang boleh menempatkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan nilai tinggi. Ini termasuklah: birokasi kerajaan, insentif pelaburan, pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

19.      Pada masa yang sama, kestabilan politik negara mesti di utamakan, mengatasi lain-lain perkara. Jika negara ‘huru-hara’, sudah pasti pelabur akan menjauhkan diri serta tidak berminat untuk melabur, walaupun pelbagai tawaran lumayan mahupun insentif pelaburan di sediakan oleh Kerajaan Malaysia. Kestabilan politik memberi jaminan dan peace of mind kepada pelabur bahawa pelaburan besar mereka selamat, dan mereka boleh menjalankan urusan dengan tenang.  

20.      Secara am-nya, kestabilan politik memerlukan sebuah kerajaan yang memiliki kekuatan kuasa politik serta kepimpinan yang tegas dan berani bertindak untuk kebaikan rakyat. Dalam tempoh 6 tahun kebelakang (2018 – 2024), negara melalui pergolakan politik yang telah menyaksikan perubahan kerajaan memerintah dan Perdana Menteri sebanyak 5 kali. Malah, sehingga kini masih ada ura-ura bahawa kerajaan memerintah dan Perdana Menteri akan bertukar lagi. Khabar sebegini, walaupun tiada asas yang kukuh, boleh menghindar kemasukan pelaburan ke dalam negara.  

21.      Kekerapan perubahan kerajaan memerintah dan Perdana Menteri telah dan akan memberi mesej negatif kepada para pelabur. Apabila berlaku perubahan kepimpinan negara, pelabur bimbang dasar kerajaan akan turut berubah yang boleh menjejaskan pelaburan dan operasi mereka. Pelabur melabur jumlah yang besar untuk jangka masa panjang. Justeru itu, para pelabur mengkehendaki pelaksanaan dasar serta polisi kerajaan yang konsisten.   

22.      Tambahan lagi, kestabilan politik juga melibatkan aspek ketenteraman dan keselamatan awam, yang merangkumi isu 3R (Race, Religion, Royalty). Isu 3R, terutamanya race dan religion, senantiasa mendapat perhatian ramai serta menimbulkan reaksi hangat, yang akhirnya menyebabkan ketegangan kaum, agama dan politik. Malangnya, isu 3R ini seringkali di perkudakan oleh pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab, semata-mata untuk meraih sokongan politik dan mendapatkan kuasa politik. 

23.      Baru-baru ini, negara kecoh dengan isu stoking yang tertera kalimah Allah, yang di jual di kedai KK Mart. Ini telah menimbulkan kemarahan tinggi rakyat Malaysia beragama Islam. Semasa kekecohan isu tersebut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah tampil menuntut permohonan maaf dari KK Mart dan menggesa rakyat Malaysia memboikot KK Mart. Keberanian beliau mempertahankan agama Islam seharusnya di hormati oleh semua pihak. Namun begitu, kelantangan beliau telah menyemarakkan lagi ketegangan yang wujud, serta memburukkan situasi ketenteraman dalam negara.

24.      Semua rakyat Malaysia wajar menghayati titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, ketika melancarkan buku penulisan Tan Sri Rafidah Aziz berjudul ‘Rapid Fire Rafidah – Being Malaysian First’, pada Disember 2022. Baginda bertitah bahawa Malaysia tidak akan di musnahkan melalui peperangan, tetapi boleh di musnahkan oleh ‘common enemies’ atau musuh bersama yang mengandungi faktor-faktor berikut:

  • Tetapan minda yang negatif dan toksik
  • Sikap destruktif
  • Nilai sesat yang merupakan antitesis kepada nilai yang di terima secara universal
  • Kepercayaan yang tidak lagi relevan pada era semasa
  • Amalan yang tidak boleh di terima oleh sesiapapun
  • Sikap tamak yang menghakis nilai murni lantas mendorong kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa
  • Prasangka tanpa asas

25.      Baginda turut menitahkan agar generasi muda, terutama yang memilih berkecimpung dalam dunia politik, untuk menjadikan buku tersebut sebagai bahan rujukan dan kompas panduan.

26.      Justeru itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia wajar menerima saranan ini, dan membaca buku itu yang di tulis oleh seorang pemimpin yang berpengalaman luas di peringkat nasional dan global. Penghayatan buku tersebut boleh membina potensi beliau untuk menjadi pemimpin yang matang dan berwibawa, serta di hormati oleh seluruh rakyat Malaysia, samada kawan mahupun lawan.  

27.      We are our worst enemy!

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/15/malaysia-we-are-our-worst-enemy/feed/ 0 52564
Konflik Timur Tengah: BNM sedia pastikan pasaran kewangan kekal teratur https://sabahmedia.com/2024/04/15/konflik-timur-tengah-bnm-sedia-pastikan-pasaran-kewangan-kekal-teratur/ https://sabahmedia.com/2024/04/15/konflik-timur-tengah-bnm-sedia-pastikan-pasaran-kewangan-kekal-teratur/#respond Mon, 15 Apr 2024 02:22:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52561
Read Time:1 Minute, 0 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ia bersedia menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan.

“BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan,” jelasnya dalam kenyataan.

Bank pusat memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda.

Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur, tegasnya.

“Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan konflik di Timur Tengah dan juga keadaan pasaran kewangan, termasuk kesan yang berpotensi terhadap Malaysia.

“Kerajaan akan bertindak dengan bijak untuk memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” kata Anwar yang juga menteri kewangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/15/konflik-timur-tengah-bnm-sedia-pastikan-pasaran-kewangan-kekal-teratur/feed/ 0 52561
Kerajaan pantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel – Anwar https://sabahmedia.com/2024/04/14/kerajaan-pantau-rapat-perkembangan-konflik-iran-israel-anwar/ https://sabahmedia.com/2024/04/14/kerajaan-pantau-rapat-perkembangan-konflik-iran-israel-anwar/#respond Sun, 14 Apr 2024 13:17:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52551
Read Time:1 Minute, 10 Second

CYBERJAYA — Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan terkini yang berlaku di Asia Barat dan kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mengadakan mesyuarat khas petang tadi bagi membincangkan situasi terkini di rantau Asia Barat.

Mesyuarat khas itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta pegawai tertinggi kerajaan.

Jelasnya, serangan dilancarkan Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.

“Ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Tegasnya, Malaysia berpendirian semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Asia Barat tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat.

“Semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau itu,” katanya.

Beliau berkata, sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia kekal teguh dengan pendiriannya untuk bersama dengan warga Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut ini.

“Sekarang adalah ketikanya untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak menamatkan ketegangan,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/14/kerajaan-pantau-rapat-perkembangan-konflik-iran-israel-anwar/feed/ 0 52551