Kerajaan Persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Apr 2026 06:55:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerajaan Persekutuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan https://sabahmedia.com/2026/04/06/kerajaan-negeri-hormati-keputusan-mahkamah-rayuan/ https://sabahmedia.com/2026/04/06/kerajaan-negeri-hormati-keputusan-mahkamah-rayuan/#respond Mon, 06 Apr 2026 06:54:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94359
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi untuk menyemak geran khas bagi Tempoh Terlepas (Lost Years) serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari bagi pembayaran hak Sabah sebanyak 40 peratus sementara menunggu rayuan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun prosiding mahkamah sedang berjalan, adalah diharapkan rundingan akan diteruskan dengan niat baik ke arah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, perintah penangguhan yang diberikan adalah bersifat prosedural dan mengekalkan status quo sehingga rayuan Kerajaan Persekutuan didengar.

“Ia tidak mengetepikan Perintah Mahkamah Tinggi sedia ada. Walaupun perintah Mahkamah Tinggi untuk mengadakan semakan adalah bagi Tempoh Terlepas [1974–2021], ia tidak seharusnya menghalang semakan bagi tahun-tahun semasa memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak mempertikaikan formula 40 peratus serta keperluan untuk mengadakan semakan,” katanya.

Ketua Menteri mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang membantah penangguhan Perintah Mahkamah Tinggi tersebut, namun menegaskan bahawa kerajaan tetap menghormati keputusan terbaharu mahkamah.

“Ini adalah satu proses yang sedang berjalan dan Kerajaan Negeri akan terus berbincang serta mencari penyelesaian,” tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan Persekutuan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober 2025 berhubung hak perlembagaan Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah berjanji untuk menghormatinya.

Tarikh tentafif bagi pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan adalah antara 27 hingga 30 Oktober 2026 dan satu e-Review ditetapkan pada 13 April 2026 bagi mengesahkan tarikh sebenar pendengaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/06/kerajaan-negeri-hormati-keputusan-mahkamah-rayuan/feed/ 0 94359
Kerajaan Persekutuan bantu Sabah dari segi pembiayaan, selesai isu masalah bekalan air – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/05/16/kerajaan-persekutuan-bantu-sabah-dari-segi-pembiayaan-selesai-isu-masalah-bekalan-air-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/05/16/kerajaan-persekutuan-bantu-sabah-dari-segi-pembiayaan-selesai-isu-masalah-bekalan-air-hajiji/#respond Tue, 16 May 2023 08:27:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34495
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri sedang melaksanakan rancangan kita sendiri untuk menangani masalah air tersebut dan dengan kehadiran Kerajaan Persekutuan untuk memberikan bantuan, kami percaya masalah itu boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri.

“Apa yang Perdana Menteri maksudkan ialah Kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pengurusan masalah dengan menyediakan pembiayaan yang lebih besar sama dengan
isu air di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan memandang serius masalah bekalan air di Sabah dan termasuklah akan menyelesaikan semua isu dengan cepat, kata Hajiji ketika bertemu dengan Perdana Menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/16/kerajaan-persekutuan-bantu-sabah-dari-segi-pembiayaan-selesai-isu-masalah-bekalan-air-hajiji/feed/ 0 34495
Percepatkan pelaksanaan baki pakej Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/05/15/percepatkan-pelaksanaan-baki-pakej-projek-pembinaan-lebuhraya-pan-borneo-di-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/percepatkan-pelaksanaan-baki-pakej-projek-pembinaan-lebuhraya-pan-borneo-di-sabah-hajiji/#respond Mon, 15 May 2023 11:23:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34431
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan isu semasa termasuklah mengenai perkembangan terkini Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Hajiji berkata, dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo masih belum dimulakan.

Ketua Menteri turut berbincang dengan Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi tentang cara meningkatkan produktiviti ladang koko di Sabah.

Hadir sama ialah Menteri di Perdana Menteri Jabatan yang menjaga Hal Ehwal dan Tugas-tugas Khas Sabah dan Sarawak Datuk Armizan Mohd Ali serta Timbalan Menteri, Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching,

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/percepatkan-pelaksanaan-baki-pakej-projek-pembinaan-lebuhraya-pan-borneo-di-sabah-hajiji/feed/ 0 34431
Pelantikan Anifah tanda sokongan Kerajaan Persekutuan untuk bantu Labuan – Webley https://sabahmedia.com/2023/05/10/pelantikan-anifah-tanda-sokongan-kerajaan-persekutuan-untuk-bantu-labuan-webley/ https://sabahmedia.com/2023/05/10/pelantikan-anifah-tanda-sokongan-kerajaan-persekutuan-untuk-bantu-labuan-webley/#respond Wed, 10 May 2023 13:20:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34132
Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Seri Anifah Aman sebagai Ahli Dewan Negara dengan kuota Labuan adalah tanda sokongan Kerajaan Persekutuan kepadanya untuk membantu rakyat Labuan.

Setiausaha Agong Parti Cinta Sabah Datuk Webley Disim berkata, lantikan Anifah disyorkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak ada orang boleh mempertikaikannya lagi.

Webley membuat kenyataan bagi membidas kenyataan Lau Seng Kiat dan Julius Elias yang mempertikaikan pelantikan Anifah sebagai Senator dengan menggunakan kuota Labuan.

“Baru sebulan setengah lantikan Anifah sebagai Senator. Berilah dia masa untuk dia membuktikan bahawa dia boleh bekerja untuk rakyat Labuan.

“Beliau telahpun mula mengadakan sesi pertemuan bersama-sama agensi-agensi Kerajaan, agensi bukan kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat Labuan bagi mendengar masalah rakyat Labuan dan seterusnya membawa suara rakyat Labuan ke peringkat atasan,” kata Webley dalam satu kenyataan hari ini.

Webley turut menyatakan rasa kesangsian kerana orang-orang yang mempertikaikan pelantikan Anifah juga bukan merupakan orang Labuan.

“Lau bukanlah orang Labuan dan pada mulanya, Datuk Wong daripada Labuan Chinese Chamber of Commerce pun bukannya orang Labuan.

“Saya merasakan bahawa terdapat anasir-anasir luar yang sedang cuba untuk menyerang Anifah secara peribadi untung mencapai agenda tertentu,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan Anifah sebagai Ahli Dewan Negara berlainan dengan Ahli Dewan Rakyat.

“Ahli Dewan Negara hanya membahaskan apa yang telah diluluskan di Dewan Rakyat. Sekiranya rakyat Labuan mahu membawa isu-isu penting, mereka harus membawanya kepada Ahli Dewan Rakyat mereka.

“Namun, ini tidak bermakna Anifah tidak akan mendengar suara rakyat Labuan. Beliau telah menjawat jawatan Menteri Persekutuan lebih dari 10 tahun dan beliau mempunyai ramai rakan-rakan dalam Kabinet. Masalah rakyat Labuan akan disuarakan kepada rakan-rakannya dalam Kabinet,” jelasnya.

Webley turut mempersoalkan kenapa sejak kebelakangan ini, hanya Anifah sahaja yang dipertikaikan?

“Mengapakah aktivis-aktivis ini tidak mempertikaikan pemimpin-pemimpin tempatan yang lain,” soalnya.

Webley turut menyatakan bahawa masalah-masalah yang dihadapi penduduk Labuan adalah masalah yang diwarisi.

“Masalah-masalah dan isu-isu itu bukanlah baru. Anifah mewarisi masalah-masalah ini dari pemimpin yang lama.

“Sudah beberapa Menteri Wilayah Persekutuan dari zaman Barisan Nasional hinggalah sekarang, namun masalah Labuan masih belum diselesaikan.

“Terdapat ramai juga Senator dan Ahli-Ahli Parlimen Labuan selama ini yang berasal dari Labuan namun masalah-masalah Labuan masih kekal.

“Bagaimanakan Anifah dapat menyelesaikannya dalam masa kurang dua bulan sedangkan pemimpin-pemimpin lama tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah itu,” ujarnya.

Webley juga menyatakan bahawa kenyataan Lau bahawa Anifah merupakan ahli politik yang gagal kerana PCS tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu adalah berniat jahat kerana PCS tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

“Mereka mungkin tidak berpuas hati dengan lantikan Anifah tetapi janganlah membuat kenyataan melulu dan tidak professional. Anifah dilantik atas kapasiti pengalaman beliau, pencapaian beliau selama ini dan kepedulian beliau terhadap rakyat termasuklah hak rakyat seperti Perjanjian Malaysia 1963 bahkan hak Malaysia di persada dunia turut diperjuangkan beliau. Pencapaian beliau telah terbukti namun mereka yang mengkritik beliau saya ingin bertanya apa pencapaian mereka selama ini?,” jelasnya.

Webley turut berkata bahawa lantikan Anifah adalah kerana pengalaman dia dan tidak ada kena mengena dengan kejayaan atau kegagalan parti politiknya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/10/pelantikan-anifah-tanda-sokongan-kerajaan-persekutuan-untuk-bantu-labuan-webley/feed/ 0 34132
Kerajaan Persekutuan digesa percepat tambah baik infrastruktur & fasiliti awam di sabah https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/#respond Fri, 24 Mar 2023 07:10:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31409
Read Time:3 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan menggesa Kerajaan Persekutuan percepatkan penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan (Nusantara).

Katanya, rakyat Sabah mengharapkan agar infrastruktur dan fasiliti awam di Sabah juga “on par” dan setanding dengan negara jiran itu.

“Sesuai dengan saranan Titah Diraja supaya pihak kerajaan menyediakan peruntukan kewangan untuk infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti, saya menegaskan sekali lagi, bahawa penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang berkualiti di Sabah hendaklah dipercepatkan berikutan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke wilayah Kalimantan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Bobbey juga mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk duduk semeja dan menyelesaikan dengan kadar segera masalah kesesakan lalu lintas akibat daripada kekurangan kawasan parkir (kawasan letak kereta) di hospital-hospital kerajaan khususnya di Hospital Queen Elizabeth 1 dan Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu yang sudah berlarutan bertahun-tahun.

Menurutnya, ini adalah kerana kapasiti dan kapabiliti kawasan letak kereta sedia ada tidak dapat menampung jumlah pesakit dan orang awam yang berkunjung iaitu dalam lingkungan 1,000 sehingga 21,000 orang sehari.

“Saya mengharapkan permasalahan ini dapat diatasi dengan kadar segera demi kepentingan rakyat”, tegasnya.

Beliau juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah bagi menoktahkan masalah pendatang asing tanpa izin yang menimbulkan pelbagai masalah sosial di Sabah.

“Antaranya seperti masalah peminta sedekah oleh anak-anak pendatang asing tanpa izin yang menganggu laluan lalu lintas di kawasan bandaraya, masalah air yang disebabkan penyambungan paip secara haram sehinggalah pembinaan tanah perkuburan haram di kawasan merbahaya pencawang elektrik.

“Dengan adanya Pejabat Konsulat Jeneral Filipina di Sabah, saya mengharapkan agar masalah ini ditangani segera. Ini selaras dengan Titah Diraja berkenaan isu-isu pendatang asing tanpa izin dan pelarian, termasuk pemohon suaka yang patut segera ditangani dengan tegas oleh pihak kerajaan demi memastikan negara terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman supaya Malaysia kekal aman, sejahtera dan berdaulat”, tambahnya.

Bobbey berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu menggariskan matlamat dan strategi khusus bagi membebaskan Sabah daripada menjadi wilayah paling perlahan pertumbuhan ekonominya serta memiliki paras kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Katanya, status Sabah sebagai wilayah termiskin seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Isu kemiskinan di Sabah terlalu kompleks yang memerlukan pendekatan lebih komprehensif mengikut kawasan dan keperluan lebih inklusif mengikut daerah.

“Kerajaan Pusat harus menggariskan pendekatan mikro secara bersinkronisasi dengan kerajaan negeri melalui agenda pemerkasaan ekonomi, pendigitalan dan penerimagunaan teknologi serta keusahawanan supaya usaha membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dapat direalisasikan segera demi manfaat Wilayah Sabah.

“Kini, saya hanya mengharapkan, menunggu dan melihat apa pendekatan dan cara pihak kerajaan sekarang untuk mengeluarkan 8 buah daerah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Pitas, Telipud, Beluran, Tongod dan Nabawan yang termundur dan miskin di Sabah dalam masa dua tahun ini, sehingga tahun 2025”, tegasnya.

Selaku anak jati Sabah, beliau menzahirkan ucapan penghargaan ke atas Titah Diraja yang khusus memfokuskan kepada tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagi saya, perkara MA63 ini tidak lagi banyak yang diceritakan kerana ianya sudah dalam peringkat perlaksanaan. Dua peringkat telah kita lalui, iaitu peringkat pertama, dimana pemimpin-pemimpin kita terdahulu telah memperhalusi dan memuktamadkan perjanjian MA63 ini, kemudian peringkat kedua dimana kita telah memasukkannya dalam perlembagaan Malaysia.

“Kini MA63 telah pun menjadi sebahagian daripada perlembagaan negara ini. Hari ini ia seharunya dalam peringkat perlaksanaan perlembagaan, tidak patut ianya dipertikaikan lagi. Laksanakan sahaja apa yang termaktub dalam perlembagaan ini dengan segara secara tuntas”, tegas Bobbey.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah dengan mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong sepenuhnya Titah Diraja yang menegaskan agar kerajaan menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak demi untuk menggiatkan aktiviti pembangunan dan pemerkasaan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-persekutuan-digesa-percepat-tambah-baik-infrastruktur-fasiliti-awam-di-sabah/feed/ 0 31409
Kerajaan Persekutuan digesa kaji semula dasar percukaian di Labuan – Masiung https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/#respond Mon, 13 Mar 2023 06:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30746
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan sewajarnya mengkaji semula dasar percukaian yang menyumbang kepada kelembapan ekonomi Labuan menyebabkan status bebas cukai di pulau itu semakin terhakis.

” Labuan akan terus ketinggalan dari arus perdana ekonomi jika kerajaan tidak mengembalikan sepenuhnya status bebas cukai di pulau itu, ” demikian menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.

Katanya, meskipun Labuan dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa yang terpenting di rantau ini, tapi pulau itu kini telah kehilangan seri umpama ‘bandar tua’ yang ditinggalkan.

“Pulau mutiara itu suatu ketika dahulu merupakan destinasi percutian terkenal dengan pusat beli belah bebas cukai yang murah, namun kini bertukar sebagai bandar lembap, ” kata Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) bertaraf menteri itu diminta mengulas isu percukaian di Labuan setibanya di Kota Kinabalu selepas mengetuai rombongan para pemimpin daerah Tongod ke Kuala Lumpur, semalam.

“Labuan tiada lagi tarikan pengunjung kerana harga barang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

“Status Labuan sebagai pulau bebas cukai sudah semakin terhakis berikutan kerajaan telah menyenaraikan produk tembakau, rokok dan minuman beralkohol sebagai barangan yang dikenakan cukai sejak 1 Januari 2021, ” katanya.

Menurut Masiung, sekarang hanya makanan ringgan seperti coklat, gula-gula dan keropok sahaja yang dikecualikan cukai itupun harganya hampir sama di Sabah.

Beliau berkata, Labuan tersepit dengan masalah ekonomi yang lembap. Punca utama harga bahan mentah tinggi adalah kos pengangkutan.

“Kerana hampir semua barangan pengguna diangkut dari tanah besar Sabah menggunakan jalan darat kemudian merentasi lautan menaiki feri dari Menumbok,” jelasnya.

Masiung berkata, kebanyakan kargo dari semenanjung Malaysia dan luar negara di hantar terus ke tanah besar Sabah, menyebabkan pelaburan di pulau mutiara itu terus sepi meniti senja.

Mengulas lanjut isu tersebut, penduduk Labuan sudah bersuara melalui dewan-dewan perniagaan dan forum kebangsaan namun belum ada respon positif dari Putrajaya.

Katanya lagi, suatu ketika lalu Ahli Parlimen Labuan juga pernah membawa usul ke Dewan Rakyat sebagai isyarat kepada Putrajaya memulangkan kembali Labuan di bawah pentadbiran kerajaan wilayah Sabah.

Dasar baharu percukaian sekarang merupakan satu deskriminasi ekonomi kepada penduduk Labuan yang perlu dikongsi bersama dengan pengunjung luar.

Masiung mengesa Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menstrukturkan semula dasar baharu percukaian di Labuan dan mengembalikan semua statusnya sebagai pulau bebas cukai sepenuhnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/feed/ 0 30746
Kerajaan Persekutuan, Mindef digesa ambil langkah tegas isu pencerobohan perairan Malaysia di Laut China Selatan – Ruslan https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/#respond Tue, 03 Jan 2023 14:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27339
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan khususnya Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan (Mindef) diharap dapat mengambil langkah tegas susulan siri pencerobohan tentera China di perairan Malaysia di Laut China Selatan ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Ruslan Muharram berkata, pencerobohan yang berlaku sejak sekian lama dan kini semakin kerap telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, terbaru, pihak US Indo-Pacific Command telah mengeluarkan imej pintasan pesawat tempur tercanggih iaitu J-11 milik Tentera Laut China di ruang udara antarabangsa di laut China Selatan, baru-baru ini.

Menurutnya, imej itu dirakam pada 21 Disember 2022, baru-baru ini namun tiada sebarang reaksi dari Wisma Putra setelah 72 jam berlalu sejak laporan rasmi media antarabangsa Agensi Reuters dikeluarkan mengenai insiden itu.

“Kita ingin tahu sejauh mana situasi ini mengancam kedaulatan negara khususnya kedudukan Sabah dan Sarawak serta apakah tindakan susulan Wisma Putra untuk tangani isu yang sudah berlaku sekian lama?,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.(3 Januari)

Ruslan turut menggesa Wisma Putra serta Mindef memberikan penjelasan dan kenyataan segera berkaitan isu berkenaan kerana ia turut melibatkan keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, pihaknya sebelum ini telah bangkitkan isu sama kepada kerajaan sebelumnya dan amat berharap kerajaan persekutuan kali ini lebih peka serta tegas dalam isu terbabit.

“Segala kepentingan negara di perairan kita di Laut China Selatan khususnya melibatkan industri minyak dan gas serta perikanan perlu terjamin daripada sebarang ancaman luar khususnya China.

“Dikhuatiri, kita bakal kehilangan segala aset kita di rantau Laut China Selatan jika Malaysia terus-terusan berdiam diri atau berlembut dalam isu pencerobohan tentera China ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, Ruslan menyeru kerajaan menempatkan aset pertahanan terbaik di Sabah dan Sarawak demi keselamatan rakyat di kedua-dua wilayah yang menjadi benteng hadapan jika berlaku sebarang konflik berkaitan isu terbabit di masa depan.

Katanya, pencerobohan sejak tahun 2013 oleh pihak ketenteraan serta maritim China sebagaimana dilaporkan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) termasuk laporan media lainnya, membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati.

Menurutnya, situasi sama turut dialami negara Asean lainnya hingga mereka mengambil langkah memperkukuhkan aset ketenteraan di perairan negara masing-masing di rantau tersebut.

“Kita perlu lakukan tindakan sama kerana ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekaligus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

“Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/03/kerajaan-persekutuan-mindef-digesa-ambil-langkah-tegas-isu-pencerobohan-perairan-malaysia-di-laut-china-selatan-ruslan/feed/ 0 27339
Kerajaan Persekutuan Digesa Teliti Harga Tiket Penerbangan Yang Tinggi https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/#respond Wed, 13 Apr 2022 12:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14216
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tambang penerbangan yang tinggi telah meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari sini atau sebaliknya.

Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tambang penerbangan domestik.

“Sama ada untuk bekerja atau beriadah, tambang penerbangan yang tinggi telah memberi cabaran kepada individu dan keluarga.

“Ini juga tidak sesuai dengan aspirasi untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Sabah memandangkan sempadan negara telah dibuka semula pada 1 April,” katanya.

Menurut Hajiji, Kabinet Negeri telah membincangkan perkara itu semasa mesyuarat mingguannya di sini hari ini dan melihat kenaikan tambang penerbangan yang keterlaluan.

Beliau berkata, laporan kenaikan harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah baru-baru ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri telah menimbulkan kebimbangan dan Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan meneliti perkara itu.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan melihat perkara itu segera dan mengurangkan harga tiket yang dilaporkan melonjak kepada sekitar 566 peratus berbanding tambang penerbangan bukan musim perayaan untuk laluan yang sama.

“Ramai rakyat Sabah sama ada belajar atau bekerja di semenanjung dan kebanyakan mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Tetapi dengan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi, ramai yang tidak dapat pulang ke tanah air semata-mata kerana tidak mampu. Ia membebankan rakyat, justeru, kami di Kabinet Negeri merasakan pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak,” tegasnya.

“Terdapat juga laporan bahawa harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah lebih mahal daripada beberapa destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/feed/ 0 14216
Sabah Terima RM58.5 Juta Dari Kerajaan Persekutuan https://sabahmedia.com/2022/01/28/sabah-terima-rm58-5-juta-dari-kerajaan-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2022/01/28/sabah-terima-rm58-5-juta-dari-kerajaan-persekutuan/#respond Fri, 28 Jan 2022 06:13:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11645
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima peruntukan sejumlah RM58,546,046 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk bayaran elaun kepada Imam, guru takmir, guru KAFA, bilal serta siak.

Upacara penyerahan cek replika disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya pada Jumaat. (28 Jan)

Peruntukan ini adalah untuk menjamin kebajikan mereka terjaga dan sebagai penghargaan terhadap jasa mereka sebagai penggerak komuniti dalam menegak syiar Islam menerusi pendidikan keagamaan dan pengukuhan peranan institusi masjid.

“Meskipun pertemuan hari ini singkat namun ia padat dengan idea dan cadangan bagi menambah baik pengurusan serta pembangunan hal ehwal agama Islam terutamanya di Sabah,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/28/sabah-terima-rm58-5-juta-dari-kerajaan-persekutuan/feed/ 0 11645
Kerajaan Persekutuan Diminta Bantu Pekerja Yang Berulang Alik Sabah – Labuan https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/#comments Fri, 10 Sep 2021 11:35:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6112
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta untuk membantu mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi penduduk Sabah yang sering berulang alik ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi atas urusan kerja.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) Yahya Ahmad berkata, hampir 100 penduduk negeri ini yang bekerja sebagai kakitangan awam dan swasta berdepan pelbagai masalah khususnya ketika peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ketika ini Labuan sudah memasuki PPN Fasa keempat manakala Sabah kekal pada fasa kedua dan sudah pasti prosedur operasi standard (SOP) adalah berbeza. Pihak kami menerima pelbagai aduan dan rungutan berhubung perkara ini.

“Saya difahamkan juga Pengarah Kesihatan Labuan juga mahu SOP diperketatkan untuk memastikan Labuan mencapai sifar COVID-19. Dengan peralihan fasa ini, mereka akan menghadapi masalah bebanan berganda selain menanggung kos ujian calitan COVID-19 sendiri setiap kali hendak masuk ke Labuan,” katanya.

Yahya berkata, pihaknya turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi pekerja terbabit dan menggesa agar Pengarah Kesihatan Labuan dapat mempertimbangkan dan perlu membantu memudahcara seperti ujian calitan COVID-19 secara percuma di klinik atau hospital kerajaan.

Katanya, pihaknya juga mahu tempoh wajib ujian calitan COVID-19 itu dijarakkan dalam tempoh dua minggu sekali dan kemudian kuarantin mereka perlu ada pendekatan mudahcara.

“Saya difahamkan, 100 orang pekerja ini sudahpun mendapat dua dos vaksin lengkap maka dengan menjaga SOP setiap masa iaitu pergerakan masuk dan keluar rasanya tidak menjadi masalah tentu mereka faham moral tuntutan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Yahya berkata, kesemua pekerja ini juga rata-rata tidak mempunyai rumah sendiri di Labuan selain hanya akan berulang-alik ke Sabah.

Katanya, rata-rata pekerja yang bekerja di Labuan adalah berasal dari Menumbok; Beaufort; Kuala Penyu dan Membakut.

“Saya berharap agar jasa baik kerajaan persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan campur tangan dalam menangani masalah tersebut supaya dapat diselesaikan dengan segera,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/kerajaan-persekutuan-diminta-bantu-pekerja-yang-berulang-alik-sabah-labuan/feed/ 1 6112