Keras – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Apr 2024 09:46:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keras – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta tumpas https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/#respond Thu, 25 Apr 2024 09:46:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53512
Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan lima kontena berisi minuman keras bernilai lebih RM450,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM1.9 juta dalam satu operasi selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, untuk tempoh tiga hari operasi iaitu 16, 17 dan 18 April lalu, hasil maklumat Cawangan Risikan, sepasukan anggota daripada Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sapanggar telah berjaya menahan lima buah kontena berisi pelbagai jenis minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan anggaran nilai RM473,064.76, manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM1,935,196.87.

Mohd Nasir (dua kiri) menunjukkan pelbagai jenis minuman keras yang dirampas pada sidang media di sini, hari ini.

“Namun demikian, modus operandi bagi kelima-lima kes ini adalah membuat pengikraran palsu bagi tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil daripada maklumat perkapalan lima kontena ini dipercayai adalah datang dari dua buah negara iaitu Hong Kong dan Singapura.

Mohd Nasir juga tidak menolak kemungkinan minuman keras ini dibawa masuk ke negeri ini untuk perayaan-perayaan tertentu namun demikian pihak JKDM akan menjalankan operasi penyeludupan dan penyeleweng secara berterusan bukan sahaja pada hari perayaan tertentu.

“Kita akan sentiasa memantu aktiviti penyeludupan ini dan operasi kita secara berterusan cuma apabila kita melalui tempoh perayaan-perayaan kita ada fokus-fokus tertentu.

“Operasi kita kalau ada perayaan tertentu, fokus kita kepada komuniti-komuniti tertentu tapi untuk membenteras penyeludupan, penyelewengan, operasi kita adalah secara berterusan namun pada perayaan khusus ada operasi khusus,” jelasnya.

Beliau berkata, kelima-lima kes sedang disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Nasir menasihatkan orang ramai agar memberi kerjasama membenteras penyeludupan ini dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/cubaan-seludup-minuman-keras-bernilai-rm450000-duti-cukai-lebih-rm1-9-juta-tumpas/feed/ 0 53512
Kerajaan GRS Bekerja Keras Bawa Kemajuan Pada Tahun 2022 https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/#respond Thu, 23 Dec 2021 09:43:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10236
Read Time:2 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih komited dan bekerja keras membawa kemajuan kepada Sabah serta rakyatnya walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pandemik ini telah membawa banyak cabaran tetapi kita telah melakukan yang terbaik untuk menanganinya termasuk krisis ekonomi dan kesihatan selama hampir dua tahun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan sumbangan kepada salah seorang orang kurang upaya sempena sambutan Hari Krismas 2021 kepada penduduk di Sulaman dan Pantai Dalit, di Kampung Serusop, di Tuaran pada Khamis.

“Kerajaan negeri tidak pernah goyah dalam usaha melaksanakan pelan pembangunan walaupun ketika krisis dan kita akan meneruskannya dengan bersungguh-sungguh pada tahun 2022 untuk memastikan agenda pembangunan seperti yang kita gariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Belanjawan 2022 negeri berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut Hajiji, pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju SMJ di bawah kerajaan negeri GRS yang dilancarkan dengan jayanya pada bulan Mac lalu, telah menyaksikan pemeteraian tiga pelaburan berskala besar bernilai RM10 bilion iaitu Lok Kawi Resort City, pembinaan kilang pengeluaran kerajang tembaga dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

“Semua ini amat penting dan akan membawa impak yang besar kepada rakyat Sabah serta ekonomi negeri,” katanya dalam perutusannya sempena sambutan Krismas 2021 dan Tahun Baharu 2022.

“Kerajaan negeri tidak pernah berhenti mencari lebih banyak lagi pelaburan berimpak tinggi dan beberapa lagi perbincangan masih dijalankan antara pelabur bersama kerajaan negeri untuk membawa pelaburan ke Sabah, sambil menambah bahawa negeri ini berada di landasan yang betul untuk menjadi pusat pangkalan data pelabur kepada ASEAN seiring kerangka pembangunan kerajaan GRS menerusi platform Hala Tuju SMJ.

“Apabila cadangan pelaburan ini dimuktamadkan, ia akan membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi negeri kita untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negeri,” ujarnya.

Hajiji turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Sabah atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada kerajaan negeri GRS untuk memimpin serta membangunkan negeri ini, dan meminta mereka agar terus menjaga keamanan serta kestabilan bagi memastikan Sabah dapat menarik lebih ramai pelabur berpotensi ke negeri ini.

Katanya, kelulusan sebulat suara Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 di Parlimen baru-baru ini, adalah satu peristiwa penting yang akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, Hajiji menyatakan beberapa tuntutan lain dari Sabah telah berjaya diselesaikan
melalui Majlis Khas mengenai MA63, sambil menambah bahawa penurunan kuasa kepada Sabah untuk pengeluaran lesen penangkatan ikan laut dalam adalah salah satu bukti bahawa hak dan keistimewaan Sabah, seperti yang diperuntukkan di bawah MA63, telah diiktiraf.

Sebagai penutup tirai bagi tahun yang produktif ini, kata Hajiji, kejayaan lain ialah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara kerajaan negeri dan PETRONAS yang menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Hasilnya juga adalah penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd, iaitu syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, sambil menambah bahawa kerajaan negeri juga dalam proses memuktamadkan Pelan Induk Gas Sabah dengan PETRONAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berharap sambutan Krismas akan mengukuhkan perpaduan, toleransi beragama dan saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta agama di negeri.

Hajiji turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu 2022 kepada semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/kerajaan-grs-bekerja-keras-bawa-kemajuan-pada-tahun-2022/feed/ 0 10236