kereta terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Apr 2025 12:04:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kereta terbabas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kereta terbabas jatuh gaung, seorang lelaki cedera ringan https://sabahmedia.com/2025/04/05/kereta-terbabas-jatuh-gaung-20-kaki-seorang-lelaki-cedera-ringan/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/kereta-terbabas-jatuh-gaung-20-kaki-seorang-lelaki-cedera-ringan/#respond Sat, 05 Apr 2025 11:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71510
Read Time:1 Minute, 40 Second

RANAU: Sebuah kereta jenis Perodua Axia dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Kinarasan, Jalan Ranau-Tambunan pada petang Sabtu (5 April).

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian(JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.46 petang menerusi talian MERS999, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll (PBKII) Waslie Saupin, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.00 petang bersama lima anggota, dibantu oleh agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Siasatan awal mendapati, kenderaan dinaiki lima lelaki dewasa itu dipercayai terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Empat lagi mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.30 petang setelah pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya lain di kawasan kejadian.

Sementara itu, di lokasi berlainan, dua individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kubang Pinang, Semporna pada petang Sabtu.

Menurut kenyataan PGO JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.17 petang menerusi talian MERS999.

Sepasukan lima anggota dari BBP Semporna bersama sebuah jentera LFRT telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBKII Asmarie Nordanig berkata, kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Axia, Perodua Alza dan Isuzu DMAX.

“Hasil siasatan mendapati dua mangsa yang menaiki Perodua Axia mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera EMRS dan ambulans KKM untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu dan penumpang Isuzu DMAX serta Perodua Alza tidak mengalami kecederaan. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.11 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/kereta-terbabas-jatuh-gaung-20-kaki-seorang-lelaki-cedera-ringan/feed/ 0 71510
Wanita maut, 2 cedera, kereta terbabas ke longkang https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/#respond Mon, 03 Jun 2024 20:25:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55453
Read Time:1 Minute, 9 Second

PAPAR: Seorang wanita maut manakala dua lagi mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Kawang, Kinarut petang kelmarin (3 Jun).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 mengenai kemalangan itu pada jam 4.46 petang.

“Sebaik menerima laporan, pasukan bomba seramai 11 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi PBK II Mohd Hamdani Mohd Harith melaporkan, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Pesona telah hilang kawalan akibat permukaan jalan raya yang licin lalu terbabas sendiri ke longkang. Jarak dari jalan raya ke longkang adalah lebih kurang 50 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, dalam kemalangan itu terdapat seorang wanita berusia 44 tahun telah tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala terdapat dua lagi mangsa lelaki berusia 16 dan 39 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Salah seorang mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh Pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat. Seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi.

“Kedua-dua mangsa telah diberikan perawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Papar dengan menaiki ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/wanita-maut-2-cedera-kereta-terbabas-ke-longkang/feed/ 0 55453
Pemandu, penumpang terselamat, brek tidak berfungsi, kereta terbabas https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/#respond Sun, 25 Feb 2024 09:57:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50091
Read Time:1 Minute, 7 Second

PAPAR: Seorang remaja lelaki yang membawa seorang penumpang nyaris maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di Kilometer 37, Jalan Kimanis – Keningau pada Sabtu (24 Feb).

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu , pemandu berusia 17 tahun memandu kenderaan Perodua Myvi bersama seorang penumpang wanita berusia 24 tahun, dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu dan apabila sampai di tempat kejadian, semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek keretanya tidak berfungsi sehingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dan penumpang itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sehubungan dengan itu Kamaruddin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya berhati-hati terutama apabila melalui jalan berbukit terutama di Jalan Kimanis-Keningau.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa keadaan brek kenderaan dan selenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut. İni disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan sememangnya lokasi yang kerap berlakunya kemalangan jalanraya.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Semalam, paparan video berdurasi 29 saat mengenai kejadian kemalangan tersebut tular di media sosial menerusi laman Facebook Video DashCam Sabah ILLS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/feed/ 0 50091