keretapi tenom – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Mar 2026 06:28:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png keretapi tenom – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPNS beri sokongan emosi kepada guru, murid terlibat insiden kereta api Tenom–Pangi https://sabahmedia.com/2026/03/06/jpns-beri-sokongan-emosi-kepada-guru-murid-terlibat-insiden-kereta-api-tenom-pangi/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/jpns-beri-sokongan-emosi-kepada-guru-murid-terlibat-insiden-kereta-api-tenom-pangi/#respond Fri, 06 Mar 2026 06:28:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92739
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang memberikan sokongan emosi kepada guru dan murid yang terlibat dalam insiden kereta api di laluan Tenom–Pangi baru-baru ini bagi memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin berkata, pihaknya bersyukur kerana semua individu yang terlibat dalam kejadian itu selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, seramai 12 guru termasuk kakitangan sokongan sekolah terlibat dalam kejadian berkenaan dan kini sudah kembali menjalankan tugas seperti biasa.

“Kita bersyukur kerana semua guru, murid dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) selamat. Buat masa ini, proses memberi sokongan emosi kepada guru-guru yang terlibat sedang dilaksanakan.

“Walaupun melalui pengalaman mencemaskan, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah terbabit tetap berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Raisin berkata, setakat ini tiada guru dilaporkan mengalami trauma sehingga tidak mampu meneruskan tugas kerana semua mereka sudah kembali berada di sekolah.

Mengulas mengenai isu pengangkutan, Raisin berkata,  kereta api merupakan satu-satunya pengangkutan utama yang digunakan oleh guru dan penduduk kampung di kawasan berkenaan.

“Laluan itu memang bergantung kepada kereta api. Bukan sahaja guru, malah penduduk kampung juga menggunakan pengangkutan yang sama.

“Jika perkhidmatan kereta api boleh digunakan semula, maka ia akan terus digunakan kerana tiada pilihan lain selain menggunakan motosikal atau troli di laluan tersebut,” katanya.

Beliau turut memaklumkan hasrat untuk melawat kawasan berkenaan, namun lawatan itu belum dapat dilaksanakan kerana perkhidmatan kereta api masih belum dibaiki sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan memindahkan sekolah atau menukar penempatan guru tidak timbul kerana sekolah berkenaan amat diperlukan oleh komuniti setempat.

“Sekolah itu kecil tetapi sangat penting kepada penduduk kampung di kawasan berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/jpns-beri-sokongan-emosi-kepada-guru-murid-terlibat-insiden-kereta-api-tenom-pangi/feed/ 0 92739
Jambatan Keretapi Tenom-Beaufort dijangka siap hujung Julai https://sabahmedia.com/2025/05/16/jambatan-keretapi-tenom-beaufort-dijangka-siap-hujung-julai/ https://sabahmedia.com/2025/05/16/jambatan-keretapi-tenom-beaufort-dijangka-siap-hujung-julai/#respond Fri, 16 May 2025 14:31:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73935
Read Time:1 Minute, 26 Second

Tenom : Jambatan keretapi yang runtuh di KM121 Tenom-Beaufort dapat dilalui selewat-lewatnya awal Ogos depan selepas kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan siap hujung Julai depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pada masa ini kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan masih giat dijalankan.

“Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, kita dapat melihat bahawa kerja-kerja semasa masih sedang dilaksanakan iaitu pembaikan tebing dan kerja yang utama adalah pembinaan semula sebuah jambatan yang dapat menghubungkan Pangi dengan Rayoh di kilometer 121.

“Jadi melihat kepada prestasi kemajuan kerja, saya dimaklumkan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah bahawa jambatan ini dijangka siap menjelang hujung Julai ataupun awal Ogos ini. 

“Jadi apabila jambatan ini siap maka terhubunglah semula laluan Tenom ke Beaufort.  Kita berharap dengan siap jambatan ini laluan tersebut boleh diaktifkan dan ini akan memudahkan pergerakan penduduk kampung di Rayoh dan juga Pangi Tenom,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke laluan keretapi Tenom-Rayoh di Tenom.

Ketika ditanya mengenai penggunaan troli haram untuk tujuan pengangkutan, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, penduduk setempat dinasihatkan agar mengikuti jadual perkhidmatan keretapi yang diberikan.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan pengguna dan penduduk terlibat selain mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Dari sudut perundangan sebenarnya penggunaan troli haram ini adalah tidak dibenarkan. Namun disebabkan mungkin kekangan jumlah perkhidmatan keretapi yang mana penduduk kampung mungkin ada keperluan untuk melakukan perjalanan ke tempat-tempat tertentu maka mereka mengambil inisiatif menggunakan troli haram ini.

“Pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah sedang melihat dari sudut perundangan penggunaan tentang penggunaan ini namun kita mementingkan aspek keselamatan pengguna di sepanjang laluan keretapi ini.

“Jadi kita menasihatkan kepada penduduk sekitar kampung agar dapat mengikuti  jadual perkhidmatan  keretapi yang diberikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/16/jambatan-keretapi-tenom-beaufort-dijangka-siap-hujung-julai/feed/ 0 73935