keretapi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Mar 2026 11:59:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png keretapi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kecuaian pemandu punca kemalangan kereta api langgar motor troli di Tenom https://sabahmedia.com/2026/03/11/kecuaian-pemandu-punca-kemalangan-kereta-api-langgar-motor-troli-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/kecuaian-pemandu-punca-kemalangan-kereta-api-langgar-motor-troli-di-tenom/#respond Wed, 11 Mar 2026 11:59:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93086
Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kecuaian pemandu kereta api (railbus) dikenal pasti sebagai punca insiden perlanggaran antara sebuah kereta api dengan motor troli di landasan berhampiran Tenom pada 3 Mac lalu.

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dalam kenyataan memaklumkan, siasatan dalaman melalui Board of Enquiry (BOE) pada 9 Mac mendapati pemandu Railbus RB8801 gagal menjalankan pemeriksaan ke atas jentera sebelum memulakan perjalanan.

Kenyataan itu menyebut, pemandu berkenaan juga tidak menutup ‘isolating valve’ pada Tenom End Driving Cab serta tidak menjalankan ujian dinamik bagi memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

“Kecuaian itu menyebabkan sistem brek Railbus RB8801 tidak berfungsi sepenuhnya sehingga mengakibatkan perlanggaran dengan motor troli di KM134/4 ketika perkhidmatan sedang beroperasi dari Stesen Tenom,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun JKNS berkata, selepas Railbus berhenti di KM133/8, pemandu telah memeriksa serta membetulkan kedudukan ‘isolating valve’ sebelum menjalankan ujian pandu yang mendapati sistem brek kembali berfungsi dengan baik.

Tambah JKNS, Railbus berkenaan kemudiannya berjaya kembali ke Stesen Tenom tanpa memerlukan bantuan atau ditarik oleh jentera lain.

“Pemeriksaan lanjut oleh Penolong Jurutera sejurus jentera itu tiba di stesen turut mengesahkan sistem brek beroperasi sepenuhnya,” menurut kenyataan itu di sini.

JKNS memaklumkan perkhidmatan keretapi kembali beroperasi seperti biasa pada 4 Mac menggunakan jentera yang sama dan setakat ini Railbus RB8801 beroperasi tanpa sebarang masalah.

Jelasnya, siasatan BOE dijalankan secara menyeluruh meliputi laporan kejadian, keterangan kakitangan Bahagian Kejuruteraan Jentera, rakaman Digital Mobile Video Recorder (DMVR) pada jentera, serta pemeriksaan teknikal dan simulasi di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Siasatan Badan Penyiasatan Dalaman JKNS, tindakan tatatertib akan disyorkan terhadap pemandu terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PPPANS) 2008 [Tatakelakuan Perkara 208(2)(j)] kerana cuai dalam menjalankan tugas.

“JKNS akan melaksanakan langkah penambahbaikan bagi memperkukuh prosedur operasi serta meningkatkan pematuhan terhadap aspek keselamatan bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang,” tambahnya.

Dalam pada itu, jabatan berkenaan menegaskan bahawa perkhidmatan keretapi yang beroperasi ketika ini adalah selamat untuk digunakan oleh orang awam.

Menurut JKNS, berdasarkan Enakmen Keretapi Negeri Sabah 2017, kawasan rezab keretapi merupakan kawasan larangan dan sebarang aktiviti di kawasan landasan perlu mendapat kelulusan Menteri melalui syor Pengarah JKNS.

Penggunaan motor troli yang dibina menggunakan motosikal di atas landasan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan kerana boleh menyebabkan kerosakan rel serta menjejaskan keselamatan operasi keretapi.

Insiden perlanggaran tersebut turut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/kecuaian-pemandu-punca-kemalangan-kereta-api-langgar-motor-troli-di-tenom/feed/ 0 93086
JKNS aktifkan siasatan dalaman insiden kereta api Tenom–Pangi https://sabahmedia.com/2026/03/05/jkns-aktifkan-siasatan-dalaman-insiden-kereta-api-tenom-pangi/ https://sabahmedia.com/2026/03/05/jkns-aktifkan-siasatan-dalaman-insiden-kereta-api-tenom-pangi/#respond Thu, 05 Mar 2026 09:36:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92691
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) mengaktifkan siasatan dalaman susulan insiden kemalangan melibatkan perkhidmatan kereta api dan motor troli yang berlaku di KM134/4 landasan kereta api Tenom ke Pangi pada 3 Mac lalu.

JKNS dalam kenyataaan memaklumkan siasatan dijalankan melalui Badan Penyiasatan Dalaman selaras dengan prosedur penyiasatan yang sedang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, pihak JKNS turut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Sebarang tindakan susulan oleh JKNS akan dibuat berdasarkan hasil laporan Badan Penyiasatan Dalaman selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Enakmen Keretapi 2017,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

JKNS turut menyatakan rasa kesal atas kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan dalaman oleh jabatan itu serta siasatan polis masih giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya akan membentangkan laporan siasatan berhubung insiden berkenaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah minggu depan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, beliau telah meminta laporan daripada JKNS susulan kejadian tersebut.

Menurutnya, laporan siasatan awal telah diterima dan turut dipanjangkan kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah hari ini.

“Laporan siasatan ini akan saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada 11 Mac 2026 bagi membolehkan kerajaan negeri meneliti hasil siasatan serta tindakan susulan yang perlu diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden yang berlaku di laluan kereta api Tenom–Pangi itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan orang ramai, namun pihak berkuasa telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/05/jkns-aktifkan-siasatan-dalaman-insiden-kereta-api-tenom-pangi/feed/ 0 92691
Jamawi gesa siasatan penuh insiden brek gagal berfungsi di Tenom https://sabahmedia.com/2026/03/03/jamawi-gesa-siasatan-penuh-insiden-brek-gagal-berfungsi-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2026/03/03/jamawi-gesa-siasatan-penuh-insiden-brek-gagal-berfungsi-di-tenom/#respond Tue, 03 Mar 2026 08:45:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92580
Read Time:1 Minute, 0 Second

TENOM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Jamawi Jaafar meminta agar Jabatan Keretapi Negeri Sabah menjalankan siasatan penuh berhubung insiden masalah brek gagal berfungsi membabitkan sebuah kereta api yang membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, langkah-langkah segera juga perlu diambil bagi memastikan aspek keselamatan dipertingkatkan dan kejadian sama tidak berulang.

Jamawi yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan turut memohon agar Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mempercepatkan pelaksanaan projek pembinaan jalan raya Tenom–Pangi yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah pada awal tahun lalu.

“Dimaklumkan kontraktor bagi projek tersebut juga telah dilantik. Justeru, saya berharap pelaksanaannya dapat disegerakan demi kemudahan dan keselamatan penduduk, khususnya guru-guru serta pelajar yang bergantung kepada laluan ini setiap hari,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa aspek keselamatan pengguna pengangkutan awam, terutama di kawasan pedalaman seperti Tenom dan Pangi, tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkaitan.

Terdahulu, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu dalam perjalanan membawa beberapa guru ke SK Pangi.

“Tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motosikal di atas landasan berjaya membantu menghentikan kereta api tersebut sekali gus mengelakkan kejadian lebih buruk,” tambah Jamawi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/03/jamawi-gesa-siasatan-penuh-insiden-brek-gagal-berfungsi-di-tenom/feed/ 0 92580
Perkhidmatan keretapi Beaufort-Tenom kembali beroperasi 1 Ogos ini https://sabahmedia.com/2025/07/29/perkhidmatan-keretapi-beaufort-tenom-kembali-beroperasi-1-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/perkhidmatan-keretapi-beaufort-tenom-kembali-beroperasi-1-ogos-ini/#respond Tue, 29 Jul 2025 07:22:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78157
Read Time:1 Minute, 28 Second

Beaufort : Perkhidmatan keretapi antara Stesen Beaufort dan Stesen Tenom akan kembali beroperasi bermula 1 Ogos ini.

Perkara itu dinyatakan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Perkhidmatan keretapi menghubungkan dua daerah itu terputus sejak September 2021 disebabkan kerosakan teruk pada landasan dan infrastruktur akibat banjir besar yang melanda kawasan tersebut.

Makluman pengoperasian perkhidmatan itu juga akan melegakan penduduk setempat yang selama ini bergantung kepada perkhidmatan tersebut bagi urusan harian dan pelancongan.

Perkhidmatan antara stesen Beaufort – Tenom akan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula pada jam 7.50 pagi dan 1.30 petang selain Ahad bermula jam 7.50 pagi dan 1 petang.

Manakala bagi perkhidmatan antara stesen Tenom – Beaufort, ianya akan bermula jam 7.30 pagi dan 1 petang pada Isnin hingga Sabtu selain Ahad pada 7.30 pagi dan 12.30 tengah hari.

Langkah penyambungan semula operasi ini dijangka mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pelancongan di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tenom yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan tarikan ekopelancongan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Stesen Beaufort atau Stesen Tenom, atau melayari laman sesawang rasmi https://railway.sabah.gov.my dan laman Facebook Sabah State Railway Department.

Pihak JKNS turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan sepanjang menggunakan perkhidmatan keretapi ini.

Terdahulu, banjir yang berlaku telah menyebabkan runtuhan tanah, hakisan tebing sungai, serta kerosakan pada jambatan dan struktur rel, menjadikan laluan itu tidak selamat untuk operasi tren. 

Sejak itu, JKNS telah menjalankan kerja-kerja pembaikan secara berperingkat, termasuk penstabilan cerun, pembaikan jambatan, dan penggantian trek yang rosak.

Selepas hampir empat tahun usaha pemulihan dijalankan, perkhidmatan keretapi antara Beaufort dan Tenom akan disambung semula bermula 1 Ogos 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/perkhidmatan-keretapi-beaufort-tenom-kembali-beroperasi-1-ogos-ini/feed/ 0 78157
Ibu maut, anak parah dirempuh keretapi semasa lintas landasan https://sabahmedia.com/2024/11/19/ibu-maut-anak-parah-dirempuh-keretapi-semasa-lintas-landasan/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/ibu-maut-anak-parah-dirempuh-keretapi-semasa-lintas-landasan/#respond Tue, 19 Nov 2024 07:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64030
Read Time:57 Second

PUTATAN: Seorang ibu maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh keretapi semasa sedang melintas landasan keretapi di hadapan Kampung Petagas dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 1.58 petang tadi ( 19 Nov).

Menurutnya, setibanya sepasukan bomba dari Balai Bomba Putatan ke lokasi kejadian mendapati satu kemalangan keretapi melibatkan dua orang mangsa iaitu seorang wanita dewasa berumur 41 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun telah dirempuh ketika sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari daerah Beaufort.

“Dilaporkan, wanita yang juga ibu kepada mangsa kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya mengalami cedera parah putus kaki, cedera tangan dan kepala.

” Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 dengan menggunakan Ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsherriyana berkata, pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 2.47 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/ibu-maut-anak-parah-dirempuh-keretapi-semasa-lintas-landasan/feed/ 0 64030
Agong Lawat China: Usaha Tarik Pelaburan Bagi Projek Kereta Api Johor-Singapura https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/#respond Fri, 20 Sep 2024 10:26:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60938
Read Time:1 Minute, 6 Second

Sultan Johor merangkap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar mengadakan lawatan ke China bagi menarik pembiayaan daripada para pelabur untuk projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan antara Johor dan Singapura.

Baginda dijemput oleh Presiden Xi Jinping dalam usahanya memacu ledakan infrastruktur di seluruh Asia dan Afrika serta mengeratkan hubungan strategik buat kedua-dua negara.

Delegasi Sultan Ibrahim termasuk wakil YTL Corp Bhd, Tan Sri Francis Yeoh yang merupakan syarikat Malaysia yang terlibat dalam senarai pendek projek mega tersebut menunjukkan minat yang tinggi dalam penglibatan tersebut.

Yang di-Pertuan Agong telah lama menyokong rangkaian kereta api tersebut hasil cadangan yang dihidupkan semula oleh kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu dengan kaveat bahawa ia tidak akan dibiayai dengan kutipan cukai.

Sultan Ibrahim menjadi raja Malaysia pada Januari di bawah pemerintahan urutan beraja yang unik di mana sembilan raja turun temurun bergilir-gilir untuk berkhidmat selama lima tahun. Beliau memerintah negeri paling selatan Johor iaitu negeri yang bersempadan dengan Singapura.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengesahkan bahawa dasar kerajaan ialah projek tersebut diterajui oleh sebuah konsortium yang sekurang-kurangnya 51% milik rakyat Malaysia.

Pelaksanaan landasan kereta api itu bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan antara dua buah bandar berjarak 90 minit daripada empat jam jika menaiki kereta.

Projek dijangka menelan belanja sebanyak RM100 billion dibawah pengurusan kerajaan persekutuan. – Bloomberg

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/agong-lawat-china-usaha-tarik-pelaburan-bagi-projek-kereta-api-johor-singapura/feed/ 0 60938