kerja dari rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Apr 2026 13:21:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kerja dari rumah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan setuju laksana dasar bekerja dari rumah mulai 15 April https://sabahmedia.com/2026/04/01/kerajaan-setuju-laksana-dasar-bekerja-dari-rumah-mulai-15-april/ https://sabahmedia.com/2026/04/01/kerajaan-setuju-laksana-dasar-bekerja-dari-rumah-mulai-15-april/#respond Wed, 01 Apr 2026 13:21:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94112
Read Time:54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi Kementerian, agensi serta badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bermula 15 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bertujuan bagi mengurangkan penggunaan bahan api selain memastikan kemampanan bekalan tenaga.

“Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April 2026.

“Perincian lanjut akan diumumkan nanti dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat,” katanya menerusi rakaman taklimat ringkas di sini pada Rabu.

Sementara itu,  Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan turut giat mempelbagaikan sumber tenaga bagi menjamin bekalan negara.

Katanya, sebanyak RM4bilion sebulan dibelanjakan bagi menyerap impak minyak yang meningkat.

“Usaha lain yang dipergiatkan termasuk apa yang agak kritikal iaitu jaminan bekalan tenaga negara.

“Pelbagaikan sumber import minyak dan gas dari negara lain yang ini yang telah kita umumkan dan sekali lagi kerana kejayaan syarikat minyak negara kita Petronas mengendali dengan baik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/01/kerajaan-setuju-laksana-dasar-bekerja-dari-rumah-mulai-15-april/feed/ 0 94112